Showing posts with label anniversary kami. Show all posts
Showing posts with label anniversary kami. Show all posts

Monday, April 13, 2026

HAPPY 19TH WORK ANNIVERSARY

 Assalamualaikum semua,

8 April 2007- 8 April 2026 genap la 19 tahun aku bekerja sebagai Setiausaha Pejabat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Masa tahun 2007 tu pertama kali aku merantau berjauhan dengan keluarga untuk bekerja. Merantau juga masa belajar kat Jengka selama 3 tahun. Masa tu teringat datang ke Kuala Lumpur dengan kereta kancil manual menumpang selama sebulan di rumah makcik kat PPR Desa Tun Razak. Selama sebulan tu tak berani bawak kereta jadi aku akan naik lrt dan bas kat pekeliling sampai pejabat. 

Lepas sebulan baru dapat rumah sewa dekat dengan pejabat. Takde pulak gambar dulu-dulu masa mula kerja, yang ada gambar masa pertama kali kursus pengenalan pastu gambar sekarang setelah 19 tahun dah jadi pekerja gomen.

korang carilah aku yang mana ye hehehhe

gaya tudung macam cikgu ni juga yang sesuai dengan muka aku



Wednesday, March 27, 2024

HAPPY 14TH ANNIVERSARY

 Assalamualaikum semua,

Semalam 26 Mac 2024 genaplah usia perkahwinan kami 14 tahun. Alhamdulillah susah senang bersama, masa aku sakit Edy setia berkorban apa saja. Doakan ya moga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke akhirnya. Ceritanya semalam masa nak masak nasi untuk berbuka periuk nasi tiba-tiba tak berfungi. Bau hangit, usia dia pun dah 14tahun sebab itu hadiah dari bekas pengarah aku. Mujurlah ada alternaif lain kalau tidak masak kat dapur gas la.


berselotap dah dia itu yang comot

bau hangit dalam tu, entah boleh guna lagi ke tidak

Monday, March 28, 2022

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 12 TAHUN

 Assalamualaikum semua,

Kelmarin 26 Mac 2022 genap 12 tahun usia perkahwinan kami, yelah si Aiyan pun umur dah 11 tahun kan. Pejam celik pejam celik , gaduh baik gaduh baik dan 12 tahun rupanya kami duduk serumah. Aku bersyukur di kurniakan suami yang sangat penyabar, sebab aku memang kurang sabar. Sentiasa tolong kemas rumah dan urusan seharian, doa aku moga ikatan perkahwinan kami kekal hingga ke syurga nanti. 

Sabtu Edy kerja jadi ahad baru lah buat pulut kuning dan rendang ayam, niat nak bagi jiran-jiran dekat rumah sempena anniversary kami dan sempena nak sambut puasa. 

Lepas nikah masa ni, baju biru tu arwah pakcik sebelah tu pulak atok aku
Masa majlis sanding
cincin nikah dan risik
cincin nikah dan risik hari ini, cuma jari tu je takde inai
teringin buat pulut kuning dan rendang untuk bagi pada jiran-jiran tanda kesyukuran


bagi pada jiran terdekat sempena anniversary kami dan sempena nak sambut puasa


bagi-bagi jiran dekat-dekat je

menu makan malam, pulut kuning dan tulang-tulang 

Wednesday, March 31, 2021

SAMBUTAN ANNIVERSARY KAMI

 Assalamualaikum semua,

26hb Mac bersamaan hari jumaat kami sambut hari ulang tahun perkahwinan dengan ringkas bertiga dan 9 ekor kucing. Disebabkan aku agak malas, aku cuma masak penne carbonara, potong tembikai dan pesan hokkaido tart untuk gantikan kek. Edy tambah dengan 8 ketul ayam goreng Uncle Jack. 

Sejak mula kahwin Edy memang bukan suami yang romantik hantar bunga ke coklat ke apa. Kalau aku cakap nak hadiah anniversary atau harijadi dia cuma hulur duit dan suruh aku beli sendiri sebab katanya aku cerewet hahahahha. Siapalah tak nak dapat suprise jambangan bunga, jambangan duit atau apa-apa hadiah tapi  dah terbiasa jadi aku ok je. Cepat betul masa berlalu dah 11 tahun rupanya kami susah dan senang bersama. 

Meja makan dah kene hijack cucu-cucu Edy, jadi kabinet ni lah tempat hidang makan

Ini je yang aku masak hehehehhe

Eeg tart dia aduhai memang habis eat clean aku 


teringat-ingat bau dia yang sedap... aduhai 

Tambah ini pulak ambil semua perisa

Biarlah simple janji happy hehehehhe

Friday, March 26, 2021

HAPPY 11TH ANNIVERSARY

 Assalamualaikum semua,

Hari ini takde kongsi resepi, aku pun dah kehabisan resepi untuk dikongsi hehehhe. Kita cerita pasal tarikh hari ini ya, tarikh sama 11 tahun lepas kami selamat diijab kabulkan. Esoknya hari sanding pulak. 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-11 buat kami. Moga ikatan suci ini kekal hingga ke akhirnya. Aku akui dalam perkahwinan Edy manusia yang paling sabar. Kesabarannya setinggi gunung Everest, sebab aku la yang selalu hilang sabar, yang selalu kaki berangin, kaki bebel, kaki malas kemas hehehehe. Terima kasih terima aku seadanya. 

