Showing posts with label jalan2-indonesia. Show all posts
Showing posts with label jalan2-indonesia. Show all posts

Thursday, February 21, 2019

House Of Donatello @ Bandung

Bagi mereka yang berkunjung ke Bandung, apa 
kata meninjau kedai khusus menjual kasut.
Antara yang popular  ialah House of Donatello.
Kedai ini memperagakan pelbagai jenis kasut lelaki dan wanita dengan harga yang agak murah berbanding di kompleks belibelah lain.
Ini mungkin kerana Bandung memang terkenal dengan 
pelbagai jenis jualan factory outlet untuk tujuan ekspot.
Bagi peminat kasut, pastikan anda berkunjung 
ke sini untuk membuat pilihan sewajarnya.
Selamat berkunjung.

Friday, January 11, 2019

Paris Van Java @ Bandung


 Paris Van Java adalah antara kompleks belibelah yang 
popular di kalangan pelancong dan penduduk setempat di Bandung.
Paris Van Java adalah nama Bandung 
ketika di bawah pemerintahan Belanda.
Di sini terdapat hampir 500 buah kedai 
di kawasan 5000 square meters.
Pelbagai jenis jenama popular antarabangsa popular tersedia seperti Esprit, Mango (MNG), Roxy, La Senza, Rip Curl, Nike, Crocs, Adidas.
Beberapa kiosk cenderamata turut tersedia. Para pengunjung  juga boleh menjamu selera dibebeapa restoran yang tersedia.
Selamat berkunjung.

Wednesday, November 14, 2018

Rumah Adat Tongkonan di Tanah Toraja


Bagi mereka yang berkunjung ke Sulawesi Selatan, sekiranya berkelapangan mereka boleh berkunjung ke Tanah Toraja - sebuah destinasi pelancongan yang berterusan menerima kehadarian pelancong dari seluruh dunia.


Untuk ke sana para pengunjung dari Makassar perlu menempuh perjalanan darat sejauh 350 km untuk tiba ke Tanah Toraja. ciri menarik ketika di Tanah Toraja ialah rumah Tongkonan. Rumah ini dahulunya menjadi pusat pentadbiran, kekuasaan adat, dan perkembangan kehidupan sosial budaya masyarakat Toraja. Rumah ini tidak boleh dimiliki oleh orang perseorangan melainkan turun temurun oleh keluarga atau marga suku Tana Toraja.
Dengan cirinya yang sedemikian, Tongkonan berfungsi antara lain sebagai pusat budaya, pusat pembinaan keluarga serta pembinaan peraturan keluarga.
Tongkonan mempunyai fungsi sosial dan budaya yang bertahap-tahap di kalangan masyarakat. Ia terbagi kepada beberapa jenis seperti tongkonan layuk atau tongkonanpesio'aluk, iaitu tempat menyusun aturan-aturan sosial keagamaan.
Ada juga tongkonan pekaindoran, pekamberan, atau kaparengngesan, iaitu tongkonan yang berfungsi sebagai tempat pengurusan dan pentadbiran adat.


Thursday, November 1, 2018

Borobudur di Jogjakarta


Borobudur adalah sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah,Indonesia. Lokasinya ialah kira-kira 100 km di sebelah barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Jogjakarta.
Candi ini didirikan oleh para penganut agama Buddha Mahayanasekitar tahun 800-an Masehi pada masa pemerintahan wangsa Syailendra. Bangunan penuh bersejarah ini mengambil masa pembangunan hampir setengah abad.
Ia berbentuk enam tingkat berbentuk bujur sangkar, tiga tingkat berbentuk bundar melingkar dan sebuah stupa utama sebagai puncaknya.
ada tahun 1991, Candi Borobudur ini diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO, dan adalah monument Buddha yang terbesar di dunia.P

Friday, March 18, 2011

Keunikan Padi di Tegalalang, BALI


Bali merupakan sebuah pulau yang terkenal kerana keindahan alamnya, budayanya, keseniannya, serta kemesraan penduduknya. Berjuta juta pelancong mengunjungi Bali setiap tahun untuk menikmati keindahannya.
Bali juga terkenal sebagai syurga membelibelah khususnya cenderahati kerana keunikan hasil kerjatangan penduduknya.
Di samping membelibelah serta kegiatan budaya yang istimewa, Bali juga menawarkan keindahan semulajadi yang indah.
Antara tempat menarik ini ialah kawasan sawah padi di Tegalalang.
Kawasan padi teres ini kelihatan seperti sebuah lukisan.
Tegalalang terletak di bahagian Utara Ubud di Kabupaten Gianyar. Ia merupakan sebuah daerah yang banyak menghasilkan kerja kraftanganyang diperbuat daripada kayu.

Saturday, February 12, 2011

Pasar Pinrang @ Sulawesi Selatan


Ketika berkunjung ke Singkang Sulawesi Selatan tidak lama dulu, saya
singgah sebentar di Pasar Pinrang ketika dalam perjalanan dari Makassar.
Saya berkesempatan mengambil beberapa keping gamabar yang
menggambarkan keistimewaan Pasar Pinrang dan penghuninya.
Sifat ramah mesra Orang-orang Bugis sentiasa terpancar ketika berbual-bual
dengan mereka walaupun waktu tidak mengizinkan untuk berbicara lama.
Jika diperhatikan secara rambang, umumnya jurujual di pasar ini terdiri daripada kalangan wanita seperti di Pasar Siti Khadijah di Kota Baru, Kelantan.

Saturday, January 22, 2011

Kain Tenun Toraja @ Sulawesi Selatan


Kain tenun Toraja adalah antara usaha kraftangan yang terus dikembangkan. Keistimewaanya terletak pada corak dan warnanya yang khusus, berbeda dari kain tenun dari daerah lain di Indonesia. Selain itu, bahan kainnya kuat namun tetap halus dan indah.

Tenun Toraja merupakan warisan budaya yang diturunkan dari generasi ke generasi. Pengusahanya yang banyak ditemui di Tanah Toraja di Sulawesi menggunakan alat tenun yang tradisional. Mereka memintal benang yang menjadi bahan utama pembuatan kain tenun.


Kain tenun Toraja serta bentuk hasil kraftangan lain boleh dijadikan pelbagai bahan seperti baju, kain, bag-tangan , alas meja, bahan lukisan dan lain-lain.

Motif Lukisan Toraja lazimnya bermotif hiasan, burung dan bunga. Warna yang digunakan lazimnya warna-warna gelap seperti hitam, coklat, biru tua, dan merah.

Hasil kraf Toraja yang cantik ini boleh dijadikan cenderahati bernilai tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...