Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Friday, August 04, 2023

Kebaikan Vitamin E

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kalian perasan tak, antara vitamin yang jarang didendangkan adalah Vitamin E. Antara vitamin yang selalu didendangkan pula adalah Vitamin C sebab selalu dikaitkan dengan kulit cantik dan kuatkan imun. Vitamin yang selalu dikaitkan dengan ibu mengandung pula ialah Vitamin B sebab ia melibatkan tumbesaran anak dalam kandungan. Kan?

Tahukah korang yang Vitamin E ini sejenis vitamin larut lemak yang ada ciri-ciri antioksidan juga yang melawan radikal bebas dalam badan. Kiranya Vitamin E ini macam Vitamin C juga tau, membantu jadikan kulit berseri-seri menawan gitu.

Marilah Umie kongsikan dengan semua 3 kebaikan Vitamin E ini untuk pengetahuan kita bersama :

1. Menyokong kesihatan penglihatan


Sumber : pexels.com

Kajian mendapati Vitamin E dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan katarak dalam mata, iaitu keadaan kanta mata yang jernih menjadi keruh. Umpama tingkap yang sepatutnya bersih tapi kelabu asap sebab ada kotoran. Macam itulah. 

Kajian juga mendapati Vitamin E juga dapat mengurangkan 20% risiko AMD, iaitu kemerosotan mata disebabkan penuaan. Jadi, untuk kesihatan mata, ambillah Vitamin E.

2. Mengekalkan kulit berseri-seri

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : pexels.com

Dengan pengambilan Vitamin E mengikut dos yang dirujuk dalam portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia,  dos maksimum yang dibenarkan pengambilan Vitamin E dalam sehari adalah sebanyak 800 UI, dapat membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan. Selain itu, Vitamin E juga dapat berfungsi sebagai antiradang semulajadi untuk meredakan dan menenangkan kulit.

3. Menyokong kesihatan jantung

http://mamapapaamir.blogspot.com
Sumber : pexels.com

Vitamin E didapati dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung. Kajian mendapati, Vitamin E dapat menghalang oksidasi kolestrol LDL untuk mengurangkan pembentukan plak serta dapat menyokong kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 liter darah sehari ke seluruh tubuh badan manusia. Bagus kan Vitamin E ni?


Ada banyak lagi kelebihan Vitamin E ini seperti membantu fungsi otak yang lebih baik dan menambahbaik pergerakan sperma bagi orang lelaki, khususnya buat mereka yang dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Kalian tahu tak, makanan yang kaya dengan Vitamin E ini seperti kacang badam, kacang tanah, labu, asparagus, mangga, avokado, biji bunga matahari, brokoli, tomato dan banyak lagi.

Bagi yang sukakan makanan semulajadi, bolehla ambil berdasarkan apa yang Umie kongsikan di atas. Tapi pada yang tak berapa minat makanan di atas dan lebih sukakan pengambilan makanan tambahan, boleh dapatkan Vitamin E Shaklee.

Kenapa perlu dapatkan Vitamin E daripada Shaklee pula?

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kerana 1 kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi :
  • 400 IU Vitamin E daripada sumber semulajadi iaitu daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokofel, yang merupakan bentuk aktif biologi Vitamin E yang lebih mudah diserap oleh tubuh.
  • 65 mcg Selenium untuk melengkapi Vitamin E supaya dapat berfungsi dengan optimum.
  • 39.4 mg ekstrak biji anggur yang mengandungi proantosianidin, iaitu sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.
Jadi, dengan mengambil 2 kapsul Vitamin E Shaklee, cukuplah 800 IU Vitamin E dos harian sebagaimana yang telah diterangkan atas tadi.

Oleh itu, kalian yang nak dapatkan Vitamin E Shaklee daripada Umie, boleh klik sini ya 👉 http://byciksaw.wasap.my


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com

Share:

Thursday, April 20, 2023

Tawaran Insentif Shaklee Malaysia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://www.mamapapaamir.blogspot.com


Rindu dengan blog ini dan menulis. Bila mula menulis balik ini, banyak benda nak share tapi kena sedikit-sedikit la. Selambak sekali banyak, hilang pula idea nanti. Hehe

Alhamdulillah, baru-baru ini upline bisnes Umie yang sangat supportive add masuk dalam grup blog bisnes. Jadi, bila berada dalam team blogging ini, bersemangat balik macam dulu. Insya Allah. Doakan ya sebab nak ada semangat ini bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi nak konsisten, memang perlukan semangat yang tinggi. Fuh!

Baru-baru ini, pihak Shaklee Malaysia perkenalkan insentif Shaklee yang sangat best, namanya Field Incentive Program. Program yang bermula April hingga Jun 2023 ni sebenarnya nak tarik ramai lagi untuk berbisnes dengan Shaklee dan juga mana yang memang dulu bisnes dengan Shaklee nak buat comeback, memang ini masanya. Kalau kalian ada yang minat, tekan link di bawah tau.

Syaratnya mudah saja. Naik rank Supervisor atau Senior Supervisor, lepas itu effective 2 bulan berturut, Shaklee akan bagi duit bonus tambahan RM 600. Atau kalau sebelum ini memang dalam rank Supervisor atau Senior Supervisor, hanya effective rank sedia ada atau rank up ke rank seterusnya pun layak dapat duit bonus tambahan RM 600. Wow! 😍 Menarik kan?

Syarat lain mestilah patuh dengan polisi Shaklee, tak boleh mengelat macam tak boleh jual di laman e-commence macam Shopee. Ini memang standard bila kita berbisnes di mana-mana pun kan. Ikutkan sajalah asal tidak langgar syariat dan norma masyarakat. Yang penting hasil yang dapat mestilah halal dan berkat.

Kalau dikira-kira, duit bonus bila rankup supervisor campur dengan bonus tambahan RM 600 ni, boleh cecah RM 4,000++ juga tau. Wow! 😍. Dapat duit bonus sedia ada dan ada tambahan lagi. Kira macam bonus berganda ni. Nak kena rebut peluang sebab bukan selalu ada peluang macam ini.

Macam-macam boleh beli dan buat dengan walau hanya bonus tambahan RM 600 ni. Sedangkan pergi pasar malam pun sekarang ini, boleh habis RM 150. Kalau ke shopping complex, lagi lebih daripada tu.

Kalau ikut pada wishlist Umie, memang banyak nak beli. Tapi dahulukan yang penting dulu. Dengan duit itu, sebahagian nak bagi mak abah dan sebahagian nak belanja anak-anak ke Petrosains. Nampak macam sempoi dan simple tapi Umie percaya, dengan doa-doa mereka ini lah yang banyak bantu kita mencapai apa yang kita ada hari ini. Insya Allah.

Pernah bawa anak-anak Umie ke Pusat Sains Negara. Petrosains belum berkesempatan lagi. Insya Allah, dapat bonus lebih ni, boleh la belanja ke Petrosains pula. 

Dalam keadaan serba mencabar sekarang dengan harga barang yang melambung tinggi, di tambah banyak keperluan terutama anak-anak perlu dipenuhi, dengan program insentif Shaklee ini dapatlah bantu sikit sebanyak perbelanjaan seharian.

Alhamdulillah Umie dipertemukan dalam grup bisnes RYG. Banyak kelas ada samada kelas produk mahupun kelas marketing. Bila blur nak close deal, upline dan master kongsi apa yang patut dibuat. Nak cari bahan marketing macam ayat copywriting ataupun gambar dan poster cun pun masing-masing berkongsi. Tak dibiarkan terkapai-kapai seorang diri dan buat kerja sendiri. Semua diusahakan bersama-sama, bak kata pet wonders, "apa yang penting, KERJASAMA". Hehe

Selain itu, nak cari sumber daripada web Shaklee pun boleh. Pihak Shaklee ada sediakan macam-macam info di sana. Boleh klik sini kalau nak jalan-jalan ke web Shaklee 👉 https://www.shaklee.com.my/

Tapi dalam apa-apa pun, kerajinan diri sendiri perlu ada. Sebab tanpa kerajinan, apa pun tak akan berlaku. Macam kita nak makan, kena rajin masak atau mencari makanan, rajin mengunyah dan telan. Barulah rasa kenyang. Tak gitu. Hehe

Kalau kalian berminat, boleh roger Umie di sini 👉 http://byciksaw.wasap.my. Insya Allah, Umie akan bantu sebaik mungkin.


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Saturday, April 08, 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Semenjak diperkenalkan menu rahmah, macam-macam dikaitkan dengan rahmah. Antaranya jualan rahmah dan harga rahmah. Cakap pasal menu rahmah, MPA belum berkesempatan lagi menjamu menu rahmah. Pernah sekali nampak menu rahmah tapi masa itu baru lepas makan di rumah, jadi cuma pandang saja. Insya Allah, satu hari nanti pasti MPA akan cuba juga menu rahmah.

Bercakap tentang harga rahmah, Alhamdulillah, bulan ini Shaklee ada tawarkan vitamin kulit cantik dengan harga rahmah yang terdiri daripada Vitamin C dan ESP. Kepada yang sebelum ini pernah tengok-tengok, inilah masanya untuk rebut tawaran. 

Vitamin kulit cantik dengan harga rahmah Shaklee ada 2 iaitu set A dan set B. Item yang sama iaitu Vitamin C dan ESP cuma beza untuk set A, satu botol Vitamin C dan satu tong ESP bersama keahlian percuma. Manakala Set B, 2 botol Vitamin C dan 2 tong ESP bersama keahlian percuma dan penghantaran percuma.

http://mamapapaamir.blogspot.com

http://mamapapaamir.blogspot.com


Vitamin C ini jenis yang mudah larut dalam air dan badan tak simpan Vitamin C. Jadi, kita perlu ambil Vitamin C sama ada dalam pemakanan seharian ataupun makanan tambahan iaitu supplemen. MPA sejenis yang mudah jemu dalam bab makan dan minum. Jadi, bila nak kena makan buah oren setiap hari atau mana-mana buah atau sayur setiap hari, MPA akui MPA sendiri tak mampu. Jadi MPA memang akan ambil Vitamin C setiap hari untuk penuhi keperluan badan MPA.

Perasan kan, iklan dekat TV banyak pasal Vitamin C ini dengan macam-macam jenama. Sebab Vitamin C ini memang dikaitkan dengan vitamin kulit cantik. Vitamin C ini bantu kurangkan kedutan, jerawat dan juga sunburn. Vitamin C juga kuatkan imun badan dan kurangkan risiko kena selsema, batuk serta demam. Banyak lagi sebenarnya kebaikan Vitamin C ini.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Bila digabungkan dengan protein ESP, memang hasilnya tidak mengecewakan sebab protein ESP pula bantu haluskan dan cerahkan kulit. Kombinasi yang terbaik vitamin kulit cantik.

http://mamapapaamir.blogspot.com

Jadi, yang nak dapatkan vitamin kulit cantik dengan harga rahmah, inilah masanya. Tapi MPA nasihatkan cepat bertindak sebab ramai yang rebut tawaran harga rahmah ini. Sepatutnya tawaran ini sepanjang bulan April ini tapi dengan sambutan hangat, harap masih banyak lagi sehingga hujung bulan. 

Kalau kalian berminat, klik link ini ya 👉 http://byciksaw.wasap.my


Lot's of love,


Share:

Thursday, January 22, 2015

Terima kasih Nuffnang!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Saja je check Nuffnang tengahari ni. Manala tau ada CPUV yang tersangkut.


Owh, ada tersangkut rupanya. Jadi la kan. Terima kasih banyak-banyak Nuffnang.
Mungkin yang lain-lain dah lama kot bertapak. Blog MPA ni baru nak bertapak iklannya ni ha.

Semoga murah rezeki semua yer untuk dapat iklan CPUV Nuffnang. ^_^

Share:

Monday, November 03, 2014

Time For Review

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Awal bulan ni, ke'bz'an mula melanda.
Mana nak closing, kena closing, pastu report pulak.

Lagi-lagi ni dah nak hujung tahun, masa-masa untuk Annual Appraisal la kan.

Sumber : Google

Tempat mama ni dalam musim appraisal ni. 
Rasanya ramai jugak ni yang tengah nak kena appraisal oleh orang atasan.
Time ni la ramai yang tunjuk rajin, proaktif dan semua yang baik belaka.

Tapi kita kena ingat yang penilaian ni bukan pada masa ni jer.
Penilaian ni merangkumi semua aspek dan sepanjang tahun.
Kalau time ni je o.k, time lain k.o, ape cer pulak kan?

Dah kena nilai ni, ada rezeki, dapatlah rezeki bonus. Ye tak?
Tak pon rezeki dari segi kenaikan pangkat.

Walaubagaimanapun, kita kena review diri kita tiap-tiap hari, selalunya sebelum tidur la kan.
Supaya kita tau progress, pencapaian serta kelemahan kita pada setiap hari.
Selain itu, kita dapat baiki mana-mana bahagian yang lemah dan kurang.
Ada rezeki lebih, kita beri bonus pada diri kita atas pencapaian yang kita perolehi.
Antaranya mungkin kita boleh manjakan diri di spa ke, pergi bercuti ke, ataupun shopping.

Walau apapun, apa yang paling utama adalah penilaian kita pada Allah.


Share:

Thursday, September 11, 2014

Mydin Kids & Babies' Fair

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Minta maaf, lambat bersiaran harini. Internet meragam pulak pagi-pagi ni.
Sebab cuaca mendung-mendung kot, internet pon jadi mendung. Ada ker?...

Tadi kawan tempat kerja mama ni ajak pergi Mydin jap cari barang sekolah anak dia.
Apa lagi, ada peluang, pergi la kejap, mana tau ada barang berkenan untuk Amir.
Mama Amir yang terlebih excited, Amir takde pape pon.

Mama sekadar belikan Amir blok lukisan dan warna, dah nak mula ajar Amir berkreativiti.
Masa bayar tu, nampak ada katalog Mydin.


Wah, sekarang Mydin tengah ada promosi : Mydin Kids & Babies' Fair.
Dari 11 hingga 22 September 2014.
Maksudnya dalam seminggu lebih ni jela dan mula hari ini.

Bolehla kawan-kawan jalan-jalan ke Mydin tengok-tengok barang keperluan anak-anak kita.
Mana tau dapat lebih murah daripada pasaraya yang lain.

SHARING IS CARING...^_^

Share:

Saturday, May 24, 2014

Promosi Biskut Raya

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah

Insya Allah, hujung bulan depan, kita semua akan mula berpuasa.
Sahabat-sahabat semua dah mula mencari-cari resepi ataupun mencari supplier untuk kuih raya?

Mungkin saya boleh membantu.

Jom tengok kuih-kuih raya yang ada kat sini pulak.

Boleh terus order pada nombor yang tertera pada setiap gambar ni ye.

Kalau malu-malu, PM saya pon boleh di rinoa.rider@gmail.com





Nampak sedap kan?

Jom tempah selagi masih sempat sangat ni. 

Share: