SELAMAT HARI PEKERJA SEMUA! 😊
Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts
Wednesday, May 01, 2024
Saturday, February 10, 2024
Selamat Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina sering dikaitkan dengan limau mandarin. Banyak ke kalian dapat limau mandarin tahun ini?
Teringat Umie dulu pernah bekerja dengan syarikat Cina. Bila dekat dengan musim Tahun Baru Cina, memang sibuk sikit nak uruskan pembukaan syarikat. Tradisi masyarakat Cina, pada hari pertama pembukaan syarikat mereka di tahun baru, bos besar yang akan buka syarikat dan selalunya ada aktiviti jamuan makan dan tarian naga.
Semestinya dalam jamuan makan, ada disediakan yeesang, makanan tradisi masyarakat Cina. Bos dan pekerja akan saling menggaul yeesang tadi dan makan bersama-sama. Yeesang yang bos Umie selalu tempah terdiri daripada sayur-sayuran saja cuma jujur, Umie kurang minat dengan yeesang ini. Huhu
Untuk seronok-seronok, kadang-kadang ada kawan-kawan sekerja Umie bawa anak-anak mereka. Beruntung sangat mereka dapat duit raya, termasuklah yang masih bujang lagi. Yang jadi mak ayah ini, mampu melihat saja sebab bagi masyarakat Cina, selagi belum berkahwin, masih boleh dapat angpow. Best kan?
Tapi bila bermulanya tarian naga dalam pejabat, ada sebahagian anak-anak yang akan menjerit menangis sebab takut. Dengan bunyi yang agak kuat juga dan naga yang bergerak-gerak, memang agak menakutkan anak-anak. Jadi kami akan bawa anak-anak jauh sikit daripada pejabat supaya anak-anak boleh bertenang. Hehe
Semestinya, selain yeesang, limau mandarin menjadi tumpuan ramai sebab selalunya setahun sekali saja akan jumpa limau mandarin ini, selain dengan pelbagai saiz. Yang menariknya, selalu pihak pembekal akan hantar sekotak dua pada kami. Tapi bila banyak sangat yang bagi, kembung perut juga makan limau mandarin hari-hari. Hahahaha
Seronok bila kita banyak bergaul dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. Banyak boleh belajar antara sesama kita. Sedikit sebanyak kita faham dan hormat di antara satu sama lain. Sebab itulah kita boleh berdamai dan duduk bersama-sama tanpa berbalah walaupun berlainan kaum, etnik, bangsa dan kaum. Semoga nikmat kemakmuran dan perpaduan yang wujud ini berkekalan hingga ke anak cucu cicit kami. Insya Allah
Thursday, February 01, 2024
Selamat menjalankan tugas buat DYMM Agong yang baru
Sumber : MBJB
Monday, October 09, 2023
Kenapa saya memilih vitamin Shaklee?
Monday, October 02, 2023
Kepentingan Vitamin C Shaklee
Tujuan utama Umie mestikan diri dan anak-anak ambil Vitamin C adalah untuk kuatkan imun badan anak-anak. Boleh tahan panjang juga senarai nama anak-anak yang tak dapat ke sekolah setiap hari disebabkan kurang sihat. Risau juga bila anak kerap sangat tak ke sekolah disebabkan kurang sihat. Bimbang mereka ketinggalan pelajaran. Lagi satu, kesian pulak bila paksa mereka makan ubat yang kurang sedap. Umie sendiri pun bergelen air minum bila makan ubat. Huhuhu
Kalau kalian nak beli terus daripada Shaklee, boleh tekan sini 👉 https://www.shaklee.com.my/products/live-healthier/10104?sid=1265902
Wednesday, September 20, 2023
Belajar Tadabbur Quran : Surah Al Asr (Ayat 1)
Monday, September 18, 2023
Tamadun Melayu dan Islam
Tuesday, September 12, 2023
Vitamin wanita mengandung
- ESP : protein yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi dalam kandungan
- Vitalize : multivitamin dan zat besi untuk memenuhi keperluan nutrisi wanita mengandung dan mengurangkan risiko anemia sewaktu mengandung
- B Complex : mengurangkan risiko kecacatan pada otak dan tulang saraf bayi yang dikandung
- Ostenutrix : membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat
- Smooth Tummy Oil (Embun formulated by Tanamera) : mengurangkan tanda regangan dan selulit yang dialami oleh wanita mengandung. Ini untuk disapu ya, bukan untuk diminum.
- Relaxing Magnesium Oil (Embun formulated by Tanamera) : mencegah kekejangan otot terutama pada bahagian kaki yang selalu dialami oleh wanita mengandung. Ini pun untuk kegunaan luaran saja, sapu-sapu di kaki untuk melegakan kaki waktu malam.
Dengan pembelian set wanita mengandung ini, kalian akan dapat kos penghantaran PERCUMA, keahlian Shaklee secara PERCUMA dan beg daun Shaklee pun dapat secara PERCUMA. Menarik dan berbaloi kan?
Monday, September 04, 2023
Keperluan wanita mengandung
Monday, August 21, 2023
Doa yang bagus untuk wanita
Sumber : En Google
Kalau kalian nak versi dari Youtube, ini dia :
Selain itu, boleh juga amalkan doa ini awal-awal pagi lepas solat Subuh atau bila-bila berkesempatan.
Sumber : En Google
Bagi Umie, bagus juga kalau kita anjurkan anak-anak amalkan doa ini pagi-pagi sebab mereka kan nak ke sekolah menimba ilmu. Dan semoga jadi amalan mereka sehingga ke akhir hayat mereka. Insya Allah.
Last but not least, doa dhuha! Rasanya ramai yang hafal dan anak-anak pun ada yang dah hafal juga kan. Kebanyakan Umie rasa ikut lenggok bacaan doa dhuha oleh kumpulan UNIC, yang ini :
Sumber : En Google
Sebab Umie sendiri pun kalau baca ikut lenggok bacaan ini, mudah ingat, sekali dengan maksudnya. Dalam pukul 8 lebih macam tu, radio Ikim FM pun akan putarkan doa dhuha ini juga untuk bacaan bersama-sama. Bagus juga sebab ingatkan kita untuk solat dhuha in case terlupa atau belum buat lagi, kan?
Kira kalau dalam keadaan 'bendera merah' pun bagus juga amalkan doa-doa ini. Mudahan aktiviti kita sepanjang hari penuh keberkatan dan dirahmati Allah selalu.
Eh, kalau kalian ada apa-apa doa yang kalian selalu amalkan, jomlah share dengan Umie dekat kotak komen bawah ini. Boleh juga Umie dan sahabat-sahabat lain amalkan. Mudahan sedikit perkongsian kalian menjadi asbab pahala buat kalian juga. Insya Allah.
Semoga perkongsian Umie kali ini ada manfaat buat kalian ya. Kalau nak share posting ini, dipersilakan dan Umie tiada halangan. Insya Allah.
Barakallahu fikum.
Friday, August 18, 2023
Vitamin untuk wanita
Wednesday, August 09, 2023
Nak tenaga berpanjangan? Ambil CoQ-Trol Plus Shaklee
Ia merupakan formulasi yang dipatenkan untuk penyerapan CoQ10 (paten no MY-139379-A)
Friday, August 04, 2023
Kebaikan Vitamin E
Sumber : pexels.com
Sumber : pexels.com
Sumber : pexels.com
- 400 IU Vitamin E daripada sumber semulajadi iaitu daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokofel, yang merupakan bentuk aktif biologi Vitamin E yang lebih mudah diserap oleh tubuh.
- 65 mcg Selenium untuk melengkapi Vitamin E supaya dapat berfungsi dengan optimum.
- 39.4 mg ekstrak biji anggur yang mengandungi proantosianidin, iaitu sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.
Jadi, dengan mengambil 2 kapsul Vitamin E Shaklee, cukuplah 800 IU Vitamin E dos harian sebagaimana yang telah diterangkan atas tadi.
Sumber :
