Showing posts with label Award and TAG. Show all posts
Showing posts with label Award and TAG. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

OK AMY... AKU PILIH YANG INI...

Posted by MR at 1:52 PM 7 comments
Boleh??






Ada banyak syarat-syarat lain,
macam biasa...aku MAAAALAS nak ikut! ekekekek
biasalah aku... game-game Tag, Award & Contest ni memang lembam nak buat

Tapi, ini sebab kawan sama-sama mereng aku yang Tag khenn...
lagi pulak tuan punya belog yang nak tukar layout tu adalah sumber gossip untuk haku khenn...
tambah lagi depa duani dah pernah menjejakkan kaki ke BANGLO 5 TINGKAT aku khennn...

So, aku bagi muka sikitla kat depa :))
aku layan la Tag & Contest depa ni.

Paseipa aku pilih layout tu?
Sebabbbb... SUKA HATI AKULAH!
boleh gittew?? muehehehehe....

Sapa-sapa nak menang hadiah yang Amy nak bagi,
sila pergi belog beliau di sini,
dan pastikan kamuorang ikut betul-betul garis panduan yang beliau gariskan
kalau korang buat entry lembam tak patuh syarat macam makcik nehh...
JANGAN HARAP BOLEH MENANG! :))

Aku tak menang pon takper...
haku dah kayer... kan Banglo 5 tingkat tu??
Ko hader??


.







Thursday, August 5, 2010

SAHABAT

Posted by MR at 2:24 PM 6 comments
Makcik ramai kawan. Baik di dunia nyata. Baik di dunia tak berapa nyata.
Hahahaha. Tak berapa nyata tu alam maya lah :-p
Dan makcik teringin nak menaiktaraf semua kawan-kawan makcik menjadi sahabat.

Kalau ikut pemahaman makcik yang PNGK tak sampai 3 pointer nih,
Sahabat tu nilainya lebih tulus, mulus dan gebus dari kawan. Gebus tu kira bonuslah :))
Sahabat tu kiranya, makcik baru nak tulis atau baru nak cakap... dia dah tahu atau tulis dulu!
Hahahahaha... pening... pening... apo aku tulis nih?

Perempuan sama size dgn makcik ni... memang on top of the list.
Sekali aku gerak kening, dia dah paham apa yang aku nak cakap. Cewah!
Walau apa terjadi sekalipon, dia akan tetap support makcik korang ni...
[walaupon kadang-kadang makcik yang salah] hahahaha....

Dan, ramai yang kata... kalau dah baca belog Makcik Rehan
adalah wajib baca belog Mummy kalep jugak!



















Mari, saya <--- ceh, tetiba jadik saya* kongsikan award ni kepada mereka-mereka ini.
Mereka-mereka ini adalah blogger2 yang sentiasa memberi impak besar kepada saya
setiap kali saya membaca entry-entry mereka.

1) TTM - Baca entry dia terus ada rasa adrenalin rush!
                 Kerana dia jugak, BM makcik sedang menahan mabuk laut dilautan luas!

2) Tini  - Fatimah oh Fatimah. Tiap kali baca basal Fatimah (anak dia), makcik kau merembes air mata.
               Dan tiap kali baca pasal projek-projek craft dia... makcik kau pon start berangan. Hahaha.

3) Oli - Gila dan Keji. Sama macam makcik. Kami suka sama suka :))

4) Amy - Betapa makcik teringin bersuara lantang dan bersemangat macam dia!

6) Bini Pidaus - Rebel tak abis. Kadang-kadang sewel. Sama macam aku!

Buat kawan-kawan lain, terima kasih kerana sentiasa menyokong saya!
Hohohohoho.... ayat tak buleh belah... tetiba jer mcm menang anugerah!
kah kah kah kah kah!

p/s : Thanks jugak kepada Nurul sebab bagi award yang sama kat makcik.

Wednesday, July 21, 2010

LAWA KER BELOG MAKCIK? LAWA? KER LAWAK? TIMA KASEHHH....

Posted by MR at 10:05 AM 2 comments
Makcik lap u sangat manyak Kamalia
Selamat berkenalan, meh comolot sket... mmuah! mmuah!


Blog orang lain pon lawa-lawa jugak,
tapi untuk hari ini [ceh, macamlah hari-hari aku kasi award kat orang]
Makcik nak kasi award ni kat 2 orang ini sahaja :

Sebab apa bagi kat depa 2 orang saja,
sebab layout blog depa sama, dan makcik suka!

