skip to main |
skip to sidebar
Bahan-bahan pastry:
- 250 g butter
- 500 g tepung gandum
- Secubit garam
- Air sejuk dari peti ais
Bahan-bahan inti:
- Isi ayam (dipotong dadu)
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 2 sudu besar rempah kari ayam
- 1 sudu besar serbuk cili
- Sedikit air
- Sedikit air asam
- 1 batang kulit kayu manis, 3 biji pelaga, 3 kuntum bunga lawang, 5 kuntum cengkih (dimesin dengan sedikit air hingga halus, ditapis dan diambil airnya sahaja)
- 3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
- Sedikit potongan daun sup
- Sedikit serbuk pati ayam
- Sedikit garam dan gula
- Sedikit minyak masak
Bahan sapuan:
Cara-cara:
- Satukan butter, tepung dan garam di dalam satu bekas. Sedikit demi sedikit masukkan air sejuk dan uli adunan sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan
- Simpan doh di dalam peti ais selama 1 jam sebelum dicanai
- Cara penyediaan inti: Tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari dan serbuk cili dan tumis hingga garing. Masukkan pula air bahan kisar, air asam jawa, sedikit air, ayam, kentang, serbuk pati ayam, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kentang empuk dan air kering. Akhir sekali, masukkan hirisan daun sup. Gaul rata. Tutup api dan sedia untuk digunakan
- Canai doh senipis 0.5 cm, letakkan sedikit inti dan bentukkan menjadi seperti karipap besar. Kemudian, kelim dengan kemas. Buat sehingga habis
- Untuk chicken roll, canai doh senipis 0.3 cm, letakkan sedikit inti dan gulung. Buat sehingga habis
- Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama lebih kurang 30-40 min atau sehingga kuning keperangan
- Sedia untuk dinikmati
Bahan-bahan pastry:
- 250 g butter
- 500 g tepung gandum
- Secubit garam
- Air sejuk dari peti ais
Bahan-bahan inti:
- 1 tin sardin (toskan sos, lenyek ikan sardin)
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 2 tangkai cili hidup (dihiris bulat)
- Sedikit potongan daun sup
- Sedikit garam
- Sedikit perahan jus limau
- Sedikit minyak masak
Bahan sapuan:
Cara-cara:
- Satukan butter, tepung dan garam di dalam satu bekas. Sedikit demi sedikit masukkan air sejuk dan uli adunan sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan
- Simpan doh di dalam peti ais selama 1 jam sebelum dicanai
- Cara penyediaan inti: Tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan semua bahan lain, kacau hingga sebati. Tutup api dan sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan
- Canai doh senipis 0.3 cm, letakkan sedikit inti dan gulung. Buat sehingga habis
- Buat sedikit torehan di atas sardine roll dengan menggunakan pisau. Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama lebih kurang 30-40 min atau sehingga kuning keperangan
- Sedia untuk dinikmati
Bahan-bahan (pastry):
- 150 g butter (pastikan butter sejuk)
- 280 g tepung gandum (diayak)
- 1 biji kuning telur (dipukul)
- Secubit garam
- 1 sudu kecil gula
Bahan-bahan (inti):
- Dada ayam (didadu)
- 1 batang carrot (didadu)
- 2 biji kentang (didadu)
- 1 tin cendawan butang (didadu)
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu besar rempah kari daging
- 1/2 sudu besar serbuk cili
- 1 kiub pati ayam
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
Cara-cara (pastry):
- Campurkan kesemua bahan. Uli sehingga membentuk doh
- Bahagikan kepada dua bahagian. Balut dengan wrapping plastik, disimpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 min
- Selepas itu, ambil satu bahagian doh, dicanai sederhana nipis
- Letakkan doh ke dalam acuan tat. Kemaskan
- Masukkan inti tat dan ratakan
- Kemudian, ditabur hirisan daun bawang dan parutan cheese
- Ambil satu lagi bahagian doh, canaikan sederhana nipis untuk menutupi keseluruhan permukaan atas tat
- Kemaskan bahagian tepi acuan tat
- Sapukan kuning telur di atas permukaan tat
- Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 30 min atau sehingga garing keemasan
- Setelah masak, sejukkan dan keluarkan tat dari acuan
- Sedia untuk dinikmati
Cara-cara (inti):
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing
- Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis sehingga naik bau
- Masukkan pula, carrot dan kentang. Biarkan empuk sebentar
- Kemudian, masukkan ayam, cendawan butang, kiub ayam, garam dan gula. Kacau dan masak sehingga kering
- Tutup api dan sejukkan sebentar
- Sedia untuk digunakan
Bahan-bahan:
- 1 paket puff pastry (Kawan)
- 4 biji telur
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanila
- Sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara:
- Ambil sekeping puff pastry, canai sederhana nipis
- Letakkan puff pastry yang telah dicanai ke dalam acuan muffin. Buat hingga habis
- Untuk egg filling, campurkan kesemua bahan dan pukul sedikit hingga gula hancur. Kemudian tapis
- Isikan egg filling ke dalam acuan puff pastry
- Bakar pada suhu 200 (degree celcius) selama 30 minit atau sehingga garing keperangan
- Sedia untuk dinikmati
Bahan-bahan:
- 1 paket puff pastry (Kawan)
- 6 biji kuning telur
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 cawan whipping cream
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- Sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara:
- Ambil sekeping puff pastry, canai sederhana nipis
- Letakkan puff pastry yang telah dicanai ke dalam acuan muffin. Buat hingga habis
- Untuk egg filling, campurkan kesemua bahan dan pukul sedikit hingga gula hancur. Kemudian tapis
- Isikan egg filling ke dalam acuan puff pastry 3/4 penuh
- Bakar pada suhu 200 (degree celcius) selama 30 minit atau sehingga garing keperangan
- Sedia untuk dinikmati
Bahan-bahan (pastry):
- 1 paket puff pastry (jenama Kawan)
Bahan-bahan (inti):
- 1 tin tuna (flakes in sunflower oil, Ayam Brand)
- 2 biji ubi kentang (direbus dan dilecek)
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- 1 sudu besar butter (dicairkan)
- 1 batang karot (didadu dan direbus)
- 2 sudu besar mustard
- 1 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar sour cream
- 1 biji bawang besar (dcincang)
- 1/2 capsicum merah (didadu)
- Garam secukup rasa
- Hirisan daun bawang (untuk tabur di atas tat)
- Parutan cheese (parmesan/ mozzarella, untuk ditabur)
- Kuning telur (disapu atas tart)
Cara-cara (pastry):
- Ambil sekeping puff pastry, dicanai sederhana nipis
- Diterap dengan acuan bulat dan diletakkan di dalam dulang tart. Buat sehingga habis
- Kemudian, dimasukkan inti tuna yang telah disediakan terlebih dahulu
- Ditabur dengan hirisan daun bawang dan cheese
- Sapukan kuning telur pada kulit puff pastry
- Bakar pada suhu 180 (degree celcius) sehingga garing keperangan
- Sedia untuk dinikmati
Cara-cara (inti):
- Campurkan kesemua bahan. Gaul sebati
- Sedia untuk dimasukkan ke dalam pastry
Bahan-bahan doh:
- 500 g high protein flour (diayak)
- 12 g yis
- 20 g susu tepung
- 250 ml air suam
- 100 g gula halus
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil bread improver
- 1/2 sudu kecil bread softerner
- 60 g telur
- 40 g butter
Bahan-bahan inti:
- 1 tin tuna kurang pedas
- 2 1/2 sudu besar mayonis
- Parutan keju
- Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
- Telur (egg wash)
- 2 sudu besar butter (dicairkan)
Cara-cara:
- Larutkan yis dan gula dengan air suam. Kacau hingga sebati
- Satukan semua bahan doh ke dalam 1 bekas. Masukkan campuran yis. Uli sehingga sebati dan membentuk doh. Rehatkan doh selama 1 jam. Doh akan naik
- Sementara menunggu doh naik, boleh buat inti tuna. Campurkan kesemua bahan inti kecuali parutan keju, telur dan butter. Jangan masukkan semua hirisan daun sup dan daun bawang. Tinggalkan sedikit untuk ditabur di atas roti. Gaul inti hingga sebati dan ketepikan
- Keluarkan doh, canai sehingga menjadi bentuk empat segi. Sapu permukaan doh tadi dengan butter yang telah dicairkan
- Letakkan inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung doh seperti swissroll dan ketatkan. Kemaskan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian yang sama besar
- Susun dalam paper cup bersaiz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat sehingga siap. Rehatkan doh selama 1 jam. Sapu permukaan roti dengan egg wash dan tabur hirisan daun bawang dan daun sup dan parutan keju
- Bakar di dalam oven pada suhu 190 (degree celcius) selama 25 minit atau sehingga masak keperangan
- Sedia untuk dinikmati. Enak jika dimakan bersama sos cili dan mayonis
Bahan-bahan puff:
- 100 g butter
- 250 ml air
- 1/2 sudu kecil garam
- 150 g tepung gandum (diayak)
- 2 biji telur + 2 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan kastard:
- 1 biji kuning telur
- 150 ml whipping cream
- 1 1/4 sudu besar tepung kastard (diayak)
- 25 g gula kastor
- 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara puff:
- Di dalam satu bekas, campurkan tepung dengan garam
- Masukkan butter dan air ke dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair dengan api sederhana. Kemudian, masukkan campuran tepung dan garam. Kecilkan api dan kacau hingga sebati dan membentuk doh yang tidak melekat di periuk. Tutup api dan sejukkan sebentar
- Pukul putih telur dahulu sehingga sedikit kembang. Dipukul pula, kuning telur (diperlu pukul lama)
- Campurkan putih telur dan kuning telur. Kacau rata. Masukkan esen vanila. Kacau lagi
- Apabila adunan doh telah suam, masukkan campuran telur ke dalamnya. Pukul hingga sebati. Adunan yang terhasil tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair (lembut)
- Masukkan adunan ke dalam piping bag beserta nozel bintang, pipingkan adunan di atas loyang yang telah digris dengan sedikit butter
- Bakar adunan pada suhu 200 (degree celcius) selama 30 min atau sehingga masak kekuningan
- Sejukkan puff sebentar
- Potong sedikit di bahagian tepi puff, dan pipingkan kastard ke dalam puff. Buat sehingga habis
- Diayak sedikit gula ising ke atas puff sebagai penyeri
- Sedia untuk dinikmati
Cara-cara kastard:
- Masukkan kesemua bahan kastard ke dalam periuk. Pukul sedikit hingga sebati
- Kemudian, masak di atas api yang sederhana sehingga pekat
- Tutup api dan sejukkan sebentar
- Masukkan kastard ke dalam piping bag
- Sedia untuk dipipingkan ke dalam puff
Bahan-bahan doh:
- 400 g tepung gandum (diayak)
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar butter
- 1/2 cawan air sejuk (kuantiti mungkin berubah mengikut keadaan doh)
- Sedikit garam
Bahan-bahan Inti:
- 1 tin besar sardin (Ayam brand, dilecek bersama sosnya)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 2 tangkai cabai hidup (dihiris)
- Sedikit jus limau nipis
- Sedikit gula dan garam
Cara-cara:
- Campurkan minyak masak dan butter di dalam periuk. Panaskan kedua-dua bahan ini sebentar (2-3 min)
- Tuangkan minyak dan butter yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung yang telah dicampurkan garam. Kacau dengan menggunakan senduk hingga sebati
- Kemudian, barulah dimasukkan air sejuk. Uli sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan. Jika air kurang, bolehlah ditambah dan jika lebih, bolehlah dikurangkan
- Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dicanai
- Untuk menyediakan inti, masukkan semua bahan inti di dalam periuk. Masak sedikit hingga sos sardin kering. Tutup api dan sejukkan sebentar. Sedia untuk digunakan
- Keluarkan doh dari peti sejuk, bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang sama besar
- Ambil satu bahagian, dan canaikan sehingga leper (jangan terlalu nipis atau tebal)
- Terap adunan yang telah dicanai dengan menggunakan acuan bulat
- Ambil dua bulatan yang telah diterap. Satu bahagian diletakkan inti, dan satu bahagian lagi untuk tutup bahagian yang diletakkan inti tadi
- Tekan sekelilingnya dan kelim seperti biasa. Buat hingga habis
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng dengan api perlahan. Setelah garing keemasan bolehlah diangkat dan ditoskan
- Sedia untuk dinikmati
