Assalamualaikum semua,
Sepatutnya minggu lepas nak kongsikan cerita ini tapi terlupa pulak. Jadi kita cerita hari ini lah pasal kisah Festival Park ini. Festival ini di buat pada 17 hingga 26 Oktober yang lepas. Hari ahad 19hb tu kami dah pergi masa tu pukul 10.30 pagi memang penuh parking jadi kami balik je. Isnin tu kan cuti Deepavali pukul 8 pagi kami dah sampai situ. Dapat parking dekat dengan pintu masuk, sarapan di gerai tepi sebelum masuk ke tasik pada pukul 9 pagi.
Masa mula tu, jalan-jalan tengok gerai-gerai yang jual pokok. Pelbagai jenis bonsai, bunga orkid tapi aku tengok jelah tak terasa nak beli. Lepas tu jalan lagi dekat separuh tasik juga berjalan baru jumpa pelbagai sususan dan gubahan bunga. Cantik dan leka betul menengoknya. Sampai ke bahagian dekat pentas utama tu aku dah kepenatan, tak sanggup nak habiskan 1 pusingan. Jadi balik la kita, sambil tu kejap-kejap duduk sebab kepenatan. Kalau datang waktu malam lagi best, lampu-lampu nya lagi meriah. Dia lebih kurang macam floria tapi versi mini gitu hehehe.
| Cantik tau, bunga yang diawet dan tahan sampai bertahun |
| bunga yang sekuntum tu RM50, yang besar atas tu Rm500 |