Makan ikan kembung goreng tepung cicah dengan sos cili.. sedap sangat
Tepung goreng jadi rangup...sedap meratah
Anak-anak tak makan.. jadi makan jer la sorang2
Masa menggoreng pun elok jer ikan.. tak meletup
Bahan bancuhannya :
Sedikit tepung gandum
Sedikit tepung beras
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sebiji telur
Bancuh tak pekat sangat & jgn cair sangat
Celup kan ikan kembung ..
Dan goreng guna minyak panas ..
Rangup dan sedap
Sebab takde daun pisang untuk lapikkan kuih pau ini, jadinya pau yang dah siap letak kan atas loyang jer. Bila dah naik terus kukus.
Malam-malam hari tetiba tekak nak makan kuih pau. Inti kelapa ada dalam peti ais, mak mertua yang buatkan. Tepung dan mauripan pun dah ada kat dapur. Apa lagi mengadun pau la jawabnya malam-malam hari sambil tengok bola sepak antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Tajikistan. Nasib baik JDT berjaya menjuarai perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan. Dapat cuti peristiwa sebab JDT menang bola....yaaahooooooo...
Buat dalam 3 cawan, hasilnya memang memuaskan. Makan sampai kenyang
Resepi kuih pau ini saya gunakan resepi donut yang selalu buat tu. Cumanya donat kena goreng, pau ini kena kukus, hasilnya memang gebu gebas dan memuaskan.
Dan siap bagi rumah Mak Ony lagi.
 |
Roti john ni untuk sarapan pagi. Biasalah, sarapan kan biasa nak yang senang dimasak dan sedap dimakan, jadi buatlah roti john. Sebab takde daging cincang dalam peti ais, maka gunakan daging ayam cincang je. |
Telur 3 biji, bawang cincang, sedikit garam dan daging ayam cincang untuk isi roti john kali ini. Dah bakar dan masak, letak mayonis dan sos. Kali ni lupa nak beli daun salad dan timun. maka tak bersayurlah roti john kali ni, yang ada cuma bawang. Ok lah tu. sedap juga bila dimakan.
Sup tulang, hidangan semasa cuti hujung minggu. Simple jer, makan dengan makaroni dan sambal kicap.
Tapi Aiman dan Aisy makan kentang dan kuah sup jer. Dia org makan dengan nasi.
En. Hubby memang tak berapa nak gemar makan sup ni. Jadi dia makan sikit jer la. Dah ibu juga jadi tukang perabiskan makanan. Tulang lembu ni Cik Haris yang beri sebab dia buat korban. Ada rezeki lebih, dia hantar ke rumah. Tu yang buat sup tulang. Daging dan tulang fresh, jadi sedap la bila dimasak. Lagi sedap bila dimakan.
 |
| Kek Kukus Di Hujung Minggu |
Sempena hujung minggu, biasa la, asyik ke dapur nak godak makanan jer la. Bila cuti je lapar, bila lapar jer time cuti. Tu la kan, mana badan tak naik dan naik ....semakin kembang setaman la jawabnya. Sebenarnya baru dua hari lepas buat kek kukus coklat ni...bila makan, ehhh..sedap la pulak. Saya pulak mmg gemarkan coklat, jadi kek coklat ni mmg favourite la jawabnya.
Dua hari lepas buat kek ni, dah habis licin diperabiskan dua org hero ibu ...Aiman dan Aisy. Kalau suka mmg licin la diaorang makan. Badan Aisy tu, dah debap, dah montel sbb banyak sangat makan. Bila malam, En. hubby tanya kan kek yang dibuatnya. Saya cakap dah habis, ehhh..kejapnya habis...ingatkan sorokkan kek tu. Haiii...tak kan lah saya nak sorokkan makanan yang saya buat, dah kena makan, habislah ia.
Sebenarnya kek ni saya buat sebab nak habiskan baki tepung naik sendiri yang ada kat rumah ni. Sayang pulak kalau biarkan lama-lama, nanti masuk dek kutu. Sebelum kena makan kutu, lebih baik kita gunakan dia. Jimat cermat kan amalan mulia.
