Showing posts with label masak2. Show all posts
Showing posts with label masak2. Show all posts

Monday, February 23, 2026

MENU BERBUKA DAN SAHUR KAMI YANG RINGKAS

 Assalamualaikum semua,

Setiap hari memang kerjanya fikir nak masak apa ya untuk berbuka dan sahur. Edy dan Aiyan biasa berbuka dengan makanan berat dulu kalau aku makanan ringan-ringan pun dah cukup macam tempe goreng, roti john, murtabak. Tapi mujur la Edy dengan Aiyan ni jenis tak banyak songeh makan je apa yang di hidang hehehe. Jom tengok menu kami yang ringkas je.

 menu berbuka hari pertama, mee goreng dengan roti prata inti kentang yang di import dari kampung

menu sahur hari kedua, panaskan ayam kicap tambah telur dadar dan sayur tempe

menu berbuka hari kedua, Edy beli nasi beriani dekat mamak dan aku tambah tempe goreng


Aku cukup dengan tempe ni pun ok dah

sahur hari ketiga masak sambal sardin dan panaskan nasi beriani sikit

Menu berbuka hari ketiga, mehun sup dan jagung rebus

Mehun sup ringkas je tapi sedap

Menu sahur hari ke empat, keluar dah menu lagend telur kicap hehehe

Menu berbuka meriah sikit, ada bubur lambuk johor, mee rebus jiran bagi, roti sardin maktek bagi... roti john dan roti bom beli kat mamak

menu sahur hari ke lima. sayur tauge dan ayam goreng mamak 

Thursday, September 4, 2025

PHOTO DIARY #27/2025

 Assalamualaikum semua

Hari ini awal buat entri sebab semalam sibuk tak sempat buat entri. Biasala orang sakit kerjanya kalau tak hospital,klinik pastu ke pusat hemodialisis pulak. Itu lah rutin sekarang ni. Jom la kita tengok cerita bergambar.

Ada pesanan dari pegawai kat pejabat, sandwish telur dan sardin untuk mesyuarat 20 pek

Ini kalau boleh melepak kat luar syok jugak, dengan lampu yang malap gitu

Sejenis pelupa, ada yang tegur dalam group whatsapp kedai... aku lupa tutup tingkap

Halwa halia

Mujur lif dh boleh guna, tapi itulah punya comot dalam lif tu

Balik dari klinik, lapar ada beli mee sup kat luar klinik..sedap


Klinik Kg Pasir

Nampak bersih lepas rumput dah dicabut

Balik sekolah lambat sebab ada kelas masak donat

Panas lagi donatnya, mama ngecek satu.

Besar betul buah beri biru ni


Isnin tu maktek balik dari kampung, dapat siput sedut dan kari ikan merah

Hasil terakhir pokok serai

Isnin tu lepas balik sarapan, pi cabut rumput

Monday, June 16, 2025

BILA DAH TERINGIN

 Assalamualaikum semua,

Jumaat malam sabtu tu baru teringin, gatal ws Edy suruh belikan bahan-bahan untuk masak soto. Edy sampai rumah memang lewat dengan `site` dia yang di Klang lepas tu kene beli bahan pulak. Petang tu aku dah rebus nasi impit siap-siap. Malam tu pukul 9 baru mula masak, malam itu juga aku masak kuah sotonya, bergedil je esok pagi baru aku goreng. Nak mudah kerja, Edy beli rangka ayam untuk kuah, dada ayam aku masuk je dalam kuah lepas tu baru siat-siat jadi kecil. 

Siap semua dalam pukul 11.30 malam, esok paginya kene bangun awal sebab nak masak bergedil dan aku nak hd. Pukul 5.30 dah bangun untuk siapkan semua , untuk Edy dan Aiyan bersarapan. Aku rasa sikit je lepas tu pergi hd balik hd tu baru aku makan. Nikmat sungguh. 




Sup sekejap je dah siap, campak-campak je semua bahan.

bergedil malam tu aku campur semua tapi esok tu baru goreng


rupa asal boleh nak cepat kan pagi tu


Masa ni sebelum tambah sambal kicap


Hari ahad aku makan lagi soto, biar puas

Friday, May 30, 2025

TUMIS TERUNG DAN UDANG

 Assalamualaikum semua,

Cerita nya dah beberapa minggu lepas ni, beli terung lepas tu asyik lupa nak di masak mujur la terungnya masih elok. Lepas tu malas pulak nak sediakan bahan bumbunya. Nak senang kerja aku guna perencah nasi goreng adabi yang baru, yang pedas. Sedap juga rupanya sesuai tambah untuk masak sayur.

Jom tengok resepinya:

3 batang terung, potong serong

3 ulas bawang putih, hiris

1 biji bawang merah besar hiris

4 biji cili api, potong

1 mangkuk kecil udang kecil

Suku perencah nasi goreng adabi pedas

1 sudu kecil asam jawa

1 sudu gula

Garam

Air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api hingga layu.

- Masukkan perencah nasi goreng, kacau-kacau sikit masukkan terung. Tambahkan air secawan lepas tu tutup kan periuk dengan penutup hingga terung masak.

- Tambah asam jawa, gula garam lepas tu masukkan udang.

- Bila dah cukup rasa boleh matikan api. 












Thursday, May 29, 2025

PHOTO DIARY # 15/2025

 Assalamualaikum semua,

Awal pagi lagi aku dah mengantuk, baru nak masuk 2 jam hd hari ini. Sempatkan dulu buat entri supaya hilang sikit mengantuk

Biasalah buat gaya comel

Ini lah gara-gara layan live nursey bunga ros

Sedapnya rangka ayam

Dah lama tak buat megi goreng

3 hari lepas baru sampai 5 pokok bunga orkid

Cantik... tapi aku yang tak sampai

Teringin makan ubi rebus dengan kelapa dan gula merah

Bunga tepi jalan, sebelum ni tak pernah tahu bunganya cantik gini

Hari ahad masa makan kat kedai, terjumpa dengan Maktek 

Geram betul tengok dia ni

Rasa nak culik je dia ni

Sabtu lepas menu nasi lemak, ini hidangan aku makan lepas balik hd...lapar sungguh