JellyPages.com
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Wednesday, May 07, 2008

~KASIH MAMA/IBU/UMMI/MAK/MOMMY~


my mum...
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin
itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang
jururawat.


Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada
dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun
mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga
itu yang kini telah memasuki a! lam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.

Si anak cukup seronok,
bagaimana pun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku,"

balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap! cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui.

tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


NOTA:
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah!

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'


P/S:sempena hari ibu ni yg bakal tiba,mama nak ucapkan 'Selamat hari ibu' pada semua yg bergelar ibu! tahniah kerana andalah adelah ibu!anda sendiri tahu ape makna 'IBU' kan! dan mama nak ucapkan terima kasih banyak2 pada mak mama yg telah melahirkan mama,mendidik,menjaga dan memahami mama..mama memang nakal,kuat merajuk,suka membantah tp mak mama sabar aje melayan kerenah anak die ni!mama memang sensitif sikit tp mama merajuk kekadang x lama...sekejap aje! thanks mak for everything!mama tahu die ade baca blog mama!mak,along nak mintak maaf kalo selama ni along ni memang sensitif sangat dan x peka perasaan mak tp nak buat mcm ne,itu adalah along!along x reti nak simpan2 perasaan ni!memang gitulah!maaf k tp along nak mak tahu,along sayaaaang mak!muahhh!
PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

Thursday, April 24, 2008

~ISTIDRAJ~


Minggu lepas, kawan seofis tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So,seorang kawan lagi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


P/S:pagi td mama dpt berita seorang rakan sekampung meninggal,baru berusia 27 thn dan meninggalkan 2 org anak yg masih kecil..al fatiha tuk arwah..ia disebabkan sesak nafas saje..kalo dah ajal,x kira muda atau tua kan..semoga isteri beliau tabah menghadapi dugaan ini..

Wednesday, March 05, 2008

Bersederhanalah...

~ KELUARGA BAHAGIA MAMA~

Adelah dulu seorang hamba allah disini menegur mama..ape yg ditegur tu,biarlah menjadi rahsia...mama lgsg x kecik ati sbb mama tahu setiap orang ade hak untuk bercakap...dan mama x kisah kerna mama juga jenis yang berterus-terang...dan mama amat 'open minded' asal x menjatuhkan maruah mama,mama masih boleh terima...di sini mama cuma nak luahkan agar x tersimpan dlm hati sbb lama2 ia boleh jd dendam kan?biarlah blog ni mendengar keluhan hati mama...


mama nak tegaskan disini,selama 11 tahun kami hidup bersama,kami amalkan hidup sederhana...kami cuba perbaiki apa kelemahan kami...kami amalkan give n take...biar pon kami duduk rumah buruk dan pakai kete buruk,kami bahagia...kami akan atasi setiap kelemahan dgn cara kami...kami sebolehnya tak akan menyusahkan sesiapa pon termasuklah keluarga kami...kalo kami meminjam sesuatu even ajinomoto,kami akan cuba ganti balik...


kalo ade masalah pon kami akan selesaikan sendiri tanpa melibatkan keluarga...kalo masalah tu memang memerlukan pendapat keluarga,memang mama akan rujuk pada mereka...keluarga mama memang terbuka dan amat memahami...dan mereka akan membantu selagi terdaya...mengapa die harus cemburu dgn keluarga mama...


biarlah kami duduk rumah buruk tu asalkan kami mampu bayar bulan2(masih dalam proses hak milik)..biarlah kami pakai kete kecik tu janji kami mampu tampung kos minyaknya dan bayaran bulanan kami mampu tanggung...dan kami mampu membeli keperluan dgn kelebihan duit yang ada..bukan kami berlagak tp itulah kenyataan...


siapa pun teringin nak pakai kete besar dan punyai rumah besar tp kami tahu kemampuan kami masih belom mampu tuk sampai ke tahap itu...buat ape pakai kete besar sekadar untuk menunjukkan awak lebih tapi sebenarnya awak x mampu dan akhirnya nanti nama awak gak yg black list...kan itu menyusahkan diri sendiri?cerminlah diri kita sebelum buat sesuatu diluar kemampuan...


biarlah kami begini...andai diberi rezki lebih,insya-allah kami juga akan mampu pakai kete canggih mcm die...tp kami x naklah pakai sekejap tp akhirnya kena sorok takut kena tarik...kalo boleh biarlah kami pakai sampai habis utang tu...biarlah kami dok umah buruk tu janji kami aman bahagia dari rumah besar yang hanya tunggu masa tuk disita...



