Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Monday, March 30, 2026

SELAMAT HARI RAYA 2026

 Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kawan-kawan semua. Setelah bercuti seminggu lebih akhirnya datang la semula untuk kerja. Bila dah cuti lama mula la rasa malas nak masuk kerja kan heheheh. Tahun ini giliran raya kat Johor dulu, dari awal tahun adik-adik dah ajak pakai baju warna sama. Baby blue tema tahun ini. Jom la kita tengok gambar raya mana yang ada ya. 

Gambar tuan rumah kene la ada dulu kan


candid

gambar kami 5 beradik mak dan abah




gambar keluarga besar kami




nombor 4 dengan nombor 5 tu memang macam kucing dan anjing sikit



tahun lepas dia dah kerja tapi tak dapat gaji lagi tahun ini dah ada gaji jadi kene la bagi duit raya kat semua orang heheheh






tahun lepas paksu tak bagi duit raya, tahun ini dapat juga heheheh



dulu-dulu abah dengan mak malu-malu nak salam cium gini tapi sekarang anak-anak yang suruh dia ok je hehehe... 

Thursday, January 8, 2026

PHOTO DIARY #01/2026

 Assalamualaikum semua,

Entri photo diary pertama di tahun 2026. Awal tadi mengantuk betul tapi aku tak jumpa mana entah tuala kecil untuk aku tutup muka kalau nak tidur. Pusing-pusing cari tak jumpa udahnya buat entri la dulu dan nak tidur tak boleh. 

Jom tengok cerita bergambar.

Stokin beruang baru

Hadapi la setiap harimu dengan senyuman

Tapai ubi dari kampung...sedap

Semalam dah pukul 7.20pagi tapi masih gelap

Sabtu sampai selasa dia dekat hostel... dia takde memang sunyi rumah

Makan serunding emak dengan pulut, ya Allah sedap betul

Boss baru aku, handsome tak? Rambut hitam lagi umur dia tahun ini 59tahun

Dapat ole-ole kawan pejabat pergi umrah

Bonet kalau balik kampung memang penuh, barang untuk 2 keluarga

Cantik bunga orkid makngah, aku takde jenis macamni lagi

Cantik sangat

Bunga matahari

Atok ajak makan durian, dia pun makan la 2 ulas.. dia bukan makan durian sangat pun

Paksu kata dia masa tingkatan 2 takde pun misai dan jambang macam Aiyan hehehe

Wednesday, January 7, 2026

OLE-OLE BALIK KE SELANGOR

 Assalamualaikum semua,

Selepas sarapan terus la kita pusing-pusing rumah kan pastu panggil paksu suruh ambil plastik pergi depan rumah. Suruh dia kutip buah mulberi, nampak lebat betul buahnya boleh buat kordial. Lepas tu dok tengok rambutan lak ada sikit lagi, suruh paksu dengan makyah ambil galah petikkan rambutan. Dapat banyak jugak rambutannya walaupun pun dah tinggal sikit. Abah tanya nak ubi kayu tak? mesti lah nak kan... Abah suruh paksu pergi depan bawak kereta sorong cabut ubi kayu. Abah tanya lagi nak kelapa muda tak? boleh je... petik kelapa muda lak. Ada kelapa biasa dan kelapa pandan. Biasanya kalau adik ipar balik kampung dia suka sangat petik kelapa muda. 

Sorang petik dengan gunting, sorang lagi dengan kayu bentuk Y 

Bila rambutannya tinggi sangat 2 orang tu tak pandai nak gunting, abahla tolong buat

dapatla merasa jugak rambutan tepi rumah ni

Untung adik bongsu aku ni, sejenis adik yang melayan je perintah kakak-kakaknya

Kami petik dapat banyak jugak ni

Makngah bising kata yang belah tepi parit ni banyak kenapa tak petik... takut terjerumus dalam parit hehehhe

Dia petikkan dapat banyak ni lagi

paksu dan abah cabut ubi kayu depan rumah



teringat kat adik ipar

petai mak simpankan dari minggu lepas dari pokok belakang rumah

buah nanas depan rumah