Showing posts with label makan2-sabah. Show all posts
Showing posts with label makan2-sabah. Show all posts

Sunday, November 4, 2018

Ikan Bakar @Pasar Filipina



Sekiranya anda berkunjung ke Kota Kinabalu, pastikan anda ke Pasar Filipina yang terletak bertentangan dengan Hotel Le Meridian. Di sinilah dijual segala bentuk cenderamata terutamanya mutiara dan barangan kraf.
Yang menariknya, di belakang Pasar Filipina ini terdapat pasar basah yang menjual sayur dan ikan selain daripada bahan keperluan lain pada setiap petang sehingga malam.
Di pasar ini juga anda boleh mendapatkan ikan bakar, sotong, udang dengan harga yang amat murah dan berpatutan. Anda juga boleh memesan dan makan di tempat itu.
Seekor ikan merah bakar dijual harga RM6 - RM8 bergantung kepada saiz.
Selamat mencuba.

Sunday, April 4, 2010

Restoran Getaran Jiwa @ KK


Sekiranya anda berada di Kota Kinabalu, Sabah dan secara kebetulan mahukan hidangan menu makanan laut masakan Melayu - apa kata berkunjung ke Restoran Getaran Jiwa di Alamesra bersebelahan Kompleks Universiti Malaysia Sabah, UMS.



Restoran itu juga begitu strategik lokasinya kerana kedudukannya berhampiran dengan Kompleks Membelibelah terbaru di Kota Kinabalu1 Borneo Hypermall serta Tune Hotel.


Restoran itu menghidangkan pelbagai jenis makanan masakan Melayu serta masakan panas pelbagai menu.


Apa yang menariknya ialah pada sebelah malam anda akan dihiburkan oleh pemilik Restoran itu sendiri dengan dendangan lagu-lagu P.Ramlee serta lagu-lagu lama irama 60an.


Tidak hairanlah mengapa pemilik Restoran ini menamakan restorannya Restoran Getaran Jiwa.


Friday, March 12, 2010

Fish & Co @ KK

Sekiranya anda mengunjungi Kota Kinabalu, Sabah apa kata anda mencuba Restoran Fish & Co yang terletak di Warisan Square bersebelahan dengan Hotel Le Meridian.

Apa yang menariknya ialah hidangan pelbagai makanan laut yang terasa fresh berkemungkinan kerana pelbagai makanan yang dihidangkan diperolehi dari kawasan laut di sekeliling bandar Kota Kinabalu.

Persekitaran serta susunatur restoran yang damai serta hidangan makanan laut istimewa pastinya mengamit pengunjung ke Restoran ini.

Bagi mereka yang berada di kota Kinabalu anda boleh mengunjungi restoran ini di alamat
Lot 4 & 5, Grd Floo, Warisan Square, Kota Kinabalu.

Saturday, February 27, 2010

Nasi Padang @ Kota Kinabalu


Sekiranya anda ke Kota Kinabalu, Sabah dan mengidamkan makanan Minang apa kata anda mencubanya di Restoran Nasi Padang Ibu. Restoran ini terletak d Jesselton Point yang letaknya berhampiran Wisma Sabah dan Hyatt Regency Kota Kinabalu.

Restoran Nasi Padang Ibu menawarkan Masakan Minang asli dengan tawaran pelbagai lauk pauk yang pastinya menaikkan selera makan anda.


Kawasan persekitaran yang indah yang terletak di terminal feri ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Sulug Mamutik dan Manukan menjadikan pandangan persekitaran dari restoran ini bertambah istimewa.

Di kawasan persekitaran Jesselton Point ini, pelbagai kemudahan bagi para pengunjung disediakan seperti restoran dan kedai cendermata.

* Lihat juga blog mengenai Jesselton Point.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...