Followers

Showing posts with label HOME MADE. Show all posts
Showing posts with label HOME MADE. Show all posts

Thursday

HOMEMADE POPCORN


..RESEPI DARI HANA,TQ..

Bahan-bahan


1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya- ada jual d pasaraya
garam secukup rasa
Karamel
1 sudu mentega/margerin
3 sudu besar gula pasir (ikut suka byk mana pop corn yg ada)

Cara-cara

1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn.
4. Taburkan garam secukupnye. - jika wat perisa ori.
5. Utk perasa karamel - panaskan butter/marjerin, masukkan gula.. hana tmbh skit madu. kacau hingga gula agak2 hangus. api jgn besar yer! tkt hangit! tutup api.pastu masukkan popcorn yg dh siap tadi. kacau rata. siap!

NUGGET AYAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kelmarin ronda2 kat Jepun rumah siapa lagi kalau bukan rumah hana tu la. Mama cari resipi nugget ayam..ni la hasilnya. Mama buat petang kelmarin simpan dalam esbok pagi tadi baru mama goreng buat sarapan anak mama pagi tadi. Bukan saja anak2 yang makan mak dan bapa budak pun sapu sama juga. Sedap la kata anak2 nanti mama buat lagi tau. Kepada sesiapa yang nak cuba tu boleh tengok di sini. Ok la hana minta izin ya letak rsipi kat sini buat rujukan di masa akan datang.


BAHAN BAHANYA

400g daging ayam cincang
2 sudu besar breadcrumbs - bleh ganti tpg
   gandum@serbuk cornflakes@oat
1/2 sudu kecil baking powder - tk nk ltk pong xpe.
  hanya utk kembungkn je
1/4 biji telur - ltk setengah biji pong boleh
garam
lada sulah

Utk Coating

Kaedah 1:
Breadcrumbs
Tepung gandum
Telur - dikocok

Kaedah 2:
Air
Penyembur air@spray
Breadcrumbs

Cara-cara

  Satukan semua bahan dan gaul sebati.
  Bulat2kan dan leperkan mengikut kehendak masing2.
    hana buat bentuk love. (Mama buat bulat2 ja tak ada acuan )
Utk saduran@coating:
Kaedah satu - Lumurkan nugget yg dah siap tadi dengan tepung,
  kemudian celup ke dalam telur yg sudah di kocok dan last skali
  guling2kan ke dalam serbuk breadcrumbs. buat sehingga habis.
  Jika inginkan coating yg lebih tebal, ulang 2 kali kaedah tadi.
Utk kaedah kedua agak mudah kerna tak menggunakan telur.
  hanya perlu semburkan air ke atas nugget depan dan belakang
  then lumurkan dengan serbuk breadcrumbs.
Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
Siap utk dihidang dengan sos dan juga mayonis.



SERI KAYA KARAMEL


Salam petang khamis buat semua.. tadi mama tengok dekat blog Cik Mat ada seri kaya karamel tengok bahan2 dia semuanya ada, jadi mama pun cuba buat nii la hasil nya .Sedap dan  wangi jaa.Alahai tersilap laa.... mama buat 1 adunan dapat 1 mangkuk kecil tu jaa.Lain kali kena buat 2 adunan baru cukup.Resip ni mama ambik dari blog Cik Mat dan resipi asal Cik Mat bagitau dari Norzailina Nordin.Terima kasih banyak2 pada mereka berdua sebab kongsi resipi ni.. Ok la pada anda berdua izinkan mama letak resipi kat sini yeaa.. kalau siapa2 nak cuba boleh tengok resipi kat sini atau pergi jenguk kat blog Cik Mat .jom tengok kat bawah ni..


BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji telur
300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
180 g gula pasir (resipi asal 240g)
2 helai daun pandan
60 g gula pasir*
125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air
      panas kacau rata dan matikan api. Biar suam.
2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga
      gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel
      tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan
      karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan
      kacau rata2.
3.  Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas
      api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan
      berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan.
      Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka
      hayat seri kaya tadi.
      Jangan lupa keluarkan daun pandan....
   

Tuesday

ICE CREAM STRAWBERRY


Ice cream strawberry resipi dari Cik Mat ice cream kacang merah, tapi mama buat perisa strawberry.Terima kasih Cik Mat.Mama letak resipi kat bawah ni untuk rujukkan mama dan anak menantu di masa akan datang.Sama gak macam Hana yang dok kat jepun tuu.Hihi anak menantu bila lah agak nya Hana oiii .Untuk resipi tengok kat bawah..



BAHAN BAHAN ( 7 - 8 orang )

270 g coffemate (creamer tepung)
500 ml susu segar (perisa strawberry)
100 g gula halus (gula kastor)


CARA CARANYA


1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar.
2. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam
    (sehingga 3/4 beku).
4. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam
     mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga
     pekat dan gebu. .
     Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware)
     dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.
   

MEE KUNING


MEE KUNING


BAHAN BAHANNYA

5oo gram tepung gandum
1 sudu teh air kapur
1 biji telur
1/2 sudu teh garam *(tak boh pun tak pa)
sedikit pewarna kuning*
200 ml air *(campurkan kesemuanya)
sedikit minyak masak.


CARA MEMBUATNYA


1. Masukkan tepung dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan pula telur, air kapur dan air
     sedikit demi sedikit sambil di uli hingga sebati.
3. Air tak perlu di habiskan jika adunan sudah menjadi doh.
4. Jika airnya kurang tambahkan sedikit air lagi.
5. Guna mesin mee untuk membuat nya.
     Mama guna mesin cara manual ja.
6. Selepas selesai proses membuat mee, rebus mee di dalam
     air mendidih sekejap saja lebih kurang 1 atau 2 minit saja.
7. Jangan terlalu kembang sangat.
8. Tuangkan  mee dalam penapis dan cuci mee tadi dgn air biasa.
9. Kemudian toskan sekejap dan gaulkan dengan sedikit minyak
     masak supaya mee tidak melekat.
                                      



Monday

WATER ROUX



Water roux nii mama buat semalam rasanya nak merotilah pula, tuu pun kalau angin ghajin tuu datang kalau tak kau duduk laa dam esbox tuu.nasib kau laa water roux oii.resipi ni mama ambil kat umah Cik Mat Gebu tuuu, siapa yg tak pi umah dia rugi tau macam2 ada .Best laa, pa2 pun tq cik mat kongsi resipi nii.Selalu nengok resipi roti guna Water roux,terpikir2 gak apa ke benda tuu.tapi skrg dah ada resipinya ingin lak nak cuba buat roti. minta halal ya cik mat mama letak resipi kat umah mama,bukannya pa nak buat panduan dimasa akan datang.jom tenguk resipi kat bawah ni tau p umah cik mat tuu.


WATER ROUX


BAHAN BAHANNYA

50 gm tepung gandum
250 ml air

CARA MEMBUATNYA

1.Satukan semua bahan2 diatas.
2.Kacau rata2 dan jerang diatas api yang pelahan sambil di kacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji.
3.Matikan api.
4.Sejukkan.Guna seperti yg di syorkan dalam resipi .
4.Selebihnya tutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti ais.Tahan selama 3 hari.
Related Posts with Thumbnails