LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Kek Coklat Kukus II



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Setiap kali Cm nak menghias kek setiap kali terasa tangan ni kaku dan keras.Segala yang di buat nampak tak kena je..tak cantik.Anak Cm Along tergelak apabila melihat Cm keletihan dan kecewa dengan hiasan yang tak menjadi ".Frust betul la...tapi tahun ni mama tak mau kek dari kedai :( "....so Along bawa Cm  ke Cold Storage Alamanda untuk beli buah strawberi nak  make upkan  kek coklat yang seakan-akan  kepala "Bozo The Clown" dari pandangan atas hikhik.


Nama asal kek ni adalah Russian Black And White Chocolate Cake yang Cm ambil dari dapur Hana.Tetapi rasanya namanya nak  kena tukar sebab rupa kek dah jadi lain" bebenor" :) .....Terima kasih Hana dan mohon kemaafan  kerana telah menderhaka secara tak sengaja... kek yang sepatutnya  "kiut miut" seperti yang Hana buat tu  telah jadi besar "gedabak" ...tentang rasanya Insyallah mesti sedap ni walaupun Cm belum makan lagi kerana berpuasa.Petang nanti baru tahu rasa yang sebenarnya.
Resipi Kek Coklat.

Bahan-bahannya:

170 gm tepung superfine *
1 tsp baking powder *
1 tsp soda bikarbonat *
1 tin susu cair (400gm)
100 gm serbuk koko.
200 gm minyak jagung.
250 gm susu pekat manis.
250 gm gula halus.
5 biji telur-blend selama  5 minit.

Cara-caranya:


  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *.
  • Guna periuk nonstick-satukan minyak masak,serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat manis atas api yang kecil.kacau hingga larut dan tak perlu tunggu hingga mendidih.Angkat.
  • Kemudian masukkan telur yang di blend tadi dan kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi.Kacau hingga rata dengan menggunakan whisk.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas minyak.
  • Kukus selama 1 jam.
Resipi Coklat Ganache.

Bahan-bahannya:

200 ml whipping cream (dairy)
500 gm coklat masakan.(lebih elok di gunakan coklat compound)
1 tbsp air 
2 tbsp sirap glukos.
2 tbsp soft butter.

Cara-caranya:

  • Panaskan whipping cream tak perlu mendidih.Masukkan air,butter dan sirap glukos..
  • Kacau hingga rata.Angkat.
  • Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati.Sejukkan.
  • Apabila sejuk simpan dalam peti sejuk sekejap.Sedia untuk di gunakan.

Resipi Coffee Cream Cheese.

Bahan-bahannya:

500 gm cream cheese.
1 cawan butter lembut.
1 cawan gula asing.
1 peket coffee 3 in one.


Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang.Siap untuk di gunakan.


Cara-cara penyediaannya /Hiasan.

  • Potong kek kepada 3  lapisan.
  • Isikan Coklat Ganache  dan Coffee Cream Cheese ke dalam dua piping beg .
  • Letak se keping kek ke atas papan kek dan paipkan coklat ke atas permukaan kek secara bulatan.
  • Kemudian di selang seli dengan Coffee Cream Cheese.Lakukan sehingga selesai.
  • Letakkan kepingan kek yang seterusnya ke atas lapisan yang pertama tadi dan lakukan proses yang sama.
  • Last sekali tutup dengan lapisan yang terakhir.
  • Sapukan seluruh permukaan kek dengan coffee Cream Cheese.
  • Akhir sekali tuangkan Coklat Ganache ke atas kek.Jika Coklat mula mengeras panaskan sekejap denga kaedah double boil.
  • Simpan kek dalam peti sejuk sebelum di potong.
*** Untuk hisan terpulang pada kreativiti masing-masing.






Setelah melalui 3/4 dari perjalanan hidup  ini ...Cm hanya memohon kepadaNya agar di kurniakan kesihatan yang baik dan ditambahkan iman .Mudah-mudahan sisa sisa usia yang tinggal ini penuh dengan keberkatan....Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri....

Friday, October 19, 2012

Chocolate Ganache

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semasa mencari resipi chocolate  ganache untuk kek coklat Si Adik hari tu Cm terjumpa satu resipi yang agak menarik dan senang ..nampak sungguh senang.Cm pun  terus mencuba resipi tersebut dan ingin berkongsi bersama kawan-kawan :)

Bahan-bahannya:

680 gm  coklat masakan.
3  1/3 cawan heavy whipping cream.(Cm guna Whipping cream biasa sb tak ada stok)

Cara-caranya:


  • Coklat di cincang kecil.
  • Panaskan cream hingga hampir mendidih tetapi jangan sampai mendidih.
  • Tuangkan cream ke dalam bekas coklat dan kacau rata dengan menggunakan whisk.
  • Jika masih terdapat ketulan kecil coklat,guna cara double boil.
  • Bila coklat telah sebati simpan semalam di suhu bilik  baru di gunakan.
  • Selamat mencuba.
Inilah kek yang disapukan dengan chocolate ganache.

