Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Monday, May 21, 2012

PULUT KUNING RENDANG TOK

Bahan-bahan (pulut kuning):
  • 1/2 kg beras pulut (direndam dengan air dan sedikit serbuk kunyit)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
Cara-cara (pulut kuning):
  • Toskan beras pulut
  • Panaskan air kukusan
  • Kukus pulut dengan daun pandan sehingga naik wap
  • Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar
  • Tuangkan santan yang telah dimasukkan garam. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula ke dalam periuk kukusan
  • Kukus lagi sehingga naik wap (lebih kurang 30 min)
  • Setelah naik wap, tutup api dan keluarkan pulut
  • Letakkan pulut di dalam bekas dan tekan rata
  • Sedia untuk dinikmati dan enak dimakan bersama kari ayam/ daging atau rendang ayam/ daging
Bahan-bahan (rendang tok):
  • 1 kg daging lembu (dihiris)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/4 inci halia (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula merah secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
  • 1/4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu besar cabai kering
  • 4 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Cara-cara:
  • Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris, bahan-bahan kisar, halia yang dihiris, daun kunyit, gula, kerisik dan serbuk kari. Perap selama 1 jam
  • Kemudian, masukkan bahan perap ke dalam kuali. Tuang santan hingga menutupi permukaan daging dan kacau sebati
  • Masak di atas api yang perlahan sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping. Masak sehingga daging lembut dan rendang kering
  • Semasa masak, pastikan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah adalah seimbang
  • Tutup api dan sedia untuk dinikmati

 

Friday, November 11, 2011

KURMA DAGING BADAM

 Bahan-bahan:
  • 1 kg daging (dipotong sederhana besar)
  • 1/2 cawan susu cair + perahan separuh biji limau nipis (jadikan tairu)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 cawan susu cair
  • Sedikit air
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 5 biji kentang (sederhana besar)
  • 3 tangkai daun pudina
  • Sedikit daun sup (dikerat kasar)
  • 2 sudu besar air mawar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
Bahan-bahan kisar:
  • 10 biji kacang badam 
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji buah pala
Cara-cara:
  • Campurkan daging dan bahan kisar ke dalam satu bekas. Perap selama 30 minit
  • Kemudian, masukkan daging yang diperap di dalam periuk. Dimasukkan juga susu cair, minyak sapi, sedikit air, kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih dan daun pandan. Rebus sehingga daging separuh empuk
  • Kemudian, masukkan kentang. Rebus lagi sehingga kentang dan daging empuk
  • Setelah itu, masukkan tairu, belahan bawang besar, daun pudina, daun sup, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati. Masak sehingga kuah pekat
  • Akhir sekali masukkan air mawar dan sedikit minyak sapi. Kacau rata. Tutup api
  • Sedia untuk dinikmati

Saturday, April 23, 2011

DAGING DENDENG BERLADO


Bahan-bahan:
  • 1 kg daging lembu tanpa lemak
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
Bahan-bahan (perap):
  • Sedikit kicap masin
  • Sedikit lada hitam
Bahan-bahan (dikisar):
  • 10 tangkai cili kering
  • 15 tangkai cili merah
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • Gula merah (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 cm halia
Cara-cara:
  • Daging dibersihkan, kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan direbus bersama serai dan halia hingga empuk/lembut
  • Angkat daging dan toskan. Hiris daging nipis2 dan lebar
  • Gaulkan daging dengan sedikit kicap masin dan lada hitam. Perap selama 30 min
  • Kemudian digoreng hingga garing dan angkat
  • Tumbuk daging di dalam lesung jadi nipis supaya lebih lembut (kalau daging dah lembut, abaikan step ini)
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan naik minyak
  • Biarkan sedikit pekat dan masukkan daging dan gaul hingga rata dan adunan agak kering
  • Sesuaikan rasa dan angkat
  • Sedia untuk dinikmati

Saturday, November 20, 2010

DAGING PRUNE SUNSWEET

Bahan-bahan A:
  • 600 g daging (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan buah prun (dimesin halus)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili mesin (sy guna serbuk cili je)
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan B (dikisar):

  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
Bahan-bahan C (tumis darat):
  • Sebiji bawang (dihiris bulat
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara:

  • Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin/ serbuk cili dan kicap pekat
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar (bahan B) hingga wangi
  • Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut
  • Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat
  • Tutup api. Tumis bahan C hingga sedikit layu. Masukkan ke dalam daging yang telah siap td, kacau rata
  • Sedia untuk dinikmati. Boleh dihidangkan bersama nasi putih, nasi minyak atau pun nasi beriani

Wednesday, November 10, 2010

BISTIK DAGING


Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo daging (dicincang)
  • 2 biji bawang besar dihiris bulat
  • 4 biji kentang (dihiris dan digoreng)
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • Sedikit garam dan gula
  • Serbuk lada hitam (halus)
  • Serbuk lada hitam (kasar)
  • Sedikit tepung jagung di bancuh dengan sedikit air (untuk memekat)
  • Sedikit tepung gandum
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • Minyak masak
  • Sedikit air
Cara-cara:
  • Gaul sebati daging yang telah dicincang dengan sedikit garam, tepung gandum, serbuk lada hitam kasar dan halus, kicap manis dan kicap masin di dalam satu bekas
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng daging yang telah digaul tadi hingga garing. Buat sampai daging habis
  • Setelah semua daging habis digoreng, di dalam kuali yang sama dan menggunakan minyak lebihan tadi, campurkan 2 sudu minyak sapi
  • Goreng bawang besar yang dipotong bulat separa layu
  • Kemudian, masukkan daging yang telah digoreng tadi diikuti air (menutupi permukaan daging) + garam + gula + kicap manis + masin + pekat + sos tiram + serbuk lada hitam halus dan kasar
  • Biarkan mendidih dan masak sehingga daging lembut
  • Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu
  • Tutup api, sedia untuk dinikmati

Thursday, November 4, 2010

DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo daging (dihiris sederhana)
  • 6 biji bawang besar (dimesin)
  • 3 sudu makan rempah kari ayam/ daging
  • 2 sudu makan serbuk cabai
  • Sedikit jus asam jawa
  • Kicap manis dan kicap masin
  • Sedikit sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak masak
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat utk tumis darat)
Cara-cara:
  • Masukkan daging + air + bawang yang telah dimesin ke dalam kuali
  • Rebus sehingga daging empuk dan air hampir kering
  • Masukkan pula rempah kari + serbuk cabai + kicap manis + kicap masin + sos tiram + garam dan gula + jus air asam jawa, kacau rata, biarkan mendidih sekejap
  • Tutup api, di dalam kuali yang lain panaskan minyak, tumis darat bawang yang telah dipotong bulat bersama daun kari (xperlu garing, cukup sekadar layu, lebih kurang 5 min)
  • Tuang bahan tumis darat ke dalam daging, kacau rata dan sedia untuk dihidangkan

Saturday, October 30, 2010

MEAT FLOSS

Bahan-bahan:
  • 500 g daging | direbus dan disiat halus
  • 100 g serbuk kari daging
  • 50 g jintan manis
  • 50 g jintan putih
  • 50 g serbuk ketumbar
  • 100 g cili kering yang telah dikisar
  • 200 ml santan
  • Sedikit perahan air asam jawa
  • Sedikit kerisik
  • 250 ml minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 100 g bawang merah
  • 60 g bawang putih
  • 5 batang serai
  • 60 g kunyit hidup

Cara-cara:

  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
  • Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar
  • Setelah garing, masukkan perahan air asam jawa, santan, kerisik dan biarkan sehingga mendidih
  • Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa
  • Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidangkan



Wednesday, March 3, 2010

DAGING MASAK KICAP


Bahan-bahan:
  • Daging yang telah dihiris nipis (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 4 biji ubi kentang (dipotong panjang)
  • 1 tangkai cabai hidup (dipotong serong)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Sedikit cuka
  • Sedikit kicap
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak masak untuk menggoreng
  • Air untuk merebus
Cara-cara:
  • Bersihkan daging dan toskan
  • Gaulkan daging bersama serbuk kunyit dan garam hingga sebati
  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Masukkan kesemua daging yang telah digaul garam dan kunyit ke dalam kuali, goreng selama 10 min
  • Kemudian, masukkan air hingga menutupi kesemua daging, rebus sehingga daging empuk
  • Sementara menunggu daging empuk, di dalam kuali yang lain, goreng ubi kentang yang telah digaul dengan sedikit garam sehingga garing dan kuning keemasan
  • Goreng kesemua ubi kentang hingga habis, angkat dan toskan
  • Setelah daging empuk, masukkan pula kicap + cuka + lada hitam + bawang besar + cabai hidup + ubi kentang yang telah digoreng, gaul hingga sebati
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan


Friday, January 29, 2010

DAGING TUMBUK


Bahan-bahan:
  • 1 kg daging
  • Air rebusan daging
  • 3 ulas bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bwg putih (dikisar)
  • Cili kering (dikisar, kuantiti bgtg pd citarasa msg2)
  • Air asam jawa
  • Kicap manis dan masin
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak (utk menggoreng dan menumis)

Cara-cara:

  • Daging dipotong kiub (3 x 3 x 3 cm) dan direbus hingga lembut
  • Kemudian, toskan daging dan disimpan air daging
  • Daging yang sudah direbus dan ditoskan, ditumbuk sehingga daging kelihatan seurat2 (isi daging terkirai)
  • Daging yang sudah ditumbuk, digaul dgn kicap masin hingga rata
  • Di dalam kuali, panaskan minyak masak dan digoreng daging yang telah digaul dgn kicap sedikit demi sedikit hingga garing. Buat smpai daging habis
  • Di dalam kuali yang sama, panaskan minyak untuk tujuan menumis (jika kuantiti myk kurang, bolehlah ditambah)
  • Ditumis bwg bsr + bwg putih hingga garing
  • Masukkan pula cili kering yang telah dimesin, tumis hingga garing
  • Masukkan air daging + air asm jawa + gula + garam + kicap manis + kicap masin (rasa dulu sebelum masukkan garam)
  • Akhir skali, masukkan daging yang telah digoreng, dan rebus smpai kering (Klu xnak terlampau kering, jgn rebus terlalu lama)
  • Sedia utk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi, roti atau ketupat

Thursday, January 28, 2010

BEGEDIL DAGING


Bahan-bahan:

  • 1 kg kentang, dikupas kulit dan dipotong bulat
  • 300 g daging cincang
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • Secekak daun sup, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  • Rebus ubi terlebih dahulu sehingga empuk
  • Panaskan kuali, goreng ubi separa garing kemudian ditumbuk lumat
  • Kisar bawang putih + garam + serbuk lada putih
  • Tumis bahan kisaran dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang
  • Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering
  • Campur daging yang telah digoreng + ubi kentang yang telah ditumbuk + 2 biji telur kuning + bawang goreng + daun sup
  • Bentukkan mengikut citarasa masing-masing
  • Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas, kemudian celupkan begedil dalam 2 biji telur putih dan digoreng
  • Bila begedil garing barulah balik untuk mengelak begedil pecah
  • Sedia untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi atau sup