Showing posts with label kerepek. Show all posts
Showing posts with label kerepek. Show all posts

Friday, January 3, 2025

RESEPI KEREPEK ARROWHEAD @NGAKU

 Assalamualaikum semua,

Biasanya bila akhir tahun nak sampai CNY mesti ubi ini muncul. Tahun lepas aku malas betul nak buat kerepek, tapi tahun ini rajin pulak. Ahad aritu nampak dekat Pasaraya Giant nampak elok besar-besar aku pun beli sekilo lebih. Lepas tu sampai rumah dah siap kupas semua rasa macam sikit lak, kirim suruh Edy beli lagi sekilo lebih. Buat kerepeknya bercinta lama nak habiskan sekejapan aje. Suka rasa dia yang lemak manis tu. 

Tengok dekat balang tu nampak macam dah tinggal sikit, kalau rajin kita buat lagi lah minggu ni. Selalunya selagi belum CNY dia harga akan makin murah makin murah. Jom la cuba ye kawan-kawan.

Bahan-bahan:

Ubi ngaku (bersihkan kulitnya)

air garam

bawang putih

minyak untuk menggoreng

Cara masak:

- Bersihkan ubi ngaku, aku biasa kupas kulit luarnya dan akar saluran bawah dia. Pucuk atas dia tu selalu aku tak buang mudah nak pegang untuk sagat.

- Lepas bersihkan, rendam dalam air yang banyak letak garam sikit, supaya ngaku tak lebam.

- Sediakan bawang putih 3 ulas, ketuk kasar campur garam dan tambah air untuk jadikan air garam.

- Panaskan minyak banyak, bila dah panas gunakan api sedang untuk goreng ngaku.

- Aku biasa sagat atas minyak panas terus, tapi kalau nak sagat kat tempat lain pun boleh jugak.

- Air garam masukkan sebelum ngaku tu nampak kering, letak sikit je setengah atau suku sudu je.



Lepas dah buang kulit dan lepas rendam air garam

ini air garam bawang putih jangan boh banyak buat rasa je

tak boleh letak banyak macam kerepek pisang, lepas masukkan kene kacau jugak biar tak melekat

siap

bagi kawan sikit

bawak pi pejabat gak sikit

Tuesday, May 23, 2023

BILA DAH TERINGIN...

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya begini, aku dari sebelum raya dah teringin nak buat kerepek pisang sendiri. Tapi asyik tak kesempatan nak ke pasar tani cari pisang tanduk muda. Minggu lepas gigihkan diri cari pisang kat pasar tani tapi takde yang mentah yang ada pun dah nak masak. Lepas dah pusing-pusing pasar cari dan tak jumpa aku beli juga lah 1 sisir pisang tanduk ni. Adik tu kata dah ank masak tapi sebab aku nampak hijau aku beli jugak la. Bila telefon emak, mak kata ok boleh buat kerepek cuma lama sikit la nak keringnya. 

Malam tu gigihla buat kerepek, memang betul pisang tu dah nak masak sebab senang kupas. Kita buat jugak lah tapi hasilnya bila nak garing tu rupa kerepek pisang tu jadi warna coklat gelap macam hangus. Tapi tak hangus dia da rasa manis-manis. Buat jugak lah 7 biji pisang dapat la 1 bekas tutup merah besar. Ingatkan Edy dengan Aiyan tak makan sebab warna dia tu, tapi rupanya tak sampai separuh dah di kerjakan. Sedap ranggup manis masin sikit, memang boleh cuba lagi.


memang dah masak sebab mudah je nak kupasnya



jadi rupa gini cuba la sekeping ok tak rasa hangus memang macamni

dapat banyak ini je, kira ok lah

Hari ahad dah banyak ni, buat sabtu malam... semalam tengok dah tinggal suku je 

Monday, December 28, 2020

KEREPEK NGAKU @ARROWHEAD DATANG LAGI

 Assalamualaikum semua,

Bila tiba akhir tahun selain burger mcD prosperity ada sesuatu yang aku tunggu-tunggu. Ubi ngaku atau arrowhead, orang cina yang biasa masak dengan ubi ni tapi aku suka buat kerepek. Aku buat kerepek pun lepas ada seorang nyonya ni yang bagi cadangan masa aku selalu ke kedai nya beli barang. Sedap katanya, manis lemak dan sehingga hari itu dah 5 ke 6 tahun jadi rutin.

Ubi ngaku ni kalau nak buat kerepek senang je cuma api tak boleh besar macam buat kerepek pisang sebab dia cepat hangus. Petua paling best, masa bersihkan tangkai atas dia jangan buang, supaya senang untuk jadi pemegang bila nak sagat.

Dia bukan sengkuang cina, sebab sengkuang cina warna gelap 

Ini rupa dia tau

Kupas dia jadi gini, belah kanan tu ok ada tangkai, belah kiri tu payah nak pegang untuk sagat

Rendam dalam air dan letak sedikit garam

Selepas 15 ke 20 minit boleh toskan

Aku pakai penyagat biasa je,lebih senang pakai sagat yang ini

Dia agak melekat tak macam kerepek pisang tau, api memang kene sedang

Dah siap kerepek ngaku... rasa dia lemak manis


Tuesday, January 14, 2020

BUAT KEREPEK PISANG TANDUK

Assalamualaikum semua kawan-kawan,


Korang pernah buat kerepek pisang sendiri? Atau korang tak minat makan kerepek pisang? Aku peminat kerepek pisang tanduk, boleh je kalau nak beli yang dah siap cuma kadang termasinsangat rasanya atau nipis sangat. Memang mak ada bekalkan sebalang kerepek pisang tanduk dari kampung tapi sekejap je habis. Itu yang gigih ke pasar tani pada sabtu 4hb untuk cari pisang tanduk mentah untuk buat kerepek.

Ahad 5hb petang baru aku mula buat, tunggu aiyan tidur baru aku mula.  Pisang tu semua ada 10 biji tapi aku buat 8 biji je sebabnya aku dah kepenatan petang tu. huhuhuhu 
8 biji pun dapat la 2 balang tupperware yang sedang. Oklah puas hati buat sendiri, masin nya kita boleh kawal. Ketebalan kerepek tu pun ikut macam yang aku suka. Rasa macam nak buat lagi lah minggu nih, kita tengok macamne ye. Plan nak buat karipap atau popia, tapi asyikla tak jadi dek kerana malas hehehhe. 😁

kopek kulit tu sambil tengok tv buat slow and steady, sebab buat sendiri so kene kopek dulu baru sagat

Nak habiskan 10 biji tuh memang bercinta, masa kat kampung maktek kopek kulit aku terus goreng cepat sikit

aku takde kuali yang besar lagi macam mak kat kampung, kalau tak mesti lagi cepat abis

nasibla elok kejadian nya warna kuning je

sejukkan dulu sebelum masukkan dalam balang kedap udara 

petang-petang tengok tv sambil layan kerepek ni, tanpa sedar sebalang setengah dah habis