Assalamualaikum semua,
| Ada kawan belikan dari Segamat |
| terubat rindu |
Assalamualaikum semua,
Memang jarang sangat aku buat entri hari Jumaat kan, ini akhirnya ada jugak resepi yang boleh di kongsikan. Tapi tak tau la kawan-kawan pernah tak makan tau masak petai belalang ni. Kisahnya Edy beritahu dia nak suruh masakkan sambal petai, ingatkan petai biasa sekali dia bawak balik petai ini 1 bekas besar. Hahahah jadi kita masak jelah walaupun tak pernah masak petai ni.
Bahan-bahan:
1 bekas petai belalang
5 ulas bawang putih, kisar
2 biji bawang besar, kisar
1 biji bawang besar, hiris
1 pek sedang cili boh
segenggam ikan bilis, kisar
segenggam ikan bilis, goreng garing
2 ketul kecil gula melaka
Asam keping dan garam
Cara masak:
- Tumiskan bahan kisar dengan daun pandan, dan masukkan cili boh. Masak hingga pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan gula melaka dan asam keping. Masak hingga gula hancur.
- Masukkan petai belalang, gaul-gaul kejap perasakan dengan garam.
- Akhir sekali masukkan bilis goreng, Siap
| saiz dia sebesar kuaci biji labu je |
| ini rupa petai belalang kot ada yang tak kenal |
| rasa petai ada sikittttt je, bau pun tak kuat sangat |
Assalamualaikum semua,
Dulu aku tak pernah cuba tapi aku ni sejenis suka mencuba segala jenis makanan. Biasa kalau beli nasi kerabu mesti ada jeruk bawang putih ni, bila sekali cuba terus jatuh hati. Sebab rasa masam manis ranggup tu menggoda betul. Takde rasa bawang putih pun, memang sesuai sangat layan dengan nasi kerabu tau. Kalau jumpa jangan lupa cuba tau.
| Aku layan je semua jenis makanan |
| best tau ranggup |
Assalamualaikum semua,
Ya allah sibuk sangat pagi ini sampaikan terlupa nak upload entri ini. Korang suka tak asam anggur putih ni? Aduhai kecur pulak bila tengok ni, aritula dapat yang manis masam sedap betul. Sedar-sedar dah nak habis 1 plastik tu beli pulak sikit je, 200g je sekali hadap. Bila nak buat pesanan lagi udah habis stok pulak. Dulu masa sekolah rendah selain asam baldu, asam anggur ni suka makan. Bila makan bibir tu putih je pucat heheh.
| gini lah rupa dia, kalau dapat yang gebus masam manis sedap betul |
| jumaat hari tu duduk melepak kt bilik sambil layan anggur ni jelah, waktu rehat memang tak kemana |
Assalamualaikum semua,
Nasi tumpang @nasi tupe adalah makanan tradisional Negeri Kelantan. Ia makanan ruji pengembara atau petani untuk dibawa ke ladang. Ia sejenis nasi bungkus yang lembut dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon, dicampur dengan lauk terdiri dari telur dadar, serunding, kari ayam @ikan serta sambal.
| Jumaat pagi, sampai pejabat ada dapat roti dan nasi tumpang |
| rupa nasi tumpang |
| nasi tumpang dan nasi impit dengan sambal kelapa |
| rupa nasi tumpang |
| yang ini ada sambal udang, serunding daging, telur dadar |
Assalamualaikum semua,
Maaf ya semalam aku agak sibuk waktu pagi sampai sudahnya terlupa nak buat entri. Hari ini seperti biasa rutin harian diteruskan ya. Kawan-kawan pernah makan rojak kateh? Pernah jumpa atau pernah makan?
Rojak kateh adalah antara makanan tradisional di Terengganu dan Kelantan. Rojak kateh asasnya diperbuat dari urat keting yang di rebus hingga empuk, dan kuah rojak nya menggunakan gula, cuka, cili dan lain-lain bahan. Rasanya kenyal dari urat tu, pedas, manis, masam, masin dari kuah. Sedap 😁 , hari itu ada kawan di JUPEM jual aku pun beli lah bekas kecil, mujur dia buat sedap. Memang teringat-ingat.
| Beli bekas kecil je... makan sendiri Edy tak makan |
| Macamni lah rupanya rojak kateh tu |
| Aku makan waktu rehat, sekejapan je habis heheheh |