Showing posts with label kawan opis. Show all posts
Showing posts with label kawan opis. Show all posts

Thursday, April 16, 2026

PHOTO DIARY #12/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi nak buat entri tapi mata mengantuk sangat, dah masuk pejabat dapatla kita buat entri ya. Semalam bdr (bekerja dari rumah) dah mula untuk penjawat awam tapi tengok jalan sana sini banyak kereta je. Kita doakan moga cepat berakhir konflik di Asia Barat tu ya.  Jom kita layan cerita bergambar.


Masa pagi baru sampai hd elok lagi tudung kan, tudung tu bukan basah air liur tapi kene perfum berbekas pulak

Lepas hd masuk dalam kereta, rupa apakah ini hahahha 


Boss aku ni memang suka menyembang, semalam petang dah dekat pukul 4.30 dia masih menyembang lepak depan aku


kawan-kawan pejabat dok ambil gambar sambil gelakkan sebab selalunya pukul 4.30 aku check out dah

Ini lagi sorang, memang dengar diaorang gelak-gelak kat luar bilik


Ini masa nak ambil Aiyan , banyak je kereta tak nampak macam ada bdr

parking kereta kat pejabat pun penuh je

setiap jam boss aku akan cek apps spot me untuk pantau anak-anak buah yang bdr

semalam petang, budak ini balik dari hotel memang bulat perut heheheh

Masa ni dia dok nak tunjuk kat aku tempat yang jual makanan Johor yang sedap, dia suka lepak tempat aku

Jumaat lepas, gambar dengan 2 orang pegawai yang kene bertukar. Dua pegawai lelaki tu, yang baju kelabu ke Perak baju biru ke Johor

Gambar ramai-ramai dengan orang yang nak bertukar

Wednesday, March 18, 2026

WW DECO RAYA PEJABAT KAMI

 Assalamualaikum semua,

Tahun ini pejabat meriah jadi boleh paksa budak-budak pejabat  untuk hias untuk raya. Setelah 2 tahun takde hiasan cantik. 

Geng wanita



Yang ambil kan gambar budak kecik tau

Budak kecik tu tau yang tolong ambilkan gambar tadi... cukup korum 5 orang semuanya


Ini hiasan dekat pintu belakang



cantik lampu ini bila gelap

Hiasan pintu depan

Monday, February 16, 2026

KERJA DI HARI CUTI TERSEPIT SEBELUM CNY

 Assalamualaikum semua,

Bukan main panjang tajuk kan, biasanya kalau cuti gini ramai yang cuti tapi itulah rasa takde nak buat apa kat rumah. Tak balik kampung jugak jadi kerja jelah. Lagi aman bila pengarah aku cuti rehat jadi kita takde gangguan. Dari minggu lepas banyak kedai sarapan orang Kelantan dah mula cuti. Hari ini kedai puspanita pun cuti jadi kami terfikir nak dapat sarapan kat mana lah. Jadi masak jelah sarapan kat pejabat. Mulanya ingat tak ramai yang kerja jadi ok lah kami masak nasi lemak untuk 10 ke 12 orang makan. Tapi semalam tup-tup ramai yang kerja dalam 20 orang jugak. Aku masak sambal siap-siap kat rumah, kacang dan bilis jugak. Kawan lagi seorang masak telur rebus dan timun dari rumah dia tambah dengan ayam goreng juga. 

Sempena esok CNY kita pakai baju merah hehehe







Masak nasi dekat pantry pejabat

Dah pukul 7.30 tapi gelap gelita lagi

Tuesday, December 23, 2025

KAWAN-KAWAN DATANG JENGUK

 Assalamualaikum semua,

Cuti sekolah ni kan rasa bahagia betul, waktu tengahhari boleh rehat tak perlu terkejar-kejar ambil Aiyan kat sekolah dan hantar balik rumah. Waktu rehat boleh betul-betul rehat kat bilik. Ceritanya pagi tadi kawan opis aku 2 orang ni tetiba datang jenguk masa tengah hd. Diaorang pergi makan dekat felda so kene jalan sikit pastu sampai la ke pusat hd ni. Dalam kawasan felda juga, seronok bila ada kawan datang jenguk hehehhe.



macih kawan-kawan, terharu i

Thursday, December 18, 2025

PHOTO DIARY #41/2025

 Assalamualaikum semua,

Setiap hari khamis memang wajib ada muka tuan tanah ye. Heheheh oklah takmo bebel panjang jom kita tengok cerita bergmbar jom.


Semalam masa ambil dia, katanya kawan bagi cupcakes kosong

Musim hujan ni kesian pokok bunga ros aku, mati sebab kurang cahaya

Geram lak tengok daun si cekur ni

Cantik kan, tak sempat nak menjaga melayan pokok tepi rumah


Rajin berbunga setelah bertahun tunggu 

Musim hujan ni yang subur rumput

Ini pun sama... rasanya kene upah orang cabut jelah

Bunga minggu ini

Terpikat dengan si putih ini

Seawal 3.20 pagi dah mula memasak

Baju batik baru heheheh

Harap jangan jemu tengok tuan blog


Bebudak opis makan kudapan sambil borak... bila duduk sorang2 aku suka bila kawan opis datang melepak

Monday, December 15, 2025

OLE-OLE DARI HONG KONG

 Assalamualaikum semua,

Dapat ole-ole dari pengarah aku yang buat lawatan kerja di Hong kong. Pastu sedihnya dia tak sempat masuk pejabat sebab telah di tukarkan ke Negeri Perak. Jadi aku dapat la pengarah baru, agak kelam kabut pagi ini dek kerana melayankan pengarah baru. 

Ini 3 untuk geng perempuan je

Ini aku punya, setiausaha yang jaga dia kene la lain sikit kan...