Rasanya sedap tetapi sila abaikan rupa kek yang telah di sapu chocolate ganache tu ya sebab pertama kali kek di tunjukkan pada Si adik katanya"Eh..Eh..hodohnya kek" haha komen yang sungguh ikhlas dan jujur...dan sebelum makan katanya lagi.."Mama why this cake so ugly ar?".....tetapi rasanya sedap!hehe....Pengomen tetap yang setia:)...Selamat berhujung minggu ya....

Saturday, September 8, 2012

Kek Coklat Lembab.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selain kek buah ,Cm suka makan kek coklat.Resipi dari dulu hingga kini Cm guna resipi yang sama kepunyaan Datin El.Alhamdulillah anak anak pun suka.

Kek retak sedikit kerana suhu oven terlalu panas.Ada masalah sikit dengan oven yang dah "berumur"ni...



Bahan-bahannya.

250 gm butter.
4 biji telur.
2 cawan gula halus.
2 1/2 cawan tepung gandum.
1 tsp soda bikarbonat.
1 tsp baking powder.
1 tsp essen vanilla.
1 cawan serbuk koko.
2 cawan susu berperisa coklat.

Coklat ganache.

250 ml whipping cream.
500 gm coklat masakan.
20 gm butter.

Cara-caranya:


  • Ayak tepung,serbuk koko,soda bikarbonat dan baking powder-ketepikan.
  • Pukul butter dan gula halus hingga kembang.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan di pukul lagi hingga kembang .Jangan lupa  masukkan essen vanilla ya.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan di selang- seli dengan susu coklat sambil di pukul perlahan-lahan.
  • Lakukan sehingga selesai,
  • Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter serta di alaskan dengan kertas minyak.Bakar sehingga masak.Sejukkan kek di atas rak dawai.

  • Sementara menunggu kek sejuk boleh kita sediakan bancuhan coklat ganache ya.
  • Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
  • Kemudian panaskan whipping cream sehingga mendidih.
  • Tuangkan cream kedalam coklat cair bersama -sama dengan butter,
  • Kacau hingga sekata/sebati.
  • Tuangkan ke atas kek dan biarkan coklat beku.Jika nak cepat bolehlah masukkan kek kedalam peti sejuk sekejap.

Jika ada kawan-kawan yang ingin nak try resipi ini..silakan..silakan..selamat mencuba.Insyallah takkan mengecewakan..sungguh..tak tipu hehe.Ceria ceria selalu.

Friday, November 18, 2011

Nuts & Fruits Choc Chips Cookies.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



 Hari ini Cm cuti memasak tetapi sahabat yang Cm sayangi Pn.Liza bermurah hati menyumbangkan sebuah resepi bersama  satu tupperware biskut yang sungguh sedap sekali..rasanya famous Amos dah mula tergugat jika Liza buka kiosk di Alamanda hehe:).Thanks Liza:)..


Bahan-bahannya:
300 gm tepung gandum.*
1 tsp Soda bikarbonat.*
2 tbsp serbuk koko.*
1/2 tsp garam.*
1 biji telur -pukul dengan garfu sekejap.
100 gm gula perang.
250 gm butter.
100 gm badam-cincang.
100 gm raisin/sultanas-cincang.
1/2 tsp vanilla.
200 gm choc chips.
2 tbsp lemak sayuran.
100 gm cornflakes-hancurkan kasar.

Cara-caranya:

  • Panaskan oven 170'C.
  • Ayak bahan-bahan bertanda *
  • Masukkan kekacang dan buah buahan kering kedalam tepung yang di ayak tadi,
  • Krim butter,gula dan lelemak sayur hingga kental.
  • Masukkan vanilla.
  • Masukkan bahan-bahan kering tadi.
  • Gaul hingga rata.
  • Sudukan mengikut sais yang di kehendaki.
  • Bakar selama  lebih kurang 15 minit.



Komen:)  Sedap.Rasa seakan akan biskut famous Amos hehe.Cuba lah try.Resepi ori dari dapur Liza.

Wednesday, August 3, 2011

Stitch's Chocolate Chips Cookies

Salam dan selamat petang semua.....

