Showing posts with label Dugaan Rayyan Izzan. Show all posts
Showing posts with label Dugaan Rayyan Izzan. Show all posts

Thursday, May 8, 2025

PHOTO DIARY # 12/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi kan aku ada dialisis, jadinya terlupa nak buat entri. Tadi mengantuk sangat tertidur jugak la aku sejam masa tengah dialisis tu heheheh. Hari ini pertama kali hari dialisis aku pakai baju kerja, siap dengan bermakeup lagi, pastu aku siap masuk pejabat lagi petang nya. Larat jugak aku naik pejabat rupanya walaupun pagi tu lepas buat dialisis. Kadang datang penat, memang rasa nak tidur je. Petang tadi hujan lebat betul dekat pejabat, harap petang pukul 4 dah berentilah hujannya. 

Nasi Line Clear, ada kawan pejabat belanja... tapi aku takmo kuah 

pengarah aku pergi menunaikah haji, dia tinggalkan kereta jawatan kat pejabat suruh aku panaskan enjin. 

pemandangan lepas balik dialisis, cantik cerah je langit masa ni pukul 11 pagi

jururawat dekat hd semua dok puji, lenkali pakai makeup dan baju cantik-cantik kak hehehhe

tempat duduk aku dekat dengan pintu masuk, pagi-pagi layan tv pastu mula la mengantuk

ini penimbang ya

bilik aku memang tempat bergosip pegawai dan bebudak pejabat suka melepak kat sini 

kawan sama-sama meniaga kat kedai puspanita

biasa kalau aku pergi dialisis memang tak 

balik sekolah memang baring dulu dia

kawan bagi comel kan

2 hari berturut makan mee jawa

ada tambah lampu jalan untuk keselamatan penduduk

menunaikan janji buat lontong darat lepas raya

jual juga sambal goreng

Thursday, October 3, 2024

PHOTO DIARY #33/2024

 Assalamualaikum semua,

Tak sempat nak menulis sempat up gambar ja, jomla layan cerita bergambar. 

semalam melawat dia di ward

nampak makin ok, hari ini dah balik rumah

vc dengan kawan baik nya

nasi mandy edy beli di koop bawah kecemasan


kawan-kawan pejaba tunjuk bukti mereka buat kerja di dalam air

sup ketam

hari ahad sebelum masuk ward, dia lemah tapi ingat takde apa

layan kopi o pekat berserdak

memenuhkan fridge magnet

baring je dia  masa tak sihat tu

makan pun bersuap

Monday, September 30, 2024

DOAKAN RAYYAN IZZAN YA

 Assalamualikum semua,

Berlanjutan entri demam Aiyan, hari khamis hantar ke sekolah tapi cikgu call aku suruh minta ambil sebab dia tak nak makan, lemah tak bermaya. Jumaat aku cuti rehat jaga dia sebab risau kan, dia masih tak selera makan, nampak ada keluar merah-merah kat badan suruh Edy bawak ke klinik untuk buat ujian darah. Tapi doktor takmo ambil darah tapi dok gebang pasal demam denggi, demam influenza atau demam biasa itu sama je. Cukup dengan makan panadol, kami pun akur entah percaya sebab dia doktor.

Sabtu dia masih tak bermaya, hari ahad masa keluar tu beli barang dia pun tetap tak selera makan aku suap baru la dia nak makan. Masa mula tu kami ingat dia cuma manja atau masih lagi lemah sebab demam. Tapi bila malam aku rasa lain pulak, jadi malam dalam pukul 9 lebih Edy bawak ke klinik semula untuk cek darah. Jadi platlet rendah 45 terus doktor suruh ke hospital. Doakan supaya dipermudahkan dan Aiyan cepat sembuh ya.

masih tak dapat ward lagi di kecemasan ni

orang yang demam tu

Thursday, August 3, 2023

PHOTO DIARY #27/2023

 Assalamualaikum semua,

Setelah beberapa hari panas dan kering, pagi ini tiba-tiba je hujan dalam pukul 7 pagi. Ni pun masih dalam keadaan mendung je cuaca nya. Apa ye nak dibebelkan, semalam petang masa aku siram pokok Cik Bu lari dari rumah, dia dok kejar kucing hitam. Dekat 30 minit aku dengan Aiyan cari, dia menyorok bawah kereta. Geram betul aku, lepas ni memang aku tak bagi dia keluar makan rumputla. Dia punya garang tu lain macam, kucing hitam tu tak usik dia pun. Lepas dah dapat pegang dia tu masuk rumah aku bebel lah, geram tau peel nya.

Oklah jom kita teruskan dengan cerita bergambar ya.

Bila dah tua ni kan, kadang malas nak berfesyen sangat, kadang pakai sembarang je janji selesa

Tengah cabut rumput tiba-tiba terkena duri bunga ros, sakit berdenyut jugak. Itulah suruh pakai sarung tangan malas

payah sangat nak jumpa sukun yang lemak manis sedang elok kejadiannya

lontong ada cendawan hitam ni sedap betul

serangga aku paling benci.... lipas dengan cicak aku tak heran


Sejenis tak suka bukak lampu bila dah lepas rehat... tapi tak gelap pun

bila senyap je tu memang tertidur la dia


dah nak keluar bunga ketumbar jawa

menunggu dia membesar

jarang-jarang 5 orang geng wanita berkumpul dalam bilik aku

kusyuk betul dua orang ni kan

lapar katanya balik dari sekolah

Thursday, March 23, 2023

PHOTO DIARY 11/2023

 Assalamualaikum semua,

Selamat berpuasa semua kawan-kawan, untuk yang bercuti nikmatilah masa rehat ya. Lagi lah kawan-kawan di Johor cuti hari ini sampai sabtu seronoknya. Hari ini sampai pejabat awal betul, esok-esok kita betulkan waktu pergi kerja tu. Elak jem pagi tapi petang tak tau lagi macamne. Bulan puasa aku balik pukul 4.00 petang tau harap masih tak jem lagi lah. 

Oklah jom kita layan cerita bergambar ya.

macam sama tapi tak serupa, ini masa hantar paksu ke UKM

cantik bulat nampak matahari


bandar Kuala Lumpur dari kejauhan

aku sampai rumah dia akan keluar melepak dekat depan grill tunggu atoknya sampai


lepas bergotong royong tu, kami lepak kat kedai layan air sirap sejuk


ini semalam petang, dia dapat aiskrim balik dari transit

dekat pejabat, kat Lebuhraya MRR2 kering tapi dekat rumah baru lepas hujan lebat

Baju melayu dia waktu bulan puasa ni dia pakai la pi terawih

sahur pagi tadi

terawal gila sampai pejabat

lif kami rosak lagi, jadi lepas mendaki tangga geng-geng perempuan lepak kat bilik aku sambil borak menu bersahur dan berbuka hehehhe

Sebelah kiri tu Pegawai dari pejabat aku, dia antara pakar falak ni di Menara KL

Selamat berpuasa, nampak tak tu gambar anak bulan?ini gambar dari teleskop

gambar dari kawan pejabat yang bertugas di Teluk Kemang untuk tengok anak bulan

ini antara teleskop pejabat kami

Kawan pejabat mencerap anak bulan Ramadhan di Teluk Kemang, Port Dickson. Yang baju melayu Pengarah ku