Klik kalau nak tahu selanjutnya

Showing posts with label penjagaan kecantikan. Show all posts
Showing posts with label penjagaan kecantikan. Show all posts

Cara mendapatkan kolagen secara semulajadi

Ekceli, cara mendapatkan kolagen secara semulajadi memangla dari sumber haiwan je. Tapi takdela ko makan lembu sekor sehari selama sebulan terus kolagen diserap dan kulit jadi tegang gitu. Tu memang pahaman sesat yang patut dibanteras. 

Cara nak boost penghasilan kolagen dalam badan tu baru betul. Iaitu melalui pemakanan. Tapi bukan direct amek kolagen, tapi melalui penggalak atau bosster semulajadi kolagen yang ada dalam makanan.

1. Soya (genistein)
2.Sayuran Hijau (antioksida lutein)
3.Kekacang (hyaluronic acid)
4.Buah-buahan/sayur warna merah (lycopene)
5.Vitamin C
6. Prune (antioksida)
7. Omega 
8.Coklat
9.Madu
10. Minyak Avokado
11. Flaxseed -ada supplement kat farmasi 
12. Vitamin A
13. Sulphur (bawang putih,kobis,telur dll)

Kalo nak baca detail lagi pasal apa yang kandungan dalam makanan tu buat untuk boost kolagen, bleh ke website HealthCentral ni ye. Tq for reading ^_^

Rahsia kecantikan Datin Norjuma

Susulan dari kegilaan tudung bawal Aidijuma dalam post sebelum ni, kite terjumpa pulak video pendedahan Datin Norjuma tentang tips kecantikan beliau. Moh sama-sama pahamkan dan amalkan . Wink* Wink*


Isi penting yang Datin Norjuma cakap ni (macam buat karangan SPM dolu-dolu lerr pulak) :

1. Sentiasa mengamalkan Vitamin B complex
2. Air 2 liter sehari
3. Mak dia memang tekankan supplement untuk semua anak-anak dia dari kecil lagi
4. Makan jamu tertentu before period dan after period untuk peredaran darah yang baik (tak tahu la jamu cap ape Datin ambek sampai berkesan gitu)

Kalau lepas mengandung pulak:

1. Makan nasi dalam 2 minggu sekali, macam hari 1-13 tu makan protein je. Hari ke 14 , 15 dan 16 makan nasi. Lepas tu makan protein balik sampai la berat badan ideal. Baru hantam nak makan kepala gajah sekalipun.

2. Minum air ulam pegaga

Ternampak lak dalam vid ni beliau pakai SK II. Jeles i taw!! Bila la nak ada bajet beli SK II yang gedabak tu. Trial pack dah dekat RM 300. Huhu T_T

Maka terbuktila kat sini pengamalan Vitamin B complex sangat bagus untuk kecantikan!! Jom bersama amalkan dan bagi sesiapa yang belum ada lagi, meh dapatkan dari saya. Hihi

 
Saya pun nak cantik, korang pun nak cantik, kita cantik sama-sama okay?

Boleh hubungi saya, saya Ain Abdullah, no ID: 1073726. Saya menawarkan FREE CONSULTATION untuk bantu kawan-kawan sekalian (ayat sekma lak kan) Kui kui
Boleh :


ATAU  

pm/SMS/WhatsApp/Viber/Line/WeChat saya di no 019-6946636


P/S: Kalau korang ase-ase tak cukup bajet, bagitau la kite, ada cara kita boleh tolong korang nak cantik macam Datin Norjuma jugak. Hehe

Masker mengurangkan jerawat pada muka

Ingin mengurangkan jerawat pada muka?Apa kata cuba masker ni, 
Masker Jerawat Indah Warni

Fungsi: 
mengecilkan pori-pori, mengurangkan kelebihan minyak, serta merawat kulit berjerawat.

Saya dah try, baru je tadi.Campur dengan Air Sari Mawar Putih.Terasa kelembutan pada kulit.Muka akan jadi kekuningan sebelum basuh, maybe sebab ada kunyit ke apa ke, sebab diperbuat dari bahan-bahan semulajadi.Serbuknya agak susah nak ditempek ke muka, redah ajelah.Janji melekat.Tekstur ala-ala scrub pun ade jugak.Need to try this for few times untuk nampakkan keberkesanannya...