Resepinya pun mudah dan simple je :
Bahan-bahannya :
Bahan A
- Satu buku buttercup
- 1 cawan gula pasir
- setengah cawan susu pekat manis
- 1 cawan serbuk koko
- Tepung naik sendiri 1 1/2 cawan
- Telur gred A 3 biji
- sedikit perasa vanilla
Cara-cara membuatnya
- Panaskan kukusan sampai mendidih sebelum adun bahan-bahan lain.
- Panaskan bahan A dalam periuk dgn api sederhana sampai larut dan sebati semuanya. Jangan panaskan lama-lama, nanti hangus. Sejukkan
- Lepas tu, pukul telur yg 3 biji tu sampai kembang, masukkan esen vanila.
- Dah kembang, masukkan bahan A yang dah sejuk. Kacau sampai sebati
- Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri dan kacau sampai rata.
- Masukkan loyang. Bolehlah kukus selama 1 jam. Boleh tengok bila dah satu jam kukus. Cucuk dengan garfu atau lidi, tengok sama ada kek dah masak atau lom. Jangan buka tutup pengukus kalau belum sampai 1 jam, nanti kek bantat.
 |
| Sambal Halia |
Selalu mak buat sambal halia, tapi biasanya sambal halia ni di makan dengan nasi putih untuk orang yang tengah pantang bersalin. Tetiba teringin pulak nak makan sambal halia macam mak buat walaupun sekarang ni bukan musim berpantang. Tapi saya selalu berdoa supaya dikurniakan lagi rezeki anak..mudah2an adalah lagi yer.
 |
| Sedap dan Menambah Selera |
Bahannya pun mudah sahaja, semua ada dah kat dapur tak perlu cari kat kedai atau pasar. Bahan-bahannya cuma halia lebih kurang 5 inci, 3 ulas bawang putih dan sedikit ikan bilis goreng. Tumbuk semua bahan tersebut sampai lumat. Dah lumat boleh lah makan dengan nasi putih. Sedap, ada rasa pedas dan panas-panas halia tu.
 |
| Membuang Angin dalam badan |
Fungsi sambal halia ni pun bagus. Halia dan bawang putih dapat mengeluarkan angin dalam badan. Angin kalau banyak sangat dalam badan pun tak bagus juga, kalau setakat angin sepoi-sepoi bahasa masih boleh tahan lagi tapi kalau angin dah banyak macam puting beliung, mesti semua orang tak sanggup nak menghadapinya. Sebab tu sambal halia ni bagus untuk ibu lepas bersalin bagi menghilangkan angin dalam badan. Lagipun selalu kita makan ubat atau jamu yang berunsurkan halia dan bawang putih kan....tapi yang ni lagi segar dan bagus sebab kita buat sendiri tanpa ada bahan pengawet. Ok....selamat mencuba kepada yang berminat untuk membuang angin dalam badan tu. Jangan simpan angin banyak2 dalam badan. Nanti kembung macam belon jadinya.
 |
| Sambal Hitam Pahang stail saya |
Sekarang ni macam tengah hangat pulak orang bercerita tentang Sambal Hitam Pahang. Sampai menjadi viral dalam media sosial. Saya bukan orang Pahang, tapi sebab cerita mengenai kesedapannya ni hampir setiap hari keluar dalam FB, maka nak lah juga saya mencubanya. Nak beli online memang tak lah sebab saya tak berapa yakin dengan shooping online ni sebab ramai yang kena tipu. Duit dah bayar tapi barang tak sampai. Kan rugi kalau gitu. Nak cari duit bukan senang tapi nak menghabiskan duit memang senang jer.
 |
| Tapi En. Hubby kata Sambal Hangus |
Tapi saya buat ni macam terlebih minyak jer, sebab tu berlinangan minyak tu. Tak per lah, firt time kan. Sebenarnya ni pun buat secara tak sengaja sebab kat pejabat ni tengah musim belimbing buluh. Makanya, saya lah yang rajin kutip belimbing buluh ni untuk bawa balik ke rumah. Selalu ambik belimbing buluh ni untuk masak lemak atau masak masam manis, tapi bila tengok dalam FB orang sibuk bercerita pasal Sambal Hitam Pahang, apa salahnya kalau kita mencuba kan.
