LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label kek Lapis. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Kek Lapis Haw Flakes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat bersua kembali dari dapur CikManggis.Selamat hari raya maaf zahir batin.Agak lama menyepi kerana kepenatan setelah pulang berhari raya di kampung .Apabila kembali ke Putrajaya badan sudah kehabisan "gas' hanya mampu ter"golek" keletihan .Perjalanan dari Putrajaya ke Kota Baharu memakan masa yang panjang kerana kesesakan trafik  yang teramat sesak.Perjalanan ke Kota Baharu melalui lebuhraya Gua Musang dan perjalanan bailk pula melalui lebuhraya Timur Barat .....Adoiii...ampun rasa tak sanggup nak lalui pengalaman berasak-asak di jalan raya...seolah olah bergadai nyawa kerana ada pemandu yang "giler' memotong sesuka hati.Alhamdulillah perjalanan kami di permudahkan .

Kuih kuih raya semuanya di beli oleh Along dan Mummy Maryam jadi tahun ini Cm hanya buat sebiji kek lapis sahaja.Itu pun kerana teringin sangat-sangat nak makan kek.Alhamdulillah Cm sangat menyukai Kek Lapis Haw Flakes ini.Sedap :).....tak jemu...lepas sepotong..sepotong dimakan ....

Bahan-bahannya:

A

10 biji kuning telur.
2 biji putih telur.
250 gm gula halus.
1 tbsp ovalette.
75 ml air sejuk.
1 tin kecik kaya.
1/2 botol kecil horlicks.


250 gm tepung Hong Kong.
300 gm butter-biarkan di suhu bilik dan kacau rata.
4 tbsp susu pekat manis.
4 bungkus asam Haw Flakes.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk pengadun.
  • Pukul sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.
  • Akhir sekali baru masukkan butter dan susu pekat manis.Pukul hingga gebu.
  • Alas loyang dengan kertas minyak.
  • Masukkan 4 tbsp mumbung (penuh) adunan ke dalam loyang dan ratakan.Bakar dengan menggunakan api atas sahaja.Apabila masak lapiskan dengan 4 tbsp adunan lagi dan aturkan asam Haw Flakes di atasnya dan bakar hingga masak.
  • Jangan lupa setiap lapisan hendaklah di tekan-tekan agar tiada terdapat gelembung udara dan agar memperolehi lapisan kek yang padat.
  • Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Untuk lapisan terakhir guna api  bawah sahaja sekejap kemudian baru gunakan api atas sahaja sehingga warna permukaannya perang sekata.
Selamat mencuba Insyallah Cm dapat rasakan yang anda pasti menyukai rasa kek lapis ini.Ada rasa masam,manis dan lemak-lemak horlicks.sekali makan pasti nak lagi hehe.Salam Lebaran Maaf Zahir Batin.

Monday, September 10, 2012

Kek Lapis Cempedak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selamat pagi Isnin yang penuh ceria ya...tiap tiap hari kena ceria agar wajah lambat nampak tua hehe.Betul ke tidak tu..entah lah..ada sesiapa yang dapat bagi petua petua yang menarik ya...

Bila tiba bab kerja kerja seni samada masakan berseni,hiasa rumah,gubah menggubah dan sepertinya adalah di luar kemampuan/bidang kebolehan Cm .Gagal segagalnya.Anak anak pun tahu jika ada percubaan nak menghias kek ,dorang akan gelak besar.....sebab berakhir dengan kegagalan...comot sana sini.

Semalam Cm merajinkan diri untuk buat kek lapis cempedak.Jika tak sabar dan tahan panas muka mengadap oven rasanya mahu Cm tinggalkan kek setengah jalan je hehe....Seperti biasa lah kerja "seni" melapis tak berapa cantik.Ada tebal dan ada nipis.Tetapi rasanya memang sedap.Bau cempedak satu rumah....

Oh ya satu lagi masalah kek lapis ni...penggunaan telur yang sangat banyak.Itulah sebabnya selalu teragak-agak nak buat kek lapis.Bila Cm beritahu suami jumlah telur yang di gunakan  ,dia buat muka terkejut hehe..katanya cuba reka kek lapis yang tak guna telur .......Jika ada sesiapa yang ingin cuba melapis Kek Lapis Cempedak  bolehlah lihat resipinya di SINI.


Wednesday, May 18, 2011

Kek Kukus Asam Manis

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Beberapa hari tak buka blog ni rasa seperti lama betul.Cm berada di kampung Selama 3 hari .Rasa sangat singkat.Banyak benda nak di buat maklum lah kedua orang tua Cm dah tak larat nak melakukan kerja-kerja menyapu dan mengemas kat luar rumah...penuh dengan daun-daun gugur..jika berada 1 minggu pun belum tentu dapat siap  kemas keliling rumah tu.... .Ayah Cm memang tak mahu tinggal dengan anak-anak...Cm faham sebab Cm pun tak mahu tinggal dengan anak-anak jika tua nanti..mudah-mudahan sihat tubuh badan hingga ke akhirnya..amin....Rumah ku syurga ku:)
Ini lah pengukus yang Cm beli masa kat kampung untuk menggantikan kukusan lama kat sebelahnya tu...Dengan susah payah dok usung kotak pengukus dari Klia ke stesen Erl nak ke Putrajaya..dah la ada 3 bags yang padat dengan pakaian dan di celah celah pakaian tu ada macam macam..mangkuk besi,tempat telur ..berat btol...suami Cm yang sangat penyabar tu pun mula mengemukankan soalan soalan cepu emas hehe............Tak ada ke periuk ni kat Kl.......ada ..kt kb harganya rm 79 untuk saiz 34 inci...    (jawapan entah apa apa orang bersalah)......kat Kl berapa...       lebih kurang je kot.....Aikkk habis  tu kenapa nak pikul benda ni jauh jauh...sambil ngeleng kepala....sebenarnya Cm tak de jawapan..jika boleh nak beli semua barang barang dapur kat kedai di Lundang tu:)..teruknya...

 Ini lah bahan-bahan untuk masak kek kukus asam manis ni....

Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk biskut tawar
4 biji telur.
3/4 cawan butter.
1 tsp ovelet.
2 tbs susu pekat manis.
Haw flake secukupnya.
3 /4 cawan gula halus.

Cara-caranya:
  • Satukan susu pekat manis,gula halus,telur dan ovelet  kedalam mangkuk dan pukul hingga gebu.
  • Kemudian masukkan butter dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan serbuk biskut tawar dan kacau hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu warna kuning dan sebahagian lagi warna hijau.
  • Panaskan pengukus .Sapukan loyang dgn sedikit butter dan alaskan dengan kertas minyak.
  • Masukkan 2 sudu makan adunan hijau dan ratakan.Kukus hingga masak.Kemudian aturkan asam manis diatasnya.Sudukan adunan kuning pulak.Kukus lagi hingga masak.
  • Lakukan proses yang sama hingga selesai...

Kek yang tak berapa cantik lapisnya masa potong ni kek belum sejuk lagi.Masih panas kerana  tak sabar-sabar nak makan......Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah dan tinggal komen.Insyallah lepas operasi dobi mendobi ni akan Cm buat kunjungan balas...Terima kasih Semua:)




Wednesday, August 25, 2010

Kek Lapis Cempedak






Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya  makcik  budak baru belajar,   
Kalau salah tolong tunjukkan.    

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Cm dah jatuh cinta pada kek lapis.Sebelum ni cm anggap membuat kek lapis adalah satu "pekerjaan"yang sangat  sukar ....tak kenal maka tak cinta hehe...selepas beberapa kali mencuba dan banyak kali juga gagal mendapat hasil yang sepatutnya ...namun never give up:).Cm selalu bertandang ke blog br.Rozzan yang sangat handal membuat kek lapis dan blog Rima seorang lagi  yang mahir dalam membuat kek lapis ...merekalah yang "memberi" semangat ni:)..bagi yang pakar  rasanya buat kek lapis ni"kacang" je tapi bagi diri ku ini aiya...banyak susah ma.....

Pagi tadi cm memulakan misi membuat kek lapis cempedak .Kebetulan bonda ku menghantar 3 biji buah cempedak yang masak ranum.Terima kasih mak...dan terima kasih pada Kichen guardian yang menyumbang resepi kek yang sangat yummy ni serta "cabaran"hehe...thanks:)

Bahan-bahannya:)
A
500 gm butter golden churn
1 tsp esen vanilla.

B
275 gm gula halus
14 biji kuning telur
6 biji telur
2 tbsp ovalette

C:  ayak
100 gm tepung hongkong
1 tsp baking powder

D: Kisar/blend
500 gm isi cempedak
150 gm susu pekat manis

Cara-caranya:
  • Panaskan oven dengan api atas dan bawah.Alaskan tin 8x8x3 dan sapukan butter.
  • Pukul A selama  3 minit.Ketepikan.
  • Pukul B hingga kembang dan gebu lebih kurang 10 minit.
  • Masukkan A ke dalam B dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan C kedalam adunan AB dan gaul hingga rata.
  • Sudukan adunan 90 gm ke dalam loyang dan ratakan.Bakar dengan menggunakan api atas sahaja.
  • Kemudian sudukan 2 tbsp puree cempedak keatas adunan pertama tadi.Ratakan dan bakar hingga kering.
  • Lakukan proses yang sama hingga habis.Kemudian tutup permukaan kek dengan alluminium foil dan bakar lagi dengan menggunakan api atas dan bawah selama lebih kurang 15-20 minit.(suhu 150 darjah celcius atau terpulang pada jenis oven yang digunakan)

Hasilnya memang lumayam..berbaloi-baloi:) cm akan masak kek ni lagi dan lagi dan berkali-kali lagi sebab rasanya sungguh sedap tapi bersedialah mengorbankan telur yang banyak.