"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR ..

Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN ..

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH ..

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA ..

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA ..

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS . .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH . .

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT ..

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya ..

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .

Bersederhanalah...dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..


Orang yang terlalu pandai kadanag-kadang apabila bodoh.. terus sasau..

Orang yang terlalu kuat..kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri . .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan
minumnya terpaksa meminta-minta. .


Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia..


Dia tidak akan dihina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian..


Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. .


Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar. .

Sayidina Ali r.a. berkata,

"Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil.. "

Kata Sayidina Ali r.a. lagi,

"Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus.


Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala-galanya. ..


P/S:HAMBA ALLAH tu mempunyai sebuah kereta w*** dan hanya duduk rumah kampung(rumah papan)..kereta tu pon sudah disorok agar x ditarik!!!die menghina(pada pandangan mama lah) mama dgn mengatakan mama berlagak dan sebenarnya banyak bergantung pada keluarga..dan mama hanya tahu menghabiskan duit suami(die x tahu yg suami mama amat bertanggungjawab)....padahal die tahu rumah yg kami duduki sekarang pemberian datuk mama sebagai hadiah perkahwinan kami dulu...suami hanya basuh kaki aje masuk rumah tu(barang rumah yg lengkap pula ditaja oleh mak mama)...kete toyota merah tu juga pemberian datuk mama dan kami menyambung bayaran bulanannya dan bukan percuma..dan kete kancil buruk tu masih dlm utang dan belom pernah mis bayor...kete kecik ni hubby bayor bulanan..kesimpulannya,die kata mama n hubby berlagak dgn harta yg ditaja...dan senang kerna ditaja..teman bloggers fikirlah,adakah patut mama besar diri dgn harta yg seciput tu dan separuh yg di taja itu?ramai lg yg lebih kayo kan?dan mama x pernah nak ngutuk die walopon mama tahu die bagaimana...mama cuma buat hal sendiri aje...pagi sampai petang,kat opis...malam kat umah dgn anak2..memang x de masa nak amik tahu hal org...nak g umah mak mertua sebulan sekali pon susah...inikan nak bertandang rumah org dan ngumpat org?die yang selalu sibuk hal mama sefamily...kalo blh jenama baju pon die nak lebih canggih dr mama...mama beli baju memang x de brand(pasar malam) asal selesa pakai...dan kalo mama pakai barang kemas seurat(itulah satu2 hadiah dr suami yg agak mahal),die pakai sampai siku...kalo blh die nak lebih dr mama..tah ape yg buat die jeles dgn mama pon,mama tak tahu sedangkan mama dok umah buruk,pakai kete buruk,barang kemas itu jelah yg ade...tak faham sungguh mama..padahal mama lg suka die kaya sbb boleh lah mintak tolong kalo tersepit..so teman2 boleh tafsirkan ape sebenar yang berlaku?mama akan sentiasa bersabar dan bersyukur dgn ape yg ade(rumah buruk tu,kete kecik tu dan seorang suami yg amat penyanyang)..mama tahu mama berasal dr mana...dan mama tahu kemampuan mama...biarlah begini...
~sebbaik die x tahu mama ade blog dan sebbaik die buta IT(hamba allah)~


PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes

Thursday, January 31, 2008

KEMATIAN

Sebelum mama menulis dgn lebih panjang lagi,mama nak ucapkan takziah kepada keluarga Tuan Hj Ishak Baharom diatas pemergian beliau semalam..jasa arwah dlm menyebarkan dakwah amat besar pada negara dan semua..semoga rohnya tenang dan damai di sana...
dan juga kepada penulis dan pengarah terkenal jugak,loloq yang juga meninggal semalam...al-fatihah...