 



By the way, terjumpa belog yang menarik, Fyna here. (Erkk, maybe orang lain dah lama jumpa, saya je baru jumpa belog ni )Memang bagus belog ni, banyak review tentang produk,tutorial and tips mekap.Jom jengah!

Review: Maskara

Sape penah pakai Estee Lauder Double Wear Zero-Smudge Lengthening Mascara?
Well,i got one.

Memang best sebab zero-smudge,tapi kena la bagi kering dulu lepas apply.Kalau tak,mana-mana maskara pun akan smudge @ comot kalau ter 'tonyoh' lepas apply.. =p Mudah dibersihkan dan mudah sangat di sapu.SUKEEEE~~~~harga tak SUKEEEEEE~~~~

Harga?Owh maaf sudah lupa,sebab beli 1 set dengan lipstick,perfume dan eye shadow.

Krim malam yang best



1.Murad Essential-C Night Moisture
 2.Olay Night of Olay Firming Cream
3.Clinique Repairwear Intensive Night Cream
4. Olay Regenerist Night Recovery Moisturizing Treatment
5.Mary Kay TimeWise Night Solution
6. Olay Age Defying Intensive Nourishing Night Cream
7. Avon Anew Rejuvenate Night Revitalizing Cream
8. The Body Shop Aloe Soothing Night Cream
9. Lancome Aqua Fusion\

Ada sesape guna krim malam dari kosmetik Malaysia?share la kt sini..

p/s:Nak beli Clinique repairware,tapi mahal sangat..bajet takde =p RM300++ kottt

Tips kecantikan Puteri Sarah



1.Mengunyah tomato dan lobak merah.Sambil tengok tv pun boleh habiskan tomato taw!
-->erm,rasanya,kalau kita-kita kan,mesti kunyah pop corn @ keropok @ kerepek pisang depan tv.Mana tak gemuk,haiihhh...

2.Ambil jamu dalam bentuk kapsul.Setiap hari jamu jenis lain-lain.
-->Wahh,macam jamu ala mustika ratu je!Ape namanya tu,perawatan putri remaja ?terbalik plak eja..



3.Biarkan rambut kering sendiri lepas shampoo.Tak guna iron pun.

Cara Kilafairy menjaga kecantikan



Seksi btol Kilafairy ni.Bibir macam Angelina Jolie.Body macam Kim Kardashian (saya sorg je yang kata macam Kim kot.. ).Kata Kilafairy,bibirnya original okay..jangan tuduh bukan-bukan taw.. (erkk,jangan salah faham,saya bukan her fans ok! )

As seen (ops,bukan see,tapi baca... =p) on Majalah Rapi...

~Menggunakan produk berasaskan herba (sebab kulit sangat sensitif)
~Jumpa specialist untuk memilih produk penjagaan wajah
~Erti cantik ialah:

"Cantik akan kelihatan jika seseorang itu pandai membawa diri dan berkeyakinan tinggi"

Bagi korang,erti cantik ialah?

Produk melebatkan rambut

Salah satu produk melebatkan dan menghitamkan rambut ialah Minyak Cem Ceman keluaran Sari Ayu atau Mustika Ratu (saya baru beli semalam =p ) .Rupa minyak ni macam kat bawah:

Erm,rupa minyak cem ceman yang saya beli semalam lain sikit, sebab keluaran Sari Ayu..Baunya busuk,sbb macam-macam campuran minyak termasukla minyak kelapa,minyak kemiri (?),minyak kastor (?) ,Sari daun Orang Aring (?)

Ntah minyak dan daun apa semua tu,yang saya kenal,minyak kelapa jew...sebab moyang saya selalu sapu kat rambut..No wonder la.at her age,70 years old,rambut dia kemain hitam dan lebat...jeless i taww..

Gonna try it...hopefully rambut saya akan jadi macam ni:


Berangan la kau.. =p

Masker untuk kecantikan

Belog walking lagi.Then i found belog yang agak menarik.Ini belognya ya...Cari resepi masker semulajadi,so terjumpa resepi ini...sumber dari belog tadi ye...

source:here


source:here

Masker Pisang

  • Ambil pisang dan lenyekkan.
  • Tambahkan minyak zaitun atau madu pada buah pisang yang telah dihancurkan.
  • Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
  • Bersihkan wajah dengan kapas yang telah dibasahi air suam.
Hokeyhh..pisang sudah ada,walaupun bukan pisan ambon.Madu sudah ada,Madu Khaula siap.Minyak zaitun ada,beli untuk buat spageti ritu.haha.Jalannnn !

10 makanan untuk rambut yang sihat

1.Ikan -->Salmon (kalau kat Malaysia ni,susah nak cari,so apa2 ikan pun boleh)
~ia mengandungi kandungan protein yang tinggi,asid lemak Omega 3,Vitamin B12 dan zat besi
~menyuburkan kulit kepala
~kekurangan:menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan rambut tidak bermaya

2.Sayuran Hijau -->Hijau tua okeh?

 source: here

~mengandungi Vitamin A,C,zat besi dan kalsium
~contoh:Bayam
~penting untuk penghasilan Sebum,iaitu pelembap semulajadi rambut

3.Kekacang

source: here

~merangsang pertumbuhan rambut
~mengandungi Zink (mengurangkan keguguran rambut)

4.Daging
~Kaya dengan protein
~mencegah rambut rapuh dan penukaran warna rambut (loss of hair color)

5.Telur

6.Whole-grain

7.Tenusu rendah lemak

8.Lobak Merah

source: here

Review:Bio essence Tanaka White

                                                                       Credit to: Davnes


Maaf sangat sebab lama dah tak post entry..biasa la,skang asek busy je T_T .....well, saya nak review pasal bio essence tanaka white essence..

Ehem,1st day pakai,of course tak nampak kesan lagi..biasa la,1st day..kalo terus jadik putih tu,maksudnye kene celup klorox la tu..tak pun ada kandungan hidrokuinon yang sememangnya cepat kesan tapi berbahaya pada kulit..wokeh?so never eva beli produk yang ada hidrokuinon..

After 2 weeks pakai,dah nampak kesannya..tadaa...hasilnya kulit semakin cerah berseri...

2 months later,disebabkan kulit saya yg agak sensitif dan berminyak,muka saya kembali tumbuh jerawat pasir.Huhu..so,terpaksa stop dulu...

Apa yg saya suka tentang produk ni:
1.Krim malam dan siang yang tak berminyak,terus menyerap ke dalam kulit...sangat selesa you!Especially krim siang,pakai make up,kulit nampak sangat natural..

2.Facial Wash yang best,mengurangkan minyak pada kulit saya...

P/S:Kalo kulit berminyak,berjerawat macam saya,kene teliti dalam membeli,memakai produk yg seswai..huhu..

Gurls:Kandungan bahaya dalam kosmetik



Baru sebulan balik dari France ^_^ Lovely Paris,tapi x begitu seronok bagi saya..except Disneyland Paris.Oke,dah melalut jauh dari tajuk asal..

I just wanna share with u gurls/ladys,orang kite ni agak kurang sedar tentang ingredients dalam cosmetic.Termasuk diri sendiri T_T......Masa kat Paris,me and my younger sister was searching for lotion untuk mengurangkan itchiness @ gatal-gatal disebabkan kulit kering akibat perubahan cuaca.Since itorang x paham France punya bahasa,terus cari International punya product.At last,we found Nivea.Ada tulis perkataan creme,so bantai aje lah,dengan harapan itu bukan shower cream LOL

Dekat label Nivea ada tulis,Sans Paraben.Wut is Paraben?Gooooogle la...ape lagi.Then i found:

Kandungan kosmetik yang patut dihindarkan.terutamanya ibu mengandung:

1.Paraben(methyl,ethyl dll)
-x selamat sebab boleh jejaskan sistem endokrin/kelenjar,estrogen-like effects,sistem pembiakan dll
-sebab tu ompuih siap keluarkan product paraben free,taw x?

2.Ethanolamine (DEA,TEA)

3.Pthalates

4.Propylene Glycol,Butyl Glycol

5.Sodium Laureth Sulfate

6.Imidazolidinyl

Kalo hang x pechaya,tengok sendiri kat cosmetic/body care korang kat umah,memang ada punya bahan-bahan ni..

Nak baca lagi?Klik source kat bawah ni:

Natural Skin Care Secret

Inspirasi chantek


Cara mudah untuk tampil cantik:

Anda mesti suka sangatttt tengok manusia yg cantik..dah lumrah alam kn?So,why not anda semua gunakan makhluk Allah itu sebagai sumber inspirasi chantek anda..

Katakan la,saya sangat suka tengok bloggers yang chantek seperti Ika Radiusite,Rina Salleh,Lynna dan Hanis Zalikha (erk,famous gojes blogger ni..sapa yg suke men intenet,kenal ler)..Saya leh follow tips2 yang diorang bagi kat blog diorang.Contoh la kan, tips mekap by Ika (klik kt sini) dan Lynna (klik kt sini).View la page diorg,dan lihat cara mereka bergaya..Find your inspiration now.You will learn from them!Trust me!

lagi petua cantik...


TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.

URUTAN WAJAH CARA BETUL

Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

MENCANTIKKAN BETIS

Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.
PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

 click here for more petua...

p/s:cantikan gambar tomato kt atas?sendiri ambek taw! =p

Lupakan botox!Jom buat face yoga!

 Lupakan botox!Jom buat face yoga untuk kulit tegang dan awet muda....Face yoga ni ialah exercise muka berdasarkan yoga rules.Yoga muka ni melibatkan 57 otot muka dan di percayai dapat menegangkan kulit serta untuk facelift.Di samping itu,ia mampu meningkatkan perjalanan darah ke muka,menghilangkan stress dan menaikkan seri pada muka.. (Source:http://www.time.com/time/photogallery/0,29307,1683326,00.html)

Free Your Tongue 
It is recommended that you hold this pose for 60 seconds. It is good if your eyes water; that flushes the toxins that may have accumulated there.

Temple Dancer Eyes

This exercise works on the ring muscles of the eyes to prevent sagging skin and crow's feet.

Smiling Fish Face


Smile while pursing your lips. This pose is modeled after the look celebrities often give the paparazzi.

Lion Face, Part I

Inhale through your nose, make fists and squeeze all your facial muscles...

Lion Face, Part II

Now exhale through your mouth, stick out your tongue, roll your eyes up and open your hands. Repeat three times.

Surprise Me!

Widen your eyes, as though surprised, but try not to wrinkle the brow. Focus on a point in front of you for about five to ten seconds. Then repeat, four times.

Satchmo

Named for Louis Armstrong, this poses mimics the cheeks of a trumpet player.

Marilyn

The repetitive puckering and blowing creates stronger, firmer lips.

Baby Bird

Swallow while pressing the tip of the tongue to the roof of your mouth. Then tilt your head slightly to the left and swallow. Then repeat, towards the right. This exercise helps jowls from forming. 
 
Buddha Face

Close your eyes, relax and imagine a point between the brows. Hold for one minute, or longer.






Ulam untuk si hawa!

                                          (Gambor pinjam kat blog ni......)

Daun kaduk ~mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang mampu menguatkan tulang & mengelakkan daripada penyakit osteoporosis

Daun pegaga ~awet muda,membaiki peredaran darah,membantu pertumbuhan rambut,mengecutkan rahim,meningkatkan kesihatan kulit

Cekur & pucuk putat ~mengecutkan rahim

Pucuk gajus & ulam raja ~membersihkan darah

Pucuk betik~membantu penghadaman

Em..sape2 yang berminat nak baca lebey lagi pasal ulam,bleh la klik kt sini.....Selamat Berulam!

p/s:ekceli,ada sesetengah ulam xleh di ambil berlebihan,sbb ia boleh memudaratkan kesihatan jugak..jadi,amalkan pengambilan secara sederhana setiap hari...

Collagen untuk si cantik!


 Apa itu collagen?
~collagen ialah sejenis protein fiber,yg menyokong dan menghubungkan antara tisu badan (kulit.tulang,otot dll).Collagen boleh di dapati dalam haiwan (lembu,ikan dll) atau tumbuhan

Camne collagen boleh di amek?
~injection,makanan,make up & cream
sebenarnye collagen melalui makanan lebih baik daripada collagen yang diambil secara luaran seperti makeup & cream,sbb kadangkala,yg kita sapu kt luar,x dapat menembusi struktur kulit yg lebih dalam....

