Showing posts with label Jualan. Show all posts
Showing posts with label Jualan. Show all posts

Wednesday, February 3, 2021

REZEKI TAK TERDUGA

 Assalamualaikum semua,

Hari selasa aku kerja dengan tangan penuh kiri kanan dibahu dengan segala beg. Gigih bawak 7 bekas roti bun, 6 bungkus popia carbonara kentang dan 1 bekas ayam bakar mayonis. Rezeki yang tak  terduga moga ada lagi yang sudi membuat pesanan. Ayam bakar mayo tu pertama kali aku ambil pesanan dari orang berdebar juga. Tapi alhamdulillah bila yang pesan suka.

7 bekas roti bun

Ayam bakar mayo,dia minta dipotong ayamnya

Pagi tu penuh meja dengan barang

Ayam bakar mayo, ada sayur kentang, lobak merah, tomato dan bawang besar serta sos


Gembira hati bila kawan yang membeli puas hati


Alhamdulillah syukur

Kawan di pejabat, bahagia rasa hati... 

Monday, February 1, 2021

TEMPAHAN POPIA CARBONARA KENTANG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku cuti, cuti hari wilayah. Kejap je dah masuk bulan februari tapi kita masih lagi tak bebas dari covid19. Hari ini jadual aku ketat, tengahari nak buat roti ada 6 bekas tempahan dan malam nak bakar ayam. Ada kawan tempah ayam bakar mayonis, debar lak rasa. Doakan semoga semua berjalan lancar ye.😁

Minggu lepas aku buat popia carbonara kentang memang niat nak buat banyak macam selalu untuk simpan. Tapi terpikir nak cuba open order kot ada yang nak cuba. Tak sangka ada 5 bungkus orang pesan. Aku jual murah je, 12 keping RM8.00, popia ni suka-suka je tak rajin nak buat selalu 😅

Carbonara aku boh kentang, sosej dan crab stik... ini buat hari khamis lepas

Aku suka rasa kentang tu jadi penuh sebagai inti

Masa ni maktek ada datang, kita goreng untuk tetamu

Ini rupa popia carbonara kentang gaya ku

5 bekas pun dah rasa gembira

Ada yang ulang pesan, jadi semalam aku buat lagi

Dapat tempahan 5 bekas lagi


Ini kawan yang beli, gembira bila dia kata sedap

Kawan ni pesan 2 bekas , 2 kali goreng habis siap ulang pesan lagi 2 bekas...