Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Tuesday, April 23, 2024

Tahniah buat semua calon UPKK 2023/2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com
Alhamdulillah. Seronok tengok media sosial minggu lepas, ramai yang update kejayaan anak-anak masing-masing peroleh keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan UPKK yang lepas. Tahniah buat semua calon UPKK 2023/2024.

Kepada yang kurang bernasib baik kali ini, usaha lagi untuk kejayaan masa depan. Insya Allah, ini cuma permulaan perjalanan yang masih panjang lagi. Biiznillah, kejayaan tetap akan muncul satu hari nanti. Insya Allah

Alhamdulillah, anak soleh Umie juga salah seorang calon UPKK 2023/2024 yang lepas. Masa hari keluar keputusan sebelum Amir sendiri yang tengok keputusan dia dulu, Umie tanya Amir :

Umie : Amir target dapat berapa dalam periksa UPKK?
Amir : 7A kot Umie, sebab Bahasa Arab tak berapa yakin dapat A.
Umie : Kalau dapat 8A atau 7A macam target Amir?
Amir : Alhamdulillah
Umie : Tapi kalau dapat 6A atau kurang lagi macamana?
Amir : hmmmmm....

Umie pun cakaplah, kena cakap Alhamdulillah juga sebab Amir kan dah usaha sehabis baik. Ustazah Ustaz pun dah buat macam-macam masa nak ambil periksa tu. Tapi Allah kata nanti dulu, belum lagi, jadi kena ucap syukur juga.

Kecewa memang akan rasa juga sikit, tipulah tak kecewa. Tapi tetap baik sangka pada Allah sebab agaknya Allah nak elak kita daripada timbul riak, ujub, takkabbur di masa akan datang. Insya Allah, usaha dan cuba lagi tahun ini untuk PSRA pula.

Bila periksa keputusan, benarlah, Amir hanya dapat 6A sahaja tapi Alhamdulillah, nampak dia cepat move on, boleh senyum dan bergurau dengan adik dia, walaupun kena tazkirah dulu sikit kejap. Hehehe

Satu perkara yang Umie perasan tentang Amir, dia seorang yang meluahkan apa yang dia rasa dalam lukisan sejak dia kecil lagi dan lepas kejadian dia dapat keputusan tu, dia banyak melukis. Umie biarkan saja sambil itu galakkan dia jangan putus asa sebab Umie sendiri pun pernah alami kekecewaan dalam keputusan peperiksaan.

Umie dulu pernah berada di kelas pertengahan, kelas depan sekali dan berakhir dengan kelas belakang sekali. Almaklum dulu-dulu kan stail exam oriented. Jadi, Alhamdulillah, rezeki ada kenalan dan kawan dari kelas depan sekali (kelas budak pandai) sampailah kelas belakang sekali (orang labelkan sebagai kelas budak nakal).

Sebenarnya kelas budak pandai atau budak nakal tak ada beza pun sebab kelas budak pandai ada saja budak nakal yang cikgu masuk kelas, dia keluar ikut pintu belakang. Dan kelas budak nakal pun ada yang buktikan mereka boleh cemerlang macam sama level dengan budak pandai. Ini yang Umie sendiri nampak dan alami.

Cuma bila berada di kelas budak pandai, kena kuat semangat untuk bertanding dan berlawan sesama rakan dan bila di kelas budak nakal, kena kuat semangat untuk belajar dan bantu kawan-kawan yang lain.

Walau apa pun, ini merupakan permulaan. Ada banyak lagi ujian mahupun peperiksaan yang akan di hadapi kelak. Teruskan usaha dan jangan putus asa. Mana yang kurang, usahakan lebih untuk kejayaan lebih cemerlang. 

Selalu selitkan dalam fikiran bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Setelah segala usaha telah dilakukan tapi keputusan masih kurang memberansangkan, Allah belum izinkan ia berlaku sebab ada yang terbaik sedang menunggu kita. Teruskan bersangka baik pada Allah dan teruskan berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh.

Insya Allah, kejayaan akan menjadi milik kita satu masa nanti, jika tidak di dunia, mungkin di akhirat kelak. Siapa tahu kan?


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Sunday, October 22, 2023

Bersyukurlah dengan keadaan kita di sini

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad
http://mamapapaamir.blogspot.com


"Umie, Ustaz dekat sekolah kirim salam," anak soleh Umie tiba-tiba sampaikan masa balik dari sekolah.

Bila tanya nama Ustaz apa, jenuh juga fikir sebab nama Ustaz yang kirim salam itu tak ada dalam senarai kawan-kawan sekolah atau masa belajar. Tapi mana Ustaz tahu pasal Umie pula. Pelik bin ajaib!

Tanya punya tanya, rupanya Ustaz sekolah kirim salam pada semua ibu bapa dan mohon ibu bapa mendoakan saudara seIslam yang sedang berjuang sekarang ini. Allahuakbar! Terima kasih Ustaz sebab berkongsi dengan anak-anak tentang saudara di sana.

Jadi, Umie pun ambil kesempatan tunjukkan pada anak soleh dan anak solehah Umie tentang apa yang sedang berlaku di sana. Umie pun terangkan juga sikit-sikit tentang apa yang berlaku dan sejarah yang berkaitan. (Walhal dulu subjek Sejarah paling tak minat langsung. Baru tengok buku teks Sejarah, mula menguap mengantuk. Hahaha)

Selain itu, Umie juga nak ajar anak-anak selalu bersyukur dengan keadaan kita di sini. Walau kita susah macam mana sekalipun, Alhamdulillah masih ada elektrik untuk buat macam-macam aktiviti, air untuk diminum dan rumah untuk berteduh. Tapi mereka, saudara kita di sana, masih belum tahu lagi untung nasib sekejap lagi. Adakah masih bernafas lagi atau sudah syahid sebab sekarang, hospital dan rumah ibadah pun jadi sasaran. Apatah lagi rumah.

Jujur, sejak terjadi peristiwa tersebut, boleh dikatakan Umie hari-hari menangis. Menangis mengagumi betapa kuatnya mental mereka dan betapa tingginya tawakal mereka pada Allah. 😭

Ahli keluarga ramai yang meninggal dunia, masih mampu memberikan kata-kata semangat dan tersenyum.

Rumah musnah dan kekurangan kemudahan, masih mampu ucapkan Alhamdulillah. Allahu!😭

Yang paling terkesan dan menyayat hati bila nampak anak-anak kecil sama ada yang terkorban atau yang masih terselamat. 😭

Umie terfikir macam mana kalau jadi pada anak sendiri atau berlaku di tanah air sendiri, mampu dan bersediakah kita?

Benar, Allah uji mengikut kemampuan hamba-hambaNya. Ada sesetengah sahabat Umie tak mampu nak tengok hantaran tersebut. Ada yang mula tak lalu makan dan mula tak boleh tidur malam sebab teringat-ingat hingga ada yang termimpi. Mana yang ada anxiety atau depression, memang terpaksa mengelak daripada melihat hantaran tersebut.

Sebab itu agaknya Allah tak beri ujian tersebut pada kita di sini sebab kita memang tak mampu. Tapi Allah beri kita ujian dalam bentuk lain, yang tak kurang beratnya juga.

Perasan atau tak, kita selesa sangat sekarang. Keadaan negara kita aman damai. Tapi dalam keadaan terlalu selesa sekarang, kita selalu leka dan lalai dalam ingat pada Allah. Senang cerita kita sedang dalam fasa ujian senang. Lagi berat nak ingat pada Allah selalu. Allahu! 😭

Tapi bila Allah bagi ujian kesusahan, insya Allah, cepat kita ingat pada Allah. Bersungguh kita berdoa dan bermunajat pada Allah. Bersungguh kita minta dalam keadaan menangis-nangis. Allahu! Lemahnya kita ni. 😭

Untuk berada di sana, kita tak mampu. Tapi kita mampu menghulurkan bantuan dalam banyak bentuk yang lain. Seperti menghulurkan bantuan kewangan, mendoakan bersungguh-sungguh buat mereka di sana, bersolidariti dan berkongsi banyak tentang mereka di media sosial.

Semoga Allah mengangkat doa kita untuk mereka. Dan apa yang kita doakan untuk mereka, akan berbalik juga kepada kita juga. Insya Allah. Untung kan?

Selalulah selitkan doa buat mereka dalam apa-apa jua masa yang kita ada.

Semoga Allah membantu mereka sebagaimana Allah membantu Ahli Badar sewaktu perang Badar.

Dan semoga Allah menggagalkan rancangan pihak musuh sebagaimana Allah menggagalkan rancangan tentera Abrahah sewaktu hendak merobohkan Kaabah.

insya Allah, aamiin Ya Rabbal Alaamiin. 


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Thursday, September 14, 2023

Anak bergaya di Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan di sekolah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah, seronok anak-anak minggu ini sebab minggu ini ada majlis penutup kemerdekaan setelah puas selama sebulan macam-macam aktiviti kemerdekaan yang telah dijalankan.

Hari ini kemuncak penutupnya, ada acara pakaian beragam. Macam-macam gaya tengok anak-anak bergaya, cantik cantik pulak tu. Tapi alamak, lupa betul nak ambil gambar mereka sebab khayal dengan kreativiti mak ayah dan anak-anak sendiri.

Selain daripada itu, lebih baik Umie minta izin daripada empunya badan dan ibu bapa mereka sebelum Umie upload dan post di internet demi menjaga privasi masing-masing. Almaklum, tak semua orang selesa didedahkan diri mereka di internet, termasuklah Umie sendiri. Hehe

Ada yang siap bertanjak bagai tinggal keris saja tak ada. Ada yang siap pakai baju ahli silat. Yang berselendang kain batik tak kurang juga ramai. Dan yang paling ramai semestinya berbaju berasaskan bendera Malaysia. Kreatif betul si tukang jahit dan mak ayah yang menggayakan anak-anak.

Alhamdulillah, anak-anak Umie simple saja, tak ada lah complicated sangat. Yang anak soleh Amir berbaju melayu warna bendera Malaysia siap bersongkok dan anak solehah Ain pula baju t-shirt lengan panjang dan seluar sukan tapi ikut tema warna bendera Malaysia.

Anak-anak kalian pun pakai pakaian cantik juga ke sekolah? Jom kongsikan kalau tak keberatan dengan Umie. Mana tahu tahun depan boleh Umie gayakan pada anak-anak Umie ke. Hehehe


Fi hifzillah. Barakallahu fiikum,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, September 04, 2023

Keperluan wanita mengandung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. Seronok dengar ada sahabat-sahabat yang mula mengandung. Tak lama lagi akan berdebar menunggu detik kelahiran kesayangan. Tapi dalam menanti masa bayi dilahirkan, ada beberapa keperluan wanita mengandung yang perlu bukan saja wanita mengandung, suami dan ahli keluarga juga perlu juga cakna.

Di sini Umie nak kongsikan 3 keperluan utama wanita mengandung yang Umie rasa sangat penting, iaitu :

1. Nutrisi yang lengkap dan sihat

Bila wanita mula mengandung, keperluan nutrisi sangat penting demi memenuhi keperluan bayi yang dikandung dan juga ibu. Antaranya adalah B Complex, vitamin yang penting untuk pertumbuhan saraf tunjang bayi. Selain itu, kalsium juga amat perlu untuk bayi untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang yang sihat dan baik. Sebab itu wanita mengandung sangat digalakkan untuk minum susu. 

Selain vitamin, makanan yang sihat juga sangat perlu untuk bayi dan wanita mengandung sebab vitamin dan nutrisi yang wanita mengandung ambil, akan disalurkan kepada bayi. Jadi keperluan wanita mengandung adalah berganda berbanding wanita biasa.

2. Sokongan emosi dan moral

Perasan tak kadang ada sesetengah wanita mengandung akan sedikit emosi. Kadang ada yang tak boleh bau itu ini dan kadang teringin macam-macam. Seorang sahabat Umie pernah langsung tak boleh bau nasi sewaktu mengandung. Jadi terpaksalah sepanjang beliau mengandung, sama ada beli makanan di luar atau keluarga masakkan untuk dia. Yang penting jangan masak di rumah beliau sebab beliau memang tak boleh bau langsung.

Sewaktu Umie mengandung anak kedua, Umie tak ada alahan cuma Umie memang kurang makan. Makan hanya separuh saja, kalau lebih akan termuntah. Umie juga langsung tak boleh minum susu, akan termuntah balik. Alhamdulillah, Umie mengandung anak pertama Umie tak ada alahan langsung, semua boleh, cuma anak kedua saja ada masalah sikit.

Setiap anak ada pengalaman mengandung tersendiri. Beruntung pada mereka yang mengalami pengalaman mengandung yang sama. Jadi, suami dan keluarga perlu bantu berikan sokongan emosi dan moral pada wanita mengandung dalam proses mereka menghadapi keadaan diri mereka yang tidak stabil dan tidak menentu.

3. Pemeriksaan berkala

Pemeriksaan berkala memang sangat perlu untuk wanita mengandung, tidak kisah sama ada mengandung kali pertama atau tak sebab kadang-kadang kondisi anak berbeza-beza. Setiap kali pemeriksaan, memang akan ambil darah untuk periksa Hemoglobin ibu pada tahap terbaik atau kurang. 

Selain itu, berat ibu mengandung juga akan diambil. Bila masuk kandungan 6 bulan ke atas, barulah pemeriksaan bayi dengan lengkap meliputi panjang tulang tangan dan kaki, tulang muka, gelembung perut (stomach buble) termasuklah untuk tahu jantina anak yang dikandung. Yang ada budget lebih, akan buat scan 3D atau 4D untuk tahu jantina dan muka bayi yang dikandung.


Bila mengandung, memang seronok. Semua orang di sekeliling akan seronok dan tumpang gembira juga. Tapi kesihatan dan keselamatan diri juga sangat-sangat perlu di ambil berat. Di awal kandungan, digalakkan tidak terlalu lasak dan lakukan aktiviti ringan sebab dibimbangi kandungan belum kuat lagi.

Selain itu, banyakkan berdoa dan mohon pada Allah juga agar dimudahkan segala urusan sepanjang mengandung serta dikurniakan anak yang soleh solehah, penyejuk hati ibu dan ayah nanti.

Kepada yang sedang melalui proses mengandung, tahniah diucapkan. Selamat menikmati segala proses kehamilan dan semoga dimudahkan segala urusan berkaitan kehamilan. Insya Allah, aamiin.

Barakallahu fikum.

Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Friday, June 09, 2023

Pengalaman Exclusive Pumping Mom

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com

Anak memang anugerah terindah. Semua inginkan anak yang sempurna cukup sifat baik dari segi fizikal, mental, dalaman mahupun luaran. Tapi tak semua direzekikan dengan anak yang sempurna serba serbi.

Alhamdulillah, Ummi direzekikan dengan anak kedua yang dari segi fizikal memang nampak sempurna, tapi ada kekurangan dari segi sistem dalaman anak. Dari dalam kandungan lagi doktor pakar fetus sendiri menjangkakan anak mengalami tracheoesophageal fistula (TOF), satu istilah yang sangat baru bagi Ummi yang perlu Ummi hafal dan belajar.

Sumber : Google
"Inilah yang dikatakan apa itu tracheoesophageal fistula (TOF)"

Bila dilahirkan, benarlah seperti yang dijangkakan dan operation telah dibuat pada hari kedua kelahiran. Tipu kalau Ummi tak sedih, Allah saja yang tahu macamana keadaan Ummi masa tu, tapi Ummi fikir perlu kuat demi suami dan anak-anak, supaya mereka juga kuat. Huhu

Di permulaan kehidupan anak yang ada TOF ini, anak memang tak pandai menelan. Air liur akan selalu meleleh dari tepi mulut mereka. Jadi, urusan menyusu melalui ryles tube yang disalurkan dari mulut. Mereka juga perlukan terapi untuk ajar mereka menelan. Ini juga bermakna anak Ummi tak dapat direct menyusu dengan Ummi.

Struggle bermula bila pihak hospital push Ummi supply susu badan pada mereka untuk mereka dapat bagi susu badan pada anak. Siap suggest ambil ubat untuk banyakkan susu badan. Setiap hari datang ziarah anak, setiap kali itu juga nurse bagitau susu anak tak cukup. 

Bayangkan, dalam keadaan berpantang, berada di hospital dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sepanjang sebulan anak di hospital, ditambah permintaan susu badan untuk anak yang tinggi. Sedih dan stress tak payah cakap. Kalau duduk sorang-sorang atau tengah mandi, memang meleleh air mata. Ditambah dengan bisa badan masa tu akibat tak pantang dengan betul, memang tak tercakap tapi mesti kuat demi anak.

Jadi, Ummi tanya pada En Google pasal penyusuan badan termasuk macamana nak banyakkan susu badan selain alternatif ubat. Maka, terjumpalah pasal Exclusive Pumping (EP) mom. Masa itu memang fikir nak banyakkan susu badan saja buat anak supaya berat badan dia naik. Hari-hari ke hospital tanya nurse, berat anak naik ke tak. Dan masa itu juga lalu lintas testimoni ESP sebagai milkbooster. 

Sumber : Google
"Maaf, ada censored pula di situ"

Bincang dengan En Suami dan En Suami pun setuju, akhirnya grab setong masa tu. Mulanya Ummi ambil plain saja, tak campur apa-apa, tapi macam tak boleh telan sangat. Jadi, dicampurkan dengan milo. Fikir anak punya pasal, telan je la. Bila di ingat balik, memang kelakar sebab boleh pula ESP dicampur dengan sirap, kadang campur dengan kordial sunkist la. Nak banyakkan susu punya pasal. Hahaha
http://mamapapaamir.blogspot.com
Antara manfaat ESP selain untuk banyakkan susu badan

Masa tu doa banyak-banyak, ambil ESP, power pumping hari-hari serta bayangkan anak ada dengan kita masa pumping tu, membantu sangat banyakkan susu dalam masa 3 hari. Dalam seminggu macam tu, nurse kata stop dulu hantar susu sebab susu anak banyak sangat sampai tak muat peti ais wad. Hehehe

Diakui ESP memang banyak membantu masa tu selain power pumping dan semestinya dengan izin daripada Allah juga. Bila diingat balik, boleh pulak 2 jam saja tidur dah bangun sebab nak pump susu demi anak. Masa tu juga boleh pulak jam bunyi terus tegak bangun, tak sempat nak bermalas-malas. 

Terima kasih pada Tv AlHijrah sebab masa tu ditayang lintas langsung dari Mekah dari tengah malam sampai awal pagi. Jadi, bila pump susu badan awal pagi, memang pasang Tv AlHijrah sebagai peneman. 

Alhamdulillah, dikurniakan pengalamam jadi EP mom selama setahun setengah, pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Dan semestinya ESP banyak bantu banyakkan susu badan Ummi sampai bengkak susu 4 - 5 kali juga la sepanjang setahun setengah tu. 

Kepada ibu yang perlu jadi EP mom, jangan putus asa. Cari info banyak di Mr Google serta dapatkan milkbooster seperti ESP supaya hasrat kita nak menyusukan anak selama yang boleh tercapai. Jangan rasa rendah diri dan fikirkan kebaikan yang akan anak dapat. Kita ada perjalanan kita yang Allah aturkan. Jangan bandingkan dengan orang lain yang dapat direct feed anak.

Insya Allah, semoga usaha kita dan susah payah kita menyusukan anak melalui EP dipandang Allah serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran, kalau tak di sini, mungkin Allah simpan di 'sana' nanti.

Begitulah antara testimoni Shaklee Ummi iaitu ESP. Banyak testimoni Shaklee pada Ummi tapi kita share satu satu naa. 

Kalau nak dapatkan ESP terus, kalian boleh klik di sini 👉 https://www.shaklee.com.my/products/live-healthier/11003?sid=1265902

Tapi kalau kalian nak sembang-sembang dengan Ummi, boleh klik link ini 👉 http://byciksaw.wasap.my


Lot's of love,
http://mamapapaamir.blogspot.com


Share:

Monday, April 03, 2023

Kisah 12 Ramadan tentang berat badan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://mamapapaamir.blogspot.com



Alhamdulillah, hari ke-12 Ramadan, bermaksud hari ke-12 berpuasa. Kiranya hampir separuh bulan Ramadan telah berlalu. Dan kita sedang meniti pengakhiran Ramadan tahun ini. Adakah akan bertemu dengan Ramadan tahun depan? Allahu.

Alhamdulillah, Ramadan tahun ini pada awalnya agak menduga buat semua akibat keadaan cuaca yang panas. Anak sulung MPA, anak soleh Amir, tewas untuk 1 hari asbab panas sangat. 

Tapi Alhamdulillah, sekarang boleh dikatakan setiap hari hujan dan hari ini hujan sekejap sekejap. Mudahan sewaktu anak-anak balik sekolah nanti, hujan berhentilah sekejap serta dimudahkan juga urusan buat semua yang bekerja di luar.

Tadi saja timbang berat dengan anak. Disebabkan dia puasa, nampak adalah penurunan. Dia pun pelik kenapa berat dia turun. Jadi MPA terangkan yang berat memang nampak turun sebab kita puasa, perut pun kosong. Tapi kalau lepas makan kita timbang, kita akan nampak kenaikan sebab perut kita berisi.

Tapi bergantung juga apa yang kita ambil atau makan. Sama ada banyak air ke atau banyak makanan. Kalau banyak makanan, makanan yang macam mana pula. Kalau banyak air, selalunya kita akan kencing dan kemungkinan besar berat tak naik sangat pun.

Alhamdulillah, berjaya jawab soalan daripada anak. Tapi kadang terkedu juga tak dapat jawab soalan anak-anak yang level tahap pemikiran aras tinggi. Kadang bukan apa, nak terangkan dalam bahasa yang mereka mudah faham dan ringkas. Kalau complicated, mesti soalan akan bersambung-sambung, boleh jadi kuliah pulak nanti. Hahaha

Dalam menghadapi kerenah anak, pada pendapat MPA, perlu sangat bijak sebab kadang mereka sudah tahu jawapan, saja nak tahu jawapan daripada mak ayah macam mana pula. Kira macam menguji kita la. Kadang memang dia tak tahu dan nak tahu. 

Jadi, nak atau tidak, MPA kena belajar lagi walaupun secara tidak formal. Kadang ikut kelas online yang secara percuma, kadang ikut kuliah dalam tv dan kadang melalui pembacaan. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Cuma ikut kemampuan MPA samada dari kewangan mahupun masa pada masa tersebut.

Semoga dimudahkan urusan pemahaman setiap ilmu yang kita pelajari dan semoga dimudahkan urusan menguruskan anak-anak seharian. Insya Allah.


Lot's of love,



Share:

Tuesday, October 18, 2022

How fast time flies

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 
 Allahumma Solli Ala Muhammad

http://www.mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. How fast time flies. She already seven years old this year. Allahu.

I still can remember clearly how she was not so good condition inside my womb, plus I also had problem in my pregnancy. Then, how hospital had become our first home, which we need to 'check-in' every month and at the end, we 'check-in' for more than a month. The longest is 3 months. Believe it or not. Huhuhu.

But still Allah is the best planner. Although her current condition is not as normal child but we still trying our best to catch up any late mileage especially in weight and height. If possible I can transfer my fat especially in my arms, thigh and stomach, surely I will do it. Hahaha.

Yesterday, she had first time feeling for tooth extraction, a few days after her 7th birthday. Surely she crying loudly because it was not 1 only, it was 2 tooth extraction. How come she didn't crying out loudly. But luckily, she manage it well and she said, the pain only for a while, not for so long and she crying because she afraid with the process.

http://www.mamapapaamir.blogspot.com

Yeah, long way to go my honey. There is several teeth that will be extract when the time is come. Be prepared well ya. Hehehe

Sorry darling for this late wish but Umie hope it didn't too late to wish you on your 7th birthday which :
Semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ummi dan ayah. Semoga menjadi pejuang agama Allah. Semoga menjadi adik yang penyayang kepada abang, keluarga dan ummah. Semoga berjaya di dunia dan akhirah. Semoga kudrat yang ada dicurahkan untuk menabur jasa dan bakti buat ummah walau apa jua yang dilakukan. 
Last but not least, my prayer always with you my solehah daughter, and also to your brother too. Be the best version of yourself but at the same time, keep Allah SWT and Rasulullah S.A.W always in your heart. May Allah SWT keep guiding you with what ever you do. Insya Allah, aamiin


Lot's of love,




P/S : Sorry for mix language because I feel more comfortable wish for my solehah daughter in Malay, rather in English. And also, please accept my broken English, if there is any. Hehehe
Share:

Wednesday, June 09, 2021

Hikmah PKP di bulan Syawal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Alhamdulillah. 

Dalam menghadapi dugaan, Allah letakkan hikmah dalamnya.
Dalam gelisah menghadapi PKP, Allah melapangkan kita melaksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Allahu. Indah sangat perancangan Allah.

Jujur, anak soleh MPA belum cukup kuat semangat untuk berpuasa di waktu bukan bulan puasa. Sedangkan adik dia sendiri pun kena sorok-sorok, tak boleh makan di depan dia.

Tapi dengan hikmah PKP, dia berjaya selesaikan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Walaupun bagi sesetengah nampak kecil dan ringan, ianya nampak besar di mata MPA dan suami sebab kami tahu tahap mana kekuatan dia. 

Alhamdulillah, syukur sangat. Mungkin ini caranya Allah nak didik anak-anak kita bersedia berpuasa di luar bulan puasa dengan dimulakan dengan kurangnya cabaran bila berpuasa di rumah.

MPA bercadang nak melatih dia puasa pada hari Isnin dan Khamis ataupun puasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan mengikut bulan Islam.

Dalam pada nak melatih dia, MPA pun kena la juga puasa sekali, temankan dia.

Tapi agak sedih juga sebab bulan Syawal akan berakhir 2 hari lagi.

Semoga kita semua direzekikan bertemu Ramadan dan Syawal yang akan datang. Insya Allah, aamiin.

Benar, dalam pada kita melihat semuanya dalam keadaan tidak menyenangkan, Allah menghadirkan pengajaran yang terbaik buat kita. Hanya kita yang perlu memilih untuk terus memandang ianya daripada sudut yang bagaimana.

Fikirkanlah daripada sudut yang baik supaya segalanya yang baik akan kembali kepada kita. Walaupun nampak seakan tidak baik, sekurangnya kita sentiasa berbaik sangka kepada Allah yang sedang menguji kita.

Jangan pernah putus asa sahabat. Ingat janji Allah : Disebalik kesulitan ada kemudahan (Al-Insyirah : 5-6) 


Lot's of love, 
  http://mamapapaamir.blogspot.com
Share:

Wednesday, February 03, 2021

Adakah Allah sedang memakbulkan doaku?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


http://mamapapaamir.blogspot.com


Alhamdulillah, sudah 15 hari anak-anak belajar secara PdPR. MPA percaya semestinya ianya akan selalu dikenang sepanjang hayat bukan saja pada anak-anak, pada ibubapa juga.

Tak mustahil sistem pembelajaran ini akan berterusan sampai bila-bila. Alah bisa tegal biasa, mulanya memang banyak cabaran. Tapi nak atau tidak, bertahan, bersabar dan bertabah sajalah pilihan yang ada.

Tahun 2021 ini merupakan tahun pertama anak solehah MPA, Ain masuk ke sekolah. Percaya atau tidak, satu masa dulu, MPA pernah berdoa dan berharap sangat untuk sekolah daripada rumah saja buat Ain sebab faktor kesihatan Ain dan juga kesesuaian dia bersekolah.

Sejujurnya, MPA tak bersedia lagi nak sekolahkan Ain tapi atas nasihat doktor, MPA terpaksa akur dan daftarkan dia bersekolah.

Mungkinkah ini caranya Allah memakbulkan doa MPA? Tiada siapa tahu.

Tapi MPA percaya pada Allah sebagaimana sangkaan hambaNya dan Allah memakbulkan doa hambaNya tepat pada masanya, bukan mengikut kehendak kita.

Siapalah kita hendak menidakkan kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta kita kan?

Alhamdulillah, pembelajaran Ain walaupun atas talian ataupun melalui kertas kerja, sekurangnya MPA dapat memantau tahap pemahaman dia dan juga Abangnya sekali. Cuma waktu iklan dia banyak sangat, ada macam-macam idea dikeluarkan. MPA perlu kawal dan ajar mana yang boleh mana yang tidak serta ajar menguruskan masa supaya semuanya selesai tepat pada masanya. Insya Allah.

Jom kita renung dan fikir kembali, adakah ini salah satu caranya Allah memakbulkan permintaan dan doa kita suatu masa dulu?


Lot's of love, 

  http://mamapapaamir.blogspot.com
Share:

Friday, January 29, 2021

Cabaran mendidik anak sewaktu PKP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Kalau sebelum ini, boleh dikatakan pendidikan memang kita serahkan hampir 100% kepada tangan cikgu. Kalau ada kerja sekolah, barulah kita akan tahu serba sedikit kefahaman anak-anak dengan membantu mereka menyiapkannya.

Tapi di musim pandemik sekarang ini, cabaran mendidik anak-anak sama-sama dipikul sama adil di antara ibubapa dan para guru. MPA percaya ini adalah salah satu daripada hikmah PKP yang diturunkan oleh Allah.

Amanah mendidik anak-anak sememangnya di tangan ibubapa. Cuma sebelum ini mungkin kita agak lupa dan ambil mudah serta menyerahkannya kepada para cikgu.

Sememangnya MPA akui, mencabar mendidik anak-anak sekarang. Ibubapa kena ada ilmu yang cukup bukan saja dalam bidang akademik, dalam bidang keibubapaan juga sebab pemikiran anak-anak kita sangat berbeza dengan zaman kita kecil-kecil dulu.

Kalau dulu masa zaman MPA kecil dulu, pendidikan Sains hanya mula di ajar sewaktu di dalam Darjah 5, itu pun nama mata pelajarannya Alam dan Manusia.

Tapi sekarang, zaman anak kita, tadika lagi sudah belajar sains. Kehadapan sungguh. Kalau ibubapa tak ada bekalan ilmu yang cukup, tak mustahil anak-anak pula yang mengajar kita satu hari nanti. Huhu

Jadi, sebelum MPA serahkan kerja sekolah yang cikgu hantar ke telefon MPA, MPA tengok dulu kerja tersebut baru bagi kepada anak. Nak cukup persediaan dulu. Haha

Tapi adakalanya bila soalan di luar kotak, memang hold dulu la jawabnya. Cari jawapan dulu baru jawab soalan mereka.

Sememangnya PKP ini membuatkan MPA tahu dan kenalpasti potensi anak-anak serta tahap kefahaman mereka. MPA juga dapat kenal minat matapelajaran mereka dan apa yang menyebabkan mereka kurang minat dengan satu-satu matapelajaran.

Alhamdulillah. MPA akui Allah tak uji hambaNya dengan sesuatu yang diluar kemampuan hambaNya. Kita mampu sebab itu Allah uji. Dan Allah juga uji kita sebab Allah sayangkan kita semua. Insya Allah, kita akan berjaya melalui semuanya dan semoga kita semua berjaya dengan cemerlang di dalam ujian Allah ini buat semua. Yeah!

Lot's of love,
photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, April 09, 2020

Latihan anak sewaktu PKP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh



Alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan MPA update blog yang sudah bersawang ini. Daripada sehari ke sehari nak update tapi tak update juga. Huhuhu

Alhamdulillah, minggu ini rasanya kebanyakan anak-anak yang bersekolah mula dapat latihan dan kerja sekolah daripada cikgu-cikgu. Tapi ada juga sahabat-sahabat MPA yang dapat latihan anak-anak awal lagi.

Alhamdulillah, anak soleh MPA teruja pula dapat latihan daripada cikgu. Sebenarnya sebelum dapat latihan daripada cikgu sekolah lagi, MPA ada join Selangortutor.com untuk anak soleh MPA.


Dalam website Selangor Tutor ini, ada daripada peringkat Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Maklumat yang penting yang diperlukan masa mendaftar adalah nama anak, no IC anak, alamat rumah, tahun anak, sekolah anak dan juga alamat email ibubapa.

Latihan yang diberikan dalam bentuk interaktif. Jadi, anak-anak teruja setiap kali dapat 100% dalam setiap latihan. Dan setiap kali latihan selesai, kita sebagai ibubapa akan dapat email pencapaian anak-anak.

Kalau tak dapat nak akses Selangor Tutor ini, kalian boleh juga download apps Frog Play di smartphone kalian.

Dalam ini ada juga latihan untuk anak-anak, ikut kategori dan untuk anak-anak daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Interaktif juga sama seperti Selangor Tutor tadi.

Kebetulan, anak solehah MPA masih belum bersekolah. Jadi MPA bagi juga latihan dan aktiviti tapi MPA minta bantuan En Google dengan search 'elearning kindergarden'. Hehehe

Banyak juga website elearning kindergarden ini tapi dalam Bahasa Inggeris. Jadi MPA terpaksa alih bahasa untuk anak solehah MPA buat latihan dan aktiviti.

Kalau kalian tahu mana-mana website pembelajaran yang lain, jom kongsikan. Supaya ramai yang tahu.
Lot's of love,
  photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Monday, April 08, 2019

Jangan pandang ringan batuk yang dialami anak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

http://mamapapaamir.blogspot.com

Perasan tidak cuaca sekarang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Cuaca tidak menentu ini  sedikit sebanyak menyebabkan badan rasa kurang selesa dan tidak sihat, terutama pada anak-anak kecil. Apabila anak kurang sihat, jangan pandang ringan batuk yang dialami anak. Sebab kemungkinan ianya PNEUMONIA ataupun dalam erti kata lain ialah jangkitan kuman di paru-paru disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat.

Pengalaman MPA sendiri sewaktu Ain menghidap Pneumonia sehingga dimasukkan ke ICU memang memberikan pengajaran yang sangat bermakna. Nasib baik tergerak hati MPA untuk terus ke hospital sewaktu melihat Ain dalam keadaan tidak sihat. Rupanya di seluruh dunia, seorang kanak-kanak mati setiap 20 saat akibat pneumonia dan pneumonia juga merupakan penyebab kematian no 5 dikalangan kanak-kanak Malaysia yang berumur 5 tahun ke bawah. 

Jadi, jangan ambil ringan dengan batuk yang dialami anak.

Antara tanda amaran pneumonia ialah :
  • demam panas
  • hilang selera makan
  • batuk berkahak samada berwarna kuning atau berdarah
  • pernafasan menjadi laju
  • bibir menjadi biru
Jika terjadi tanda-tanda di atas, segera bawa ke hospital berhampiran untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

Jaga kesihatan diri dan anak-anak baik-baik ya sahabat semua.

Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Tuesday, March 05, 2019

Permohonan Ke Tabika Telah Bermula

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Alhamdulillah. Semalam selesai memohon tabika untuk Ain. Sekarang hanya menanti keputusan permohonan.

Kenapa tunggu keputusan pula?

Sebab tadika yang MPA mohon untuk Ain adalah Tabika Perpaduan. Kanak-kanak yang berumur 6 tahun akan didahulukan dan kuota untuk kanak-kanak berumur 5 tahun adalah tidak banyak.

Jadi, sebelum penuh, MPA mohon cepat-cepat. 

Kalau ikut pada hati memang teringin nak hantar Ain ke tadika swasta seperti Little Qaliph, tapi apakan daya. Atas faktor kesihatan Ain, kewangan keluarga dan juga jarak yang jauh, mungkin Tadika Perpaduan ini adalah yang terbaik buat Ain.

Lagipun, apa yang kita fikir terbaik, belum tentu sebenarnya terbaik buat kita kan? 

MPA cadangkan kepada yang mempunyai anak yang bakal bersekolah tahun hadapan, mula alert dan ambil tahu segala hal yang berkaitan pemohonan dan pendaftaran persekolahan.

Sebab bila kita terlepas tarikh dan tempoh masa yang ditetapkan, kita juga yang akan susah, terutama pendaftaran murid Pra-Sekolah dan Tahun 1 sebab segalanya melalui online.

Untuk Tadika Perpaduan dan Tadika Kemas, rasanya sudah mula buka untuk permohonan. Untuk yang lain, rasanya tidak lama saja lagi ini.

Selamat mendaftarkan anak-anak masuk ke sekolah. 

See u all next time. 

Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, November 01, 2018

Tiada lagi peperiksaan untuk murid Tahun 1, 2 dan 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh




Alhamdulillah. Yeay! Berita baik untuk ibu bapa yang ada anak yang bakal memasuki Tahun 1, 2 dan 3 sebab Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sendiri yang mengumumkan yang tiada lagi peperiksaan untuk anak-anak Tahun 1, 2 dan 3 bermula tahun depan, 2019.

Seronok sangat MPA bila dapat tahu berita ini. Manakan tidak, kasihan pada anak-anak yang masih kecil lagi terbeban dengan peperiksaan dan kita sebagai ibu bapa, semestinya menginginkan yang terbaik buat anak-anak kita.

Sekurangnya, dengan berita baik ini, bukan setakat anak-anak dan ibubapa, cikgu pun turut seronok sama. Seronok, seronok juga. Harapan yang lain tetap ada.

Bila peperiksaan sudah tiada, diharapkan penilaian kepada anak-anak tetap ada untuk anak-anak dan ibu bapa mengetahui tahap pencapaian anak-anak supaya boleh dilakukan penambahbaikan kepada anak-anak.

Insya Allah, anak bujang MPA, Amir Syukur akan memasuki Tahun 1 tahun depan, 2019. Tapi macam anak-anak rilek saja, ibubapa yang rasa teruja pulak. Haha

Semoga ada lagi berita-berita baik buat anak-anak, ibubapa dan juga guru. Insya Allah.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, May 04, 2018

Pendaftaran Persekolahan Tahun 1 Sesi 2019 Tamat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Alhamdulillah, Isnin semalam, 30hb April 2018 merupakan hari terakhir pendaftaran persekolahan Tahun 1 sesi 2019. Pada tahun lepas, 2017; MPA telah mendaftarkan Amir sekolah tetapi pada tahun ini, rupanya sekolah tersebut agak jauh daripada rumah MPA. Jadi, MPA perlu mendaftarkan Amir di sekolah berhampiran dengan rumah MPA.

Pada mulanya MPA ingat ianya sekadar update maklumat berkaitan di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia. Rupanya kita mesti melalui pendaftaran yang sama sepertimana yang terdahulu. Terdapat 2 borang yang perlu dihantar bersama-sama beberapa dokumen sokongan yang diminta dan juga sampul surat berserta stem 80 sen. Jangan lupa pula untuk membatalkan nama anak di sekolah terdahulu. 

Berpusing juga MPA bersama Ain hendak selesaikan urusan persekolahan Amir untuk tahun depan. Daripada Ain comel dan kemas, akhirnya jadi tidak keruan. Hihi. Maafkan mama ya Ain.

Alang-alang keluar untuk selesaikan persekolahan Amir, MPA daftarkan juga Amir untuk sekolah agama. Jadi untuk tahun hadapan, Amir akan bersekolah agama di sebelah pagi dan bersekolah kebangsaan di sebelah petang. Jadual yang agak padat buat Amir tahun depan. 

Kalau ikutkan hati MPA, rasa kasihan pula nak sekolahkan Amir untuk kedua-dua sesi tersebut tapi bila fikirkan tentang masa depan Amir sendiri, terpaksalah berpenat sedikit sebab ilmu dunia dan akhirat kedua-duanya sangat perlu. Cuma MPA berharap segalanya akan dipermudahkan buat Amir sebab semestinya, di pengakhiran setiap hari, Amir dan anak-anak yang sama sepertinya akan kepenatan sangat dan tidak sabar menunggu hari cuti.

Bersabarlah wahai anak-anak sekalian. Semoga ilmu yang diperoleh dimanfaat sebaiknya dan digunakan ke arah yang diredhai oleh Allah Taala. Buat ibubapa termasuklah MPA sendiri pun perlu banyak bersabar dan bertabah menghadapi ragam anak sewaktu menguruskan mereka seharian. Insya Allah, aamiin.


Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, February 23, 2018

Happy birthday and happy anniversary

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah. Semalam genap putera MPA, Amir Syukur berumur 6 tahun. Aish, kejap je ek dah 6 tahun. Rasa macam cepat sangat Amir dah besar. Nanti tup-tup, tau-tau Amir dah habis sekolah. Cepatnya masa berlalu.

Sementara Amir masih bersekolah tabika lagi, sambutan kecil-kecilan telah dilakukan di sekolah tabika Amir semalam. Seronok kawan-kawan Amir dapat tengok orang tiup kek, dapat makan kek dan juga dapat goodie bag. Kek dan goodie bag semua MPA sediakan. Cikgu dan pembantu cikgu yang kami panggil Umie, hanya sediakan sambutan pada masa yang mereka tetapkan sendiri. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak Cikgu Yati dan Umie sebab buat sambutan kecil-kecilan hari lahir Amir. 
Semalam juga merupakan Anniversary blog Mama Papa Amir n Ain ni. Anniversary yang ke 5 tahun. Pada mulanya blog ini dicipta untuk perihal Mama, Papa dan Amir. Alhamdulillah, rezeki Allah, ada pula Ain 3 tahun lepas. Jadi, MPA pun letaklah juga nama Ain di hujung. Nasib baik nama Ain bermula dengan huruf A. Hihi
Kalau ada yang dah ikuti daripada mula, blog MPA ni memang banyak ups and down, banyak turun naiknya. Dalam 3 tahun lepas merupakan tempoh merundum blog ini sebab masalah kesihatan MPA sendiri dan anak perempuan MPA, Ain Humaira. Masa tu mood dah memang ke laut dalam, dan juga kekangan masa yang menyebabkan MPA memang tak sempat nak jenguk blog ni selalu. Ralat memang ralat tapi ada keperluan yang perlu MPA dahulukan terlebih dahulu.
Insya Allah, untuk tahun ni, MPA bercadang nak keep up to date blog ni. Sayang woo dengan blog ni. Walau tak sepopular mana pun blog ni, sentimental value tetap ada pada diri MPA. Rasanya macam nak pakaikan baju baru blog ni. Kena buat kira-kira macam ni. Almaklum, MPA tak kerja lagi sekarang, jadi surirumah sepenuh masa. Jadi, lebih baik MPA 'jahit' sendiri baju blog ni. Insya Allah, nak catch up balik coding-coding yang agak lama tinggalkan ni.
Kalau ada antara sahabat yang ada buat tutorial edit design blog atau tau mana-mana blog yang ada buat tutorial edit design blog, kongsikan dengan MPA boleh? Boleh MPA godek-godek coding sendiri. Doakan MPA berjaya ya 'jahitkan' baju blog ni. Dah kena tukar pun rasanya baju blog ini supaya lebih matang dan segar. Cewah. Hihi
Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, October 12, 2017

Happy 2nd year Birthday Ain Humaira

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Hari ini genap umur puteri MPA, Ain Humaira 2 tahun. Bagi yang ada mengikuti perjalanan media sosial MPA, mungkin perasan yang dua tahun ni macam-macam yang dilalui oleh Ain.

Sejak MPA mengandungkan Ain, sehinggalah umur Ain hampir 2 tahun ni, begitu banyak sangat siri keluar masuk hospital. Bagi MPA, inilah yang membuatkan Ain, MPA sendiri dan keluarga MPA kuat hadapi segala macam ujian Allah.

Alhamdulillah. Buat masa ini ketika entri ini ditaip, Ain berada dalam keadaan sihat. Tapi tahap kesihatan Ain macam bom jangka, tiba-tiba saja boleh tidak sihat. Jadi, MPA sekeluarga perlu selalu dan sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Bersempena hari lahir Ain harini, tiada yang lebih MPA harapkan semoga Ain diberi kesembuhan daripada segala penyakit yang dihidapinya. Semoga Ain menjadi Muslimah sejati, menjaga ikhtilat sesama bukan muhrim serta menjaga dan melindungi agama Allah. Insya Allah, aamiin.

Wallahua'lam.

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Wednesday, October 11, 2017

Ajar anak tidur yang cukup

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Tidur adalah salah satu nikmat Allah yang tak dapat dinafikan keperluannya. Bila bangun je dari tidur, selalunya terasa badan dan minda segar. Kalau yang sedang marah, boleh reda rasa marah dalam hati sebaik saja bangun tidur.

Tidur bukan hanya diperlukan pada orang dewasa.  Kanak-kanak dan bayi pun perlukan tidur yang berkualiti. Kalau tidak, meragam je la nanti.

Bagi MPA, setiap anak ada gaya dan cara tidur tersendiri. Anak MPA, Amir paling senang nak tidur sewaktu dia masih kecil. Bawa saja ke mana, majlis perkahwinan, kenduri-kendara, sampai saja masa untuk tidur, dia sendirinya akan cari tempat untuk tidur seperti di pangku, riba, mahupun bahu MPA ataupun suami.

Berbeza dengan anak MPA seorang lagi, Ain. Ain memang susah nak tidur bila dibawa berjalan. Bila dia dah penat dan boring, tiada kawan bermain, baru dia akan tidur dengan lena. Tapi Ain sensitif dengan bunyi suara Amir, daripada lena boleh terus bangun.

