Assalamualaikum semua,
Ini aku tengah ingat baik aku buat teka teki ini. Untuk yang pandai dan kenal nanas sila lah beritahu aku apa jenis ketiga-tiga nanas ni.
Abah: Ini nanas apa ni?
Aku: nanas sama lah kan?
Abah: kan lain ni, cepat teka nanas apa.
Aku: hmmmm sama je semua ada mata, ada jambul
Abah: hahahha buat malu anak peladang nanas je.
Ini la dialog dengan abah bila dia suruh aku teka nama nanas yang dia bagi. Lepas dia dah bagitau namanya aku nak kawan-kawan teka. Tapi Wak Warisan Petani mesti kenal nanas apa ni, dia pun pakar.
| Ini jenis lain-lain tau sila teka |
| gambar setelah di kupas, nanas tepi belah kiri tu jenis sama cuma saiz je kecil |