LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label cheese. Show all posts
Showing posts with label cheese. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Marble Chocolate Cheese Brownies.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Marble Chocolate  Cheese Brownies.

Resipi Asal : Rinnchan.

Bahan-bahannya:

250 gm butter.
3 biji telur.
1 cawan serbuk koko.
1 1/2 cawan gula kastor.
1/2 cawan susu cair.
1 1/2 cawan tepung gandum *ayak dengan bp dan bs.
1 tsp baking powder.*
1 tsp baking soda*
1 tsp esen vanilla.
Cara-caranya:


  • Cairkan butter dengan menggunakan api yang perlahan.Guna periuk yang sesuai
  • Masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata.
  • Handwhisk gula dan telur dalam mangkuk sehingga sebati.Kemudian masukkan ke dalam adunan butter.Kacau rata,Kecilkan api.Masukkan susu cair.
  • Akhir sekali  masukkan tepung gandum (BP + BS) dan esen vanilla kacau  sehingga sebati..
  • Panaskan oven 175 darjah celcius.
  • Alaskan  loyang 10" x 10" dengan baking paper.Biarkan hujung kertas terjuntai keluar dari loyang agar senang untuk mengeluarkan brownies setelah masak nanti.
  • Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan.Tinggalkan sedikit untuk di buat marblenya nanti.
  •  Bakar selama 20 minit.

Bahan-bahan lapisan cheese.

250 gm cream cheese.
1 cawan gula kastor.
1 biji telur grade B.

Cara-caranya:

  • Pukul cheese sehingga gebu.
  • Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
  • Setelah 20 minit keluarkan brownies.Tuangkan cheese ke atasnya dan ratakan.
  • Ambil 2 sudu besar adunan cheese dan campurkan dengan lebihan brownies tadi.
  • Masukkan ke dalam piping beg.Paipkan  menjadi jaluran memanjang di permukaan brownies dan lorek mengikut citarasa masing-masing.
  • Bakar brownies selama 15 minit atau sehingga permukaan cheese masak.
  • Biarkan brownies betul-betul sejuk baru di potong.



** Untuk potongan yang lebih kemas Cm simpan dalam peti sejuk sehingga keras baru di potong.Selamat mencuba :)

Tuesday, July 23, 2013

Kek Coklat Kukus II



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Setiap kali Cm nak menghias kek setiap kali terasa tangan ni kaku dan keras.Segala yang di buat nampak tak kena je..tak cantik.Anak Cm Along tergelak apabila melihat Cm keletihan dan kecewa dengan hiasan yang tak menjadi ".Frust betul la...tapi tahun ni mama tak mau kek dari kedai :( "....so Along bawa Cm  ke Cold Storage Alamanda untuk beli buah strawberi nak  make upkan  kek coklat yang seakan-akan  kepala "Bozo The Clown" dari pandangan atas hikhik.


Nama asal kek ni adalah Russian Black And White Chocolate Cake yang Cm ambil dari dapur Hana.Tetapi rasanya namanya nak  kena tukar sebab rupa kek dah jadi lain" bebenor" :) .....Terima kasih Hana dan mohon kemaafan  kerana telah menderhaka secara tak sengaja... kek yang sepatutnya  "kiut miut" seperti yang Hana buat tu  telah jadi besar "gedabak" ...tentang rasanya Insyallah mesti sedap ni walaupun Cm belum makan lagi kerana berpuasa.Petang nanti baru tahu rasa yang sebenarnya.
Resipi Kek Coklat.

Bahan-bahannya:

170 gm tepung superfine *
1 tsp baking powder *
1 tsp soda bikarbonat *
1 tin susu cair (400gm)
100 gm serbuk koko.
200 gm minyak jagung.
250 gm susu pekat manis.
250 gm gula halus.
5 biji telur-blend selama  5 minit.

Cara-caranya:


  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *.
  • Guna periuk nonstick-satukan minyak masak,serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat manis atas api yang kecil.kacau hingga larut dan tak perlu tunggu hingga mendidih.Angkat.
  • Kemudian masukkan telur yang di blend tadi dan kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi.Kacau hingga rata dengan menggunakan whisk.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas minyak.
  • Kukus selama 1 jam.
Resipi Coklat Ganache.

Bahan-bahannya:

200 ml whipping cream (dairy)
500 gm coklat masakan.(lebih elok di gunakan coklat compound)
1 tbsp air 
2 tbsp sirap glukos.
2 tbsp soft butter.

Cara-caranya:

  • Panaskan whipping cream tak perlu mendidih.Masukkan air,butter dan sirap glukos..
  • Kacau hingga rata.Angkat.
  • Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati.Sejukkan.
  • Apabila sejuk simpan dalam peti sejuk sekejap.Sedia untuk di gunakan.

Resipi Coffee Cream Cheese.

Bahan-bahannya:

500 gm cream cheese.
1 cawan butter lembut.
1 cawan gula asing.
1 peket coffee 3 in one.


Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang.Siap untuk di gunakan.


Cara-cara penyediaannya /Hiasan.

  • Potong kek kepada 3  lapisan.
  • Isikan Coklat Ganache  dan Coffee Cream Cheese ke dalam dua piping beg .
  • Letak se keping kek ke atas papan kek dan paipkan coklat ke atas permukaan kek secara bulatan.
  • Kemudian di selang seli dengan Coffee Cream Cheese.Lakukan sehingga selesai.
  • Letakkan kepingan kek yang seterusnya ke atas lapisan yang pertama tadi dan lakukan proses yang sama.
  • Last sekali tutup dengan lapisan yang terakhir.
  • Sapukan seluruh permukaan kek dengan coffee Cream Cheese.
  • Akhir sekali tuangkan Coklat Ganache ke atas kek.Jika Coklat mula mengeras panaskan sekejap denga kaedah double boil.
  • Simpan kek dalam peti sejuk sebelum di potong.
*** Untuk hisan terpulang pada kreativiti masing-masing.






Setelah melalui 3/4 dari perjalanan hidup  ini ...Cm hanya memohon kepadaNya agar di kurniakan kesihatan yang baik dan ditambahkan iman .Mudah-mudahan sisa sisa usia yang tinggal ini penuh dengan keberkatan....Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri....

Thursday, October 18, 2012

Bake Rice With Cheese.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Hari  ini tak mau cakap lebih-lebih:)p......sekejap lagi nak bikin kek coklat atas permintaan si adik.Bila nampak kek je asyik tanya mana kek coklat yang dia suka...birthday dia next week ...tak apa.. kira rehearsal...buat kek pun ada  rehearsal seperti nak perform on stage gitu hehe.

Ini gambar menu makan tengahari kami sekejap lagi.Many thanks to my dear Liza... my beloved friend hehe.Dia bagi idea untuk masak nasi dengan cheese ni..wah...sedap:) dah rasa sikit masa keluarkan dari oven tadi.....Bekas tu kami beli kat Daiso Jusco Seri Kembangan.Cm beli 2 dan Liza borong 1/2 dozen.

Bahan-bahannya:

2 cawan nasi.
1 cawan labu yang telah di potong kiub.
1/2 kiub perisa ayam .
Minyak jagung untuk menumis.
1/2 cawan cream.
Sedikit serbuk lada hitam.
3 batang sosej ayam-potong kecil.
1 labu bawang besar-cincang.
1 ulas bawang putih-cincang.
Keju parut secukupnya.
Sedikit isi ayam-potong kiub kecil.
1 biji kentang-potong dadu.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak jagung.Tumis bawang besar  dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan sosej,isi ayam dan kentang.Gaul hingga rata.
  • Kemudian masukkan krim,sedikit garam,perisa ayam dan serbuk lada hitam.Masak hingga kentang empuk,
  • Akhir sekali masukkan nasi sambil di kacau rata.Matikan api dan masukkan labu.Gaul hingga sekata.
  • Sendukkan kedalam bekas yang sesuai.Taburkan parutan keju dan bakar hingga labu empuk dan permukaan nasi bertukar kekuningan.
  • Siap.sedap dimakan ketika masih panas.



Friday, October 12, 2012

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selama ini asyik menelan air liur bila nampak snow cheese cake yang kawan-kawan buat .Nak cuba takut tak jadi dan tiada orang yang nak memakannya.maklumlah Cm hanya  tinggal tiga beranak kat rumah ni..Si adik memng tak suka  makan kek selain dari kek coklat....
Hari  ni Cm gagahkan jugak kerana bahan-bahan dah lama beli.Pejamkan mata dan Bismillah....akhirnya terhasil lah kek yang tengan femes sekarang ni.Alhamdulillah memang sedap ..lain dari kek cheese yang pernah Cm makan kerana Snow Cheese kek ni di saluti oleh parutan Cheese Cheddar...lemak-lemak manis gitu...

Sumber: Izahdaut.
              Mamafami.
              Kzai.


Bahan-bahannya:

A

6 biji telur -asingkan  2 putihnya.
100 gm gula halus.
100 gm tepung Hong Kong.
60 gm tepung jagung.
75 gm melted butter.
50 gm air sejuk dari peti ais.
1 tsp baking powder.
1 tbsp ovalette.
Sedikit essen vanilla.

B
Topping:

250 gm cream cheese.
1/2 cawan susu pekat manis.
(Pukul cream cheese dan susu pekat manis hingga kembang.Ketepikan.)

C
Tabur:

Parutan Cheddar Cheese secukupnya.
Cara-caranya:


  • Satukan bahan-bahan A  kedalam mangkuk pengadun kecuali melted butter.Pukul hingga gebu.
  • Kemudian masukkan melted butter dan pukul lagi hingga sebati.
  • Sapukan acuan dengan sedikit butter dan alaskan dengan baking paper.
  • Tuangkan adunan kedalam acuan tadi dan bakar hingga masa.
  • Sejukkan atas redai dan potong kek dengan menggunakan benang seperti kita memotong telur rebus agar kelihatan kemas.
  • Sapukan dengan B dan tutup dengan kek yang sebahagian lagi.
  • Sapukan semua permukaan kek dengan cream cheese dan tabur dengan keju parut.
  • Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum di potong.

Saturday, October 6, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Salam di hujung minggu buat semua.Tentu macam-macam program telah diatur untuk bersama-sama keluarga tercinta.Minggu ni Maryam dan Mommy serta daddynya   ada bersama-sama kami...jadi agak sibuk sikit dengan acara  masak memasak.Makan tengahari Cm masak nasi tomato,sambal udang dan kari ayam serta acar .Petang pulak Cm masak Blueberry Cheese Cake.

Alhamdulillah ,anak-anak kata sedap kek ni....ada yang bagi pandangan supaya masukkan  lebih Jus lemon agar lebih masam rasanya.Insyallah lain kali boleh try.



Sumber:Izah Muffin Lover.
             AnnaQawina
             Alma myresipi.

Bahan-bahannya:

Loyang bulat 9 inci-alas dengan baking paper.

A

250 gm cream cheese.
100 ml susu segar.
60 gm butter.
6 biji kuning telur.
1/4 tsp garam.
1 tbsp jus lemon.
60 gm tepung gandum.-ayak sebanyak 3 kali.
20 gm tepung jagung.-ayak bersama tepung sebanyak 3 kali.

B

140 gm gula halus.
3/4 tbsp jus lemon.
6 biji putih telur-Cm guna telur grade A.

C
Topping.

130 gm blueberry filling.
1 tsp gelatin.
30 ml air .



Cara-caranya:

I


  • Satukan cream cheese,butter dan susu  segar dalam bekas yang sesuai.Cairkan dengan kaedah double boil hingga semuanya larut.Sejukkan sebelum digunakan.
  • Dalam mangkuk yang berasingan kacau  kuning telur hingga rata.Masukkan tepung gandum& tepung jagung,garam dan jus lemon .Kacau hingga sebati .Masukkan adunan cheese dan pukul perlahan-lahan hingga sekata.Ketepikan.
II

  • Pukul putih telur sehingga berbuih.
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit serta jus lemon dan pukul hingga kental dan bertanduk.

III


  • Campurkan adunan A kedalam adunan B.Kacau hingga sekata.
  • Sediakan loyang bulat 9 inci yang dialas dengan baking paper dan disapu dengan sedikit butter di bahagian bawahnya.Bahagian keliling loyang tak perlu di gris.
  • Tuangkan adunan kek kedalam loyang dan bakar selama 1 jam.
  • Guna kaedah waterbath dengan kepanasan suhu oven 160 darjah C.
  • Apabila kek masak padamkan suis oven dan renggangkan pintu oven dan biarkan kek sejuk untuk mengelakkan kek mendap.
  • Apabila sejuk hiaskan kek dengan Topping blueberry  dan simpan dalam peti sejuk sekejap kerana kek ni sedap dimakan apabila sejuk.
Blueberry Topping.Resipi Along Roz.

Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sekejap.Kemudian campurkan dengan blueberry filling dan kacau rata.Tuangkan keatas kek.




Friday, September 21, 2012

Cheese Tart



Salam dan selamat petang.Alhamdulillah akhirnya berjaya juga  buat Cheese tart ni...Tadi Cm ke blog kakWan dan jatuh hati pada corak buah ceri pada cheese tart yang kakWan buat ....cantik sungguh tetapi seperti biasa bila sampai ke tangan Cm..hehe hancur le.....tangan keras bab kayu.....bab lorek melorek ni minta maaf ya...tapi nak buat juga tu hehe.Terima kasih kakWan :)


Cm guna resipi dari dapur Datin El.Memang suka dengan resipinya ,sesuai dengan selera kami.Terima kasih Datin..semoga Datin akan kembali berblog ya:)..Cucu pun dan besar tu......

Bahan-bahan untuk kulit:

250 gm tepung gandum.
150 gm butter,
45 gm tepung jagung,
2 biji kuning telur.
75 gm gula ising.
Secubit garam.
Sedikit essen vanilla.

Cara-caranya:


  • Ayak tepung gandum,tepung jagung,garam dan gula ising.
  • Masukkan butter dan gaul dengan hujung jari sehingga jadi seperti serbuk roti.
  • Masukkan telur dan essen vanilla.Uli hingga sebati.
  • Simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 15-20 minit.


  • Ambilkan sedikit doh,masukkan  ke dalam  acuan tart ( Cm guna acuan yang paling kecil).Tekan-tekankan mengikut ketebalan yang di kehendaki.Kemudian potong lebihan doh dengan pisau agar lebih kemas dan rata bahagian tepinya.
  • Cucuk-cucukkan dengan garfu seperti dalam gambar kat atas ni.
  • Bagi mengelakkan kulit tart kembang dibahagian tengah semasa proses membakarnya,Cm balut kacang dal dengan foil aluminium dan letak diatas permukaannya.Jika ada kacang hijau pun boleh.
  • Bakar hingga 1/2 masak.Sejukkan terlebih dahulu sebelum di gunakan.
Bahan-bahan untuk intinya:

250 gm cream cheese.
20 gm butter.
70 gm gula kastor.
1 biji telur.


Filling blueberry atau strawberry mengikut citarasa masing-masing.


Cara-caranya:


  • Pukul cream cheese hingga licin,masukkan gula dan butter.Pukul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur dan pukul sehingga kembang.
  • Masukkan ke dalam piping beg.Ketepikan sedikit untuk di warnakan merah dan hijau sebagai hiasan.


  • Paipkan sedikit inti blueberry kedalam kulit tart.Kemudian baru di isikan dengan cream cheese.
  • Akhir sekali hiaskan dengan lorekan merah untuk ceri dan hijau sebagai daunnya seperti ganbar di atas.
  • Bakar hingga masak.


Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang ya.....

Tuesday, February 21, 2012

Roti Ala Pizza.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jika Cm masak pizza tiada "undang-undang" tiada terikat dengan resepi kecuali doh untuk kulitnya.Untuk  isinya  Cm suka "campak-campak"mengikut kehendak selera sendiri.Jika pizza tu untuk suami Cm akan  bubuh banyak sayur dan jika untuk Si adik mesti letak  cheese banyak dan tiada sayur.Jika dia jumpa sayur dia akan pilih dan buang.Matanya sungguh tajam..jika ada warna hijau je dia dapat kesan:(



Resepi asal untuk doh ni Cm ambik dari blog Ayin Manis Manis tetapi seperti biasa Cm ada ubah suai sikit mengikut apa  bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk.Sori ya Ayin:)..dan makasih ya!
Bahan-bahan untuk doh:)

300 gm tepung roti.
20 gm susu tepung.
40 gm minyak jagung.
80 gm water roux.
80-100 gm susu segar.
60 gm gula halus.
2 tsp yis segera.
1 tsp garam.
( Cm tak masukkan telur)
Cara-caranya:)

  • Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali garam & minyak jagung  kedalam mangkuk pengadun.
  • Uli hingga sebati dan hampir kenyal baru masukkan garam dan minyak jagung .
  • Uli sehingga elastik .Tutup doh dengan cling wrap sehingga doh kembang dua kali ganda.
  • Bahagikan doh kepada dua bahagian dan bentukkan seperti bebola.
  • Gelekkan doh biar nipis dan letakkan diatas loyang pizza.
  • Untuk dapatkan roti yang tepi yang bercheese hendaklah letakkan cheese berbentuk kiub dikeliling doh kemudian tutup cheese kemas kemas dengan hujung doh .Untuk lebih jelas sila ke Sini.
  • Sapukan dengan sos spaghetti dan sudukan intinya.Aturkan sayur yang anda suka di atasnya  seperti kacang peas ,daun basil dan daun origano terpulang mengikut selera masing-masing.
  • Taburkan dengan cheese dan biarkan doh naik baru dibakar hingga masak.


Bahan-bahan untuk inti.

250 gm ayam kisar.
1 labu bawang besar.-cincang.
3 kuntum cendawan shitake segar-potong nipis.
2 tangkai daun basil.
sedikit serbuk lada hitam.
2 helai daun origano-mayang.
Cheese Mozzarella secukupnya.
Sos spaghetti secukupnya.
Sedikit minyak untuk menumis.
Garam dan gula secukup rasa.
1 biji sedang buah tomato-cincang.

Cara-caranya:


  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
  • Masukkan isi ayam dan kacau rata baru masukkan 4-5 tbsp sos spaghetti.
  • Masukkan potongan buah tomato dan cendawan.Gaul hingga rata.
  • Kemudian masukkan garam dan sedikit gula.Seimbangkan rasanya.masukkan sedikit serbuk lada hitam 
  • Akhir sekali masukkan daun basil dan origano.Siap untuk digunakan..
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi tinggal jejak dan komen.Terima kasih banyak-banyak.Insyallah  Cm akan balas perlahan-lahan.Jangan marah ya:).

Friday, January 27, 2012

Kek Keju Markisa



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semalam kami petik buah Markisa dari pokok yang kami tanam di tepi rumah.Alhamdulillah dapat rasa hasil kebun yang "sekangkang Kera" tu.ada kira kira 15 biji semuanya.Suami Cm orang yang paling seronok apabila melihat buah Markisa tu kerana beliau menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.Hari hari di siramnya .Cm dah lama "letak" jawatan kerana masalah sakit lutut yang berterusan sehingga sukar untuk melakukan aktiviti berkebun apatah lagi untuk berjoging seperti biasa.Sedih  tapi kena terima hakikat yang Cm kena ucapkan selamat tinggal pada semua itu:(


Bahan-bahannya:

400 gm biskut  digestive(original).
200 gm melted butter,
1/2 cawan gula halus.
3 biji telur.
500 gm cream cheese.
1 tbsp gelatin bancuh dengan 2 tbsp air panas.
210 gm sour cream.
1/2 cawan buah markisa.



Cara-caranya:


  • Masukkan biskut kedalam plastik dan gelek dengan rolling pin sehingga hancur.
  • Masukkan kedalam mangkuk dan tuangkan melted butter.Gaul hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam loyang spring form dan ratakan dibahagian bawah dan keliling bahagian tepi loyang.Tekan-tekankan agar melekat di tepi loyang.Masukkan loyang kedalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit.
  • Sementara menunggu adunan biskut mengeras pukul cream cheese sehingga kembang.Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis.Pukul hingga gebu.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga kembang.
  • Masukkan sour cream & gelatin dan pukul lagi hingga sebati.Pastikan tiada ketulan.
  • Akhir sekali masukkan buah markisa dan gaul hingga rata.
  • Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan adunan Cheese kedalam loyang.
  • Bakar hingga masak(Suhu 180 darjah celcius)Jangan lupa letakkan semangkuk air panas mendidih dirak paling bawah oven.
  • Apabila kek telah masak matikan oven dan buka pintu oven dan biarkan kek sejuk didalam oven.
  • Masukkan kek kedalam peti sejuk selama 5 jam atau lebih baru di potong dan dihidangkan.





Saturday, December 10, 2011

Kek Lapis Cheese Pesona.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Lama sungguh Cm simpan resepi kek Lapis Cheese Pesona ini.Tangguh dari se hari ke sehari akhirnya hari ini tertunailah hasrat dihati.Memang sedap sungguh.Suami Cm bagi 90 markah hehe.Katanya memang sesuai dengan seleranya:)....Membuatnya  sungguh ringkas dan hasilnya sedap......Sayangnya Cm kehabisan biskut Marie coklat jadi terpaksa guna biskut Marie biasa.Rasanya jika guna yang coklat lagi umpph!


KEK LAPIS CHEESE PESONA: Nor Ganu
                                                       Ryo

Bahan-bahannya:)

A

500gm cream cheese.
1/2 cawan gula halus.
20 ml susu segar.
50 gm butter-Cm tak letak.
B

2 bungkus biskut marie perisa coklat-Cm guna perisa yang biasa.
300 ml susu segar.


Cara-caranya:)


  • Pukul cheese dan gula hingga kembang.Masukkan susu sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga gebu.Ketepikan.
  • Didihkan susu .Celup biskut marie kedalam susu sekejap dan atur atas dulang yang dialas dengan baking paper atau plastik wrap.Kemudian sapukan cream cheese diatasnya
  • Kemudian celup biskut kedalam susu dan atur diatas lapisan cream cheese.Lakukan proses yang sama sehingga selaesai.
  • Lapisan akhir adalah lapisan yang di sapu dengan cheese.Taburkan serbuk biskut diatasnya seperti gambar diatas.Masukkan dalam peti sejuk selama 6 jam  sebelum di potong.

Komen: Sungguh sedap terutama pada penggemar kek Cheese yum yum:)..terima kasih pada Nor ganu dan Ryo kerana berkongsi resepi yang enak ini....cepat dimasak sedap dimakan eh tapi kena tunggu 6 jam ya ..tunggu kek keras:)

Wednesday, September 28, 2011

Macaroni Makanan Laut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Ini lah menu untuk makan tengahari kami dua beranak.Sebelum keluar untuk menjemput si Adik dari sekolah Cm masak macaroni makanan laut  kegemarannya.Tiap tiap hari makan pun tak apa katanya:)

Bahan-bahannya:
300 gm macaroni-rebus dan toskan.
1 labu bawang besar -cincang
100 gm cendawan-siat-siatkan.
7 ekor udang segar.
150 gm mozarella cheese.
2 ekor sotong-bersih dan potong bulat.
Sedikit bunga kobis,brokoli,lada benggala warna kuning,merah  dan hijau.
1 biji buah tomato-potong kiub.
2 1/2  cawan susu segar.
3 tbsp tepung gandum.
12 tbsp butter.
Sedikit serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Panaskan butter dan masukkan tepung gandum.Masak hingga kekuningan .
  • Masukkan susu segar dan kacau hingga rata.Kemudian masukkan sotong dan udang.
  • Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.Masukkan pasta dan gaul hingga mesra.
  • Masukkan sayur sayuran dan rasa lah garam dan gulanya.Taburkan serbuk lada hitam dan cheese.Kacau hingga rata.
  • Siap untuk dihidangkan:)




Friday, October 22, 2010

Marble Cheese Brownies

 Salam dan selamat sejahtera......ada yang dah zzzzzz ke?elok lah tidur awal dan bangun awal.Jika hari biasa anak lelaki Cm masuk bilik tidur pukul 10 pm ..masuk bilik je tu....jika tak nampak kelibat mamanya  dia akan buat macam-macam kerja didalam biliknya..main lego la..main kapalterbang la (ada kapalterbang dalam biliknya kihkih)..main UNO la dan macam macam lagi.bila dengar tapak kaki kita barulah  masuk selimut hehe.

Ok gambar marble Cheese brownies  di atas di "bikin" oleh anak cm ..Angah.Rasa nya dah beberapa kali kami buat brownies ni tanpa rasa jemu.....brownies  yang menjadi kegemaran anak anak dan ayah.Ini merupakan pertama kali Angah handle sendiri dan buat corak sendiri.Cm jadi tukang cuci je..standby kat sinki hehe..turun pangkat.

 Walaupun dah banyak kali buat brownies  ni cm nak letak jugak resepinya ..bukan apa kadang kadang lupa jugak sukatannya.Jom kita lihat bahan-bahannya... resepi ni cm C&;P dari blog RinnChan tidak lama dulu.Terima kasih Rinn sebab brownies ni telah menjadi kesukaankami:)
MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Last sekali cm nak ucapkan selamat malam pada semua.semoga dibuai mimpi yang indah-indah ya:)