Showing posts with label makan2-indonesia. Show all posts
Showing posts with label makan2-indonesia. Show all posts

Thursday, November 8, 2018

Nasi Kapau UNI EMI @ Medan, Indonesia.



Setelah lama tidak berkunjung ke Kota Medan, Sumatra, pertama yang dicari ketika sampai selepas mendarat di Lapangan Terbang Polonia, Medan - pastinya Restoran atau dipanggil Rumah Makan di sini.
Restoran Nasi Kapau Uni Emi adalah antara restoran yang dikunjungi sepertimana yang dicadangkan rakan dyang pernah ke sini.
Restoran makanan Minang ini yang terletak berhampiran dengan Pasar Petisah, begitu popular di kalangan penduduk setempat khususnya di kalangan orang Minang di Medan dan persekitarannya.

Apa yang istimewanya ialah Gulai Tembusu (usus lembu diisi telur bersantan) dan dendeng balado yang diadun dengan lada hijau, merah dan kacang panjang.
Cara hidangannya tetap sama iaitu lauk pauk pelbagai rupa dan rasa ini, dilongokkan di atas meja makan yang tersedia. Anda hanya perlu membayar lauk pauk yang disentuh, walau sedikit pun.

Anda mempunyai dua pilihan samada di kawasan luar berkipas atau memilih untuk ke tingkat atas restoran yang berhawa dingin.

Thursday, May 31, 2012

Dapur Penyet @ Bandung


Jika anda ke Bandung singgahlah ke Dapur 
Penyet untuk menikmati makanan Jawa.
Pelbagai jenis Masakan penyet boleh ditemui 
termasuk daging, ayam, ikan , udang malah itik.
Ia boleh dikunjungi di alamat :
Dapur Penyet; Jl. Gandapura No. 55, Bandung; 
Selamat berkunjung.

Monday, April 30, 2012

Raja Nasi Goreng @ Bandung


Sekiranya anda berkunjung ke Bandung dan secara kebetulan 
berkunjung ke Bandung Super Mall, singgahlah ke food courtnya.


Antara yang tersedia ialah menu yang pelbagai di Raja Nasi Goreng.
Ia boleh dikunjungi di alamat:
Raja Nasi Goreng - Bandung Super Mall
Jl. Gatot Subroto (Jl. Turangga), Bandung, Jawa Barat.
Pelbagai menu lain turut disediakan untuk pilihan anda. 
Gambar2 sumbangan Norzalikha yang berkunjung ke Bandung.
Selamat berkunjung.

Wednesday, June 22, 2011

Kue Westhoff @ Bandung




Sekiranya anda berada di Bandung dan kebetulan membelibelah di Rumah Mode di Jalan Dr. Setiabudhi, , pastikan anda menjenguk Food Courtnya untuk menjamu selera.

Antara gerai yang menarik pastinya Kue Westhoff yang menyediakan pelbagai jenis kueh mueh tempatan dan roti.

Goreng Pisang, antara makanan popular di Malaysia dan Indonesia turut tersedia.
Apa yang menariknya, kue mueh Westhoff ialah susun aturnya di dalam gerai yang tersedia.

Gerai Westhoff kini begitu popular dan boleh ditemui di kebanyakan kompleks membeli-belah di Bandung.
Selamat mencuba.
*Ikuti juga blog sebelum ini mengenai Nasi Liwet @ Rumah Mode.

Thursday, March 24, 2011

Nasi Padang SEDERHANA @ Jakarta


Restoran SEDERHANA menyajikan menu masakan khas Padang. Lazimnya, ia menjadi pusat kunjungan sewaktu makan tengahari di mana pengunjungnya adalah golongan profesional yang bekerja di pejabat berhampiran.

Premisnya agak luas dan dilengkapi dengan kelengkapan lain seperti bilik VIP yang memuatkan 30 orang. Ia juga turut menerima tempahan untuk upacara khusus seperti pesta harijadi, Hariraya dll.

Restoran Padang SEDERHANA boleh ditemui di beberapa lokasi di Jakarta dan ia beroperasi sejak tahun 1972.

Antara menu utamanya termasuk Rendang, Gulai Tunjang atau Kikil, Dendeng Batokok atau Daging yang digoreng atau dibakar dan diketok, Gulai Kepala Ikan, Gulai Jengkol dan lain-lain.

Bagi mereka yang mahu mengunjungi restoran Sederhana di Jakarta, mereka boleh menemuinya di lokasi berikut :

* Restoran Sederhana

8 Jl. Achmad Yani, Bekasi Barat 17148, Indonesia

* Restoran Sederhana Bintaro

Jalan Gandaria Tengah 3, Jakarta 12240, Indonesia

* Rumah Makan Sederhana Ampera Raya

Jalan Ampera Raya, Jakarta 12410, Indonesia

+62 21 78840042 ‎

* Masakan Padang Restoran Sederhana

Jalan Mampang Prapatan, Jakarta 12710, Indonesia

* Restoran Sederhana Pondok Indah

Jalan Utan Kayu, Jakarta 10440, Indonesia

+62 21 8519588 ‎

* Restoran Sederhana Mangga Besar

Jalan Mangga Besar Raya, Jakarta 11180, Indonesia

+62 21 6121751 ‎

* Restoran Sederhana Baru

Jalan Kemanggisan, Jakarta 11530, Indonesia

* Restoran Sederhana Kebayoran Lama Utara -

Jalan Radio Dalam Raya, Jakarta 12240, Indonesia

* Restoran Sederhana Pondok Pinang

Jalan Fatmawati, Jakarta 12310, Indonesia

* Restoran Sederhana Gandaria Selatan

Jalan Fatmawati, Jakarta 12420, Indonesia

Selamat Mencuba.

Friday, March 4, 2011

Pelbagai Tahu @ Paris Van Java, Bandung

Restoran berkonsepkan suasana Warung tahun 70an di Kompleks Belibelah Paris Van Java di Bandung ini menawarkan hidangan istimewa pelbagai bentuk dan jenis tahu sebagai menu yang ditawarkan.
Menunya yang berteraskan bahan dasar daripada tahu agak unik dan istimewa rasanya.
Apa yang lebih menarik menunya diberi pelbagai nama seperti tahu bodo,
tahu samosa, tahu buntel, tahu crispy dan pelbagai lagi.
Harga yang ditawarkan adalah antara 5 ribu rupiah (kira-kira RM 2) hingga `10 ribu rupiah (kira-kira RM4).
Bagi mereka yang tidak meminati pelbagai jenis tahu, mereka boleh
memesan pelbagai jenis Nasi Goreng.

Saturday, December 4, 2010

Pisang Bakar @ Pantai Losari, Makasar


Sekiranya anda ke Makasar, Sulawesi Selatan, Indonesia, pastikan anda ke Pantai Losari. Antara makanan yang terkenal di Pantai Losari ialah Pisang Epe iaitu pisang bakar dengan pelbagai rasa seperti coklat, durian atau keju.
Satu pesanan (porsi) Pisang Epe dijual sekitar RP 8.000 berisi empat biji pisang. Para penjual pisang Epe ini hanya berjualan pada sebelah malam apabila Pantai Losari menjadi tumpuan pengunjung.

Kedudukan Pantai Losari agak strategik kerana di seberang jalan berhampiran terdapat beberapa hotel pelbagai kelas seperti Hotel Aston, Hotel Quality, Hotel MGM, Hotel Losari Beach dan Hotel Aryadutta.
Satu lagi bentuk hiburan di Pantai Losari ialah penyanyi jalanan atau dipanggil Pengamen di sini.
Mereka menghiburkan pengunjung dengan mendendangkan beberapa lagu dan kemudiannya mengharapkan pemberian daripada mereka. Bagi sesetengah pihak, jumlahnya yang sebegitu ramai di kawasan ini kadangkala agak meresahkan pengunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...