Assalamualaikum semua kawan-kawan,
Sabtu lepas , balik dari putrajaya rasa penghawa dingin kereta macam tak rasa sejuk. Edy kata balik nanti dia bawak ke bengkel, untuk tengokkan penghawa dingin tu. Keadaan kereta agak panas dalam cuaca yang panas. Masa sampai dekat shell jalan ampang Edy perasan temperature kereta naik dah sampai H pun. Cepat-cepat berhenti kat shell dan matikan enjin tunggu sejuk kot akan turun temperature tu dan buka bonet.
Dia belek-belek katanya air dah nak kering kat radiaotor, rupanya radiator cik putih dah pecah. Bila isi air dia akan mengalir keluar, memang takkan dapat sempat untuk sampai rumah. Lama jugakla kami duduk situ dalam panas, sampai Edy kata nk call orang takaful ikhlas untuk minta towing kereta sampai bengkel dekat rumah. Takaful ikhlas ada cover untuk towing percuma untuk 200km jadi gunakan perkhidmatan itu. Minta tolong adik ipar amik kami kat shell. Dekat 2 jam jugaklah kami kat situ dalam kepanasan tu. Memang dugaan betul lah. Macam tau je aku nak gaji minggu ni. Aduhai cik putih
 |
| Bukan sikit-sikit sampai atas dah dia punya naik, nasibla kami cepat sedar |
 |
| kami guna khidmat towing takaful ikhlas yang dapat free 200km, dari shell ampang ke rumah lebih kurang 10km |
 |
| kali ke dua cik putih naik towing ni, kali pertama tahun 2017 |
 |
| masa ni dah kat simpang nak masuk ukay perdana |
 |
| masa ni towing dah sampai tengah tunggu adik ipar datang... saja je si Edy ambil gambar kami ber2 yang kepenatan masa ni |
 |
| ini rupanya yang pecah tu... huhuhu nasibla kene masa ada Edy, kalau aku dengan AIyan je masa tu... mau nangis tepi jalan |
 |
| ini rupa radiator yang baru, aku baru kenal rupanya lepas dah bawak kereta 15tahun hhhahhahaha |