 |
| Boleh tahan rasanya |
Bahan yang digunakan ialah cili api, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belimbing buluh. Belimbing buluh tu saya rebus sekejap dengan sedikit air sampai lembik. Lepas tu saya blenderkan semua bahan. Dah tu, saya tumis sampai dia garing. Sebab saya tak tahan pedas maka saya tambah dengan gula sedikit. Letak garam dan serbuk perasa sedikit untuk seimbangkan rasanya.
 |
Cubaan kali pertama |
Lama juga saya tumis sambal hitam pahang ni, kalau orang yang berbisness sambal ni, mereka akan masak lebih 3 jam supaya kering dan boleh simpan lama. Tapi saya masak tak sampai pun tiga jam sebab Aisy dah merengek ajak baring atas katil. Aisy demam jadi dia nak kena peluk jer. Masa tengah baring dengan Aisy, saya kecilkan api di dapur jer dan biarkan sambal tu kering dalam kuali. Lepas tu sekali sekala saya gaul dia biar tak hangus dan hangit. Bila saya rasa, memang pedas la sebab guna cili api, jadi saya tambah dengan sedikit gula untuk kurangkan tahap kepedasannya. Saya ni memang dah tak kuat makan pedas, tapi nak juga makan sambal. Itu jer lah cara yang saya buat. Bila En. Hubby balik saya hidangkan dia ayam goreng dengan sambal hitam ni untuk makan malam. En. Hubby kata ni sambal hangus ke ???
 |
| Bahan untuk sambal belacan |
Dari zaman kanak-kanak lagi, satu keluarga saya memang gemar makan nasi dengan sambal belacan atau sambal ulek. Bila makan nasi takde sambal ulek atau belacan ni macam tak lengkap pulak juadah makan. Nak-nak arwah bapak memang suka cicah sayur pucuk paku dengan sambal belacan. Memang menyelerakanlah bila makan nasi dengan sambal belacan atau sambal ulek ni.
 |
| Lepas kena 'ulek' beginilah rupanya |
Arwah bapak pulak tak suka makan sambal belacan atau sambal ulek yang ditumbuk dengan lesung batu. Dia boleh tahu sambal tu ditumbuk atau guna "ulek'. Ulek ni piring tembikar yang biasanya orang guna buat gaul rojak petis. Sambal belacan yang buat guna ulek memang sedap. Tak terasa bau lesung. Tapi zaman sekarang ni ramai orang buat sambal belacan pakai blender jer kan. Sebab tu dah kurang kesedapannya.
 |
| Bahan untuk buat sambal tutuk |
Kalau tak de belacan kat rumah, kita gantikan dengan ikan bilis goreng. Yang ni namanya sambal tutuk. Bahan-bahannya, cili api goreng, bawang merah goreng, ikan bilis digoreng, kemudian ditumbuk sampai lumat. Kalau suka letak sedikit gula untuk kurangkan rasa pedas dan perahkan limau kasturi. Memang best bila makan nasi dengan sambal tutuk ni. Bila kepedasan tu, makan sampai menitis air mata dibuatnya.
 |
| Cili Api, Bawang Merah dan Ikan bilis goreng |
 |
| Lepas tumbuk perahkan limau...mmg best |
Kalau dulu, masa zaman kanak-kanak, adik beradik ramai, jadi bila makan tengah hari atau makan malam dengan sambal ni memang menyelerakan. Siap tak cukup lagi bila makan ramai-ramai dengan sambal belacan atau sambal ulek ni. Sekarang bila dah ada keluarga sendiri, sesekali teringat pulak sambal kegemaran arwah bapak ni. Tapi bila makan sekarang ni dah tak seseronok zaman dahulu sebab yang makan sambal saya sorang. En. Hubby dan anak-anak memang tak makan sambal pedas, sebab tu dah hilang rasa keseronokannya. Kalau makan ramai-ramai memang menyelerakan. Mungkin, bila semakin berumur ni, perasaan nak makan pedas ni semakin berkurangan. Lidah pun dah tak sekebal zaman dulu-dulu yang memang gemarkan rasa pedas dan masam. Sekarang ni, makan pedas sikit jer dah tak tahan. Cuma bila sesekali teringin makan sambal ulek/ sambal tutuk ni, pasti menyelerakan.
