Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Tuesday, August 17, 2021

KIRIMAN RAMBUTAN LAGI DARI KERTEH

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas aku ada selit pasal keluarga mertua kirimkan buah rambutan dari kampung semalam sampai lagi rambutan yang baru. Kiriman kedua rambutan tepi rumah hari tu rambutan belakang rumah. Adik ipar kerja di skynet memang guna perkhidmatan mereka je, pantas barang sampai. Sedih dengan kiriman Wak WP yang masih lagi tersangkut di J&T Ampang, sabtu baru ni Edy nak ambil sendiri mereka tak bagi, semalam pergi lagi pun sama katanya nak hantar hari ini. Sedih dengan perkhidmatan J&T sekarang. Teruk sangat 😞😞

Semalam petang selamat sampai barang adik ipar pos ahad

Edy la yang paling seronok dia duk gunting ranting dan tengok kot ada buah yang rosak

kata Edy rambutan budak tak sekolah, sebab sekolah tutup kan heheheh 

manis layan makan... 

Budak yang sibuk dengan rambutan dan baju oren yang tak makan rambutan

jual-jual rambutan, kata cik Teh

sabtu petang diaorang petik dan terus siap-siap bungkus untuk Edy dan Emi, adik Edy yang duduk di Kuala Lumpur

mak mertua dan ayah mertua ku

Bukan main seronok tau diaorang ni baru perasan ada adik ipar terselit tepi tu, rindu betul... 

Tuesday, October 29, 2019

Singgah ke Rumah Mak Mertuaku

As salam semua kawan-kawan,

Harini mesti ramai lagi kawan-kawan yang sambung cuti. Jalan ke pejabat lenggang harini walaupun aku gerak agak lewat dari selalu.  Disebabkan minggu lepas aku dah cuti lama, itu yang aku tak amik cuti minggu ni walaupun aiyan cuti. 
Sambung cerita jalan ke Kuala Terengganu ya. 19hb bersamaan hari sabtu kami bertolak balik ke Kuala Lumpur.  Petang dalam pukul 1 lebih kami singgah ke Kampung Pangkalan Ranggon, umah mentua aku.  Sampai je nampak mak mertua dah tunggu kat anjung rumah. Masuk je rumah dah nampak meja yang penuh dengan makanan dan air berjug-jug.  

Hidangan istimewa ada nasi dagang dengan gulai ikan aye, nasi minyak dan gulai ayam, laksa kuah putih, pulut dengan kelapa, nasi putih, ikan goreng,ada popia dan karipap dan pelbagai jenis air. Mak mertua aku masak special sebab ada mak abah dan adik-adik aku sekali. Mak Mertua aku memang suka masak, laju je kalau dia masak kat dapur. 


ini lah tukang masak nya

penuh meja dengan macam-macam menu

nasi dagang... bukan main banyak mil aku buat

gulai ikan dan gulai ayam

adik-adik aku yang dah lapar tapi malu kucing 

mil aku memang suka memasak macam-macam

nasi minyak dan nasi putih

popia sayur yang ranggup dan karipap

menu feveret aku, laksa kuah putih

menu tambahan, jeruk mangga versi terengganu

besan johor - terengganu

rasanya ini lah besan paling jauh yang mertua aku ada, besan dia semua orang terengganu

gambar kenangan kami, entah bila dapat jumpa lagi macamni