Showing posts with label makan2-kelantan. Show all posts
Showing posts with label makan2-kelantan. Show all posts

Wednesday, May 1, 2019

Jom Makan Colek di Kota Baru


 "Colek', sejenis juadah yang popular di kalangan rakyat Kelantan.
Ia lebih ketara dan popular selepas umat Islam menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadhan..
Colek ialah masakan ayam, peparu, perut lembu, udang, sotong, cucur dan sosej yang dicelup tepung sebelum digoreng dan dimakan dengan kuah pencicah pedas dan manis.
Selain itu, colek juga merangkumi pelbagai aneka buah-buahan yang dipotong halus dan lazimnya dikenali sebagai rojak buah di negeri lain.
Colek turut dimasukkan dalam kalendar pelancongan Kelantan untuk mereka yang berkunjung ke negeri ini pada bulan Ramadan menikmatinya.
Selamat mencuba.

Monday, March 18, 2013

Kopitiam Kita @ Kota Bharu

Jika anda ke Kota Bharu dan ingin mencuba pelbagai makanan enak Kelantan, apa kata 
mencubanya di Kopitiam Kita.
Kopitiam Kita terletak di 4357-A, Taman Desa Jaya, 
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu.
Restoran ini mengumpulkan semua masakan Kelantan 
popular daripada warung-warung sekitar Kota Bharu. 
Selamat berkunjung.

Tuesday, November 29, 2011

Kuih Tradisi Kelantan - Yati Ayam Percik @ Kota Bharu

Bagi mereka yang pernah singgah ke Restoran Yati Ayam Percik di Kota Bharu, pastinya teruja melihat pelbaga jenis kuih tradsional yang tersedia di pintu masuk restoran ini.
Pastinya selepas menikmati Nasi Kerabu yang dilengkapi ayam percik, daging bakar, telur masin dan keropok anda mahu merasa pelbagai kuih yang ada.
Bagi pengunjung Restoran Yati Ayam Percik deretan  pelbagai juadah kuih-muih 
pencucui mulut  sangat unik dan menarik.
 Restoran ini mula dibuka  waktu tengahari hingga 11 malam setiap hari .
Restoran Yati Ayam Percik boleh dikunjungi di alamat
 No. 847, Jalan Long Yunus, Kota Bharu.
Lihat juga blog sebelum ini mengenai Yati Ayam Percik @ KB

Wednesday, April 13, 2011

Kemaman Kopitiam @ KB


Restoran berbentuk Kopitiam kini boleh ditemui di mana-mana. Sekiranya anda di Kota Baru, Kemaman Kopitiam adalah di antara restoran yang boleh dilanggani untuk mengubah selera harian.
Restoran di Kota Baru ini terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.
Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan seperti Nasi Goreng, Nasi Lemak, Mee Goreng, Makanan Barat.
Untuk menjamu selera pada waktu pagi atau minum teh petang, anda boleh mencuba pelbagai jenis roti sepertimana terdapat di Kopitiam lain.

http://www.facebook.com/pages/KEMAMAN-KOPITIAM/288910005078?v=photos

Tuesday, February 8, 2011

Hayaki Kopitiam @ Kota Baru


Sekiranya anda ke Kota Baru dan mencari kopitiam untuk bersantai,
apa kata anda singgah ke Hayaki Kopitiam di Kota Baru.
Kopitiam ini terletak di persimpangan Jalan Kebun Sultan dan Jalan Dato' Perdana.

Di samping minum kopi sepertimana di kopitiam lain, anda juga boleh
melayari internet kerana Kopitiam ini menyediakan Wifi percuma.
Apa yang menjadi keistimewaan Kopitiam ini ialah di samping roti bakar
dan hidangan minuman ia turut menyediakan pelbagai jenis makanan lain.
Anda juga boleh memesan Nasi Dagang dan makanan tempatan lain di sini.

Monday, November 15, 2010

Mini Chakuih @ Kota Baru


Sekiranya anda berjalan-jalan di Kota Bharu, singgahlah sebentar di Gerai Mini Chakuih bersebelahan Hotel Renaissance.
.
Setiap hari pada waktu puncak, dapat diperhatikan para pelanggan gerai ini berpusu-pusu membeli Chakuih istimewa ini.

Ia dijual dengan harga 10 sen satu dan keenakkannya menjadikannya ia antara gerai popular bagi para pengunjungnya.

Saturday, June 26, 2010

Yati Ayam Percik @ KB




Bagi para pengunjung ke Kota Baru serta penduduk setempat,


Restoran Yati Ayam Percik memang istimewa.


Ia menghidangkan Nasi Kerabu yang lengkap dengan pelbagai jenis lauk
seperti ayam percik, daging bakar, telur masin dan keropok.




Tidaklah menghairankan, jika Anda melintasi kedai Yati Ayam Percik di
terletak di No. 847, Jalan Long Yunus, setiap meja dipenuhi pengunjung.


Anda boleh mengunjungi kedai ini bermula waktu tengahari
hingga 11 malam setiap hari .


Selain dimakan di kedai itu, ada juga para pengunjung membeli
untuk dibawa ulang ke rumah sebagai lauk hidangan seisi keluarga.

Menambah istimewa lagi ialah restoran ini turut menawarkan pelbagai
jenis juadah kuih-muih pencucui mulut yang sangat menarik dan unik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...