Semasa singgah di blog Quay Po Cooks Cm tertarik dengan biskut Stitch's Chocolate Chips Cookies yang ada kat sana.Terbayang bayang kesedapannya:).Bila teliti bahan-bahannya semua ada kat dapur Cm..apa lagi terus memulakan misi biskut tengahari tadi.Selepas membacuh dohnya kena simpan dalam peti sejuk 1 jam lamanya.Jadi dapatlah Cm golek golek baca surat khabar hari ni  dulu..........
Bahan-bahannya:
2 biji telur.
8 auns butter.-lembutkan dalam suhu bilik.
1/2 cawan gula halus.
2 cawan semi sweet chocolate chips(Cm guna 1/ 1/2 cawan jsb dah kehabisan stok)
1 tsp essen vanilla.


A
2 1/4 cawan tepung gandum.
1 tsp baking soda.
1 tsp garam halus.


B
3/4 cawan gula perang.
1/2 cawan oatmeal (raw)
2 tbsp tepung jagung.

Cara-caranya:

  • Satukan bahan-bahan A dan ketepikan.
  • Kisar kering bahan-bahan B-ketepikan.
  • Pukul butter,essen vanilla  dan gula hingga hingga kembang kemudian masukkan telur satu persatu.Pukul hingga sebati.
  • Masukkan A dan B.Gaul hingga semua bahan-bahan tadi sebati.
  • Masukkan kedalam beg plastik dan simpan dalam peti ais selama  satu jam.
  • Kemudian bentukkan doh kepada bebola kecil dan  leperkan sikit.Aturkan atas dulang yang telah di alas dengan baking paper. Jarakkan sikit agar tidak melekat antara satu sama lain bila masak nanti .Bakar hingga perang.
Terima kasih ... Kam xia  Cm ucapkan pada Quay Po Cooks....bau biskut ni sungguh harum sama dengan bau kat kedai Famous Amos tu hehe.Malam nanti baru dapat rasa biskut ni:)......

Friday, July 29, 2011

Muffin Coklat

Salam dan selamat petang....


Wah hari ni semangat lebih hingga dua n3 sehari:)..mood rajin ni.Cm buat muffin untuk minum petang.Resepi muffin ni Cm ambik kat dapur Knor Ganu yang femes tu...terima kasih Nor.Memang sedap giler lah(pinjam ayat si adik)..pastinya Cm akan buat muffin ni lagi dan lagi.....
Kebetulan semua bahan-bahan dah ada dalam peti ais dan bila baca resepinya amat mudah sekali tak perlu pukul memukul telur atau sebagainya.Semuanya main lebur je..senang dan sedap..apa lagi ini lah resepi yang Cm suka:).....

Bahan-bahannya:(Cm buat dua adunan)

400 gm coklat masakan.
140 gm butter,
100 gm gula halus.
4 biji telur.
2 tsp baking powder.
120 gm tepung gandum.
Badam flakes secukupnya-tabur.
Coklat chip secukupnya-tabur

Cara-caranya:

  • Cairkan coklat dengan menggunakan cara "double boiler" hingga cair.
  • Kemudian masukkan butter.kacau hingga sebati dan ketepikan.
  • Panaskan oven.
  • Masukkan gula dan telur kedalam mangkuk dan kacau guna whisk hingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum(jgn lupa ayak bersama baking powder terlebih dahulu ya).
  • Kacau hingga sebati kemudian masukkan coklat yang dicaikan tadi.Gaul hingga rata.
  • Adunan muffin ni agak cair jadi untuk memudahkan kerja ,Cm masukkan adunan kedalam piping bag kemudian baru masukkan kedalan bekas muffin.
  • Isi 1/2 adunan kedalam bekas muffin(Cm isi terlebih jadi bila masak hampir terkeluar)
  • Taburkan dengan badam flakes dan coklat chip.Bakar hingga masak.
Sambil lepak lepak atas karpet baca paper...baca cerita Harimau Malaya  kalah di tangan spore...sambil makan muffin dan hirup teh O panas tanpa gula...bahagianya.....lemak pun bertambah-tambah hehe...oh ya pujian pada pemain Malaysia kerana berhempas pulas cuba untuk menang tapi apakan daya...adat lah..kalau tak menang ..kalah.....(pstt Cm  tengok jap  je   siaran langsung kat tv malam tadi....ngeri....takut kalah)

Saturday, June 25, 2011

Moist Yogurt Chocolate Cake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semasa singgah ke dapur Along Roz Cm tertarik sangat dengan Moist  Sour Cream Chocolate Cake yang ada kat dapur Along tu..nampak sungguh menarik sekali.Bila teliti bahan-bahannya ,semuanya ada dalam stok Cm kecuali sour cream.Jadi Cm ganti Sour Cream dengan Yogurt yang dah nak sampai tarikh luput  beberapa hari lagi... jangan membazir ya.....terima kasih Along Roz kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh menarik ini.Cm nak minta maaf banyak-banyak sebab dah "derhaka" pada resepinya:)p...kek ni memang Ummmpph!!!! memang sedap ..tak tipu..memang sedap hehe...jika tak percaya ..cuba lah...
Besok hari sabtu selalunya anak-anak dan menantu akan datang berkumpul jadi rasanya kek ni tak jadi masalah..pastinya ada peminatnya nanti:).....anak-anak memang suka kek coklat  seperti ini.

Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.
Cara-caranya:
  • Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
  • Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
  • Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul  lagi hingga rata dan sebati.
  • Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
  • Bakar hingga masak.
  • Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.
Chocolate ganache

450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)

  • Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati
  • Biarkan  betul-betul sejuk baru sapukan pada kek...selamat mencuba.

*kepada kawan-kawan yang sudi singgah dan tinggalkan komen..terima kasih..Insyallah Cm akan balas perlahan-lahan ya:) dan Isyallah bila keadaan "reda" sikit akan Cm buat kunjungan balas....sibuk "bebenor "....Selamat berhujung minggu semua...ooppss..tak lupa terima kasih pada Zuhri kerana tolong mama ambik gambar kek ni:)

    Monday, April 18, 2011

    Kek Coklat Kukus.


    Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

    Hari yang sangat sibuk dan macam-macam berlaku.Beberap hari lepas atm kad hilang ,buat repot dan batalkan kad tu.Hari ini buat kad baru dan semasa nak tukar pin no kena telan pulak kad  yang baruArrggghhh stress betul.besok baru dapat ambil balik.Tak suka pergi bank...parking jauh,jalan tengah panas...beratur...patut lah nenek moyang kita simpan duit bawah bantal hehe.
    Jika stress selalunya berkebun atau masuk dapur memasak.jadi hari ni tak boleh berkebun kerana cuaca sungguh panas.Masuk dapur masak kek kegemaran kami sekeluarga.Kek Coklat kukus.Memang akan masak kek ni lagi dan lagi kerana sungguh berpuas hati dengan resepinya.Selepas makan kek ni menyesal dan takkan berani naik atas penimbang......separuh dari kek ni Cm bagi kat kawan Cm Opah kat seberang jalan tu...Opah called kata sangat sedap..satu kepuasan hehe.terima kasih Opah ..pujian opah buat Cm dapat tersenyum :)

    Bahan-bahannya:
    A
    1 cawan gula pasir
    1 cawan minyak masak
    1 cawan susu cair.
    1 cawan serbuk koko
    B
    4 biji telur grade B
    1/2 cawan susu pekat manis.
    1 tsp esen vanilla.
    C
    1 1/4 cawan tepung gandum
    1 tsp serbuk baking powder.
    1 tsp serbuk soda bicarbonat.

    Cara-caranya:
    • Kacau A atas api hingga semuanya larut.Sejukkan sikit.
    • Kacau telur dengan susu pekat manis hingga sebati.Masukkan esen vanilla.
    • Ayak tepung dengan baking powder dan soda bicarbonat
    • Tuangkan adunan telur kedalam A dan guna whisk -kacau hingga sebati.
    • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
    • Sapukan loyang kek dengan sedikit butter.
    • Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak-lebih kurang 1/2 jam tapi jika guna pengukus biasa hanya memakan masa 20 minit.Selamat mencuba.
    *resepi asalnya sila klik DISINI
    You might also like:

    Saturday, June 19, 2010

    Abang,adik dan Kek coklat


    Assalamualaikum dan selamat petang. Cuti sekolah akan berakhir dan isnin ini sekolah akan dibuka.Tapi nampak gayanya anak cm yang kecik ni tak dapat ke sekolah lagi kerana ada temu janji dengan doktor untuk buka jahitan didagunya."Hadiah" cuti sekolah kali ni adalah parut di dagu hehe .Biasa lah anak lelaki jika tak ada parut yang tinggal masa kecik tak sah...bukan anak lelaki namanya tu:)

    Cm ada 2 orang anak lelaki dan jarak antara abang dan adik 10 tahun.....jarak dengan kakak-kakaknya pulak lagi jauh jadi sikecil ni menjadi kesayangan semua:) untung kan!! Anak kecik cm ni tergolong dalam golongan kanak-kanak yang tidak lasak jadi tak susah menjaganya .Jika main bola dia hanya jadi penjaga gol je:)



    Abang main game adik tengok je..


    Abang minat dalam bidang fotografi..ibu pun minat jugak:) tapi ibu suka ambil gambar makanan je:)



    Sempena hari Bapa cm buat kek coklat yang menjadi kegemaran ayah dan anak-anak. ....selamat hari bapa buat "abah".Bila lihat semua anak-anak ada kat rumah ni beliaulah orang yang paling gembira.Katanya"ini lah harta yang kita ada" Alhamdulillah.Terima kasih untuk BAPA..terima kasih untuk segala pengorbanan bapa:)..terima kasih banyak-banyak.....terima kasih kerana menjadi bapa yang baik:) Allah saja lah yang dapat membalas segala kebaikan "Abah".

    DEATH BY THE CHOCOLATE CAKE(sumber IKA & cmg)

    Bahan-bahannya:

    2 cawan tepung gandum
    1 cawan melted butter
    1 3/4 cawan gula halus
    3 biji telur grade A
    1 cawan susu cair
    1 cawan serbuk koko
    1 tsp baking powder
    1 tsp soda bacarbonate
    1 tsp esen vanilla.
    secubit garam
    1 cawan air panas mendidih

    Ganache;(sumber CMG)
    300 gm cooking coklat
    1 tbsp butter
    3-4 tbsp susu segar

    Cara-caranya:
    Campurkan semua bahan-bahan diatas dengan menggunakan kaedah double boil.Kacau hingga sebati.Siap untuk digunakan.

    Hiasan
    Buah strawberry secukupnya

    Cara-caranya:

    • Ayak tepung gandum,serbuk koko,baking powder,soda bicarbonate dan garam
    • Pukul telur dan gula hingga kembang
    • Masukkan baha-bahan yang diayak tadi selang seli dengan butter dan air mendidih.
    • Kacau hingga sebati dan masukkan esen vanila.
    • Sapukan loyang dengan sedikit butter dan alas dengan kertas minyak.
    • Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar hingga masak.
    • Biarkan kek benar-benar sejuk baru sapukan dengan ganache.
    • Hiaskan dengan buah strawberry.

    Friday, May 21, 2010

    kek coklat kukus

    Kukus dengan menggunakan periuk nasi letrik je sebab tak ada pengukus yang besar. Kacau atas api-gula ,serbuk koko,butter,susu cair dan minyak jagung hingga sebati & gula hancur. Salam dan selamat sejahtera.Pertama kali membuat kek coklat kukus rasa sungguh seronok.Tak sangka prosesnya sangat senang.Tidak perlu memukul telur hingga kembang,tak payah guna butter sebaliknya hanya guna minyak jagung.Terima kasih pada Periuktanah atas resepi yang sangat mudah dan sedap.Oleh kerana pengukus besi cm dah lama rosak jadi cm hanya guna periuk nasi letrik.Pada mulanya cm tawakal je..jika jadi alhamdulillah jika gagal tak apalah sebab tak ada pengukus .Hasilnya memang memuaskan ..selepas disalut dengan coklat cair, badam panggang dan coklat rice ..hmm..sedap:) Satu resepi ni dapat menghasilkan 3 biji kek yang sungguh "cute".satu untuk faiz anak Liza yang menyambut hari jadi isnin ni dan sebiji lagi tu untuk Mak Teh faiz..happy birthday to both of you..semoga panjang umur dan sihat sejahtera hendaknya.Birthday mak Teh pada hari ahad .kek yang ketiga tu kami anak beranak yang makan...sori lah angah ya....mama memang tak boleh stop membaking hehe. Jom kita lihat camana nak buat kek coklat kukus ni:) Bahan-bahannya: A 1 cawan gula pasir 1 cawan minyak masak 1 cawan susu cair. 1 cawan serbuk koko B 4 biji telur grade B 1/2 cawan susu pekat manis. 1 tsp esen vanilla. C 1 1/4 cawan tepung gandum 1 tsp serbuk baking powder. 1 tsp serbuk soda bicarbonat. Cara-caranya:
    • Kacau A atas api hingga semuanya larut.Sejukkan sikit.
    • Kacau telur dengan susu pekat manis hingga sebati.Masukkan esen vanilla.
    • Ayak tepung dengan baking powder dan soda bicarbonat
    • Tuangkan adunan telur kedalam A dan guna whisk -kacau hingga sebati.
    • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
    • Sapukan loyang kek dengan sedikit butter.
    • Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak-lebih kurang 1/2 jam tapi jika guna pengukus biasa hanya memakan masa 20 minit.Selamat mencuba.
    *resepi asalnya sila klik DISINI