Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Monday, October 6, 2025

MINI PLUM

 Assalamualaikum semua,

Dari pagi tadi niatnya nak cerita pasal jalan-jalan kami ke taman orkid. Tapi dah 3 kali cuba masukkan gambarnya asyik error je. Jadi kita cerita pasal buah jelah ya. Buah mini plum ini aku beli sebab dia nampak cantik, comel. Biasa buah plum yang kita makan akan berair tak berapa ranggup. Tapi yang ini ada rasa ranggup dan masam manis yang sedang-sedang. Aku suka sebab dia ranggup warna dia pulak cantik. Kalau yang manis tu macam dia dah agak masak.




dalam nya cantik kan

Tuesday, September 30, 2025

STRAWBERI PINK

 Assalamualaikum semua,

Kita review buah lagi ya, kali ini strawberi pink tak pasti ini sama ke tak dengan strawberi putih tu. Jumpa kat Giant terus la beli, nak rasa camne kan. Harga tak mahal sangat 1 pek ini RM 22.00. Rasa dia lembut, tak masam, manis buah dan berair. Sedap la sebab tak masam macam strawberi biasa tu kalau yang Cameron hingland tu.





Monday, September 29, 2025

EMERLD BEAUTY PLUM

 Assalamualaikum semua,

Antara buah yang baru 2 minggu aku jumpa dekat pasaraya Giant. Saja je beli sebab aku memang suka pelbagai jenis plum. Buah plum kali ini memang sedap, warnanya hijau kekuningan. Kalau dah betul masak warna kuning-kuning hijau. Rasanya manis, ranggup dan berair. Sedapla bagi aku, sebab kadang beli buah plum jenis yang tak manis, terlalu berair tapi tak manis. Yang ini sedap sebab ranggup dan manis, tak manis sangat manis buah tapi sedap. Kalau jumpa sila la cuba beli memang tak menyesal.






Monday, December 16, 2024

LIMAU KUMQUAT

 Assalamualaikum semua,

Sekarang ni kan tengah musim Limau Kumquat, kalau rajin tengok di tiktok memang selalu akan ada  fyp iklan buah limau kumquat ni. Limau ni tak selalu ada, selalunya dekat akhir tahun atau dekat nak tahun baru dia akan muncul. Limau yang boleh di makan kulitnya. Bagi aku rasanya seakan jeruk limau yang merah dan kuning tu. Memang manis je sampai kita rasa hambar sebab takde rasa masam- masam hehehehhe. 

keluarga limau, ada limau barli, limau mandarin dan limau kumquat



ada kawan belikan di pasar buah Chowkit

saiznya kecil-kecil memang sebijik macam limau kasturi

masa aku bagi-bagi kt orang yang masuk kedai semua ingat ini buah limau kasturi

gini dalamnya

isi dia macam ni limau yang padat

Tuesday, December 10, 2019

PEAR KUNING @ GOLDEN PEAR

 As salam semua kawan-kawan,

Sekarang aku kan tengah cuba kawal makan, jadi aku akan lebihkan makan sayur dan buah.  Aku tak minat sangat epal dan oren, sesekali ok tapi selalu tak boleh sangat nak telan.  Aku prefer pear hijau dan pear kuning.  Pear hijau memang wajib ada stok kat rumah. Selalu aku beli pear kuning yang biasa tu je, yang saiz biasa sebungkus dalam rm7 atau rm8 untuk 8 biji.  Tapi sejak aku dah terbeli pear kuning saiz besar kat pasar belakang pejabat rasa best pulak. 

Saiznya besar, rasa lebih manis dan texture nya lebih ranggup dan lembut.  Baru-baru ini beli yang kat pasaraya giant, sebiji rm1.99 aku beli 5 biji tapi saiznya memang besar puas hati makan, memang kenyang makan sebiji.
Korang suka makan pear tak? hijau atau kuning?

aku tak perasan harga nya selalu berapa, lepas ni kita cuba yang sebelah kanan pula... mahal sikit mesti lagi sedap rasanya

pear kuning ni besar tapi agak menggerutu, mula-mula aku ingat sebiji rm5.99 tapi edy kata itu sekilo rm5.99 kira murah jugak nanti kita cuba beli.

Tuesday, September 10, 2019

MACAM SAMA TAPI BUKAN DIA... DUKU TERENGGANU VS DOKONG

 As salam semua kwn2,

Rasa macam hari isnin lak harini kawan2 oi

Harini aku nk bercerita pasal buah-buah tempatan.
Duku terengganu dan dokong, korang kenal ke tidak?

