Inti
Bahan-bahannya:
300 gm daging kisar.
1 labu bawang besar-dadu halus.
3 tbsp thicken cream.
1 tbsp tepung gandum-bancuh dengan sedikit air..
1 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.
1/2 kiub perisa daging.
1 batang karot-dadu kecil.
50 gm keju parut.
Sedikit minyak jagung untuk menumis.
Cara-caranya:
- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu.
- Masukkan daging cincang dan gaul hingga sekata.
- Masukkan karot,lada hitam,garam,kiub perisa daging dan gula.Kacau hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan cream.Masak sehingga inti pekat.
- Sejukkan inti sebelum digunakan.
Doh Kentang.
Bahan-bahannya:
150 gm tepung gandum.
600 gm kentang lenyek.
25 gm air.
1/2 tsp garam.
Sedikit gula.
1/2 tsp ajinomoto -optional.(tak letak)
35 gm butter.
2 biji telur.
50 gm keju parut.
1 biji telur pukul ringan dan serbuk roti secukupnya.
Minyak untuk menggoreng.
Cara-caranya:
- Didihkan air dan masukkan butter,
- Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau .Adunanan kelihatan berderai-derai.
- Masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
- Sejukkan sekejap sebelum di simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit.
- Sementara itu kentang direbus sehingga empuk.Toskan airnya.
- Lenyek kentang sehingga hancur (ketika masih panas)dan masukkan keju parut,garam,gula dan ajinomoto.Gaul sehingga sebati.
- Campurkan adunan kentang dengan adunan tepung yang disimpan dalam peti sejuk tadi.Gaul sehingga sebati.Jika doh terlalu lembik boleh tambahkan dengan sedikit tepung gandum.
- Ambilkan sedikit adunan dan bentukkan bulat bulat mengikut saiz yang dikehendaki.leperkan dan masukkan inti.Tutupkan kemas kemas dan bentukkan sedikit lonjong.
- Celupkan ke dalam adunan telur dan golekkan ke atas serbuk roti sehingga sekata.
- Goreng dengan api yang sederhana sehingga perang.
Kroket Kentang ini sedap dimakan ketika masih panas kerana ianya ranggup di bahagian luar dan sangat lembut dan moist didalam.