Showing posts with label ibu mertuaku. Show all posts
Showing posts with label ibu mertuaku. Show all posts

Monday, February 10, 2025

HANTAR MIL DAN ADIK IPAR PERGI UMRAH

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat malam sabtu baru ni ayah mentua dan adik-adik ipar tumpang tidur kat rumah kami. Mak mentua dan adik ipar lain terus ke homestay berdekatan KLIA. Mereka sampai malam dalam pukul 9 lebih, sempat la aku masak nasi dan telur dadar. Edy belikan sup campur di kedai je. Esok paginya masakkan sarapan mehun goreng dan epok-epok goreng. Dalam pukul 9 pagi kakak ipar pulak sampai  untuk sarapan sekali dan pergi bersama ke KLIA. 

Dalam pukul 12.20 tengahari kita semua gerak ke KLIA, katanya pukul 2 nak jumpa pukul 4 nanti dah mula nak dengan taklimat. Sampai KLIA pukul 2 lebih tapi entah mana silapnya, pukul 5 masih lagi tak siap-siap. Akhirnya pukul 6 lebih baru checkin apa semua penerbangan pukul 9 malam. Kami pukul 5 dah cabut balik, kepenatan berkeliaran di KLIA. Bila badan tak sihat sangat ni tak boleh nak melasak macam orang sihat biasa, nanti kita yang menahan sakitnya. Moga dipermudahkan semuanya buat mak mentua, dan keluarga adik ipar moga dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna.

Lepas sampai berehat kejap sambil tengok tv dan makan malam

sarapan pagi pulak

sebelum bergerak ke KLIA

bergambar dulu, dengan semua adik beradik ipar duai


cukup 9 beradik semuanya, ikut turutan yang bongsu tu sebelah pak mentua




dua budak bulat

Tuesday, April 23, 2024

BUNGA JANDA KAYA MAK MENTUA

 Assalamualaikum semua,

* Silap info la kengkawan, bukan janda baik tapi JANDA KAYA hahhahaha




bergambar jugak sebelum balik aritu

Thursday, December 22, 2022

PHOTO DIARY #41/2022

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis, esok hari terakhir kerja sebab minggu depan aku nak cuti seminggu sampai awal tahun. Rancangannya nak balik Kerteh tapi tak pasti lagi sebab dekat sana tengah banjir , mak mentua pun pesan jangan balik lagi minggu ini harap minggu depan dah ok. Tak nak bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.

Banyak perisa dah love letters ni, tapi bestnya kalau ada jual yang mix ye

minggu lepas makan di kedai siam, somtam dia sedap ooooooi

cik Bu yang sekarang tengah sibuk cari jantan

Dia ni kan putih tapi suka baring merata gini, habis berhabuk bulu tu tukar warna coklat

pelita tepi rumah yang masih elok hidup sampai ke tengah malam

sekodeng awek

lama tak buat cekodok kentang bawang

sarapa aku setiap pagi di hari kerja heheheh


Jus oren pulak

nasib-nasib dapat yang isi kuning tu cair gini... rebus tak guna timer

berangan

dah lama tak makan sate, bila dapat sate yang sedap kejap je habis

sesekali bermanja dengan acik Aiyan

orang Terengganu makan nasi goreng wajib ada keropok gini

Pertama kali buka pintu opis sendiri, berdebar jugak tau

Hari khamis kan , kene lah berbaju batik


kejadian di batang kali, beberapa kawan pejabat yang kene bertugas untuk kaji struktur tanah

Kejadian banjir di kampung mentua

mak mentua dan adik ipar

pergi ke bandar naik kereta, nak balik tak lepas kereta lalu sebab air dah naik jadi balik naik lori... adik ipar 2 orang tu baju merah dengan biru kene naik lori 

Friday, July 22, 2022

BERJALAN DENGAN MAK MENTUA

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan hari ini aku tak kongsikan resepi. Dah lama tak masak menu yang pelbagai, nanti aku kumpul semula kalau ada resepi terbaru ya. Hari ini aku nak cerita pasal jalan dengan mak mentua masa di kampung. Dua hari berturut berjalan beli belanja dapur dengan mak mentua. Maklum dah lama kami tak balik kampung kan.

masa ni kami ke Eco, Paka

ini hasil borongan kami, mak mentua punya bakul lain

masa ni Aiyan moody sebab dia cari tokminya takde, yelah mak mentua aku tu kalau pergi Eco memang selalu kene sorok hantu haahahha

hasil borongan di Eco, dalam RM 115 tak silap hahahha

sakan berborak dua beranak ni, cerita pasal orang kampung nya



Suruh ambil gambar dengan mak mentua, tapi itulah gaya masih tak sedia lagi

aku tengah bebel dia ambil gambar... sabor jelah aku

ambil udang celup tepung jugak, tapi kurang serdak tepung nya

lepas makan Aiyan dengan mak mentua tak nak jalan ke tepi pantai,  aku lah bergambar sensorang

masa ni angin kuat betul... malam tu hujan ribut 

Aiyan takde dapat la welfie berdua je

esok nya berjalan lagi ke Mesra Mall pulak... 

Thursday, July 14, 2022

PHOTO DIARY #19/22 - SALAM AIDIL ADHA

 Assalamualaikum semua,

Maaf dari isnin senyap je terlupa nak buat entri bila dah di kampung tu. Tahun ini raya haji kami di kampung Edy di Kerteh, Terengganu. Sudah hampir 2 tahun kami tak balik sana, itulah Edy sibuk memanjang. Kami cuti dari jumaat sampai rabu, memang lama lah duduk dekat kampung tu. 

Jom lah kita layan gambar raya jom.

Raya pertama cuma ada 3 keluarga yang balik kampung


belah kiri tu nampak separuh je pulak

baru penuh nampak semua, pak mentua masa ni sibuk tolong lapah lembu

gambar dengan mak mentua sambil lawan gelang sapa besar, mustilah gelang dia

menantu  jenis kaki bodek kata laki aku 

gambar bertiga wajib la ada, helok sikit gambar ni sebab kak ipar amikkan

lepas zuhur ajak pi tepi pantai kat Kuala Kerteh

tak panas mendung redup je tapi berangin

iklan gigi