Showing posts with label jalan2-eropah/switzerland. Show all posts
Showing posts with label jalan2-eropah/switzerland. Show all posts

Thursday, January 17, 2019

Coklat Laderach @ Zurich


Switzerland terkenal dengan pengeluaran coklatnya. Dan antara jenama terkenal di Malaysia ialah jenama Lindt.


Laderach pula dianggap pengeluar terbaru coklat 
dan ia boleh ditemui di kebanyakan kota di Switzerland khususnya di Zurich.
Coklat Laderach bermula berada di pasaran sejak 1962.




Ia boleh ditemui dikompleks belibelah, di stesen keretapi serta  pusat-pusat kunjungan orangramai.Pelbagai jenis coklat, pelbagai bentuk, perisa - tersedia untuk peminatnya. 




Tuesday, December 18, 2018

Berkunjung ke Lucerne, Switzerland



Sekiranya Anda berkunjung ke Switzerland, pastikan ke Lucerne, atau Luzern menurut bahasa setempat.  
Kota adunan gunung dan tasik menggamit pelancong ke Lucern
       Antara lokasi yang menggamit pelancong ialah Chapel Bridge, jambatan kayu tertua di Eropah. Jambatan ini  semakin terlihat indah dengan danau di bawahnya, dan pergunungan Alps sebagai                                             latarbelakang.
Lion Monument, simbol singa yang memaparkan semangat  dan dedikasi pasukan Swiss Guard  juga antara tempat  menarik yang pasti dikunjungi pelancong.


Selamat berkunjung.

Friday, June 10, 2011

Jalan2 ke Luzern, Switzerland



SWITZERLAND adalah sebuah negara yang menjadi idaman pelancong dari seluruh dunia. Ia adalah satu-satunya negara yang stabil dalam semua bidang disebabakan sikapnya yang benar-benar berkecuali di bidang ketenteraan.
Luzern adalah antara kota di Switzerland yang terus menerima limpahan pelancong dari seluruh dunia.
Keindahan Kota Luzern diwarnai dengan keindahan latarbelakang Danau Vierwaldstättersee.

Dari kota Luzern para pelancong boleh mengunjungi ke puncak gunung di sekitarnya dengan menggunakan cable car.

Luzern dilimpahi dengan segala keindahan alam semulajadi. Dengan latar belakang salji di puncak gunung sepanjang tahun menjadi tarikan utama pelancong sepanjang tahun ke kota itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...