Tuesday, June 29, 2010

SELONGKAR BEG DALAM SURAU DAN CHEQUE 16 JUTA

Posted by MR at 8:28 AM 9 comments
Kejadian berlaku dalam surau semalam
tunggu waktu Asar, so sambil-sambil selongkar beg...
manalah tau, kot-kot jumpa berlian seketul - boleh jual :-p
lepastu teringat, si Nurul Huda Resad ada suruh MR buat TAG
alahh... yg korang-korang dok buat tulah... tunjuk isi henbeg

OK, kamera pon ada... klik klik sajalah!

Ini beg dalam beg.
Maknanya ada beg lagi besar dari beg ni yang diusung sana-sini
tapi bila nak pi surau, angkut yang kecikni saja
so, oleh sebab yang kecik ni saja yang ada di tempat kejadian
tunjuk hat isi perut dia dah la Nurul ekk





































Beg kain besor penampor ni beli di Tesco [Tesco lagik!]
lima belas hengget saja. tak kurang tak lebih.






















 


Ini dia isi dalam beg.
beliak mata luas-luas... kelebek sendiri
sapa tanampak, sila kontek Elyn untuk rundingcara contact lense
atau SitiSifir kalau nak buat spek!


Sebelum ada yang sms tanya, kenapa ada buku akaun dlm henbeg makcik?

Sebabbbbb....
Haritu makcik dapat cheque Nuffnang 16 juta,
So, pegi bank nak cashkan cheque tu
pastu bawak buku akaun siap-siap kunun-kunun nak update baki
aper punya bongokla makcik korang
aku ingat bila kita cash kan cheque, dan-dan tu dia menjelma jadi duit
rupa-rupanya sok lusa baru jadik duit!
lagi haru, cheque tu bukan bagi kat teller kaunter pon,
taruk dalam mesin jerr!!

Huh... terus kensel niat aku nk meriak kat minah kaunter tu!
kalau tak, lepas dia tengok belen duit makcik ada 18 juta
[baki semasa ada 2 juta, campur cheque 16 juta tak ker 18 juta jadinya?]
mesti dia tak berani nak marah-marah makcik lagi macam selalu...


*
*
*
*
*
*
*
*


Sebab makcik selalu lambat bayar loan umah flat!

[baca pelan-pelan, malu.... eheh]

Monday, May 31, 2010

23 PERKARA TENTANG MAKCIK. PENDEDAHAN EKSKLUSIF. PINGSAN MAKCIK NAK PIKIR!

Posted by MR at 4:49 PM 12 comments
Hoh kena lagi. 
TAG ni dari Iman's Umi
Nurul Huda Resad pon ada bagi.
Berzaman tak berjawab. 
Dah kena 2 kali, senang sikit...jawab sekali harung :-p

Makcik korang memang mandom sikit
kalau nak menjawab soklan subjektif yang kena pikir-pikir ni.
Nampak sangat hakuni feremfuan tua yang malas fikir!

23 PERKARA RAWAK TENTANG MAKCIK REHAN
[yang mungkin anda belum tahu] 

1. Tulis entry bukan main pot-pet pot-pet mcm peluru berpandu
Tapi kalau nak sound direct kat orang, jenuh punya tapis sampai 18 kali
hatta kepada suami sendiri. Kalau terlepas cakap, menyesal macam nak gila.
Last-last simpan dalam hati jadi bom jangka.

2. Dalam hati ada taman
Malam tadi tengok ulangan American Idol, 
haku buleh sebak masa si Lee menang! Apa kes ntah.

3.  Pernah makan sotong besar yg mcm pelestik tu SEKALI
Lepastu tatau apa sebab, gatal2 naik satu muka sampai bengkak dan berair
sampai la ni tobat tak penah makan dah.
Buat la sambal sedap lagumana ponnn... sorry naik lorry!

4. Masa tingkatan 4 & 5, sangat tak ngam dgn cikgu Maths
2 tahun memendam rasa... tahlah, haku rasa Cikgu Umi tak suka kat haku
Masa SPM Maths haku dapat 5, mujur tak kandas!
[Syani paham sgt situasi haku kalo time Cikgu Umi masuk kelas]

5. Masa form 4 & 5 pernah pakai spec sebab migrain teruk sangat.
Lepas habis SPM, spec tu pon tatau kemana pegi dah.
Eh, ader tak sapa-sapa budak Taayah yang simpan gambar haku pakai spec?

