Showing posts with label kebun mama. Show all posts
Showing posts with label kebun mama. Show all posts

Thursday, May 21, 2026

PHOTO DIARY #16/2026

 Assalamualaikum semua,

Jom kita layan cerita bergambar, tak dan nak bercerita panjang kejap lagi nak keluar ambil Aiyan pulak. 

cantik kan warna dia, tapi ini tak wangi

air kotak feveret aku tapi ramai orang tak suka

kalau suruh siram pokok bukan main lama, siap main air lagi rasanya

stok popia carbonara untuk kedai

buat bubur jagung kat pejabat... sedap betul

hari selasa Aiyan bawak roti chicken floss

Nasi bujang RM5

hari rabu bawa pizza mini pulak

kucing rumah sebelah, ini dia melarikan diri dari rumah

sejak pindahkan tanam dekat tanah makin subur pokok limau purut

pokok kari ni pun sama, masa kat pasu dah kering daun pun kuning ni nampak segar dah

kesian, layu pokok ulam raja tak tahan panas

Tuesday, May 12, 2026

BILA KAU MALAS TAPI ADA YANG RAJIN

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita hari jumaat lepas, minggu lepas kan hujan je petang. Jadi rumput kat rumah aku memang bukan main subur la. Aku ni memang tak kuat lagi la nak mencabut rumput dengan tangan kiri yang masih terasa sakitnya. Jadi bila kita ni memang pemalas jadi kita upahla orang yang rajin. Upah cleaner dekat rumah tu je untuk bersihkan, cabut rumput, potong pokok mana yang patut. Hasilnya memang puas hati, siap dia basuh lagi lantai luar tu. Cuma itu lah lupa nak ambil gambar sebelumnya, tapi memang meriah la rumput tepi-tepi pasu tu. 







bersih puas hati

Thursday, April 9, 2026

PHOTO DIARY #11/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi nampak langit mendung ingatkan nak hujan tapi nampak cerah je pagi ini. Sekarang ni KL dan Selangor hampir setiap petang atau malam akan hujan. Alhamdulillah.

Langit pagi tadi kat tempat hd

Menu berbuka semalam, keladi goreng je

Dua kawan baik

Upah adik cleaner dekat rumah tolong pasukan pokok

6 pokok, ingat nak upah rm25 , ok kan

Sorang suka bawak pen banyak, sorang sibuk nak pakai spek aku

Selasa tak sekolah ada temujanji di IJN

Kalau hujan waktu lewat petang atau maghrib itula port tido dia

Ahad lepas sarapan nasi kerabu

Kedai nasi kerabu kesukaan kami

Bila teringin

Thursday, March 5, 2026

PHOTO DIARY #09/2026

 Assalamualaikum semua,

Sekarang dah rutin, asal pagi je tidur lama masa hd. Gambar pun tak banyak dah, maklum la bulan puasa ni gambar makanan je yang banyak. Jom layan cerita bergambar.

Hari isnin, rabu dan jumaat sampai opis awal kadang sempat lena kejap tapi penakut lampu kat luar biarkan menyala

Hari masa gerhana bulan tu, ada budak larikan diri.
 Ni lepas dia balik rumah kene bebel lah

Setiap hantar dia balik rumah pesan, masuk rumah mandi, lepas azan solat tapi bila cek cctv dia tgh dugem lak 

Buat popia carbonara daging frozen untuk jual kat kedai

Terbeli pokok lagi

Mahal ni sepokok rm69 huhuhu

Boleh diharapkan siram pokok

Thursday, February 19, 2026

PHOTO DIARY #07/2026

 Assalamualaikum semua,

Selamat berpuasa kawan-kawan, moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna. Hari pertama puasa dah kene hd pulak. Tadi misi tanya puasa tak kak? kalau tak larat tak payah puasa. Yelah bila kita buat hd atau cuci darah, mesin tu akan tarik air dalam badan kita ikut pada yang kita tambah berat. Kalau naik 2kg dia akan tarik 2kg, kalau naik 3 kg dia akan tarik 3 kg gitu lah. Jadi sebab tu kadang lepas hd kita punya tekanan darah akan turun sebab air yang di tarik keluar. Tahun lepas awal-awal hd aku tak puasa tapi bila dah beberapa minggu dah boleh nak agak jadi dapat la aku puasa. Tahun ini harapnya aku dapat la puasa macam biasa, doakan ye. 

Terbebel panjang pulak, jom layan cerita bergambar jom.

pagi tadi tak sempat pakai makeup pun sebab hari hd aku kene awal 

10.30 pagi dah siap hd, biasanya dalam pukul 11 lebih baru siap

Pukul 6 pagi dah gerak dari rumah, solat pun kat pusat hd

Menu sahur hari ini, ayam kicap, kangkung dan air vico untuk Edy dan Aiyan

malam tadi hujan lepas tu dok terpikir kalau la cuti khamis dan jumaat kan best heheheh

Aiyan suka betul makan nasi goreng dengan peria goreng ranggup yang beli dekat kampung

menu sebelum puasa hehehe

sabtu masa hd, ada ,misi bawak nasi dagang dia ambilkan sikit untuk aku sebab dia tahu aku suka nasi dagang

Petik mulberi tepi rumah, boleh la buat kordial nanti


suruh chatgpt buatkan gambar comel kan heheheh

sofa ni memang dah jadi hak milik dia... pasang sarung supaya dia tak cakar

ahad lepas pergi ke Aeon Alpha Angle beli baju tshirt raya untuk Aiyan dan Edy