Ini menurut pemahaman aku yek, jangan la korang tanya sumber-sumber fakta seperti nama saintifik atau apa ye.  Sekarang kan tengah musim buah-buah tempatan yg ini.  Memang feveret aku, semua buahan tempatan mmg feveret.  Cuma kadang aku sering tertukar antara 2 jenis buah ni, jangan tanya duku langsat, langsat dan duku johor yek. Itu lagi susah nk huraikan.
Aku lagi suka dokong tp kalau dh ada depan mata, aku bedal je...

Duku terengganu
- buahnya bentuk lebih bulat kulit lebih cerah
- isi nya manis dan biji nya kadang ada sedikit pahit
- kulitnya mudah untuk di kopek dan tak bergetah

Dokong
- buahnya berbentuk sedikit muncung
- isinya manis dan bersari, bijinya tak pahit
- kulitnya mudah di kopek cuma kadang agak bergetah

kiri dokong, kanan duku terengganu

nampak beza kan... muncung sikit ngn bolat

kiri dokong, kanan duku terengganu... tengok isi mcm sama je 

dari atas pulak... 

Wednesday, February 13, 2019

Jom membeli buah melon dr ladang

As salam semua kwn2,

Nak cite kt korang ni pasal laki aku yg jd penjaga ladang n penjual buah melon ni... 

tp bukan la ladang dia, ladang melon bos dia... kebetulan dia baru abis siapkan projek kt hulu langat, boss dia minta jualkan buah2 melon ni.  Dr minggu lps lg dia jual tp just pasang banner je, dia kata tak ramai sgt org beli. 

Bini dia ni pun laju2 lah ltk kt wassap, kt fb n ig lps tu ramai gk yg berminat membeli, siap ada yg dtg terus ke ladang lagi... 

Buat masa ni ada 4 jenis buah, tp aku rekemen sgt kt korang 2 jenis nih... mmg harum, manis , ranggup n juicy

cantaloupe ngn pink sweet, tp cantaloupe tu kalu baru sehari 2 mmg ranggup dh msk hari ke 3 jd juicy sgt n manis... pink sweet mmg manis, juicy n wangi... best lah

2 lagi buah tu, sedap juicy tp tak manis sgt... kalau nk dijadikan coctail ke nk buat air sesuai lah bg aku

Kalau sesiapa yg nk try ke ladangnya, boleh pegi ke alamat ini tau 

Rockmelon hulu langat
Batu 14 Kg, Sungai SOP, Hulu Langat, 
Boleh hubungi En. Zali 01123093021

kot2 ada sapa2 berminat kan

masa lps petik rasa dia manis rangup, bila dh 2 ke 3 hari dia jd juicy n makin manis
ini mmg manis sgt, harum lak tu
untuk yg tak suka manis mmg sesuai melon ini, tp edy kata takde banyak permintaan melon ni

4 jenis ni yg dh di tuai, ada lg sejenis dua yg msh blm matang utk di petik

ini buah nya besar, tp tak begitu manis... tp buat jus atau jadikan dessert sedap


gambar yg aku up kt socmed aku sebagai promosi, mmg menggoda sbb lps tu ramai yg tanya
ini cantaloupe

ini pink sweet... nampak kan oren2 tu... bila dh makin lama mkin nampak teraang warna tu n makin harum

ini isi nya... nampak juicy kan

makan lak time panas2... aduhai

bekal kudapan semalam kt opis

kebetulan cantaloupe ni dh 4 hari kt umah, dh masak sgt.. juicy jdnya tak ranggup lg..
bekal arini pulak

ini ladangnya
 
mula2 akak ni oder ngn aku 10 biji je, sekali dh sampai sana rasa buah nya...
terus jadi 30+ biji dia borong

akak ni dr putrajaya pun singgah... siap jln2 kt ladang nya lg


Wednesday, September 5, 2018

ww buah tampoi

As salam semua kwn2,

Korang kenal buah2 hutan mcmni? pernah makan?
ini Buah Tampoi... aku 1st time jumpa, sedap pulak.... isi rasa mcm rambai
skrg tgh musim rasanya.... 

buahnya besar2 kulitnya tebal

isinya manis mcm rambai, bau pun bau rambai

sebijik mcm rambai... cuma rambai isi jernih kn

mcmni rupa buahnya dengan tangkai

edy kata kt ulu langat rm10 utk 3 kg.... 

geram nengok buahnya kan kwn2.... bulat2 besar