LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label kuih raya.. Show all posts
Showing posts with label kuih raya.. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Popia Nestum.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semalam semasa singgah di blog Kak Ina Kl Cm nampak popia nestum .Tetiba teringin pulak nak cuba buat sendiri sebab nampak sungguh senang.Jika beli yang dah siap boleh tahan harganya.Bahan-bahannya  pun semua dah ada.....Terima kasih Ina  .

Bahan-bahannya:

1 peket kulit popia.
1/2 cawan horlicks.
1/2 cawan gula.
1/2 cawan nestum.
1/2 cawan susu tepung nespray.

Chopstik-Cm guna yang kecil di perbuat dari buluh.
Minyak masak secukupnya-untuk menggoreng.
Putih telur -untuk gam.

Cara-caranya:


  • Kisar gula hingga halus.
  • Kisar Nestum sehingga halus.
  • Kulit popia di potong dua.(untuk memudahkan proses menggulung)
  • Gulung kulit popia dengan menggunakan chopstik.
  • Kemudian gam bahagian hujungnya.
  • Lakukan sehingga selesai.Sementara menggulung kulit popia dilakukan ,jangan lupa tutup popia yang telah siap di gulung dengan tuala lembab untuk mengelakkan ianya  kering.Jika kering agak susah untuk mengguntingnya /agak liat.
  • Gunting menyerong mengikut saiz yang anda suka.
  • Goreng sehingga perang.Guna api yang perlahan untuk mengelakkan dari hangus.
  • Toskan minyaknya dengan menggunakan tisu dapur.
  • Tunggu sehingga minyak betul-betul kering dan popia  sejuk baru di salut dengan gula,nestum,susu tepung serta horlicks.Gaul hingga rata.
  • Simpan  di dalam bekas yang kedap udara.

Saturday, January 21, 2012

Gong Xi Fa Cai....Kuih Bahulu.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama sekali Cm ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai  dan Happy New Year to all  our Chinese friends..with good health, pure provision, increased wisdom and thankful of Heaven's gifts. Semoga tahun Naga membawa keuntungan yang berganda:)...pada kawan kawan yang dalam perjalanan balik kampung tu..berhati hati semasa di jalan raya.Semoga selamat  pergi dan selamat kembali.



Cm baru selesai buat kuih bahulu untuk dibawa balik ke kampung sempena Tahun Baru Cina nanti.Terima kasih Cm ucapkan kepada kawan baik Cm iaitu Puan Neo kerana sudi berkongsi resepi kuih bahulu yang sungguh sedap dan unik ini.sungguh berpuas hati.


Resepi Asal Puan Neo

Bahan-bahannya:

1 1/2 kg telur ayam kampung.(timbang dengan kulitnya)
850 gm gula pasir.
730 gm tepung gandum.(Jemur hingga ringan)
1 1/2 tbsp ovalette.


Resepi Yang Cm Kecilkan Sukatannya:)

8 biji telur ayam kampung.(750 gm jika ditimbang dengan kulit)
425 gm gula pasir.
365 gm tepung gandum(goreng sekejap tanpa minyak atau Jemur di panas matahari)
3/4 tbsp ovalette.

Telur Ayam Kampung.

Cara-caranya:


  • Satukan telur,gula pasir dan ovalette kedalam mangkuk pengadun.
  • Pukul hingga kental.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Pukul perlahan-lahan sehingga habis.(jangan lupa ayak tepung terlebih dahulu)
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  • Picitkan  adunan kedalam acuan bahulu sehingga penuh dan bakar hingga masak.
  • Biarkan bahulu semalaman didalam dulang sehingga ianya betul betul sejuk agar bahulu tahan lama dan tidak berkulat.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.Selamat mencuba.





Komen:...Bau kuih bahulu ini sungguh wangi kerana menggunakan telur ayam kampung.Rasanya  pula  tidak terlalu manis.Terima kasih sekali lagi Cm ucapkan buat Puan Neo:)..Insyallah jika sempat kami akan singgah ke rumah Puan Neo:)p

Tuesday, August 23, 2011

Cornflakes Meringue Cookies

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....


Dah siap solat subuh ke?Alhamdulillah pagi ni kami tak ke surau hanya bersolat subuh dirumah je.Penat yang tahap maksima.maklum lah ini lah minggu terakhir berpuasa.Setiap pagi bangun pukul 4 pagi untuk meyediakan makanan bersahur.Pagi ni jika ikutkan persaan memang tak boleh bangkit dari katil.Semalam "Pembantu" Cm mogok jadi terpaksa cuci pakaian secara manual...ya Allah penatnya rasa nak tercabut bahu ni...Selamat tinggal "pembantu" yg setia selama 8 tahun.......
Ini lah satu lagi biskut yang dihasilkan dari  Cornflakes yang Cm buat beberapa hari lepas.Biskut ni tak guna tepung.Sungguh ranggup.Terima kasih Inahar...Cm ambik resepi dari dapur Doktor Inahar minta izin nak C & P resepinya ya....Terima kasih juga buat liza kerana mengesyorkan resepi ini.Alhamdulillah.Sedap dan murah bajetnya(mesti nak jimat  je ni )....

