Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini sudah Jumaat, masa untuk buat entri banyak-banyak! Hahaha
(eleh, macam la ramai sangat nak baca entri dia. Kih kih) Sementara Sara tengah
tidur petang ni, (selepas mengemas mainan dia yang berkati tu..mak aihh, macam
tongkang pecah!) adalah lebih baik menyempatkan diri menulis sikit.
Ada beberapa gambar nak masuk dalam gardening log. Ini semua
adalah tanaman pertama saya, boleh rujuk lain kali – bila masa sesuai nak
menyemai, memindah dan mengutip hasil. Saya tak spesifik tarikh pada posting tapi saya letak date stamping pada gambar untuk rujukan tarikh sebenar. Antara pokok yang paling saya tak pasti
nak tanam dan jaga adalah lobak merah dan kentang.
Ingat tak dulu ada
post pasal
Russet potato yang dah banyak keluar mata tu. Saya tanam juga tapi dalam paip
PVC. Memang bekas yang kecil, tapi apa salah mencuba. Nak juga tengok pokok
kentang. Kalau betul boleh tumbuh lepas ni boleh cuba tanam dalam bekas yang
besar sikit.