Showing posts with label manik. Show all posts
Showing posts with label manik. Show all posts

Thursday, January 27, 2022

PHOTO DIARY #4/2022...

 Assalamualaikum semua,

Berjumpa lagi kita di hari khamis yang indah, indahla esok dah jumaat kan hehehhe. Rutin sekarang ni asal khamis pakai baju batik, tapi hari ini tak macam budak balik asrama dah heheheh.

Oklah malas bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.

gambar khamis lepas, balik sekolah muka seposen.. dia ada aktiviti sukan dah 2 minggu

lompat tinggi

masa hari ini lari berganti-ganti rasanya

waktu rehat hari jumaat, ini lah kerja aku buat

budak degil, suka lah duduk atas coway ni... pastu mati terus bila dok picit-picit atas tu

selasa baru ini bekas pengarah datang pejabat, hantar balik komputer riba, PA ajak lah berwelfie dia ok je

serangga perosak yang kerjakan pokok terung Edy

nak berbunga dah pokok terung Edy ni

ini namanya Wild Moments, aku beli bulan September bunganya selalu tak menjadi tapi kali ini baru nampak menjadi... tak sabar nak tengok dia kembang sepenuhnya

apalah nama dia, lupe lak aku... 

ini bunga ros yang paling tinggi kat rumah ni, susah betul nak  ambil gambar

tempat lepak dia hampir tiap malam, walaupun tak sedar badan besar 


sekarang ini pukul 7 pagi pun masih gelap gelita macam ini

bila semangat tengah rajin memanik, rajinla beli manik lagi

bangunan majlis agama islam WPKL... cantik

Thursday, October 21, 2021

PHOTO DIARY #39/2021

 Assalamaualaikum semua,

Petang ni dalam pukul 2.30 akan ke KKKL untuk potong gelang Aiyan. Esok dah boleh sekolah aku pun masuk kerja, rindu wei dengan meja kerja yang ditinggalkan 10 hari. 

Oklah mari kita layan cerita bergambar ya.

Minggu lepas aku cabut halia, walau belum tua sangat tetap sedap masuk dalam masakan

Edy bersihkan pokok ubi dan kacang botor dek kerana serangan serangga putih

Makin lebat pulak pudina nih

Gembira bila 4 pokok semua dah berbunga

Tak tau apa namanya tapi aku suka dengam bunga ini

Menjadi buahnya 

Tapi malamnya hujan lebat terus rosak buahnya huhuhu sedih

Lewat petang kadang kadang sedar-sedar dah tertidur 

Jimbo, pantang nampak orang makan mesti duduk sebelah nak ngendeng

Pokok  bunga ros yang lama dah aku tanam, pokok dan daunnya halus je bagi baja memacam tetap sama selim je

Akhirnya bertunas juga si pokok mawar merah ini, lambat sangat nak bertunas 

Dah cukup kot, boleh dah kemas barangan jahitan

Tuesday, October 19, 2021

MANIK DAN LABUCI

 Assalamualaikum semua,

Salam Maulidul Rasul semua, teringat sebelum musim covid19 meriah sambutan Maulidulrasul, ada perarakan ramai-ramai sambil berselawat. Selalu mesti tunggu tengok di televisyen perarakan nya, di kampung di mana-mana lah. Tapi sejak tahun lepas sunyi, harapnya tahun depan ada dah perarakan sambil berselawat beramai-ramai macam dulu.

Sejak duduk rumah temankan Aiyan kuarantin memang aku bosan, takkan nak layan pokok sampai ke tengahari, sebab ada kawan nak pesan extender aku pun mula la menjahit semula. Sambil isi masa lapang kan.

Bahan asasnya


Buat kerja dalam bilik baju, takde yang kacau

3 hari baru dapat ini, aku memanik siang je malam mata tak bagi kerjasama huhuhuhu

Monday, November 2, 2020

EXTENDER BUNGA LABUCI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku BDR esok baru ke pejabat, moga PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tak di sambung lagi. Tapi risau setiap hari kes banyak je.