6. Masa kecik-kecik, Mak Ayah sangat susah. 
Kena duduk dgn nenek (sebelah Mak) 
yang sgt garang dan sgt-sgt pilih kasih macam...
tatau nak tulis macam apa... Al-fatihah sudahlah.
Itulah 15 tahun paling pahit yang tak ingin dikenang sampai bila-bila.

7.  Masa kecik sangat kuat berangan.

8. Separuh dari usia muda dihabiskan di 'luar rumah' mak bapak
Sekolah rendah duduk rumah nenek sampai darjah 6
dari form 1 sampai form 5 duduk boarding school kat Ipoh,
lepas SPM masuk Matrik setahun kat Seremban,
lepastu sambung lagi 4 tahun kat Bangi,
Lepas grad terus start kerja dan duduk rumah sewa,
Lepastu kawin lagila tak duduk rumah mak-bapak dah
Masa sekolah pon, kalau time cuti yang tak wajib balik,
makcik korang tak balik. Sanggup duduk sunyi-sunyi dalam dorm.
[dah mcm psycho lak haku nih weiii...hahaha]

9. Panas baran. Malas fikir benda-benda yg serabut kepala.
Hatni adik-adik haku paham sgt la... hehehe

10. Gemuk dari kecik. 
Lepas habis degree kurus sekejap.
Tatau macam mana buleh jadi rajin jogging dan bersenam dan diet.
mungkin sebab nak tekel boipren kaya, tapi tak berjaya! hahaha

11. Sangat suka dengan nama Julia
Tapi tak dak chance nak bagi nama tu kat Mencah sbb PS nak huruf 'A'

 12. Sangat suka Sofea Jane dari dulu sampai sekarang.
Masa sekolah, potong rambut pendek feeling-feeling mcm Sofea Jane dalam Cinta Kita

13. Lepas SPM, isi borang UPU nak buat Foundation Accounting 
kat New Zealand sebab sangat-sangat teringin nak merasa pegi obersi.
Isi borang senyap-senyap, tak bagitau sapa-sapa.
Bila pakcik-pakcik dapat tahu, kena maki suruh tukar buat dalam Malaysia.
Hang ingat mak hang byk sgt duit nk hantaq hang pi obersi? Hahaha...

14. 1st time naik kapal terbang masa umur 24 tahun, tahun 2005.
Masa tu kerja sebagai consultant kat travel agency, bawak group pegi Beijing
ketaq lutut haku, 1st time naik flight terus kena handle group tour.

15. I will forgive but will never forget. Never!

16. My biggest achievement in academic is... best student masa SPM 96.
Sebab kira aggregat marrr. Padehal Maths aku dapat 5! Hahaha
Lagi pulak, budak-budak pandai semua dah cabut 
pegi MRSM, SBP dan Kolej Islam lepas PMR
tinggallah pelajar average mcm haku ni ha...
Bila dah masuk matrik, masuk Uni toksah tanyala... corot semedang! hahaha
 
Mak aiii... banyak nyer lagi... nak pingsan dah ni...

17. Makcik orang Banjar. 
Sapa kulaan Makcik angkat tangan!

18. 5 beradik, anak nombor 2. 
~middle child syndrome?~ hahaha

19. My 1st menstrual masa darjah 5!

20. Jumpa PS masa umo 24, bertunang masa umo 25,
kawin masa umo 26, beranak masa umo 27
All big things in my life berlaku straight back to back selama 4 tahun.
Hebatkan? [tolongla kata hebat... hahaha]

21. Dapat lesen kereta masa umur 22 tahun
 
22.  Tak pernah pingsan!
Asyik tulis pingsan dan pingsan, 
padehal makcik sendiri tatau apa rasa pingsan! hahaha

23. Masa darjah 4, isi kad laporan pelajar... kena isi ruangan cita-cita
Makcik tulis.... PRAMUGARI!
Tak berkelip mata cikgu pandang kat haku seraya berkata :
Rehan, awak tahu ka PRAMUGARI tu apa?

Mentang-mentang haku gemuk fendek!
Huwaaaaa.....














Thursday, May 6, 2010

CEKODOK PISHANANA

Posted by MR at 1:55 PM 5 comments
Bila dah lapaq melahaq [org jakun diet memang lagutu]
cekodok pon nampak sedap!

Tapiii... cekodok di atas memang sumpah nampak sgt sedap...
[telan ayaq liyoq tak sudah2]

Pishanana tu apa?
Perkataan tu anak buah akak senior makcik masa kat Uni dulu punya
mak-bapak dia sambung PHD kat UK,
so dia pegi skul kat UK-ckp omputeh kekdahnya
bila kat umah, mak dia train dia cakap melayu
sudahnya PISANG + BANANA = PISHANANA
tah kenapa, sampai la ni makcik ingat perkataan tu...
[tiba-tiba rindu kawan-kawan lama]

Tima kasih Bonda, kasi makcik cekodok ni...

Sapa-sapa yang lapaq sentiasa macam makcik,
dipersilakan menayang cekodok di atas di dalam belog masing-masing.


Photobucket

Wednesday, April 28, 2010

FOLDER KE-8

Posted by MR at 9:07 AM 1 comments
TAG dari perempuan PID bernama Zamilla yang belognya bertajuk Hati Mamma

Folder ke-8, gambar ke-8


Gambarni dah pernah di belogkan sebelum ini.

Mencah kata, buat laguni macam puteri... puteri apa?

Puteri Sheeeeeep.....


Photobucket

Thursday, April 8, 2010

KASUT MAKCIK REHAN

Posted by MR at 10:22 PM 8 comments
Puan Hajjah Elena Fadzlin [suka giler aku taip nama dia, sedap!]
suruh Makcik buat TAG pasal kasut neh
Sesungguhnya Makcik korangni, currently hanya mempunyai 2 pasang kasut
2 pasang inilah yang dilenjan kemana-mana
Bukan tak mau beli kasut banyak sikit,
tapi sudahnya nanti makcik dok pakai yang itu-itu jugak
sudahla ada 2 saja, design dan kalernya pulak lebih kurang sahaja
tapi satu tu dah koyak dan sedikit hazab rupanya
so tinggallah yang satu ini....





















Kasutni BATA mari, saiz 8 hokay - bapak besau!
Beli masa tengah buntingkan Asyraf
kunun-kunun kasut raya [padehal beraya kat hospital sbb beranakkan Asyraf]
kunun-kunun lagi designnya ala2 wedges yg menjadi kegilaan masakini
punya tak sedaq diri, kaki besaq gajah bunting
bukan sekali-dua makcik terpelecok masa pakai kasutni
jatuh tersembam pon pernah jugak
tapi sudah beli kan... pakai jugakla selagi buleh
tunggu koyak rabakla baru nak rembat kasut baru

Anyway, itu kasut pakai pi balik-keja
nak tengok kasut yg makcik pakai dalam opis?
sebelum tengok gambaqni, sila perabih naik lemak hangpa tu dulu
satgi kalau patah selera jgn nk marah makcik pulak


*
*
*
*
*


















Hazab kan?
Pakcik hangpa rembat kat hotel masa dia OS kat Siam [kalau tak silap]
dia rembat 2 pasang, satu makcik pakai kat opis
satu lagi mencah pakai kat umah!
sibuk betoi budaktu, asal mak dia nak pakai dia pon nak pakai
hah, ambiklah kat hang nak oii...

Kena pass TAG ni kat orang kan?
kalini Makcik nk pass TAG ni kawan-kawan yg sama-sama makan nasik kawah
5 tahun di Taayah, kita dok makan masakan Makcik Logam kan kawan-kawan...
so, orang-orang di bawah ini... sila buat pendedahan eksklusif tentang kasut kegemaran anda


Aisyah Hani menantu Cik Besah
NEO yang malu tapi mahu berbelog
Siti Sifir yang tgh pantang anak no 5
Lina Hanip cikgu yg berdedikasi
Intan Zahrah budak sekampung yg kini dok kat Dubai




Photobucket

Thursday, April 1, 2010

HARITU MAKCIK BUAT TAK HABIS RUPANYA...

Posted by MR at 3:36 PM 1 comments
Kan haritu Nadiah [yg anak kecik dia pandai buat kek nenas terbalik tu...]
ada bagi award 'beautiful' kat Makcik
Buta-buta makcik pi kutip award tu,
tapi tak kutip soalan2 yang datang bersama-sama dgn award tu
[makcik mmg hazab bab menjawab soalan subjektif ni :P]
Cik Puan Maya dari ZonSeniGilaSaya dot com [apekah?]
pass pulak award tu lagi sekali kat Makcik
Bila baca betoi-betoi [biasanya Makcik scroll laju-laju saja :P]
baru terperasan...

1. Kena ucap Tima kasih dan link org yang bagi - Tengkiu darling Maya dan Nadiah

2. Kena pamer kat belog [ini laju jer aku buat] ini dia... lagi sekali

















3. Kena cerita 7 perkara tentang diri sendiri. Baekkkk ini dia....
    jangan menyesal baca..... dalam kiraan 7 saat!
  1. Cantik jelita
  2. Bersopan-santun
  3. Bijaksana
  4. Rajin dan berdaya usaha
  5. Lemah-lembut
  6. Kesabaran yang tebal bak kulit durian
  7. *KURUS*


*marah kerrr*


Photobucket

Monday, March 29, 2010

AWARD DAN TAG

Posted by MR at 1:52 PM 1 comments
Azam baru seorang Makcik setelah berpindah ke rumah baru...
adalah membalas setiap komen yang masuk ke kotak komen dan kotak jerit
juga sdg cuba membaca dan mengomen setiap entry di belog kawan-kawan
jugak lagi akan cuba menjawab dan merembat award dan tag dari kawan-kawan

dan... menguruskan badan!
ehh...tetiba pulak...

Nadiah dari Nebraska, US [rasa cam pen-pal lak]
telah menganugerahi Makcik dgn award ini...















Macam biasa... kalau kena puji lawa ka.. comey ka...
Makcik memang cepat jer mengaku...
lantas terus menghangkut award ni bwk balik...hehe
Thanks Nadiah.... U are beutiful also!

Selesai satu tugas,
Ada pulak pompuan gatai sorangni... 
dah tau akuni sah-sah 'kebizian' kat PID tersayangni...
lagi nak tag-tag aku pulak...
Oleh sebab dah berazam kan...
makanya kena gakla jwb TAG BERANAK-PINAK ni...

1. How old were you when your first child was born?
27, year 2007 

2. What month and year was your youngest child born?
September, Year 2009














3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
Ohhh... subur jugak akuni rupanya....ingatkan dah tua sgt dah....


4. Who did you tell first?
My best buddy kat ex-office, Kelly Kwan.



5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy?
Sebelum bunting is 65 kg. Sebelum beranak is 97 kg. Kira sendirilah... 
Makcik lembab Maths. Byk mkn kepala ikan...















6. What did you crave while you were pregnant?
Kopi O, tapai, durian... semua hat panas-panas. 
Sampai Kelly risau aku dpt anak itam melegam!  
Masa Asyraf pulak asyik nk makan Salmon.


7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
Yup, scan jer terus nampak. Lagi pulak perut Makcik melebor mcm padang bola... 
semua pon buleh agak baby girl


8. Did you have any complications during your pregnancy?
Not at all. Alhamdulillah...  mabuk, pening lalat tu biasalah...


9. How much did your first child weigh?
2.8 kg



















10. Was your first child early, late, or on time?
Late. Overdue 7 hari


Ya Rabbi... aku ingat dah habih... ada lagi rupanya...
apa yg byk nau soklannya Zel weh....


11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
So far takde yg serius, except for perangai Aisyah yg suka muntah belahak.... tensen gue!



12. What's your favorite part of being a mom?
When they first calling me the magic word... MAMA!


13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
DAD of course.... anak lepas berak tak penah cari bapak!


14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
Don't plan!   Redah jerrr.... [Ezey, ini tak termasuk engko yer]

15. Did you always think you'd have kids?
Of course... or else, I'll end up at Old Folks Home.. :P



















16. What's been the biggest surprise about motherhood?
I finally have someone who will never complaint about my cooking!


17. Are there things you miss about life before kids?
My Edwin Jeans... sob sob sob....  :(


18. How many children do you have?
Two


19. Do you plan to have any more children?
Yesss....


20. Who's the mom that you admire most?
None other than my beloved mom... Hajah Faridah























 
Huwaaa..... lega MAkcik..siap akhirnya...
*hampir pitam*


Photobucket

Friday, March 26, 2010

MALAYSIAN TOP HOST? EHHH....

Posted by MR at 10:04 AM 0 comments
Tengok... tengok... tengok.... [mcm Aisyah selalu cakap]
Kan dah kata.. pantang kena jek....
Oleh sebab Eynda bubuh nama Makcik atas sekali kannn....
makcik pon apalagi... sampai tak sempat2 nak ambik napas dah...
terus tempek kat belog!

Dasarrr... dasarrr....





















Tima kasih Eynda
empunya belog yang gambar2 nya sangat merembes
tambah2 kalau gambar makanan
kalau tgh puasa, rasa mcm nak bukak puasa time2 tu jugak!
[OK, bukak puasa wajib tanpa sebab adalah haram yer kawan-kawan]

Ni Award pertama Makcik dapat sempena kemasukan ke rumah baru taww...



Photobucket



.

ShareThis