Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

Tuesday, March 17, 2026

RESEPI BUBUR LAMBUK TERENGGANU

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi lagi, sebab jumaat mesti dan tak ingat blog dan lagi la bila dah sampai kampung kan. Resepi bubur lambuk Terengganu ni bukan la yang betul sebab banyak bahan takde, tapi sebab teringin jadi aku buat juga. Sebabnya nak jumpa orang jual memang payah sikit rasanya macam bubur lambuk Johor yang memang takde yang jual dekat Kuala Lumpur atau Selangor. Oklah jom kita tengok resepinya ya. Walaupun tak lengkap dedaun yang ada bila Maktek puji cakap sedap sangat memang rasa seronok betul. 

Bahan-bahan:

2 cawan beras

12 cawan air

6 ekor ikan selayang, rebus dan ambil isi

3 ulas bawang putih,kisar

2 biji bawang merah besar, kisar

1 inci halia, kisar

1 ikat pucuk ubi

2 ikat pucuk paku

1 ikat pucuk manis

1 ikat daun kesom

1 pek kerisik

2 sudu sedang serbuk lada hitam

2 kotak kecil santan

3 biji keledek oren, potong sedang

Daun bawang

Garam secukupnya


Cara masak:

- Dalam periuk noxxa masak dulu beras hingga jadi bubur. 2 cawan beras 12 cawan air.

- Masukkan semua bahan lain, bahan kisar, daun-daun, isi ikan yang dah di kisar, santan, serbuk lada hitam dan kerisik.

- Masak untuk 20 minit guna mode stirfry hingga betul-betul masak, lepas tu tambah ubi keledek, garam dan air dalam 2 cawan lagi. Tambahkan garam lepas tu boh bawang goreng.

* Kalau ikutkan banyak lagi daun-daun yang boleh di masukkan tapi aku memang tak jumpa. Jadi apa yang ada jelah ya. Kalau ikutkan bahan utama pucuk paku merah , daun kaduk .

Kalau ikutkan dia akan warna merah-merah dari pucuk paku merah tu













Friday, March 13, 2026

MEHUN SUP SIMPLE @ MEHUN THENG

 Assalamualaikum semua,

Menu ini aku masak awal-awal puasa aritu mudah simple dan sedap betul. Aku kan sejenis kurang rajin jadi menu ini memang sesuai betul lah. Jom tengok la resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 Plastik mehun- celur

1 labu bawang putih, cincang

3 ketul ayam bahagian dada

Sedikit tulang ayam

1 sudu kecil serbuk lada sulah

1 kiub ayam

1 batang sawi

1 pokok daun sup

2 plastik bebola

Tauge

Garam secukupnya

Air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dengan minyak dan api kecil, bila dah tukar warna kekuningan asingkan separuh bawang putih tu.

- Bawang putih yang lebih tinggal dalam kuali, masukkan ayam gaul-gaul lepastu masukkan air 4 cawan masukkan kiub ayam, masakkan ayam tu untuk 10 ke 15 minit api sedang. Keluarkan ayam bahagian dada untuk kita carik-carik.

- Masukkan lada sulah, bebola dan sawi.

- Akhir sekali bila mendidih masukkan garam dan daun sup. Siap

- Letakkan mihun, tauge, ayam carik dan letak la kuah dalam tu. Jangan lupa bawang putih goreng atas tu dan tambah sambal kicap. Siap pastinya sedap











Monday, March 9, 2026

RESEPI ROTI TELUR BAWANG

 Assalamualaikum semua,

Belek gambar takde yang nampak macam best untuk dikongsi. Jadi kita kongsi resepi jelah ya. Bulan puasa ni rajin sikit masak untuk berbuka jadi banyak sikit la menu ada. Ini menu mudah tapi sedap untuk berbuka. Jom tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

4 biji telur

1 biji bawang merah, hiris nipis

1 batang daun sup, hiris halus

Sedikit garam

Sedikit serbuk cili kisar

6 keping roti gardenia, potong 4

Cara masak:

- Campurkan telur, bawang, daun sup, serbuk lada dan garam. Gaulkan hingga sepati

- Celupkan telur dan goreng dengan api kecil hingga masak. Masak kekuningan.

- Sedap di makan dengan sos cili.







Tuesday, March 3, 2026

MENU BERBUKA HARI KE 12,11,10,9, 8

 Assalamualaikum semua,

Baru masuk minggu kedua puasa aku dah mula malas untuk ambil gambar sahur, masak pun kadang apa yang ada je. Sahur selalunya Aiyan dengan Edy makan nasi aku kadang makan kuih atau roti, tapi bila hari aku hd aku akan sahur nasi nak cukupkan tenaga sampai ke petang. Kalau ikutkan memang tak digalakkan puasa takut jadi apa-apa kan itu pasal aku makan menu yang tahan sikit. Buat masa ini aku memang puasa walaupun hari hd selagi masih larat dan tak memudaratkan.

Menu berbuka hari ke 12, aku beli nasi bungkus lepas tu tambah dengan prata inti kentang emak bagi, ada roti bom, karipap dan popia

Menu berbuka hari ke 11, mee kari dan kuih muih

Hari ke 10 nasi lemak dan kuih muih

Nasi putih lauk kupang masak sos dan pelbagai kuih

Suhun goreng, murtabak dan cucur jagung

Friday, February 27, 2026

RESEPI BUBUR LAMBUK JOHOR

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya setelah 43 tahun hidup baru kali ini aku masak menu bubur lambuk johor, abah kata bubur lambuk johor ni sama je dengan bubur asyura johor. Patut la sebab bubur asyura johor memang ada kekacang dan rasa macam bubur lambuk. Hari tu teringin nak buat lepas tu mintak resepi kat abah sebab setiap tahun abah buat bubur lambuk untuk bagi-bagi pada orang kampung di bulan puasa. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

3 cawan beras, cuci dah toskan

18 cawan air, 1 cawan beras 6 cawan air

2 kotak kecil santan

3 ulas bawang putih, kisar

3 biji bawang merah besar, kisar

sejemput udang kering, kisar

1 inci halia, kisar

5 biji bawang merah kecil, hiris

3 ulas bawang putih, hiris

1 batang serai, ketuk

4 sekawan

1 sup bunjut

1 mangkuk daging

1 mangkuk jagung manis

1 mangkuk kacang kuda rebus

1 mangkuk lobak merah

1 pek perencah sup adabi

1 kiub ayam

2 sudu perencah kurma

Daun sup dan daun bawang

Garam

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Masak:

- Guna stiryfry dan tumiskan 4 sekawan, sup bunjut, serai dan hirisan bawang hingga naik bau dan layu.

- Bila dah naik bau tu, masukkan bahan-bahan kisar masak hingga pecah minyak. Masukkan daging kacau hingga dagin separuh masak.

- Masukkan lobak merah, jagung dan kacang kuda. Masukkan beras juga kacau-kacau kejap off mode stirfry.

- Masukkan kiub ayam, perencah sup, serbuk lada hitam dan kurma tambahkan air. Tambah garam dalam 3 sudu kecil. Tambahkan daun sup dan daun bawang. HP selama 30 minit

- Lepas 30 minit dah keluarkan warp, bukak penutup masukkan santan kacau-kacau stirfry kejap lepastu tambah daun sup dan daun bawang lagi lepas tu siap. Matikan api atau guna mood keep warm je.

* Patutnya letak bawang goreng akhir tu, tapi takde lak rupanya kat rumah jadi tak letak la.

* Guna cawan noxxa tau, rasanya tak sampai 250ml bekasnya
















bagi kat jiran-jiran