Showing posts with label tanaman emak. Show all posts
Showing posts with label tanaman emak. Show all posts

Tuesday, October 10, 2023

BUAH CERI SURINAM ATAU CERMAI MERAH

 Assalamualaikum semua,

Rasanya pernah aku cerita pasal cer ini, tapi nak cerita lagi. Balik kampung baru ini dapat petik buah ceri surinam ni. Banyak juga buah yang dah masak. Aku suka rasanya masam manis dan ada bau mau jambu bertih. Aku rasa beli lebih 5 tahun dah, agak ambil masa nak berbuah tapi bila berbuah sentiasa ada walau tak banyak. 

Nama ceri surinam atau ada yang panggil cermai merah atau cermai belanda. 

mak kata pokoknya dulu abah pernah ter racun, emak ingat dah mati tapi hidup semula

daunnya tu bau macam jambu bertih tau



gini lah rupanya, cantik kan


rupa bijinya

yang masih hijau lagi

abah ada petik sikit dia simpan dalam peti

Thursday, November 24, 2022

PHOTO DIARY #37/2022

 Assalamualaikum semua,

Bertemu semula kita di hari khamis yang indah dah terang ya. Pagi ini mood agak ke laut dalam, awal pagi dah ada yang buat aku rasa serabut. Aku cuba berhusnuzon tapi tak mampu nak sabar, jadi aku cuma berdiam dengan harapan aku dapat bertahan. Aku tak suka susahkan hidup orang, aku suka buat hal aku sendiri tolong orang tak kisah tapi jangan sampai buat aku rasa macam aku kuli je. 

Oklah teremosi pulak, jom kita layan cerita bergambar ya.

sampai kampung tengahari petang tu aku ajak emak pi kedai cari aiskrim, budak 2 orang ni mesti ikut

muka gembira dapat memborong aiskrim

aiskrim yang dipilih oleh emak, Aiyan dan Ecah


pokok cuban oregano emak

bukan main gemuk pokok ketumbar jawa emak

pokok petai depan rumah yang memang kesayangan emak

pemandangan pagi depan rumah, sentiasa indah di mata aku

air dekat parit kampung kami warna coklat tau, sebab tanah gambut

hari jumaat pesan kek marbel dengan kek oren dengan kawan sekolah

sedap sangat memang puas hati

rojak asma nama diberi

tongmo ayam dan daging... makngah belanja

bunga ros semaian makngah, geram sangat

pesan lagi kek untuk bawak balik ke Selangor

nasi lemak menu sarapan hari terakhir dekat kampung

Friday, September 9, 2022

TANAMAN SEKITAR RUMAH MAK ABAH

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan, hari ini takde resepi untuk dikongsi. Habis sudah senarai masakan yang nak dikongsi, balik kampung pun asyik terlupa nak ambil gambar masakan yang mak masak, yang dah siap ada lah.

Jom kita tengok apa jelah antara tanaman yang ada sekitar rumah mak ya. Ada yang mak tanam, abah tanam dan makngah tanam.

ini pokok petai belakang rumah, depan rumah pun ada jugak sepokok

buah nya rendah jugak, paras tinggi aku

Ini pokok bonglai

pokok cili api belakang rumah

pokok betik ada banyak belakang rumah, buahnya tak berapa manis mak suka ambil pucuknya buat ulam

ini pokok betik jantan

pokok bunga lonceng merah atau alamanda

mak kata mana main tanam bunga lonceng kuning lagi hahahha


kami panggil kelapa katek hehehe@ kelapa pandan


pokok mulberi tepi jalan, sentiasa berbuah

pokok bunga telang, banyak sangat bunganya tapi aku lupa nak kutip bawak balik KL 

deretan pokok bunga puding tepi rumah

bunga ros

aneka pokok puding depan rumah

bunga kertas emak, tapi kenapa aku tanam takde bunga je... 



cari dengan google lens namanya crossandra

namanya jasmin

cari dengan google lens lagi, euphorbia hybrid pink

pokok inai

pokok buah tin,  tapi buah nya comel-comel je


pokok mangga depan rumah, tahun lepas masa dia berbuah, buahnya besar manis tahun ni dia merajuk kot

Thursday, September 8, 2022

PHOTO DIARY #26/2022

 Assalamualaikum semua,

Aku sambung cuti lagi sehari lagi, masih dekat kampung insyallah dalam pukul 11 gerak balik rumah. Edy dan adik ipar dah balik rumah isnin hari tu kucing pun Edy dah ambil hari selasa kami ber4 je yang sambung cuti. Dah lama tak balik kampung kan, dah cuti sekolah jadi kita lajakla sikit.

Aku paling suka ambil gambar rumah awal pagi gini

Pokok petai kesayangan emak

Sayur kegemaran kami, sulur keladi tumis

Rutin bila balik kampung, petang ambil adik 2 orang kat kilang di bukit batu


Tempe dekat kampung ni sedap nya lain macam

Pokok kelapa pandan abah yang airnya wangi pandan, rendah je

Geram tengok pokok mulberi emak sentiasa berbuah

Menu kegemaran asam pedas kepala ikan

Aiyan dengan seluar batik emaknya

Menu petang semalam.. tumis betik muda memang kegemaran

Pokok sireh tepi rumah

Semalam petang nyai bawak cucu-cucu dolan rumah mak

Donat sira sambal emak yang sedap