Bahan-bahannya:


  • 220gm Cornflakes
  • 125gm Choc Chips
  • 150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
  • 3 Biji Putih Telur
  • 1-2 Sth Vanilla Esen
  • 60gm Almond Sliced

Cara-cara:
  1. Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
  2. Masukkan gula sikit2 hingga habis
  3. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
  4. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
  5. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)




Kepada kawan-kawan yang nak mencuba resepi ni selamat mencuba:)...cepat dan senang..Insyallah.

Monday, August 22, 2011

Cornflakes Madu Bersama Kacang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Ini lah salah satu daripada biskut yang Cm buat hari ni.Biskut yang jimat bajet dan pastinya kesukaan anak bongsu Cm.Tak tahu lah sama ada dapat survive hingga pagi raya hehe.....Terima kasih Ros Jintan manis kerana berkongsi dengan kami resepi yang senang dan sedap ni(belum makan lagi tapi dapat agak ianya sedap)........

Bahan-bahannya:
1/2 cawan butter.
4 sudu besar  madu(Cm bubuh madu perasa nenas sebab ini je yg ada)
5 cawan cornflakes-ramas kasar.
1 cawan kacang tanah-goreng dgn minyak dan toskan.(jgn terlalu lama menggorengnya)
Cawan kertas secukupnya.
Sedikit gula hiasan.




Cara-caranya:

  • Panaskan butter dan madu hingga cair dan sebati.
  • Masukkan kacang tanah dan cornflakes dan gaul hingga rata.
  • Isikan kedalam paper cup dan tabur dengan gula hiasan.
  • Bakar dalam oven selama lebih kurang 3-4 minit dengan suhu 130 darjah celsius,
  • Biarkan biskut betul-betul sejuk baru di simpan dalam bekas yang kedap udara.
Pada sesiapa yang nak masak biskut yang tak guna telur eloklah guna resepi ni ..jimat telur :).Selamat berbuka  puasa buat kawan-kawan semua semoga puasa kita diterima oleh Allah taala.Insyallah.

Sunday, August 21, 2011

Biskut Coklat Chips



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Wah dah lima hari tak update blog sebab internet slow macam siput dan juga masa pulak tak mengizinkan untuk mengadap komputer.Beberapa hari lepas Cm masak biskut Coklat Chips yang Cm ambik resepi dari dapur Nor ganu.Semenjak bulan Ramadhan ni Cm asyik keluar masuk dapur Nor cari resepi.Semuanya berkenan dihati.Terutama biskut ini.Terima kasih Nor:)

Bahan-bahannya:

180 gm butter.
90 gm gula kastor.
100 gm gula kastor.
200 gm tepung naik sendiri.( Cm guna tepung biasa tapi masukkan 1 tbsp baking powder)
160 gm tepung gandum.
2 biji telur.
1/4 teh garam.
100 gm coklat chips.
80gm kacang hazel-potong kecik.
1 tsp soda bicarbonate.
1 tsp esen vanilla.
120 gm badam cincang.


Cara-caranya:

  • Ayak tepung bersama baking powder  (jika guna tepung biasa),soda bicarbonate dan garam.
  • Pukul butter dan gula hingga gebu.Kemudian masukkan esen vanilla dan telur.Pukul lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi.Kacau rata.Masukkan coklat Chips,kacang badam(panggang sekejap ya) dan kacang hazel.Gaul hingga rata.
  • Panaskan oven 180 darjah celsius.Alaskan dulang dengan baking paper.Cm jemput dengan menggunakan tangan dan aturkan atas dulang,Jarank-jarakkan sikit agar tidak melekat antara satu sama lain bila masak nanti.Adunan yang guna tepung biasa agak keras sedikit jadi boleh jemput jemput guna tangan:)
  •  Bakar hingga masak lebih kurang 20-25 minit.bergantung pada jenis oven yang anda gunakan.
  • Biarkan biskut sejuk sekejap atas dulang baru pindahkan keatas redai kuih.Siap untuk dimakan:)..simpan dalam bekas kedap udara.Biskut ni agak ranggup...dah habis 2 balang jadi kudapan selepas solat terawih..ternyata anak anak suka sangat:)


Maaf pada kawan-kawan yang singgah ke dapur Cm ni sebab tak sempat nak buat kunjungan balas.Maklum lah Ramadhan dah nak hampir pada penghujungnya dan tak lama lagi Aidilfitri akan menjelma.macam-macam hal yang perlu dilakukan Insyallah bila segalanya selesai Cm akan datang berkunjung ya:)...tungguuuu....


