Showing posts with label masak western. Show all posts
Showing posts with label masak western. Show all posts

Friday, January 24, 2025

RESEPI SOS BOLOGNESE MEATBALL

 Assalamualaikum semua,

Dari minggu lepas aku nak kongsikan resepi ini tapi minggu lepas sibuk sampai tak sempat buat entri. Kali ini percubaan aku buat sos bolognise sendiri, yelah selalu guna yang dalam tin je kan mudah. Tapi ini kebetulan masa tu ada banyak buah tomato kat rumah, jadi kita pun cuba lah masak sos bolognise homemade. Nasibla jadi sedap macam yang dalam tin tu. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

10 biji tomato ( potong sikit di hujung pastu rebus)

1 batang lobak merah -rebus

5-6 ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu

2 sudu besar planta atau butter

1 kiub ayam

 Mix herbs

1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar

1 tin sedang tomato puree

Air 2-3 cawan ikut pada pekat mana yang kita mahu

Bebola daging

Sosej

Gula & Garam

1 Biji cili api

Cara Masak:

- Tumiskan dengan planta dan sedikit minyak bawang merah, bawang putih hingga layu dan bertukar warna kekuningan.

- Boleh masukkan mix herbs dan serbuk lada hitam.

- Tomato rebus tadi, kita buang kulit luar dia, tambah lobak dan kisar dengan air tambahkan 2 -3 ulas bawang putih dan 1 biji cili api bangla.

- Masukkan tomato yang telah kita kisar dan tomato puree, tambahkan 2 cawan air.

- Biarkan kuah masak untuk 10-15 minit masukkan sosej dan bebola daging masak untuk 10 minit lagi biar bebola betul-betul masak.

- Masukkan kiub ayam atau kiub daging. Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam.

- Masak biar pekat sikit boleh matikan api. Siap





masa ni warna nampak oren je kan

lepas masukkan tomato puree baru nampak merah gitu






Friday, February 17, 2023

RESEPI AYAM BAKAR MAYONIS

 Assalamualaikum semua,

Ini kira resepi ulangan tau, tapi kongsikan semula kotla ada kawan-kawan yang belum pernah cuba resepi ini. Sangat mudah dan pastinya sedap. Resepi ayam bakar mayonis. sebab aku dah mula jual di kedai dah masuk 4 minggu aku jual ayam mayonis di kedai puspanita. Jom kita tengok resepinya ya

Bahan-bahan:

1 ekor ayam potong 12

5-6 sudu besar mayonis, kimball atau kiepie

3 sudu besar sos cili

1 sudu besar cili boh

3 ulas bawang putih, tumbuk

1 sudu besar garam

daun rosemary kering, tumbuk

1 sudu besar serbuk lada hitam kasar

2-3 sudu besar minyak masak @mintak zaitun

1 sudu besar, cuka makan

Sayur:

3 biji kentang potong wedges, rebus sekejap

2 biji tomato, potong wedges

2 biji bawang besar, potong besar

Cara masak:

Campurkan semua bahan-bahan kecuali sayuran dalam bekas besar hingga sebati. Lepastu perapkan ayam lumurkan pada semua bahagian ayam untuk 30 minit atau lebih. Selalunya aku perap siang dan malam baru aku bakar. 

- Sebelum bakar baru tambahkan sayuran perap sekali dengan bahan perapan tu. Bakar pada suhu 200-230 selama 60 minit. Siap, selamat mencuba.

masukkan semua bahan, ini aku buat bahan perapan untuk 3 ekor ayam

bagi sebati gini, nanti tinggalkan sedikit untuk perap dengan sayuran

selalunya perap dengan ayam je dulu

ini yang aku buat potong 4 seekor 

nak bakar baru susun selang-selang sayuran tu, ini yang potong kecil 
bila potong 4 memang muat-muat 4 ketul je... 




api atas bawah tau
siap masak, bau memang semerbak

harap makin terus dapat sambutan ayam mayo ini

Friday, January 6, 2023

RESEPI PENNE GORENG DAGING

 Assalamualaikum semua,

Segmen resepi di tahun baru ya, entri pertama perkongsian masak-masak kita. Masih dikekalkan lagi lah segmen resepi setiap jumaat. Menu ni aku dah buat beberapa minggu lepas tapi tak berkesempatan nak kongsikan lagi sebab banyak pulak resepi yang aku buat. Menu ini aku pakai hentam je, tapi jangan risau memang sedap. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 paket penne (rebus dan toskan) boleh juga guna pasta jenis lain

2 keping daging kisar ramly

7 ulas bawang putih, cincang kasar

1 biji bawang merah besar, potong dadu

2 biji tomato, potong ikut suka

1 biji capscum, potong kasar

1 tin sos bolognise

sedikit serbuk cili

1 kotak susu full cream

daun basil dan parsley ( kalau takde takpe)

Garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu.