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ...
lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa ... di dunia jua diakhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.


UMUR
ALLAH beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...

1/3 Umur kita hilang kerana masa kecil ------dan
cari ilmu.....

1/3 lagi hilang kerana dok sibuk kerja..kahwin
....besarkan anak..

1/3 lagi sibuk kerana banyakkan harta....tambah bini...tambah
anak...tambah padang golf...lepas tu...mati....

Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..

Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


Semuga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah
untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

ROH
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut ke hendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada digunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

P/S:Mama nak mencapai azam tahun ni untuk menjadi umatnye yg taat...sesungguhnya betapa banyak dosa yang telah mama lakukan sama ade dlm sedar atau tidak..semoga allah mengampunkan semua dosa2 mama...amin...


ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes

Monday, January 28, 2008

Solat itu Tiang Agama...


Gambar terbaru adik...

(bayangkanlah kalo anak kite jadi seperti cerita dibawah...

nauzubillah...mintak dijauhi dr semua ini...)


  • It Happens in Seremban

Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana. Keluarga yang menjalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.


TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah memberitahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak terkejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan.Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU..


Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.


NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.


Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut.Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.


TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat2 Allah.NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat.Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengingati Allah.Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S.W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.


NOTA: Di sini tidak hairanlah kalau hampir ***,000 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cinta dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita. Insya-Allah.Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.


P/S:Anak mama si bb demam semalam setelah 3 tahun die x demam...hari ini x ke sekolah.

si adik yg sibuk lap kepala akaknyer!

ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes

Thursday, January 24, 2008

Petikan dr email....


Kuasa allah..bayi batu....



Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.




Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata,




"Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"




Maka berkata orang muda itu,




"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. "




Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.


Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.


Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,




"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."




Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T.




Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.


Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.




Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.




Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,




"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"




Berkata orang muda itu,




"Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."




Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,




"Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.




Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak.




Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.


Lalu mereka cuba membunuh ular itu.




Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu,


maka berkata ular tersebut,




"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah,


mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?


Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.


Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."




Lalu para sahabat bertanya,




"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"




Berkata ular,




"Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;




1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang




2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya




.3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.




Maka inilah balasannya".



P/S:mama nak ucapkan takziah pada makcik mama yg baru keguguran...semoga tabah k!insya-allah,ade rezki lg pasni...
ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes

Friday, January 18, 2008

Hari Asyura...


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura(10 Muharram, bersamaan sabtu, 19 JAN 2008)


1.Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2(fadhilat) - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin (fadhilat) - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah(fadhilat) - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


4. Menunjukkan orang sesat(fadhilat) - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(fadhilat) - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah(fadhilat) - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri(fadhilat) - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat(fadhilat) - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu - lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'


9. Bercelak (fadhilat) - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali(fadhilat) - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmat diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat(fadhilat) - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya-lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'-Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca-'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'-(fadhilat) - Tidak mati pada tahun ini ..


13. Menjamu orang berbuka puasa(fadhilat) - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa - Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Semoga Bermanfaat ....
P/S:Semoga kita semua akan dirahmati allah...

ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes

Wednesday, January 09, 2008

Maal hijrah...


Di kesempatan ni mama ingin ucapkan...

selamat menyambut awal muharram

pada semua muslimin dan muslimat

x kira di mana jua berada...

semoga tahun ni penghijrahan kite

akan membawa seribu makna dalam hidup kite...

berhijrahlah kite ke 'alam baru'

menjadi umat yg soleh dan solehah...

menjadi hambanya yg taat...

memperbaiki diri dr segala sudut...

dan semoga amalan kite akan di berkati...

mama berdoa agar semua teman2 blog

sentiasa di rahmati allah dan di lindungi...

dan minta di panjangkan umo...

amin...




P/S:Mama cuti khamis...kite jpe hari jumaat k!

ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes