Showing posts with label brooch. Show all posts
Showing posts with label brooch. Show all posts

Tuesday, August 30, 2022

JOM BASUH KERONGSANG

 Assalamualaikum semua,

Aku ni suka letak keronsang aku dalam 1 bekas besar yang digunanya ada lah dalam 3-4 ketul je. Yang lain selalunya terbiar sampai berhabuk dan berdebu. Beberapa minggu lepas aku rasa rajin sikit jadi aku basuhla kerongsang aku, rendam dengan sabun basuh pinggan dan air suam rendam untuk 15 ke 30 minit. Gosok-gosok sikit guna berus gigi lama lepas tu bilas, keringkan dan jemur dekat panas. Lepas tu simpanla tempat bertutup ya jangan la letak tempat terbuka hahahha.

Perempuan gini lah, nampak yang cantik beli, beli dan beli yang digunanya sikit je. Aku pulak tak pakai selendang jadi memang pakai 3 bentuk kerongsang jelah tiap hari. Sejenis aku akan guna kerongsang yang sama je dekat bahagian bawah dagu dan bahu kiri , bahu kanan je kadang tukar-tukar juga.

kerongsang bawah dagu selalu sama je, belah kiri lak tak nampak, keronsang belah kanan tu yang selalu nya besar sikit .Bulat ini

atau bentuk bunga ni yang selalu aku guna untuk keronsang belah kanan

ada keronsang mahal dan murah, paling mahal keronsang zhulian

rendam kejap ya

lepas dah dibilas, masa untuk keringkan

terjumpa pulak cincin habib jewel ni, dah lama ni rasanya ada lah dalam 6 ke 8 tahun dulu aku beli ni

Letak dekat luar rumah biar cepat kering

Tuesday, November 2, 2021

BILA DAH RAMBANG MATA

 Assalamualaikum semua,

Aku kadang suka buka Shoppe dan belek memacam benda, sampai kan lah aku terjumpa pasal brooch@kerongsang batu yang cantik-cantik. Niat awalnya aku nak beli keronsang untuk bagi hadiah pada seorang pegawai di pejabat yang nak bertukar, tapi bila tengok cantik dan memacam warna aku pulak yang terpikat. 

Terbeli banyak jugak lah, lepas tu bila dah banyak aku jual dengan kawan pejabat. Masa tu aku jual keronsang kecil yang sesuai letak di bawah dagu, tapi ada yang tanya kerongsang bahu yang besar. Sebab ada sambutan aku membeli lagi keronsang besar dan jenis cincin. Niatnya nak beli sikit tapi eh-eh entahla hasutan syaitan👿 semua tu. Bila sampai tu banyak tu, terfikir jugak yang aku niat nak pakai ada lah 2 ke 3 je tapi yang banyak-banyak ni ada ke yang nak beli. huhuhu

Tapi semalam, memang rezeki aku lah. Alhamdulillah terjual banyak, sebab memang cantik semuanya, yang aku berkenan untuk simpan sendiri pun dah dibeli orang hehehhe. Syukur sangat. Aku suka beli yang cantik, yang memang aku akan pakai, jadi bila cantik di mata aku insyallah cantik di mata orang lain.

Ini masa mula-mula beli tu, aku bagi pada pegawai tu love pink dan brooch sebelah dia tu

Pembelian kali ke dua, gambar tak cantik pulak


Ini pun pembelian kedua, gambar pun macam apa

ini pun pembelian kedua, apasal lah blur ni


Ini pun pembelian kedua

Ini juga, tapi semua aku beli jenis brooch yang kecil

ini batch pembelian ketiga, brooch jenis cincin atau buckle

ini pun blur jugak, nyampahla hp aku ni... entah salah setting apa entah


geram tengok kilauan merelip ni

Ini batch ketiga juga, beli yang saiz besar

Aku terpikat dengan batu-batu yang cantik tu

ralit tengok batu-batu berkilauan tu.... bahagia betul

beli yang ini sebab comel hehehhe

ini semua batch ke tiga, pagi semalam bawak ke pejabat tak sangka ramai yang berkenan

Dalam banyak-banyak tu dari batch pertama hingga ke tiga, ini je yang tinggal... alhamdulillah

Monday, September 14, 2020

AKU DAN BROOCH

Assalamualaikum semua,

Aku ni sejenis yang suka ada brooch kilat, berwarna warni. Kalau jumpa brooch berbatu  yang cantik memang aku suka dan rambang mata. Tak tau lah kenapa, memang tak boleh nak lepaskan hehehehe.

Minggu lepas ada buat jualan di dewan ukur anjuran kelab Puspanita sempena ada buat bubur Asyura. Ada jual brooch ni, mula-mula usha harga dulu, tengok ok berpatutan dan mampu beli. Aku suka bila dia guna batu swarovski  bersinar lain macam.


salah setting masa ni, jadi tak clear pulak gambar... hampeh betul



ada yang murah ada yang mahal... 


yang ini besar harga pun dalam rm50 ke atas


ini sepasang rm 10  untuk yang bawah, sepasang rm35 bahagian atas

aku beli yang ini... rm40 seketul

terus rasmikan petang tu


beli lagi yang kecil sepasang rm12 yang pink dan ungu