- Masukkan daging kisar, masak hingga daging masak, masukkan serbuk cili dan sos bolognise kacau hingga sebati. Perasakn dengan garam

- Masukkan capsicum, daun basil dan susu full cream gaulkan rata. Masukkan penne yang telah kita rebus tadi. Gaul rata semua hingga sebati

- Kalau rasa nak pedas lagi boleh tambahkan serbuk lada hitam, bila dah cukup masin semua boleh matikan api dah hidangkan.














menggoda tak? maaf lambat arini


Friday, August 26, 2022

RESEPI MAKARONI CARBONARA TOMYAM

 Assalamualaikum semua,

Hari ini dari pagi dah agak sibuk jadi terlambat sikit buat entri. Aku nak kongsi resepi pasta carbonara yang pernah viral baru-baru ini. Cuma resepi asal gunakan spagheti dan menggunakan seafood tapi sebab Aiyan minta nak makan makaroni jadi aku tukar lah guna makaroni dan dekat rumah takde seafood kita guna apa yang ada.

Tapi hasilnya memang sedap dan wajib di cuba tau. Oklah aku kongsikan bahan-bahan dan cara masaknya. Ini aku ubah sikit ikut pada barang apa yang aku nak tambah ya.

Bahan-bahan:

1 paket makaroni- rebus hingga lembut atau al dente

8-10 ulas bawang putih, cincang kasar

1 biji lada benggala, potong dadu

2 biji tomato, potong dadu

1 paket kecil tomyam

1 keping daging hancur ramly

1 mangkuk bebola daging ramly, potong ikut suka

5 batang crab stik

1 kotak kecil cooking cream

2 kotak kecil susu full cream

3 keping daun limau purut, hiris nipis

garam

minyak

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih hingga warna keperangan. Masukka tomato dan daging hancur gaul semua hingga separuh masak.

- Masukkan crab stik dan bebola daging, gaul lagi  lepas tu masukkan daun limau purut yang dah kita hiris halus. Masukkan lada benggala dan paste tomyam gaulkan hingga semua merata.

- Masukkan cooking cream dan susu full cream, gaul semua biarkan dalam beberapa minit bila dah mendidih sikit masukkan garam dan makaroni.

- Gaulkan hingga kuah dia memekat dan siap boleh matikan api. Sedia di hidang.
















menggoda ke idok heheheh 

Friday, July 23, 2021

RESEPI ROTI KENTANG BERKEJU

 Assalamualaikum semua,

Resepi ini aku dapat dari fb masakan luar negara tapi sebab cara buat nya ringkas dan senang aku terpanggil nak cuba. Buat roti dengan cara mudah tanpa guna mixer atau bread maker cukup dengan spatula atau senduk. 

Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

2-3 biji kentang direbus dan di lenyek halus

150ml susu suam

2 cawan tepung gandum

1 sudu planta@mentega

1 biji telur

1 sudu besar yis

1 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

sedikit daun bawang

Keju mozarella


Cara masak:

- Campurkan kentang lenyek dengan susu dan gaul hingga sebati, masukkan gula, garam dan yis rehatkan untuk 5 minit.

- setelah 5 minit bila nampak yis dah bertindak balas masukkan telur, planta dan tepung sedikirt demi sedikit gaul hingga sebati dan masukkan daun bawang.

- Rehatkan adunan untuk 5 minit lepas tu masukkan dalam bekas loyang yang telah disapu planta. Selitkan kepingan mozarella pada adunan roti dan rehatkan untuk 30 minit atau hingga adunan naik seganda.

- Bila adunan dah naik, sapukan permukaan dengan bancuhan telur hingga rata, panaskan oven pada suhu 200 selama 10 ke 15 minit sebelum masukkan roti. Masak dalam suhu 200 untuk 25 ke 30 minit. 

-  Roti boleh makan begitu saja atau cicah sup cendwan, sup pekat atau kari pekat.


Kentang dan susu

Gaul hingga sebati

Gula, garam dan yis

Jangan lupa rehatkan

Dah bertindak balas yis nya

Planta dan telur

Masukkan tepung

Gaul sebati

Boleh juga ganti dengan daun lain, apa juga ikut kesukaan

Rehatkan untuk 5 minit

Masukkan dalam loyang

Selitla keju 2 ke 3 keping, rehatkan hingga naik seganda

Naik sudah

Jangan lupa sapu telur hingga rata

Bakar dalam oven, kalau ada air fryer besar pun boleh masak dalam air fryer

Dah siapppp

Texture dalam roti nya

Bahagian yang kita selit keju

Cicah kuah kari pun sedap, buat roti kali ke 2