Assalamualaikum semua,
Hadiah hari guru kali ini, bagi air kotak dengan gula-gula je. Suruh Aiyan yang isi semua sendiri.
Assalamualaikum semua,
Hadiah hari guru kali ini, bagi air kotak dengan gula-gula je. Suruh Aiyan yang isi semua sendiri.
Assalamualaikum semua,
Pagi tadi mendung ingatkan nak hujan tapi rupanya panas tengahari ni. Cuaca sekitar KL dan Selangor yang kejap hujan kejap panas tadi dekat centre felda pun ramai adik misi yang tak sihat dok batuk-batuk. Mujur aku memang sentiasa bawak gula-gula woods jadi bagi la kat mereka yang batuk tu. Kalau mereka sakit sapa lah yang nak jaga kami nanti kan. Jom kita layan cerita bergambar.
| Biasa pagi memang tudung masih lagi well behave heheheh |
| Tapi ini gambar pagi semalam masa sarapan kt kedai, tengok dah rupa makcik bedah hahahha |
| Aku jual apam goreng dengan kari sardin kat kedai Puspanita |
| 3 keping apam dan 1 bekas kari tu RM4.50 |
| Semalam petang tak hujan bawak dia keluar makan rumput, dah macam bela kambing pulak kan hahahah |
| Minggu lepas kan PA dia mc seminggu, minggu ini dah ada la teman borak dia semula |
| Ahad lepas masa nak beli bunga punya lama beratur, Hari Ibu kan |
| Musim hujan ni dia pun muncul |
| Kalau hari sabtu memang cacamarba aku punya warna baju, memang hentam saja hahahah |
| Peminat setia apam goreng mamanya |
| Sesekali bagi dia bersosial |
Assalamualaikum semua,
Hari ini tak sempat cukup 4 jam hd sebab pukul 10 lebih cikgunya telefon minta ambil Aiyan kat sekolah. Katanya tadi terjatuh kat kantin, 10.30 macam tu aku terus la ke sekolah dia dan hantar ke rumah. Bila di tanya, katanya lepas cuci tangan tu dia tergelincir, takde orang tolak jatuh sendiri katanya. Mujur tak kene tiang tepi kantin tu. Jalan pun pelan-pelan je, siap pesan kat rumah tak payah nak menari-menari bila tengok tv. Duduk elok-elok atas sofa.
| Ambil dia kat bengkel roti |
| Cikgu bagi roti burger, roti yang lain tak siap lagi. Ini semua buat sendiri daging burger tu pun buat sendiri |
| Ada orang order rendang daging, dapatla bawak bekal pagi tadi makan dengan roti |
| Rendang daging sekilo |
| semalam buat bomboloni dengan roti pintal |
| Ini roti pintal, dia bawak untuk mama, sedap lembut gebus |
| Lontong darat rendang daging, memang ramai peminat |
| Roti kentang dia buat isnin, dia dah makan kat sekolah pastu bagi 1 untuk mama |
| Tetamu hari ahad |
| Ahad pagi jumpa kat kedai makan |
| Kalau kat rumah maklong bukan main dia dekat dengan kita, kat luar bukan main sombong |
| Lily |
Assalamualaikum semua,
Syawal dah habis tapi boss Edy ajak datang rumah untuk makan-makan dan ambil gambar. Katanya lama dah tak ambil gambar dengan semua pekerja. Selalunya aku memang malas nak ikut tapi saja nak ikut, nak tengok pemandangan puncak bukit. Walaupun rumah sendiri pun atas bukit hehehe. Rasaya Edy kerja dah lebih 20 tahun dengan boss dia ni. Setia sangat walaupun kadang gaji tak naik, bonus pun tak dapat. Tapi itu tempat kerja yang dia rasa selesa.
| Segan nak ambil gambar kat tempat buffetnya tu, jadi ambil gambar kat sini jelah. Ada makan lain lagi tapi ini je yang sempat ambil gambar hahah |
| Kalau malam hari lagi la cantik pemadangan kat sini |
| Rumah boss dia ni tepi bukit, bawah tu kolam renang, dan ada surau juga. Besar rumahnya bossnya |
| Edy melepak dengan kawan-kawan nya kita duduk melepak belakang rumah |
| Sesi bergambar la kononnya, boss dia dua orang yg duduk tu |
| nombor plat keretanya semua sama je |
Assalamualaikum semua,
Minggu lepas maktek terjumpa gambar masa Aiyan kecik, tak la kecik tapi masa tu memang Aiyan comel. Dengan pipi dia yang gebus muka bulat memang geram hehehe. Untuk peminat Aiyan macam wak Warisan Petani dan beberapa pembaca lain mesti suka tengok gambar ini.
| Ini tahun 2018, masa ni dekat rumah lama lagi. Mulut comot makan aiskrim coklat hahaha ini gambar yang makcik dan pakciknya suka sangat |
| Ini tahun 2019 masa paksu konvo di Unisza, bulat betul muka dia |
| Ini tahun 2022 |
| Ini tahun 2023 masa paksu di UKM |
| Ini sekarang tahun 2026 |
| Dengan paksu muka dia lagi besar ahahah |
Assalamualaikum semua,
Hari ahad kan selalu aku berjalan-jalan beli barang niaga dengan barang rumah, masa masuk mrDIY terjumpa benda comel ini. Beli la topeng topi rusa. Malam tadi kita bagi la budak ini pakai. Muka memang selalu tak ikhlas tapi terpaksa kan hhehehhe. Comel kan, hahahha
| Bila acik aiyan dah pegang dia terpaksa redho |
| kurang pencahayaan |