Monday, March 21, 2011

Cucur Badak

Salam dan selamat pagi.Rasa lucu pun ada bila sebut perkataan badak ni:) soalan yang berlegar dikepala Cm ni tentang kuih kat atas ..kenapa nama nya cucur badak?tidak ada kena mengena atau kaitan langsung dengan badak samada dari segi rupa bentuk atau sebagainya.Nama makanan atau kuih muih orang melayu yang ada nama binatang adalah seperti..Cucur Badak,Badak Berendam,Tahi Itik,kuih ulat bulu,Cucur Kodok,Cakar Ayam dan Ulat Mulung.Agaknya siapa yang letak nama kuih muih ni ya:)
Selalunya apabila Cm buat Blogwalking mesti singgah kat blog Sonia.Semalam bila lihat kuih cucur badak tetiba terasa nak makan kuih ni.Sebelum ini   Cm buat Cucur Badak tanpa resepi yang khusus hanya main lebur je..hentam saja dan insyallah jadi.Tapi kali ini Cm guna resepi Sonia dan seperti biasa Cm ubah suai sikit cara-caranya mengikut keselesaan sendiri.Umpamanya jika resepi asal suruh masukkan bahan A dulu tp Cm masukk bahan E dulu hehe.mana yang tercapai ..Terima kasih Sonia!!!
Bahan-bahannya:
Doh

300 gm ubi keledek
50 gm tepung gandum
Rencah-rencahnya:
100 gm bawang merah
2 batang serai
1 tbsp udang kering
1 tsp serbuk kunyit
3biji cili kering
1/2 biji kelapa parut
100 gm udang segar-potong kecil
Beberapa helai daun limau purut.
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak secukupnya untuk goreng kuih.
Cara-caranya:
Untuk Doh:

Rebus ubi keledek dengan sedikit garam hingga empuk .Lenyek hingga hancur dan uli dengan tepung gandum hingga sebati.Ketepikan.

Untuk Inti:
Kisar bawang merah,kunyit ,serai dan udang kering hingga hancur.Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga wangi baru masukkan udang segar dan kelapa parut.Gaulkan hingga sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Last sekali masukkan hirisan daun limau purut.Masak hingga kering airnya.Sejukkan sebelum digunakan.
Cara-caranya:

  • Ambil adunan sebesar bola golf hehe..terpulanglah nak buat saiz besar mana ya...bola ping pong ke..agak-agak la ya:)
  • Leperkan dan masukkan inti kemudian tutup dengan rapi agar tidak terburai semasa menggorengnya nanti.bulat-bulatkan kemudian leperkan sikit.Buat lah proses yang sama hingga selesai.
  • Oleh kerana Cm buat 2 adunan dan dapat hasil yang agak banyak  jadi Cm goreng cucur  separuh masak dan simpan dalam freezer.Bila perlu keluarkan 1/2 jam awal dan goreng hingga garing atau perang.
  • Untuk dimakan terus, goreng kuih hingga perang dengan menggunakan api yang sederhana panasnya.

Friday, August 27, 2010

Biskut Coklat Badam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah sudah berbuka tadi dengan anak-anak.Jarang kami dapat berbuka bersama kerana anak-anak sibuk dengan kerja masing-masing.Angah sentiasa sibuk dan tak sempat berbuka dirumah .Along tinggal dirumahnya berhampiran dengan universiti tempatnya mengajar ...petang jumaat je baru dapat balik...seronok dapat berbuka ramai-ramai ni..makanan pun rasa lebih enak jika dapat makan "berebut-rebut"hehe... .Menu kami hari ni ...ikan panggang & sos kicap pedas (tak pedas pun ),ayam goreng(untuk si kecik),kari udang ,sayur dan buah-buahan.

Hari ni kami tak berterawih kerana suami tak berapa sihat.....jadi sempatlah cm masukkan n3 untuk hari ni:)
hehe ambil kesempatan.Tiap-tiap kali raya cm akan buat biskut kegemaran anak-anak.  ( sebenarnya kami lebih suka kuih tradisi seperti kuih siput,kuih loyang,tempeyek dan maruku ) Selalunya biskut yang berasakan coklat dan badam menjadi pilihan .Resepi Biskut Coklat Badam ni cm dapat dari Puan Norfadhillah Neo rakan baik cm.Mari kita lihat camana nak buatnya:)

Bahan-bahannya:)
300 gm tepung naik sendiri.*
250 gm butter.
250 gm coklat masakan.
190 gm gula halus
1 biji telur.
200 gm tepung jagung.*
2 tbsp serbuk koko.*
200 gm badam flakes
1 tsp  essen vanilla
***Ayak semua bahan-bahan yang bertanda bintang.

Cara-caranya:
  • Pukul gula dan butter& esen vanilla hingga kembang
  • Masukkan telur,coklat(cairkan) dan pukul lagi hingga adunan sebati.
  • Kemudian masukkan bahan -bahan yang telah diayak tadi dan gaul& uli hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan badam dan uli lagi hingga sekata.
  • Masukkan adunan kedalam plastik dan bentukkan empat segi memanjang seperti foto dibawah ni.
  • Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
  • Keluarkan dan potong mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  • Bakar hingga masak.....Selamat mencuba:)
Pastikan ada sedikit ruang semasa membakarnya agar biskut tidak melekat antara satu sama lain.Biskut yang mengandungi tepung naik sendiri akan mengembang semasa dibakar .Gunakan pisau yang betul-betul tajam untuk memotong agar biskut kelihatan rapi...pisau  cm ni kurang tajam:(.