Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Tuesday, December 31, 2024

MAKTEK BELANJA MAKAN DI KEMANGI ,PONTIAN

 Assalamualaikum semua,

Maktek sibuk ajak makan kat luar, dia nak belanja. Pergi ahad malam isnin sebab malam ini je yang adik aku 2 orang ada. Minggu ini mereka shift malam. Kami pergi makan di bandar Pontian je. Restoren Kemangi ni pun rasanya dah kali ke 3 kami makan di sini. Maktek sibuk nak belanja sebab dia baru dapat tunggakan gaji selama 3 ke 4 bulan. Alhamdulillah makanan pun semua sedap, dan memang servisnya terbaik. Kami kata nak makan pukul 8.30, kami sampai duduk kejap makanan dah dihidang memang terbaik. 


Menu kami tomyam campur, siakap 3 rasa, daging paprik, udang salted egg, ayam buttermilk. telur dadar dan kangkung.


kami semua makan dulu, orang yang belanja makan last sebab kene jaga budak bulat tu

selalu kalau ada Edy dia yang ratah ikan, kali ni aku lak yang ratah

gelap pulak gambar kt kamera maktek... iphone 15 ni 

sepupu ni mesti duduk sebelah-sebelah

Monday, December 2, 2024

JAMUAN MAKAN LEPAS GOTONG ROYONG

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas dari rabu sampai jumaat ada buat gotong royong kemas pejabat. Jadinya boss aku suruh kami masak sedap hari jumaat lepas gotong royong. Dia mintak masak gulai daging jadi kami tambah menu lain yang sesuai. Masak bersama-sama aku je tak masak, jadi tukang suruh je hehehhe.  Kami masak nasi putih, daging gulai, ayam goreng kunyit, sayur kobis dan sambal belacan. Dapur tu budak-budak bawak mereka ada dapur portable guna bila mereka kerja luar.

Goreng ayam dekat luar

suruh budak lelaki yang jaga, tapi itulah ayam nya mereka goreng garing sungguh

aku tolong potong-potong je

ini orang yang masak gulai, dia biasa masak kalau kerja luar

Ini geng setup meja mengoreng

Ini kat pantry bawah ada yang sediakan buah potong untuk rojak buah

goreng sayur kobis





rojak buah ni sedap betul tau

ikan bengkak... berebut

daging gulai kawah

budak lelaki yang pi solat jumaat kami baru makan, yang lagi 2 orang belah kiri tu kawan dari tingkat lain.

Tuesday, February 21, 2023

JERUK BAWANG PUTIH

 Assalamualaikum semua,

Dulu aku tak pernah cuba tapi aku ni sejenis suka mencuba segala jenis makanan. Biasa kalau beli nasi kerabu mesti ada jeruk bawang putih ni, bila sekali cuba terus jatuh hati. Sebab rasa masam manis ranggup tu menggoda betul. Takde rasa bawang putih pun, memang sesuai sangat layan dengan nasi kerabu tau. Kalau jumpa jangan lupa cuba tau.

Aku layan je semua jenis makanan

best tau ranggup 


Wednesday, July 20, 2022

MAKAN MAKAN DAN MAKAN DI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Cerita pasal balik kampung memang tak akan habis dalam 1 ke 2 entri. Semalam ada kawan yang minta tunjuk aneka makanan yang mak mentua masak di kampung. Tahun ini aku tak banyak permintaan untuk mak mentua masak, sebab tak nak makan banyak. Tapi itulah tetap ada jugak la pelbagai makanan almaklum raya kan hehehehe.

Hari sabtu tu aku dengan Edy keluar beli lauk, singgah bungkus makan. Ini teh tarik Edy

Kami layan roti telur , harga masih murah lagi

tengahari tu aku yang masak, aku buat sambal tempe dan kentang

ini pun aku yang masak, ayam masak ungkep

Aiyan siap makan depan rumah dekat beranda, layan angin luar rumah

duduk dekat beranda ni sejuk berangin

Hari raya aku mintak mak mentua masak nasi dagang dengan gulai ikan aye

Gulai ikan aye

Gulai ayam, ada juga nasi minyak

aku simpan dulu kepala dia



ini pinggan aku

petang tu pak mentua masak sup tulang

sebab dia tolong aktiviti potong lembu,
itu dapat banyak tulang besar-besar pulak tu

raya kedua mak mentua masak gulai daging campur paru, hati dan limpa


menu sarapan pagi, mak mentua memang jenis masak macam-macam menu di pagi hari bila ramai anak menantu balik

tengahari aku masak sambal hati lembu


sarapan hari ke tiga, keutiaw, popia isi ikan dan karipap. Mak mentua aku memang masak macam-macam kuih dan bekukan 

pulut dengan kelapa, ini memang wajib aku mintak mak mentua buatkan. Kegemaran aku

petang tu pak mentua buat rojak kateh

ada jugak mak mentua masak lemak kulit rambai, sedap rupanya tapi aku lupa nak ambil gambar cara masaknya

hari kami nak balik mak mentua masakkan nasi dagang dengan gulai ikan aye dan gulai ayam lagi.


Wednesday, March 31, 2021

SAMBUTAN ANNIVERSARY KAMI

 Assalamualaikum semua,

26hb Mac bersamaan hari jumaat kami sambut hari ulang tahun perkahwinan dengan ringkas bertiga dan 9 ekor kucing. Disebabkan aku agak malas, aku cuma masak penne carbonara, potong tembikai dan pesan hokkaido tart untuk gantikan kek. Edy tambah dengan 8 ketul ayam goreng Uncle Jack. 

Sejak mula kahwin Edy memang bukan suami yang romantik hantar bunga ke coklat ke apa. Kalau aku cakap nak hadiah anniversary atau harijadi dia cuma hulur duit dan suruh aku beli sendiri sebab katanya aku cerewet hahahahha. Siapalah tak nak dapat suprise jambangan bunga, jambangan duit atau apa-apa hadiah tapi  dah terbiasa jadi aku ok je. Cepat betul masa berlalu dah 11 tahun rupanya kami susah dan senang bersama. 

Meja makan dah kene hijack cucu-cucu Edy, jadi kabinet ni lah tempat hidang makan

Ini je yang aku masak hehehehhe

Eeg tart dia aduhai memang habis eat clean aku 


teringat-ingat bau dia yang sedap... aduhai 

Tambah ini pulak ambil semua perisa

Biarlah simple janji happy hehehehhe