Setelah dah habis kerja memanik di baju, ada banyak lagi labuci yang tinggal. Jadi aku cuba lah jahit bunga labuci di extender sambil mengasah skill. Tak sangka ada yang berminat. Ada kawan tempah untuk buat 10 extender pelbagai gaya bunga labuci. Dah selamat sampai pada yang tempah. Rasa seronok pulak buat.

Bunga dengan labuci besar

getah ini dah tertarik dibuat main anak comot, itu yang cuba jahit bunga labuci

Dah lama tak buat design macam ini

Design pertama yang siap,

Ini pun aku dah lama tak buat bunga gini

5 design yang siap ditempah

ini lagi 5 design

Memerah otak nak siapkan 10 extender ni

Pintu pagar bermangga, buat urud niaga lalu pagar dah macam urus niaga haram hahahah... ini la akak yang tempah tu


Monday, October 26, 2020

SI KUNING MUSTARD

 Assalamualaikum semua,

Maaf la kawan-kawan, terlewat buat entry, hari ini BDR. Sebelum ini aku ada cerita yang ada seorang kawan tempah jahit manik di bajunya. Alhamdulillah dalam 2 minggu lepas selamat sampai dah baju pada tuan tuannya. Lega rasa

Aku nak kongsi hasil manik yang dapat aku siapkan. Lega bila dia suka. Upah untuk manik di baju ini tak sampai pun RM100, cuma RM 90 je....😊

Manik di bahagian tangan dan bawah baju


Ini gambar penuh yang nampak semua

Bahagian bawah baju

Close up sikit bunga bawah baju

Aku memang tak buat sama design, kira random je

Susunan pearl dan daun memang random

Bahagian bawah baju pun random susunan nya

Untuk bunga besar aku guna saiz duit 20sen lama, tapi bila dah boh labuci dia jadi kembang lagi


Wednesday, October 7, 2020

TUTORIAL BUNGA LABUCI

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam aku cuti rehat, Aiyan ada temujanji di klinik oftalmologi, selalu memang lama, itu yang ambil cuti je. Aku terlupa sangat dah janji dengan kawan-kawan nak kongsi tutorial buat bunga labuci. Jadi aku kongsi kan hari ini, ingat nak letak 2 cara berbeza tapi panjang pulak. Kita buat tutorial 1 jenis bunga dulu ye. Bunga labuci besar 2 lapis, guna saiz 20sen lama.

Rasanya dalam 12 tahun dulu bermula minat aku menjahit manik ni, masa tu aku tengah putus cinta. Nak cari sesuatu buat hilang frust tu, itu aku belajar memanik dengan buku je, makin lama makin seronok dan aku cuba ambil tempahan dengan kawan-kawan. Alhamdulillah banyak juga koleksi baju kawan-kawan yang dapat aku manikkan dari serata malaysia hehehe. Lepas tu lama aku tak memanik, takde kerajinan rasanya. Baru-baru ini bila mula main dengan manik dan labuci, seronok pula. Itu kongsi di sini tutorial yang mudah-mudah.

Bahan-bahan untuk bunga

- Labuci bulat melengkung 6mm

- Benang

- Jarum manik

- Pearl besar 

- Pen magic


aku guna 2 warna labuci, boleh je nak guna 1 warna
buat bulatan macamni, aku gunakan pen magic untuk fabric yang boleh  hilang bila kena air
buat 3 layer, susun macam ini
macam ini keadaannya bila dah jahit di kain

kita teruskan jahit hingga penuh 1 lapisan

ini fungsi kita lukis tu, baru dia ikut je bentuk bulat tu
jadi bentuk bulat, tapi tak la tepat sangat tu...maklum dah tak berapa pakar heheheh
kita akan mulakan untuk lapisan kedua

teruskan je sampai penuh, cuma kosongkan sikit bahagian tengah

selepas kita tambah manik besar di tengah... kene jahit dua kali untuk pearl saiz besar gini supaya kukuh