Assalamualaikum semua,
Semalam lagi aku dah buat entri ini tapi disebabkan sibuk tak terpost rupanya. Pagi ini lepas dah tertido kejap jadi dah segar mata. Aku kan pernah kongsi cerita pasal kawan pejabat kene mendaki Gunung Kinabalu, jadi aku nak kongsikan beberapa gambar yang ada. Lepas mereka turun, pendakian ke Gunung Kinabalu diberhentikan beberapa hari sebab angin kuat dan hujan. Mujurla mereka semua selamat naik dan turun serta dapat menyiapkan semua pengukuran yang perlu.
Pengukuran ini kerjasama antara JUPEM, Taman- Taman Sabah dan RISM. Ekspedisi mengukur 6 puncak Gunung Kinabalu, biasanya ada 1 puncak je yang orang awam boleh daki. Lagi 5 puncak ini sangat berbahaya tapi kerana ekspedisi ini mereka dapat naik puncak yang 5 tu. Nama-nama puncak yang ada 1. Low peaks 2.Oyayube Iwu peaks 3. Ugly sister peaks 4. King Edward peaks 5. Donkey ears peaks 6. St John peaks.
| Ini 8 orang semuanya, yang perempuan tu pegawai dan kira ketua ekspedisi |
| Sebelum naik ambil gambar dulu |
| Hari kejadian 25/8/25 |
| Semua peralatan telah di bawa naik oleh porter pada 24/8/25 |
| Cantik gambar ini, masa ni mereka memang kelaparan dan kepenatan |
| Donkeys peak, puncak yang patah masa gempa tahun 2015 |
| Setelah habis misi |
| Gambar turun setelah beberapa hari di atas |