Faedah collagen:
~menguatkan struktur kulit (menegangkan,membaiki dll)
~untuk keanjalan kulit
~melambatkan penuaan
~menguatkan kuku,rambut

Umur brape nk stat amek collagen nih?
~25 tahun ke atas (ade org kate,penuaan start at 30 years old,tapi untuk kesan yg lebih baik,amek la start umur 25 tahun)

Makanan semulajadi yg mengandungi collagen semulajadi atau membantu pembentukan collagen:

~Genistein
-membantu pembentukan collagen
-terdapat dalam soya
~Vitamin C
-buah-buahan citrus (oren,lemon dll),bayam
~lycopenes
-antioksida yg meningkatkan penghasilan collagen
-terdapat dalam tomato,red pepper,berries
~Omega acid
-create an ideal environment for collagen production
 -ada dalam salmon,tuna,kekacang
~Sulfur
 -meningkatkan penghasilan collagen
 -terdapat dalam timun batang,seleri,buah zaitun

p/s:Rasenye x payah la korang nak amek injection collagen kot..rasenye lagi tak nampak natural,n sumer orang taw yg korang cucuk...nampak cm tipu jew... =p

Supplement harian ape ek untuk pompuan/wanita?



Tentu korang slalu baca majalah & terbaca pasal supplement yg perlu diambil oleh setiap wanita sebagai pelengkap nutrisi harian serta menjaga kesihatan....Tapi camne nk make sure,supplement apa yg perlu korang ambil,sbb belambak sgt kt farmasi,smpai x tawu yg mane satu perlu?


Kat bwh ni adalah antara jenis2 supplement yg bese pompuan ambik untuk jaga kesihatan:
  • Calcium is essential for bone and cell health.
  • Iron is important for not only for your blood, but for making sure that enough oxygen gets to your body tissue.
  • Vitamin A will help keep your eyes and skin healthy, among other things.
  • Zinc is necessary for immune health, wound healing, and helps maintain your senses of taste and smell.
  • Vitamin B6 and B12 are important for a range of things, including metabolism and brain function.
  • Folate is necessary to maintain a healthy nervous system and health red blood cell levels. 
  • Evening primrose oil (EPO)
  • Flaxseed oil
  • Collagen
 If susah sgt nk pk,amek je multivitamin...jimat sbb dapat banyak jenis vitamin dgn harga yg lebih murah dari beli sejenis satu...Multivitamin yg berkualiti tinggi mengandungi vitamin, mineral, anti-oksidan, asid amino, enzim, suplemen herbal etc.Sesuatu formula multi-vitamin yang baik harus mengandungi keseimbangan dalam setiap elemen berikut:
Vitamin * Mineral * * Asam Amino * Antioksidan Ekstrak Herbal * * bioflavonoid * Enzim Neuronutrients *
Multivitamin yang untuk seorang wanita akan merangkumi bahan-bahan herba yang tak sama seperti yang akan korang dapati dalam formula lelaki, seperti Black cohosh, Wild Yam Extract etc adalah "women's herb" dan seharusnye mengandungi antioksidan seperti zeaxanthin, Bilberry, Selenium etc..



Nak taw ape supplement yg korang patot amek?Meh jawab kuiz kt sini sampai abes...


p/s:walopon korang ade amek supplement,zat dr pemakanan kene ada..jangan asek pk ade supplement,diet seharian langsung x amek port... =)

Tatkala bangun pagi....


Apa kamu leh wat pas terjaga dari tidur,mata kelip2 malas nak bukak... yer?

1.Baca doa bangun tidur bagi yang muslim..

2.Tarik nafas dalam2 untuk mulakan hari dengan tenang..

2.Regangan~wat senaman ringkas masa still kat katil..lakukan gerakan ala-ala gerakan yoga atau memusingkan badan ke kiri & ke kanan...ia membantu badan kamu mengumpul tenaga & fikiran lebih fokus..

3.Bergerak~lepas bangun dari tempat tidur,lakukan beberapa pergerakan untuk melancarkan aliran darah...cam lompat2 ringan atau bangkit tubi...

4.Minum air kosong~letak botol air sebelah katil,so senang la,pagi2 senang nak capai...ini leh meransang sistem pencernaan

5.Jangan lupe Solat Subuh bagi yang muslim!!Doa dengan penuh ikhlas dari hati...

6.Sarapan pagi~untuk tenaga sepanjang harimu!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails