Showing posts with label indie. Show all posts
Showing posts with label indie. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Butterfinger : Selamat Tinggal Dunia


"Selamat Tinggal Dunia" merupakan satu tajuk yang mungkin satu kontroversi suatu ketika dahulu. Adakah ini adalah album penutup sekaligus menguburkan kugiran Butterfingers?. Mungkin ianya simbolik kepada pembebasan mereka dari bersama EMI atau ianyanya sekadar mengambil salah satu tajuk lagu dari album ini. Ini merupakan album yang rebel, marah dan kritis dan lebih melayu jatidirinya. Kenapa lebih melayu? sebab seolah-olah mereka memanipulasi semangat Hang Jebat kedalam album ini.

Album yang kembali kepada bunyi asas rock, lebih spontan,mentah dan sedikit eksperimentasi dengan efek bunyi  dan keyboard dan lantang pada lirik-liriknya. Dengarkan saja "Selamat Tinggal Dunia","Merpati Sejoli", "Cuai" dan Tentang-tentang" pastinya anda dapat tahu mereka sedang 'memerangi' media (akhbar, majalah, radio dan tv)  di Malaysia yang mana ketika itu industri muzik dibanjiri dengan artis-artis dari Indonesia sehingga karya artis tempatan dipinggirkan. Dengan tonasi  suara Emmet yang pelat menjadikan album pertama berbahasa melayu ini unik walaupun ianya mendapat kritikan hebat. 

'Hanyut" agak eksperimental dan agak funky. Dengan efek bunyi sape dan solo gitar yang berselirat lagu ini harus diberi perhatian juga selain "Urusan Seri Paduka Baginda" yang mengetengahkan dan memanipulasikan bunyian gamelan dengan kesan bunyi. Lirik dalam lagu ini banyak mengangkat prosa-prosa melayu klasik. ianya amat jelas pada lagu "Daulat Tuanku" yang ianya amat sesuai dan bertepatan dengan cerita lagu tersebut. Ini antara album revolusi dalam rock melayu.


Saturday, July 27, 2013

Efek Rumah Kaca : Kamar Gelap




Kamar Gelap merupakan debut kedua band indie pop/rock dari Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK). Album yang dirilis pada 2008 ini melonjakkan nama mereka di persada muzik Indonesia. ERK bukan seperti band indie pop/rock biasa, mereka merupakan suara-suara marhain yang mengangkat isu-isu sosial, politik, kenegaraan, cinta, alam sekitar, protes dengan menggunakan muzik yang enak didengar dan lirik yang bijak. Adakalanya ianya terus terang dan adakala secara sinis tersirat disebalik melodi pop yang mencangkuk.

Dengan pengaruh Brit pop, folk, dan distorsi yang cukup rasa dan berlemak membuatkan ERK menjadi band yang perlu diambil perhatiaan. Ianya sangat menarik minat aku untuk mengenali mereka (jiwa dan muzik ERK) secara dalam. Dengarkan lagu rancak seperti "Kau dan Aku Menuju Ruang Hampa", "Mosi Tidak Percaya", "Banyak Asap Disana" dan "Menjadi Indonesia" hinggalah ke "Lagu Kesepian" yang begitu melankolik dengan lirik yang segar tapi tidak leleh pastinya iannya album yang menghiburkan dari Choli, Andrian dan Akbar.

Album yang diulas ini adalah versi re-issue dimana diselitkan 3 buah videoclips dan foto-foto dari fotografer, Angki Purbandono. Sekiranya anda ingin mengenali dan mengkaji keadaan sosiologi tentang masyarakat Indonesia umumnya dan golongan marhain khasnya,album ini dapat memberi gambaran kepada anda melalui lirik-lirik mereka. Keren!! silakan.