Showing posts with label local act. Show all posts
Showing posts with label local act. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Butterfinger : Selamat Tinggal Dunia


"Selamat Tinggal Dunia" merupakan satu tajuk yang mungkin satu kontroversi suatu ketika dahulu. Adakah ini adalah album penutup sekaligus menguburkan kugiran Butterfingers?. Mungkin ianya simbolik kepada pembebasan mereka dari bersama EMI atau ianyanya sekadar mengambil salah satu tajuk lagu dari album ini. Ini merupakan album yang rebel, marah dan kritis dan lebih melayu jatidirinya. Kenapa lebih melayu? sebab seolah-olah mereka memanipulasi semangat Hang Jebat kedalam album ini.

Album yang kembali kepada bunyi asas rock, lebih spontan,mentah dan sedikit eksperimentasi dengan efek bunyi  dan keyboard dan lantang pada lirik-liriknya. Dengarkan saja "Selamat Tinggal Dunia","Merpati Sejoli", "Cuai" dan Tentang-tentang" pastinya anda dapat tahu mereka sedang 'memerangi' media (akhbar, majalah, radio dan tv)  di Malaysia yang mana ketika itu industri muzik dibanjiri dengan artis-artis dari Indonesia sehingga karya artis tempatan dipinggirkan. Dengan tonasi  suara Emmet yang pelat menjadikan album pertama berbahasa melayu ini unik walaupun ianya mendapat kritikan hebat. 

'Hanyut" agak eksperimental dan agak funky. Dengan efek bunyi sape dan solo gitar yang berselirat lagu ini harus diberi perhatian juga selain "Urusan Seri Paduka Baginda" yang mengetengahkan dan memanipulasikan bunyian gamelan dengan kesan bunyi. Lirik dalam lagu ini banyak mengangkat prosa-prosa melayu klasik. ianya amat jelas pada lagu "Daulat Tuanku" yang ianya amat sesuai dan bertepatan dengan cerita lagu tersebut. Ini antara album revolusi dalam rock melayu.


Thursday, August 23, 2012

Butterfingers : Malayneum


Ini merupan album ke_4 Butterfingers setelah membina reputasi sebagai band inggeris tempatan terbaik dengan menghasilkan benchmark album seperti 1.2 miligrams, Butter worth Pushful & Trancendence. Namun Malayneum merupakan satu lagi landmark album dalam scene muzik tempatan. Album ini lebih asli, original dan minimal .

Album ini dianggap sebagai album "bunuh diri" kerana tiada lagi jeritan vokal ala-Cobain oleh Emmet seperti 3 album terawal kuat dengan bauan seattle music nya, grungy tunes, padat dengan resonant feedback & amarahnya. Ini album rock yang matang dan advance dari segi penulisan lagu, susunan muzik, serta lirik yang luas dan dewasa serta skill permainan yang tinggi.



Gaya penyampaian vokal Emmet lebih rileks & jelas berbanding sebelum ini. Kini beliau benar-benar "menyanyi" dari "menjerit". Album ini menyerlahkan tahap permainan mereka. Jika diamati permainan mereka agak teknikal, kemas & minimal. Minimal dari segi sound gitar dan solo yang hanya cukup-cukup untuk lagu, tiada lagi meleret-meleret dengan sound effect yang mengarut.

Bass dan drums memang betul-betul melekat. Goove dia memang menyerlah di keseluruhan album. lebih banyak solo bass & trick drums yang menarik dari Loko. Ditambah pula dengan permainan programming/sample oleh Azmir menambah perisa arah tuju muzik Butterfingers. Selain itu album ini lebih kuat bauan folknya dengan menyelitkan elemen akustik pada lagu seperti "Pretty Rain" & "Mating Season".



 Jika diamati album ini mengambil pengaruh kuat karya seniman Tan Sri P.ramlee; "Tuah". Ianya dapat didengar melalui tracks pertama; "Malayneum" intronya meminjam melodi ketika scene Melor memanggil Tuah. Begitu juga tacks "Pacific" yang mana scene ketika Tuah & rakan-rakan melawan lanun ketika kecil. 

Pada aku ini merupakan karya terbaik mereka & aku sangat-sangat menggemarinya. Walaupun mereka tak sekerasseperti karya awal mereka namum album ini lebih berat berbanding album sebelum ini. Album yang ke"depan".  





Friday, March 30, 2012

Y2K - Pizza Salsa




Ini bukan sebarangan pizza. Pizza yang dah pupus dipasaran hehe. Yang terkini telah di rebranding menjadi Domino Pizza heh. Tak2 itu karut hehe ini merupakan album band punk tempatan Y2K. Mengambil resam pizza; crustynya adalah Punk tetapi topping nya pelbagai. ianya bukan terhad perisa tipikal punk sahaja malah merangkumi pelbagai perasa seperti nu-metal+hip hop+metal+hardcore+anime+balada. Variasi kan?