Kat rumah ni semua gemar makan telur. Macam-macam boleh buat dengan telur ni. Kadang buat sambal tumis telur, kadang masak telur kicap, kadang masak telur dadar, kadang masak kari telur dan paling senang goreng telur mata.
Selain itu, kalau goreng mee atau masak nasi goreng, memang tak sah kalau tak pecahkan telur. Rasa macam ada kurang pulak bila tak letak telur. Jadi sebab semua penggemar telur, setiap kali beli telur memang kena beli sepapan. Dah tu beli yang gred AA baru puas hati. Kalau beli yang gred C tu macam tak puas pulak bila digoreng. Kadang tu dah masak lauk ikan atau ayam pun, anak-anak masih nak telur goreng. Makan dengan kicap dan nasi pun dah cukup. Bukan setakat anak, ayah anak2 pun sama juga, suka dengan telur mata.
Setiap kali beli telur, saya akan basuh bersih telur dan toskan sebelum simpan dalam peti ais untuk menjaga kebersihan telur tu sebelum dimasak. Yer la, telur tu kan keluar dari belakang ayam, maka banyaklah najis ayam terlekat kat telur. Kalau tak basuh makanya kita pun sama-sama makan najis ayam itu.
 |
| Telur siap dimandikan |
Kadang-kadang bila duduk di rumah memang teringin nak makan macam-macam. Tekak ni asyik nak makan jer kerjanya. Tapi makan tak banyak mana, sikit jer. Hujung minggu lepas teringin pulak makan bubur kacang hijau. Kacang hijau memang dah ada dalam peti ais, tak banyak mana pun adalah dalam plastik kecik.
Bila masak kacang hijau dan buat bubur kacang, makan sikit jer. Anak-anak pula bukan suka makan bubur-bubur ni. Buat satu periuk kecik pun tak habis, jadinya untuk mengelakkan kerugian dan pembaziran, masukkan bubur kacang hijau dalam plastik ais krim, simpan dalam peti ais jadi ais krim kacang hijau.
Bila dah jadi ais krim pun, anak-anak tak suka makan. Abg Aiman dan Aisy mana makan ais krim bubur macam ni, mereka suka makan ais krim milo yang selalu Mak Ony buat jer.
 |
| Ikan Gelama Pekasam |
Minggu lepas sedara mara En. Hubby pergi melancong lagi.....tempatnya di utara tanah air. Mana lagi kalau bukan Perlis, Indera Kayangan, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Seminggu mereka berjalan dan melancong.
 |
| Perahkan limau kasturi...mmg sedap |
Antara buah tangan yang mereka bawa ialah Ikan Pekasam yang memang popular di utara tanah air. Ikan Gelama ni saya goreng dengan bawang besar dan cili api, kemudian perah dengan limau kasturi, memang sedap sangat bila makan dengan nasi putih panas-panas. Sebut jer ikan pekasam goreng perah dengan air limau memang dah terliur mulut. Belum lagi makan....sedap sangat. Terima kasih la makcik semua yang sudi beri saya buah tangan ni.
 |
| Makan dengan nasi panas |
Selalu asyik masak kari Ayam atau daging, sekarang nak cuba kelainan pulak. Cuba masak Kerutuk Ayam...dah banyak kali la juga masak gunakan serbuk Kerutuk Ayam dan Daging Adabi ni, rasanya sangat sedap dan menyelerakan. Kerutuk ni sebenarnya masakan orang Che Siti Wan Kembang.......Kelantee.
Kalau beli mesti 2 -4 paket sebab nak simpan dalam peti ais, senang bila nak masak nanti. Tak perlu bekejar ke kedai bila teringin makan Kerutuk Ayam atau Daging. Anak-anak dan suami pun suka makan kerutuk ayam dengan gunakan perencah Adabi ni.
Resepinya ada di belakang peket serbuk Kerutuk ni. Senang je, ikut arahan yang diberikan dan siaplah masakan kita. Cuma perlu tambah kerisik dan santan. Yang lain macam biasa, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas, air asam jawa dan yang penting ada ayam atau daging.
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net