Showing posts with label farah aisyah. Show all posts
Showing posts with label farah aisyah. Show all posts

Thursday, April 30, 2026

PHOTO DIARY #14/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini tak sempat cukup 4 jam hd sebab pukul 10 lebih cikgunya telefon minta ambil Aiyan kat sekolah. Katanya tadi terjatuh kat kantin, 10.30 macam tu aku terus la ke sekolah dia dan hantar ke rumah. Bila di tanya, katanya lepas cuci tangan tu dia tergelincir, takde orang tolak jatuh sendiri katanya. Mujur tak kene tiang tepi kantin tu. Jalan pun pelan-pelan je, siap pesan kat rumah tak payah nak menari-menari bila tengok tv. Duduk elok-elok atas sofa.

Ambil dia kat bengkel roti

Cikgu bagi roti burger, roti yang lain tak siap lagi. Ini semua buat sendiri daging burger tu pun buat sendiri

Ada orang order rendang daging, dapatla bawak bekal pagi tadi makan dengan roti

Rendang daging sekilo 
semalam buat bomboloni dengan roti pintal



Ini roti pintal, dia bawak untuk mama, sedap lembut gebus


Lontong darat rendang daging, memang ramai peminat

Roti kentang dia buat isnin, dia dah makan kat sekolah pastu bagi 1 untuk mama

Tetamu hari ahad

Ahad pagi jumpa kat kedai makan


Kalau kat rumah maklong bukan main dia dekat dengan kita, kat luar bukan main sombong

Lily

Wednesday, June 4, 2025

TENGOK WAYANG EJEN ALI 2

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita minggu lepas, hari jumaat Maktek ada ajak Aiyan pergi tengok wayang Ejen Ali. Aku ok ja bagi je dia pergi, dia pun suka bila dapat pergi dengan sepupunya. Jumaat pukul 3 gerak dari rumah, wayang pukul 3.45 petang. Sampai rumah petang tu dia gembira je, siap cakap best mama nanti kita tengok lagi la . 

pesan dekat dia pukul 2 lebih makan dulu kat rumah

Seronok la budak berdua ni kan






Thursday, February 13, 2025

PHOTO DIARY #05/2025

 Assalamualaikum semua,

Maafkan diriku, sekarang mood nak buat entri agak ke laut. Otak pun kadang dah tepu tak tau nak menulis apa lagi agaknya. Setelah mencari dan mengutip semula kerajinan tu, jom kita layan cerita bergambar.

gambar pagi tadi... 

Kawan aku kene kerja luar, jadi kami teman la dia nak naik kereta tu hehehhe

nampak bulan tu cantik, tapi bila nak ambil gambar banyak sangat cahaya bulat-bulat

Dah lama tak buat apam gula hangus

nasi kerabu di hari cuti Thaipusam

geram dengan budak bulat depan tu

adik tunjuk gambar jenjalan dengan abah dan emak

murtabak daging, sedap jugak tapi itulah dapat la rasa sikit, Aiyan habiskan semua

si Aiyan yang beli, pahit gila tak tertelan aku

Tengok dia dah lagi tinggi dari aku

Semua mug dapat hadiah darlie hehehhe

kerepek pisang emak bagi, poskan itu yang banyak yang hancur

Monday, June 24, 2024

KERUSI TURUN TEMURUN

 Assalamualaikum semua,

Semalam Maktek tunjuk gambar si kecik Adyan atau yang kami biasa panggil adik. Duduk kat kerusi hijau, kerusi turun temurun dari Aiyan lagi. Bila ada Aisyah bagi kt Aisyah lepas tu sampai ke adik masih elok lagi kerusinya tu. Aku pun dah tak ingat berapa harga kerusi tu. 

3 sepupu
Masa ni tahun 2012


masa Aisyah tahun 2018


tahun 2024

Thursday, December 28, 2023

PHOTO DIARY #44/2023

 Assalamualaikum semua,

Photo Diary terakhir di tahun 2023, ada 44 entri semuanya. Tahun ini banyak sikit entri dapat dibuat , ikut kerajinan jugak kan, tahun lepas kan aku banyak cuti sakit itu yang tak banyak tu. Hari terakhir aku kerja untuk tahun 2023, esok aku cuti. Saja je cuti tak kemana pun duduk rumah je lagipun Edy kerja. 

Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

sabtu lepas rajinkan diri mengemas tepi rumah, cabut rumput sapu-sapu sikit, ada kucing rumah sebelah dok teman

hari ahad Edy tak sihat, demam

dia kebosanan sebab atoknya tak sihat demam, takde yang belai dia

isnin masih melepek tidur je kejenya... petang tu bawak ke klinik


selalu dia yang hantar aku pi klinik, kali ini aku yang hantar dia yang sakit

sejenis pantang nampak cermin gini lah

bunga ros yang tengah rajin berbunga

ros kampung tapi rajin sangat berbunga

baju hari ini,sekarang kan dah wajib setiap khamis pakai baju batik, kalau tak pakai boleh dikenakan tindakan tatatertib tau


lama betul tak beli sarapan mee goreng bawah pokok kat simpang rumah

Ecah kene chicken pox, semalam Maktek tanya apa bii-biji kat Ecah, bila dah tengok ciri-ciri nya, merata ada 1 badan memang sahla chicken pox.

Thursday, October 26, 2023

PHOTO DIARY #37/2023

 Assalamualaikum semua,

Sekarang cuaca panas terik, petang atau malam hujan lebat. Waktu pagi sejuk dan berkabus pejabat aku ni penyaman udara sejuk gila baru di baiki tapi lif tak pulak depa baiki. Dah 3 minggu gigih naik turun tangga untuk ke tingkat 7 dan 8. Tak tau la sampai bila kene mendaki tu.

Jom la kita layan cerita bergambar.

Sesekali maktek buat pengat pisang hantar la ke rumah kakaknya

makan snack

ada yang belanja aiskrim

ada kawan bagi baju kelawar
aku pun dapat juga

semalam balik dari persembahan menari nya


sorang je kawan yang belah kiri atas tu tak pernah jumpa

sarapan mee kari pagi tadi tapi masinnnn oi

sedap jugak bawak beg sandang belakang gini lagila bila naik tangga

Ecah masuk pertandingan mewarna

dapat no 2 tau hehehhe