Showing posts with label bunga ros. Show all posts
Showing posts with label bunga ros. Show all posts

Monday, December 22, 2025

TERAPI JIWAKU 3

 Assalamualaikum semua,

Benda ni tak rancang pun, lepas sarapan sebelum pergi beli buah di Selayang cakap dengan Edy, jom pergi Sungai Buloh. Niat asal nak cuci mata je, tapi itulah selalunya niat tak menghalalkan cara hehehehe. Terbeli bunga orkid 5 pokok, bunga ros kampung 1, bunga harum sundal malam 1, pokok lavendar 1 dan pokok ketumbar jawa 1. Aku buat tak nampak je rumput yang semakin memanjang tu, nanti nak suruh adik cleaner kat rumah tu cabut. Bayar jelah upahnya nanti. 



orang kata benda halus suka pokok ni... takpe insyallah takde kot 


3 pokok rm100, itu yang terbeli 3

Wednesday, November 5, 2025

WW BUNGA PENYERI RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Buat apa yang buat hati kau gembira. Dah 3 minggu ada bunga segar jadi hiasan di ruang tamu.

minggu ini punya bunga

banyak warna pink

bunga minggu lepas

bunga 2 minggu lepas

Tuesday, July 15, 2025

TERAPI JIWA KU

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam aku lupa buat entri, aku cuti rehat semalam. Pagi tu aku ke HKL sebab jahitaj dekat IJC aku terbuka, jadi kene jahit semula. Kali ini dah 2 kali kene jahit, sakit tu lepas habis bius berdenyut dekat tempat jahitan tu. Semalam lepas kene jahit tu terus makan panadol sebelum mula sakit.

Eh tercerita lain lak, kita nak tunjuk terapi jiwa kita. Pokok-pokok tepi rumah. Tahun ini mula lagi beli banyak pokok bunga ros dan orkid lagi. Memang terapi bila tengok dia berbunga, seronok rasa.

Orkid belah sini, rajin berbunga tapi tak serentak

Pagi dan petang ini la yang dibelek sebelum masuk rumah


Semalam, sampai lagi pesanan pokok orkid

Sampai lagi 4 pokok, beli online lagi murah hehehe


Antara orkid yang rajin berbunga


Tak salah aku beli, sebab cantik bunga nya
Mula penuh semula depan rumah ni.

Wednesday, July 9, 2025

WW BUNGA ROS PENYERI DAN PEWANGI

 Assalamualaikum semua,

Tengah rajin berbunga, petik letak atas meja. Harum je

atas meja opis

Letak atas kabinet dapur

Letak dekat meja tv di ruang tamu

Thursday, December 19, 2024

PHOTO DIARY #43/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sana sini sibuk, almaklum gaji dah masuk bersekali dengan dapat gaji baru. Sana sini sibuk bincang pasal gaji, ada yang kene potong cukai banyak ada yang tidak. Memacam hal. Dahla marilah kita layan cerita bergambar jom.

semalam petang, senyap je rupanya dah lena depan tv

nampak tak kuntum dia kene makan belalang

pokok ulam raja ada 3 pokok je tapi merimbun betul

akhirnya berbunga juga ros pengantin ni

ada pegawai pejabat ni bagi kerepek sukun, suka nya rezeki

bekalan semalam pagi, tempe goreng cicah sambal kicap

meatball bekalan hari selasa


geram tengok budak bulat ini... 

bawang putih emas, katanya bagus untuk kesihatan kalau makan

geram dengan kucing ni, manja sangat

ini tuannya, dia bawak kucing kat sekolah masa ambil kakaknya dan kucing ni baik je

cantik kan bunga ros 6 kelopak ini

budak yang bermuka bekeng

Thursday, June 2, 2022

PHOTO DIARY #13/22

 Assalamualaikum semua,

Kejap je dah khamis semula kan, khamis minggu depan patutnya aku masuk kerja dah. Tak nak membebel panjang jomla kita layan cerita bergambar.

Selalunya petang balik dari sekolah kalau sunyi je tidur la tu


Minggu lepas masa rajin hujan... sejuk je tengok tanaman

Aiyan suka makan yang rasa ini

Beroden siang hari

Beli anak pokok

Kemana-mana sekarang asyik dengan seluar biasa je jeans tak berani tak pakai lagi

Merata dan macam-macam gaya tidur

Dia ngepau earphone dari papa nya

Dark knight namanya

Selepas 2 hari kembang

Dah lama sangat tak layan nan garlic ni

Karpet bulu yang sesuai untuk photoshoot