Memaparkan catatan dengan label earthing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label earthing. Papar semua catatan

Perosak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ni saya berada di Batu Pahat, rumah mertua. Tak banyak sangat nak cerita. Ni sementara tunggu anak dan suami bangun tidur petang, masuk sikit gambar. Laju wey internet kat Batu Pahat! Petang ni nak balik Pagoh, sure rasa malas nak online sebab internet kat sana laju sikit je dari siput. Streamyx yang dah ditempah masuk kat Rawang masih belum boleh beroperasi sebab nak tarik wayar masuk rumah sangkut pulak, ruang kabel bawah tanah tersumbat. Nak kena korek apa lah. Duit juga tu. Nak pasang yang jenis tiang tu laaagi banyak duit. Haaaaiahhh….

Cerita pasal kebun pulak. Ni la rupa beberapa perosak (pests) yang dapat saya tangkap dan musnah.

Photobucket

Pokok cili besar yang tiba-tiba patah, rupanya
bukan 'tiba-tiba'

Friday, I’m in Love


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ini sudah Jumaat, masa untuk buat entri banyak-banyak! Hahaha (eleh, macam la ramai sangat nak baca entri dia. Kih kih) Sementara Sara tengah tidur petang ni, (selepas mengemas mainan dia yang berkati tu..mak aihh, macam tongkang pecah!) adalah lebih baik menyempatkan diri menulis sikit.

Ada beberapa gambar nak masuk dalam gardening log. Ini semua adalah tanaman pertama saya, boleh rujuk lain kali – bila masa sesuai nak menyemai, memindah dan mengutip hasil. Saya tak spesifik tarikh pada posting tapi saya letak date stamping pada gambar untuk rujukan tarikh sebenar. Antara pokok yang paling saya tak pasti nak tanam dan jaga adalah lobak merah dan kentang. 

Ingat tak dulu ada post pasal Russet potato yang dah banyak keluar mata tu. Saya tanam juga tapi dalam paip PVC. Memang bekas yang kecil, tapi apa salah mencuba. Nak juga tengok pokok kentang. Kalau betul boleh tumbuh lepas ni boleh cuba tanam dalam bekas yang besar sikit.

Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...