Digaulkan sekali dengar elemen humour menjadikan Y2K band yang fun. Ini terserlah apabila mendengarkan tracks yang terkadung dalam album ini dan menyaksikan mereka "Live". sungguh menghiburkan. Kadang-kala aku berfikir kenapa nak buat band yang terlalu serious, terlalu berpandukan fahaman tertentu padahal muzik yang ringkas & menghiburkan itu lebih baikkan?. Pada aku tiada istilah "boleh" atau "tidak boleh" cuma ada "sedap" atau "tidak sedap" sahaja dalam menghasilkan muzik.

19 track yang menghiburkan serta packaging yang sangat menarik & kreatif menjadikan Y2K band yang perlu dikenali (muziknya) namun sayang band ini sudah kurang aktif beraksi di sirkit gig tempatan (ataupun sudah berkubur?)

Thursday, March 29, 2012

Buttercups opps.. Butterfingers Butter Late Than Never



Sekali pandang macam buttercup nak buat biskot kan..haha tapi ni bukan mentega tapi album Butterfingers-Butter Late Than Never. Album ini adalah album kompilasi. Bukan kompilasi yang recycle lagu-lagu biasa macam kebanyakan kompilasi yang bersepah kat pasaran tapi lebih kepada seleksi lagu demo, B-side, unreleased track & rarities. Ini adalah album ke-4 mereka selepas 1.2 miligram, Butterwoth Pushfull & Trancendence.

Jarang kita jumpa koleksi lagu sebegini, baik artist mainstream & underground. Aku rasa cuma Butterfingers jer kot buat cam ni (kalau ada sila betulkan) secara official. Seperti yang disebutkan memula tadi pada sesiapa yang sukakan alternate version, bunyian yang "kasar" inilah albumnya. Mengandungi versi demo lagu seperti "to gether","stolen","e" &"epitome" dan rakam live bagi lagu "silk" yang mana dirakamkan di THR - Alternative Rock Show (kalau tak silap) & "faculties of the mind" yang diambil dari konsert di Std melawati, S.alam. Selain tu jugak ada 2 unreleased tracks; "spoilt (in the end)" & "sad sunday evenin' blues" yang aku kira agak folky berbanding lagu-lagu yang lain.

Album ini pun dah jadi rare sebab dah out of print even kaset pon susah dah nak carik. Album yang dijamin "handal" ini merupakan koleksi wajib penggemar Butterfingers.

Monday, January 30, 2012

Boys & Girls 1+1=3



Selepas kejayaan O.A.G dengan debut sulung mereka (review disini) Positive Tone mengorak langkah dengan menerbitkan sebuah album kompilasi "Boys and Girls 1+1=3". Album ini lebih kearah memperkenalkan artis-artis naungan mereka kepada industri muzik tempatan. Album yang diterbitkan oleh paul Moss dirakam di 2 buah studio; Positive Tone studia & Dreamwalk studio (studio yang sentiasa tercatit dalam inlay album band-band underground) & dimixing oleh Paul Moss bersama Bullet.

Membariskan band-band berpotensi dengan memperdengarkan bunyian "alternative rock" kepada pendengar umum. O.A.G membuka album ini dengan nuansa alternative/brit rock mereka melalui lagu "Disposable Garbage" selain sebuah instrumental "Radhi Taps His Guitar". Melalui 2 buah lagu tersebut mereka lebih matang dari segi "songcraft" & sedikit eksperimental.

Kompilasi ini juga memperkenalkan sebuah band dari Sarawak; Nice Stupid Playground. Menyumbangkan 3 buah lagu yang kuat pengaruh "Smashing Pumpkin"nya iaitu "She Wants", "And I Don't Admire (the Things That You Do)" & hits "Bedroom Window" sebuah ballads yang kuat lenggok Billy Corgan. Amat melankolik. Nita (kini dikenali selepas menyertai pertandingan OIAM musim 1) merupakan satu-satunya artis solo didalam album ini. Menampilkan "He's a Mod" & "True Love" sebagai pengenalan dengan lontaran vokal yang cukup "comel" sesuai dengan umurnya yang 16 tahun ketika itu.

Pasangan duo, Brodwyn yang berkonsepkan folk harmoni ini mengetengahkan sebuah lagu "Ode From Pyscopath" sebagai pengenalan. Lagu yang agak berlainan ini amat sesuai dengan konsep "alternative music". Agak menarik. Seterusnya punkrock riot grrls band, IntoXicated dianggotai Nora, Li Chu dan Rina Omar (ex 8tv host & DJ) menyumbangkan 3 buah lagu "Kitty Kat", "Diet" & "Doreamon". Dengan energi punkrock & lirik yang "sempoi" dan lucu mengingatkan penulis kepada band seperti L7 & Babes In Toyland.

Album yang MESTI berada dalam rak kaset atau cd kepada penggemar yang menghargai muzikband-band tempatan.




Sunday, January 29, 2012

OAG - Old Automatic Garbage




O.A.G merupakan singkatan bagi Old Automatic Garbage. Debut "self tittled" ini diterbitkan oleh Positive Tone, sebuah label indie/underground yang ditubuhkan oleh Ahmad Izham Omar (kini orang kuat Media Prima Berhad & Monkey Bones Records). Album yang dirilis pada 1994 ini diterbitkan oleh Paul Moss (juri OIAM / ex-Aisyah & The Fanclub) mengandungi 11 buah lagu yang berkonsepkan alternative/brit rock.

Singles "60's TV" merupakan anthem bagi peminat/penggermar muzik underground ketika itu. Lagu dengan melodi & korus yang catchy sememangnya mengangkat nama O.A.G sebagai salah satu band "pioneer" dalam scene underground tahanair ketika itu. Album ini tidak hanya bergantung pada lagu "60's TV" semata-mata. Lagu-lagu seperti "Horible Adorable", "Yuppie" & "Old Tuxedo" juga mampu menghiburkan.

Lagu-lagu didalam album ini juga juga mudah dimainkan kerana menggunakan "kording" yang ringkas & berulang-ulang. Ianya mengimbas kembali pengalaman penulis sewaktu membawakan "Spastic Youth", "Not" & "Safety Pin" selepas waktu sekolah di Kok Wah studio, Banting sekitar 1996 dahulu. Album yang menyuntik semangat penulis untuk bermain alat muzik, menubuhkan band & menulis lagu sendiri ini dirakam secara "live" di Kenny studio, Petaling Jaya sekitar Jan-Aug 1994 & vokal dirakam Aug-Nov 1994. Sungguh pun membawa genre Alternative dengan disuntikan Brit Rock namun "sound" keseluruhan album ini lebih kepada "sound" album-album punk. Ianya agak "dry" & "raw".

Walau apapun album ini merupakan "landmark" bagi salah satu subgenre muzik underground tanahair. Album yang senantiasa diputar oleh penulis tanpa rasa jemu.


Saturday, January 21, 2012

hail to the King



Dead Mushroom



Dead Mushroom merupakan salah satu band yang lahir dari letusan muzik alternatif rock yang melanda Malaysia pada 90-an. Band yang dianggotai oleh SHIDI(gitar), MIKE (bass), ZUL (drums),POJI (guitar) & FAIZ (vocals) ini bermula secara underground sekitar 1996 dan mereka juga telah menjuarai pertandingan Pepsi Challenge - Young Discovery anjuran Pepsi, AIM & TV3 (sebuah rancangan realiti TV tanpa undian sms). Berikutan kemenangan itu akhirnya debut pertama "Dead Mushroom" dikeluarkan pada 1997.

Debut yang dikeluarkan dibawah label Rock Central Records dan diedarkan oleh BMG Music ini diterbitkan oleh mereka sendiri yang berkonsepkan campuran 90's grunge, 80's & 70's rock dimana band-band Seattle merupakan pengaruh besar dalam muzik mereka. Dengarkan sahaja singles "Read My Mind", "Fly My Soul" & "Suicide Hill" amat kuat "Pearl Jam"nya. Selain itu "Potion" dan "Child" juga tidak mengecewakan. Tracks yang energetik ini memang kena dengan jiwa muda mereka ketika itu. Segala tenaga & perasaan diluapkan dengan berkesan sekali melalui lirik dan susunan muzik yang baik.

Dari segi "sound", rakaman ini boleh dibanggakan. Tidak terlalu "mainstream" & tidak terlalu "underground". Ciri-ciri Seattle sound itu menyerlah. Mungkin sebab memang kesitu arahnya. Album ini juga telah dicalonkan untuk 4 kategori di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1998 ( Artis baru terbaik berkumpulan, Album English tempatan terbaik, Rakaman album terbaik & Klip video terbaik). Apapun album ini boleh dikategorikan sebagai "klasik" kepada penggemar muzik tempatan khususnya peminat muzik "underground". WAJIB ada.

(thanks to en. Faizal for this CD)