Posing masa lepas nikah


ini la pertama kali aku pakai contact lense hehehhe... kelakar betul

Masa lepas akah nikah, itu belakang pakcik aku dan atok aku hehehe... 

Bersading hari selepas itu

oopppss

kami 11 tahun dulu... 

kanan cincin masa risik kiri cincin dapat masa nikah, dua-dua masih muat lagi tapi tulah cincin muat baju tak muat dah hehehehe

gambar raya haji tahun lepas... laki aku ni payah nak ajak gambar berdua


dua-dua membesar bak juara


Friday, March 27, 2020

HAPPY 10TH ANNIVERSARY

Assalamualaikum semua...

Semalam 26 mac 2020, genap 10 tahun ulangtahun perkahwinan kami. Pahit manis susah senang tawa tangis kami dah harungi bersama. Harapnya ikatan ini akan kekal bahagia hingga ke syurga.

Kami bercinta masa di uitm jengka, bila aku grad kami terputus hubungan lama dari 2003 hingga jumpa semula pada tahun 2008. Panjang ceritanya, cukup kalau aku ceritakan mungkin memang dah jodoh kami.

10tahun dulu saiz semua dah naik seganda hahahah

Tahun tu warna silver tengah top

Aku di hari pernikahan.. 

Monday, March 26, 2018

Happy 8th Anniversary my Papa Bear

As salam semua kwn2,

Sedar tak sedar dh 8 tahun kami kongsi bantal bersama, kongsi rumah susah senang bersama.

8 tahun dia sabar dengan kerenah aku, 8 tahun sakit pening bersama2.... moga terus kekal bersama hingga ke akhirnya.

Hari nikah kami 26 Mac 2010

Masa tahun tu... mmg tgh trennd warna grey ngn hitam hehehe.... 

Moga ttp kekal bersama 




Wednesday, March 29, 2017

WW Happy 7th Anniversary Dana n Edy

as salam semua kwn2,

Kene bt blog awal lah klu tak kene block kang

Happy Anniversary bt kami 
26 Mac 2010 - 26 Mac 2017

copy paste dr fb hehehhe... 

Monday, March 28, 2016

Our 6th anniversary 26/3

as salam semua kwn2,

selamat hari isnin...
selamat memulakan kerja ye kwn2... takmo blues2

sabtu baru nih anniversary kami ke 6, kejap je rasa dh msk  6thn... tp bak kata org kan... 6thn ni kire masih baru lg, banyak lg liku2 ranjau berduri yg belum jumpa hehehhe....
Harapnya semua liku ranjau berduri tu dpt kami hadapi bersama2... amin

Jom kita throwback gambo2 kawin lama dulu....


1st time aku bermakeup tebal berinci2..... 
baju nikah nih sampai skrg masih simpan lg sbb baju sndiri jahit manik sendiri
mak andam nk beli baju nih tp aku syg.... huhuhu

simple je baju nikah aku... 

walaupun dh 6thn sama je saiz pipi tuh malah lg beso kot ahhahahah

takde lah istilah nk malu2 kucing tuh

p/s: eppy 12th anniversary pd blogger Zana Nordin yg share tarikh yg sama.... moga kekal bahagia hingga ke syurga

Thursday, March 26, 2015

Happy 5th Anniversary

as salam sume kwn2,

selamat hari khamis...

pejam celik pejam celik dh 5thn rupenyer kami hidup bersama... susah senang bersama, bergaduh tarik2 rambut manja2 hehehe...

Happy 5th Anniversary yang, moga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke syurga...insyallah

Terima kasih sudi jd suami, jd kawan, jd teman tidur, jd bibik, jd pendengar bebel sya, jd papa bt anak saya, jd ketua keluarga saya...

Terima kasih sentiasa sabar dengan saya dan terima saya seadanya..

Terima kasih utk segalanya...


arini bz tp fefeling romantik gitu kui3...

1st time bermakeup sakan setebal beberapa inci

masa nih tunggu dlm bilik... dok sign apa yg patut... berdebar tok sah ckp

masa nih mmg berdebar sgt2... kot2 salah sebut ke apa kn

ni saat paling syahdu.... kalu korang sebagai anak tak nngis mmg hati kering

masa nih bkn main ssh nk dpt senyum yg comei... kui3

family kami... 

p/s: aku tak tau nih nk bg hadiah pe kt edy... hmmmm apa ek