Walaubagaimanapun, MPA jaga dan ambil kira berapa lama dan berapa kali anak-anak MPA tidur. Kenapa? Sebab MPA perasan, bila anak-anak MPA kurang tidur, sedikit sebanyak akan beri kesan pada tahap kesihatan diorang. Diorang akan mula selsema, batuk dan demam.

Ada juga beberapa ibubapa yang MPA kenal, tak ambil berat dan kisah langsung tentang tidur anak-anak. Memang betul diorang nampak sihat dan cergas, tapi untuk jangka masa panjang, kita tidak tahu kesihatan mental diorang macamana pulak. Ya tak?

Disini MPA kongsikan beberapa tips untuk mengajar anak tidur dengan cukup :
  • Untuk bayi, kenalpasti tanda bayi mengantuk seperti menggosokkan mata, menghisap ibujari, mahupun kelopak mata yang mula membengkak. 
  • Layan dan galakkan anak untuk tidur seperti mendodoi, berzikir dan menepuk-nepuk anak dengan lembut.
  • Wujudkan suasana 'mesra tidur' seperti memasang lampu yang malap dan mengurangkan bunyi-bunyian.
  • Kekalkan jadual tidur harian dan rutin tidur yang konsisten seperti tidur sebentar di siang hari.
  • Tetapkan masa menonton televisyen dan juga bermain sebelum tidur.
  • Lakukan aktiviti rutin yang santai sebelum tidur di bilik anak-anak seperti membaca buku cerita dan juga berdoa.
  • Elakkan anak-anak mengambil makanan berat sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam sebelum tidur.
Itu antara tips yang boleh MPA kongsikan dengan semua. Semoga bermanfaat bagi ibubapa yang sedang mengajar anak untuk tidur dengan cukup. Mungkin ada tips lagi yang sahabat MPA ingin kongsikan dan tokok tambah lagi. Jom kongsikan di ruangan komen di bawah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Friday, August 18, 2017

Aktiviti Hujung Minggu Di Rumah

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Bagi mereka yang bekerja, hujung minggu adalah hari yang dinanti-nanti. Hari untuk beristirehat setelah bekerja selama 5 atau 5 1/2 hari. 

Ada sesetengah suka bersiar-siar ataupun balik ke kampung. Ada juga sesetengahnya suka hanya duduk dirumah.

Macam MPA, bergantung keadaan juga. Masa dulu sewaktu bekerja, MPA lebih suka hanya duduk di rumah saja. Tapi bila sekarang ni dah jadi surirumah sepenuh masa, lebih suka nak berjalan-jalan. Hihi

Jangan ingat bila berhujung minggu di rumah tu, aktivitinya hanya tidur dan bermalasan saja. Banyak aktiviti boleh dilakukan. Antaranya :

Kemas Rumah dan Bilik
Selalunya sewaktu hari-hari bekerja, tak semua tempat dan kawasan yang sempat kita kemas. Jadi, bila sampainya hujung minggu, inilah masanya untuk membuat 'housekeeping'. Ada sesetengahnya suka mengubah susun atur perabot rumah. Ok juga tu, ubah suasana rumah sekali-sekala. Selain itu, dapat juga keluarkan peluh dan dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak jika disertai dengan anak-anak.

Lipat dan Kemas Baju
Kadang-kadang di minggu bekerja, memang tak sempat nak lipat kain baju, apatah lagi untuk mengemas. Jika cukup ruang, mungkin sesetengah suka dengan sistem sidai pakaian. Tetapi tetap ada juga sesetengah pakaian yang perlu dilipat. Hujung minggulah masa yang sesuai menyudahkan perkara-perkara yang tidak dapat kita selesaikan sebelum itu.

Masak Menu Istimewa
Kalau hari bekerja, mungkin kita hanya dapat menyediakan hidangan yang simple dan mudah. Bila tiba hujung minggu, bolehla kita masak hidangan istimewa ataupun mencuba resepi-resepi baru untuk keluarga. 

Menonton TV Bersama Keluarga
Hujung minggu ada banyak juga rancangan-rancangan menarik untuk tontonan seisi keluarga. Ajak anak-anak menonton bersama. Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, dapat juga memeriahkan cerita yang ditonton bila ada antara anak-anak yang suka menjadi pengulas cerita tersebut. 

Bila bersama keluarga dihujung minggu, kurangkan penggunaan gadget. Bukan apa, hanya itulah masa yang kita ada sepenuhnya buat keluarga. Hargai dan nikmati sepenuhnya sebab belum tentu kita ada kesempatan tersebut lagi di masa akan datang. Selamat berhujung minggu!

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share:

Thursday, June 01, 2017

Selamat datang Jun dan selamat berpuasa Ramadhan

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Tup tap, tup tap, hari ini adalah 1 Jun 2017. Sudah setengah tahun kita berada di tahun 2017. Walaupun sudah setengah tahun, rasanya macam baru semalam kita masuk ke tahun 2017. 

Pada waktu ini, umat Islam seluruh dunia sedang menyambut bulan Ramadhan. Ini bermakna umat Islam mesti berpuasa di siang hari. Ada yang sudah mula cuti puasa?. Kalau bersebab seperti yang disyariatkan, jangan lupa mengganti pula nanti ya.

Ramadhan kali ini, ramai juga sahabat-sahabat MPA yang akan melahirkan anak. Semalam, jiran MPA selamat melahirkan anak lelaki. Bila dengar sahabat-sahabat bersalin, macam seronok je dapat ahli keluarga baru. Rindu pada bau baby. Tetapi bila mengenangkan puteri MPA, Ain Humaira, ada hikmahnya Allah tidak memberikan rezeki anak lagi kepada MPA sekeluarga.

Teringat sewaktu menyusukan badan kepada Ain, cabaran betul di bulan puasa. Almaklum, bila menyusu badan, perlu banyak air di dalam badan serta mudah lapar. Untuk itu, MPA perlu banyak minum air selepas berbuka dan sewaktu bersahur untuk menampung keperluan air dalam badan. Selain itu, tidak dinafikan kurma dapat membantu keperluan badan agar tidak mudah rasa lapar di siang hari. Itulah yang MPA amalkan di sepanjang bulan Ramadhan. 


Kepada sahabat-sahabat MPA yang bakal melahirkan anak di bulan Ramadhan ini, semoga urusan kalian dipermudahkan serta dikurniakan anak yang soleh dan juga solehah, insya Allah.

Kepada sahabat-sahabat yang berpuasa Ramadhan, selamat berpuasa dan beramal ibadat. Semoga amal ibadat kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah Taala, insya Allah.

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: