Pages

Showing posts with label snack. Show all posts
Showing posts with label snack. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Pau Goreng .... Sudah Hilang skill kah ??

Assalaamualaikum,
haaaa tu lah...asyik sakan makan kat luar je kan...sampai memasaknya jarang2...sambal belacan pun semedang beli jek.... meroti???....haha...nak tengok mixer pun macam dah tak de mood...pokwo sampai kata kat KNJ...klau dah kichen aid tu nak buat perkasam , baik lelong murah2 jek kat blog ni...hihi.. tercabar aii tau!

so KNj pun apa lagi...capai lah pelastik tepung gdm sebb tepung roti tak de...uli2 (ngan tangan ko!) berpandukan resepi Pau Goreng Kak Fida dari My Resipi... rasanya tak sampai 5 minit pun uli doh yang hanya sesuku adunan...tangan dah lenguh daa...perap pun kejap jugak..then terus proceed buat pau goreng...taraaa ni lah hasilnya....hemmmm boleh la nk makan panas2...tapi bila dah sejuk dia skit keras....yang lucu nya tak da sapa pulak komplen keras ke hapa...semua mkan laju je..hihi ...so walaupun skit keras...pau ni habis di makan... Alhamdulillah

cuma KNJ je lah yang tak puas hati...self-satisfaction tak ada bila sesuatu product yang di hasilkan tidak seperti yang di harapkan... next time kena buat betul2 lah...klau hati separuh malas dan separuh rajin..seeloknya tarik selimut...tido ajelah...best oooo hujan2 gini

jadi sebetulnya skill ku masih belum hilang ( tak mo ngaku tuh!)...tapi mood rajin tu masih belum 100% mari lagi :D


anyway KNJ tetap suka akan resepi ni...simple dan sedap..mesti ada next time nya ...tq Kak Fida !

♥Pau Goreng / Kukus (2 in 1)™
  oleh: kak fida
  • 1 kg tepung gandum
  • 120 g gula halus
  • 1 sk rata garam halus
  • 140 ml minyak sayur/makan (KNJ guna shortening )
  • 5 sk rata instant yeast * (cth - Mauripan dll.)
  • 450 ml air paip *
  • (satukan bahan *)

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  2. Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.
  3. Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tk melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.
  4. Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
  5. Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.
  6. Goreng pau 1/2 msk dan simpan dlm freezer jika ingin membuat pau goreng instant. Atau kukus pau dan simpan dlm freezer utk pau kukus instant.
  7. Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.
  8. Adunan akan lebih lembut jika menggunakan food mixer.
  9. ***Untuk mendapatkan resipi inti sambal dan inti kacang merah sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/5874
Wassalam...

Saturday, October 12, 2013

POPIA NESTUM ALMOND

Assalaamualaikum,
Snek Raya senang2...tapi dlam senang2 tuh , macam nak krem jugak pinggang KNJ ni menggulung itu kulit popia...kejap duduk..lepas tu berdiri...dah boring KNJ duduk balik...gitulah  kekdahnya,,...KNJ buat banyak...6 peket of 50's pcs kulit popia yang besar tuh....buat banyak ni harap2 dapat lah bawak balik ke kampung mak mertua nanti... ( setakat  ni 2 balang dah habis dah dalam sehari! nampaknya memang kena sorok )



tak cukup dengan 2 tangan KNJ ...KNJ suruh jugak si Along Hadi, Si kakak Tifah dan Pokwo dear gulung sekali...Along Hadi Dan Kakak Tifah..half way jek dah surrender...tapi yang paling menten dan sporting was my Pokwo dear..tu pun kena paksa rela .. :)) Tq dear..senyum mu adalah sumber Ilham ku...ahaaaks..

so Raya Haji dah dekat ni...kalau tengah pening2 tu nak buat biskut apa...KNJ syorkan, buat ajelah popia nestum ni... senang banget dan bila tetamu datang...derang mesti target popia ni ( berdasarkan pengalaman... :D )


popia nestum almond...crunchy !

POPIA NESTUM ALMOND

sumber :  Kak Nik Ja

1 peket kulit popia besar 50 keping
1 biji telur di kocok
minyak untuk menggoreng secukupnya

cara2nya;
- leraikan kulit popia satu persatu . letakkan dalam bekas tertutup.
-ambil satu helai kulit popia. sapukn telur pada penhujung kulit popia dan gulung kemas. rupa seolah2 corong. buat sehingga habis
gunting kulit yg dah di gulung tadi smpai habis.
goreng dlam minyak yang panas

 bahan serbuk:
1 1/2 cawan nestum original flavour
1/2 cawan badam  yang dah di bakar
3 sudu besar susu tepung
4-5 sudu besar gula pasir  (ikut kemanisan masing2)
 cara:
-kisar semua bahan sampai halus.
-gaulkan dengan popia yang dah di goreng tadi.
-simpn dlm bekas kedap udara

"""Salam Aidil Adha buat semua umat Islam...di mana jua anda berada ! """"

Wednesday, October 9, 2013

kuih cucur jawa...

Assalaamualaikum,
Hari ni KNJ hanya sempat sediakan cucur Jawa ajer untuk breakfast pagi tadi...sedap pulak..anak2 makan berebut-rebut bila time kita buat sikit ni... tak pa lah esok KNj ingat nak buat lagi..cukup mudah juga nak sediakan cucur jawa ni...barang2 asas yang sedia ada di dapur, hanya godek2 dengan hand mixer, perap  semalaman dan boleh di goreng esok pagi ok lah terus pada resepinya yah!
resepi dari rakan FB...kkLong Normah Mansor...terimakasih Kak !



CucUr JawA
 1 1/2 cwn gula merah*
1/2 cawan gula pasir* ( KNJ kurangkan skit)
2 cawan air* ( KNJ lebihkan 2 sudu besar )
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
sedikit garam

cara2:
- masak bersama bahan2 bertanda * hngga larut. sejukkan
- tuang dalam adunan tepung dan garam kacau sebati dengan handwhisk
- perap adunan semalaman
- panaskan minyak sedikt (bukan byk mcm deep fry yek, cukup sekadar dapat goreng 1 keping cucur )
- sendukkan adunan dalam minyak dan goreng hingga bahagian tengahnya menggelembung. baru di terbalikkan
- goreng satu per satu hingga habis

Wednesday, August 28, 2013

Donut Gebu Hasue

Assalaamualaikum,
gebu gebana ..tu lah kawan2 kat Fb dok cerita pasal donut ni.....tapi yang paling menggembirakan ialah donut ni tak perlu di perap lelama...hanya campurkan semua bahan dan canai terap... di sebabkan kandungan yis yang dah cukup banyak, adunan boleh cepat mengembang...time kita tengah terap2 tu, dah nampak dah donut mengembang...so bila dah habis terap boleh cepat2 masak dan lepas tu boleh cepat2 makan ...yum yumm! suka, suka, suka kuih yang cepat2 nih... :))

Resepi Asal Dari Hasue (yg baru dapat baby chomel sgt !)...tapi KNJ copied dari Izah tokeh muffin (jugak dah dapt baby chomei!)..cukup produktif..hihi!

kali ni KNJ guna acuan 'lap u lap me' ...ter'romantik' lak! hihi



DONUT HASUE
sumber: Hasue@myR , Izah ML ...TQ!!

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) *saya letak separuh gandum separuh tepung roti
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir (KNJ guna 4-5 sudu besar)
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


Topping:
Gula Halus @ susu tepung @ apa2 topping kegemaran

Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..

Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.


nota: donat ni memang gebu dan lembut dan best walaupun tak perlu diperam. Selamat mencuba!!


Monday, August 5, 2013

Biskut Bangkit cheese

Assalamamualaikum,
buat pembaca blog Semanis madu yang KNj hormati...ini adalah n3 terakhir dalam bulan Ramadhan...KNj sudah mau berkemas-kemas untuk pulang beraya di kampung nun di Kota Bharu , Kelantan....banyak lagi kerja yang tak beres sebenarnya....aaaarrrrgggh kerja!!!!..kalau nak di ikutkan memang tak pernah habis

Lama dah KNJ nak buat biskut ni sebenarnya ... sejak tahun lepas...tapi bila dah salin resepinya, dalam list yang berjela..sudahnya setahun KNJ perap !!
resepi dari AlongRoz ....tapi KNJ tak dapatlah nak ulas dengan lebih lanjut tentang rasa biskut ni...sebab puasa kan...tapi apa yang pasti bau hasil dari pembakarannya memang ...waduh3x...!! wangi sekali  Ya Ampun !

so oklah ini resepinya yek..Tq AlongRoz !



Sebelum KNJ mengundur diri...KNj nak mintak ampun dan maaf pada semua atas segala salah dan silap kalau ada... In Sha Allah ...jika masih di panjang umur dan di beri kesihatan dan rezki yang baik..masih ada kudrat jari jemari ini mengetuk keyboard..kita akan bertemu kembali.. sebak rasanya Ramadhan Kareem hampir sudah melabuhkan tirainya... Allahuakhbar !

kepada yang bermusafir tu...semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju...Jangan tinggal solat yek...travelling bukan di beri tiket untuk melakukkan ' jamak Tak Yah (solat)'... :D R nR kat Malaysia ni ..surau dia cukup punya baik kemudahannya...so berhentilah barang 15 minit untuk kita mengadap Allah swt. barulah perjalanan lebih barakah !

Salam Ramadhan Kareem Dan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam Muslimin dan muslimat !


Biskut Bangkit Cheese
sumber : AlongRoz, KNJ

rasanya 200 keping ada kot)
BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.
MAsukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 kering.

2. Canai & terap.
Tabur parutan keju atas setiap biskut.
Bakar 160C 15 min.

Monday, June 24, 2013

Si Puteri Ayu II

Assalaamualaikum,
lama jugak KNJ tak menjengah blog... habuk , jerebu dan rasenya dah  naik kulat ijo dah ni.... :)) well nak buat cam ne...mcm ni lah mase yang  cukup terbatas KNJ ada... Alhamdulillah!
Ape khabar semua....tatkala Malaysia di landa jerebu2 ni...harap2 semua berada dlm keadaan yg memuaskan lah yek...elok jugak kurangkan aktivity di luar sana...KNj sudah mula asma...still controlled though....suara udah garau macam Ramli Sarip Dowl dah nih.





Anak2 sudah mula memakai face mask ke sekolah...fesyen tambahan di zaman jerebu...

gaya ngalah doktor bedah !
Hari ni KNj teeeer rajin nak buat kuih...al maklumlah nak berjalan kat luar x brape bagus...so daripada dok melangut depan TV tak sudah, KNJ buatlah kuih puteri ayu ni
Adunan pertama...kuih ni jadi bantat dengan jayanya... :D ... 'agaknya kuih ni pun 'semput' jugak time2 jerebu ni...betul ke kak Erna ?? :D

puteri ayu yang bantat!

selamatlah satu adunan tu masuk tong sampah (grrrr tak suka sungguh membazir gini )... bancuh lagi untuk adunan ke-2...kali ni siap baca doa lagik.. :D dan hasilnya ..... Alhamdulillah
so moralnya...buat apa2 pun jangan mudah putus asa dan seblum menyalahkan oranag lain..semak dululah kesilapan diri kita sendiri yek!



EMPUNYA RESEPI : HaiDa RifQi
GROUP MASAKAN SAMBAL HIJAU

PUTERI AYU
2 biji telur ( KNJ Guna 3 biji )
1 cawan gula aicing (KNJ guna gula pasir yg di kisar halus)
1 sudu kecil overlate
(bahan nie mixer sampai putih)

1 cawan santan
sedikit pewarna hijau
sedikit esen pandan
(campur skali)

1 sudu kecil baking powder
2 cawan tepung gandum
(campur skali)


  inti kelapa:

2 cawan kelapa parut putih
3 sudu kecil tepung ubi
garam secukup rasa
-campurkan semua bahan dah masukkan dalam acuan yang telah di sapu minyak terlebih dahulu

mixer bahan atas smpai putih,pas tue masuk kan bahan santan n tepung berselang seli ampai habis,kaup balik jer.....kukus selama 15 minit api sederhana... ( KNJ pukul telur pada kelajuan maksimum 5 min. masukkan ovalet dan gula. pukul lagi for 5 min - dengan cara begini adunan lebih senang gebu !)



Thursday, May 2, 2013

Coffee Bread

Assalaamualaikum,

Alhamdulillah....hari ni dapt jugak KNJ cari kan van untuk Amny pulang ke rumah...so hari Khamis (hari ni) onwards KNj tak perlu lagi menjemput Amny dari school...harap2 Amny boleh biasakan dirinya...InSha Allah...my lil girl has grown up !

Next week KNJ tak da kat rumah....KNJ ada kursus di KL....so KNj memang tak balik rumah lah...tinggal aje lah kat hotel murah2 di sana...lagi pun program start seawal pukul 7 am lagi dan habis malam, pukul 10pm gituw...pikir2, duit minyak dan tol pun dah berapa dah....jadi mcm tak munasabah pulak nak travel tiap2 hari..so KNJ mengambil keputusan utk bertapa ajelah kat KL tuh untuk beberapa hari...pokwo pun dah izinkan...moga Allah swt mudahkan segala urusan KNJ....malas nak pergi, hanya Allah je yang tahu...dalam hati memberontak, tetiba terjumpa pulak hadith yang di kongsi oleh  Ummi ,

 "Siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri, maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya"
- Riwayat Imam at Thabrani dari Ibnu Abbas r.a.


bila baca hadith tu sejuk hati perut hakak..dan redho KNJ dgn amanah yang di pikul! tq  Ummi!

ni projek roti kopi ...tah tak tau bila dah buat ni...KNj tempek jugak lah....sebb memang tak selera KNJ tengok gambo katak memanjang...:)

resepi KNj ambil dari blog kepunyaan Shirley, KØkken...tq Shirley...resepi ni dapat sikit jer...kalau makan berdua cukup sesuai....tapi bagi family KNj, biasanya akak akan buat 2 atau 3 adunan..makan cicah air milo panas...SubhanaAllah memang sedap...nikmat dunia!




Coffee Bread Loaf
copied from : Kokken


Ingredients
  • (A)
  • 190g              Bread flour
  • 44g                Castor sugar
  • 2g                  Salt
  • 4g                  Instant yeast
  •  
  • (B)
  • 20g                Egg (beaten)
  • 50g                Milk (KNJ guna susu cair)
  • 12g                Instant coffee granule (I used 12g of Expresso coffee instead)
  • 60g                Water Roux dough (tangzhong)
  •  
  • (C)
  • 20g                Unsalted butter
  •  
  • Almond flakes for garnish
  •  
  • (D)
  •  Tangzhong (Water roux)
  • Bread flour          50g
  • Water                  250g
Instructions
  1. Prepare Tangzhong (Water Roux) 1 day before.  Mix (D) together and cook over low heat until 65C – stirring all the time while cooking. When it is cooked, the mixture should look like starchy glue and you should be able to see the stirring lines in the dough. Remove from heat and cool down at room temperature. Store it in the refrigerator for 12 hours.
  2. Mix (A) together in a mixing bowl with (B) (take care to separate salt from yeast). Using a dough hook mix at medium speed until the dough comes together to form a ball.
  3. Add in softened butter and continue kneading with dough hook for 20 mins until window pane stage.
  4. Gather the dough from the mixing bowl and knead for 2-3 mins by hand on a lightly floured table top.
  5. Form the dough into a round ball and place it in a lightly oiled bowl and cover with plastic wrap. Allow to proof at room temperature (28C) for 40mins.
  6. Turn the dough out onto a lightly floured table top and knead quickly by hand. (2mins) Divide the dough into 10 equal portions of 36g each.
  7. Rest the divided dough for 10mins. Place the 12 dough portions in a loaf pan in a 5X2 configuration.
  8. Allow the dough to proof to fill up almost 90% of your loaf pan. (I just rested it for 60mins)
  9. In the mean time, preheat oven to 170C fan mode.
  10. Brush (7) with egg wash and sprinkle almond flakes. (I forgot to brush the bread with egg wash, hence my almond flakes did not stick well to the bread)
  11. Bake for 20mins.
  12. Cool down completely before slicing.
P/s: kekadang KNJ malas tak rajin nak buat water roux, KNj akan gantikan dengan 1/2 sudu kecil bread softener...ngam jugak!

Tuesday, April 16, 2013

Pau Gobbu Mai

Assalamuaalaikum,
Salah satu xtivity kalau akk masuk FB ialah shopping (window shoppin je...cuci2 mata) dan menyalin resepi !! kekadang ada juga yg message kat akk...tapi lambaaat akak balas...mintak maaf sgt2 sebb mungkin masa tu akak tengah gigih dan tekun menyalin resepi...:)) bila akak nak balas message org tuh..tengok2 dia dah log out dah pun!!..:(

 Oklah ni adalah salah satu resepi dari FB yang KNJ salin. resepi  dari Mai Zura admin nye Mai Share Resepi di FB..beberapa kali Mai dok tayang, sampai KNJ mcm tak leh nak tido lena di buatnya...:D so KNJ berjaya buat jugak semalam...but still ade beberapa butir lagi hari ni dan still menten gobbu walau tidak di steam semula !
 Jom semak resepi nya yek! terimakasih Mai Zura !


PAU GOBBU..

DOH:
2 1/2 cwn tp. gandum ( KNJ guna superfine flour)
3/4 sdt yis kering-(Mai guna kijang)
1/2 sdt b/ powder
4 sdm gula castor
1 sdm lemak sayuran(shortening)
1 sdt bread softener(Mai guna Bread Improver)
1/2 cwn air suam (KNJ lebih kan beberapa sudu besar air)

##
- masukkan tpung,yis,b/ powder,bread improver dlm bekas
- gaul rata & masukkn air suam sedikit2
- masukkn shortening.,uli lagi hgga doh licin/ x melekat
- rehatkan DOH 20 minit
- bhgi:kn DOH @ bulat2kan
- masukkn INTI KELAPA & bulatkan kemas2
- letakkan PAU diatas paper cup& susun dlm pngukus.
- biarkankn PAU 45mnit dlm pengukus(biarkan ia naik dulu)
- kukus 10 minit(pastikan air pengukus dah mndidih dulu..yer..)

**utk PAU yg lembut dan gebu > air mesti betul2 panas

INTI KELAPA  (KNJ guna inti kacang beli siap punya)

INTI:
250 gm kelapa parut
100 gm gula Melaka
150 gm gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan( disimpul)
2 sdb tepung gandum
~Kelapa, gula melaka, gula pasir, d pndan & air dimasak.
~Apabila sudah hampir kering masukkan tepung gandum.
~Masak di atas api yang sederhana
~Masukkan dlm Tupperware....yer...

DAPUR : Mai Zura
Mai Share ReCipe

Thursday, March 21, 2013

Donut Yogurt Vanilla...a keeper!

Assalamualaikum,
Alhamdulillah....hari ni tak perlu lagi mengadap ke Big apple Donut di tesco sinun...KNJ buat sendiri donut...sedap , lembut, gebu macam yg Ros kata...

KNJ jugak buat 2 adunan  sebab nak buat frozen...sangat suka dengan resepi nih


Tq Ros...this recipe is a keeper indeed


Donut Yogurt Vanila

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan
400gram tepung gandum
45gram Plain Yogurt@Natural Yogurt
6gram Yis
2 sudu kecil esen vanila
150ml cecair ( susu segar+1biji telur) -- KNJ guna lebih air )
40gram marjerin
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng
 
Untuk Salutan
sedikit serbuk gula
 
Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan kecuali marjerin, uli hingga menjadi doh, setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli lagi sehingga betul-betul lembut, untuk mendapakat doh yang lembut dengan cara yang mudah dan cepat,  setelah menguli doh beberapa minit masukkan doh dalam platik bersih dan ramas-ramaskan doh selama 5 minit, kemudian keluarkan dan uli sekali lagi dalam bekas adunan. ( jika guna Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin dan terus bentukkan). 2. Selepas itu perap doh selama 40 minit sehingga satu jam, atau sehingga doh menjadi dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sekali lagi beberapa minit, kemudian bahagi doh pada bebola kecil, bentukkan doh seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. ( pastikan alas dulang dengan kertas minyak, supaya senang untuk diangkat apabila tiba proses menggoreng nanti).
3.  Setelah donut naik, panaskan minyak dan goreng donut dengan api yang sederhana, balik-balikkan donut supaya masak sekata, setelah perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, salutkan donut dengan serbuk gula dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak topping dengan cooking coklat pun boleh dan jika mahu frozenkan donut ni, boleh goreng donut separuh masak, sejukkan dan kemudian dimasukkan didalam plastic ziplock, simpan di dalam peti sejuk beku, bila mahu makan, keluarkan donut frozen tadi dan biarkan di dalam suhu bilik beberapa minit baru digoreng.

Monday, March 18, 2013

Roti Canai Homemade

Assalaamualaikum,


tak brape nak chomei lah ghupa roti canai Kak Nik ....:C ...tapi tak pe lah kan...1st time.......akk tak brape reti nk tebar hanya main tarik2 jek.....tengok vidoe cara2 menebar x tau brape kali khatam dah tuh!
satu adunan akak terpaksa tebar 2 sessi....pagi semalam hanya tebar 4 ketui, pastu sambung balik pagi ni ...lepas amek semangat!!!...:))

Resepi dari CT Zaidah ( CT buat kulit murtabak )..tq very much....resepi turun temurun dari arwah ayahnya yang awesome !!

kalau nak belajar cara2 menebar sila klik SINI  ... cara tarik-menarik pun ade gak utk amatur macam Hakak...

patutlah kekadang roti canai ni boleh mencecah sampai RM1.80 sebijik....modal nak buat tak mahal mane pun....yang mahal tu ialah SKILL menebar !!

Akak makan dengan kari sardin ajerr...tapi by the time akak photoshooting (ececeh...) kari dah habih lah pulook....so uoals imagine aje lah yek!! :D

jom makan!...sedikit kejung tapi rase dia memang sedap...kalah mamak punya tau!

Tq again to CT Zaidah for the recipe!

Roti Canai / Kulit Murtabak

3 cwn Tepung Gandum
1 sb Gula
1 sb Susu pekat
1 sk Garam
1 biji Telur
1 cwn Air (Aku agak2 jer,lbh kurang 1cawan)Kalu guna air kelapa lagi sedap,kulit pun lembut jer,wlpun dah sejuk..Kalu nak wat roti canai pun guna resepi ni gak..

Cara
Campur air,gula,su2 pekat,garam n telur.
.Kacau rata,masukkan tepung n uli sampai adunan xmlekat di jari.
.Bahagikan adunan pada bebola kecik,
ambik planta n sapu pada semua bebola tadi(tujuannyer supaya doh tadi xmelekat n bercantum lagi.
.Biarkan bbrapa jam(Aku wat doh pagi,n ptg baru la start masak..Baru la doh tadi lembut n senang nak tebar)
Aku xreti nak tebar,dulu xnak bljaq kat arwah ayah,so aku letak atas talam n tarik2 sampai nipis la..

Thursday, February 21, 2013

Sweet Soft Bun E-na

Assalamualaikum,
hari ni memang kena buat n3...sebab lately bila Kak Nik cuba buat sesuatu posting, ada keluar warning dari google mengatakan posting akak tak leh nak save..tapi bila akak publish n3 tu...boleh lak terpampang posting tu dalam blog

baru2 ni...kak Nor SG bagi tau , blog akak di serang malware...tapi bila akak cek....tak dek pun malware nya....tapi akak still suspect something wrong jugak

then Tun Telani bagi tau that akak punya comment ade words verification, walhal akak dah disable dah pun word verification tuh....fening dah akak ni....nak godek lebih2 kita bukan pakar IT....so anybody can help me or not???....hay wire dah blog kak nik nih.......kot2 kena demam denggi blog ni boleh jugak akak bagi ubat...tapi kalau dah terkena irreversible virus....tak tau lah akak nak buat cam no...harap2  my blog can recover soon...

so sementara akak perah otak nak cari solutionnya....jom pekena roti dulu ekkk!!
resepi asal dari E-na Lovely Kitchen.....recently ari tu ternampak umah MamaFami jugak...Tq ladies for sharing!

 
RESEPI SWEET SOFT BUN

Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti
     
    Cara-cara:
    1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata guna untuk glis permukaan roti nanti)
    2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
    3. Tuang ke dalam bread maker.
    4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
    5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
    6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang 4 segi 18cm yang telah di alas dengan cooking sheet dan di sapu marjerin pada keliling loyang.
    7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
    8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
    9. Spray permukaan roti dengan air.
    10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
    11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
    12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
    13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan roti dari loyang. 
    14. Sejukkan roti di atas jaring. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENGEMBANGKAN DOH DARI LOVELY KITCHEN

Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau apabila membuat roti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven. Dalam 25 - 30 minit doh sudah naik dan boleh digunakan untuk proses seterusnya
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

Wednesday, January 16, 2013

Batter gorengan yang lemak ranggup !

Assalaamualaikum.....
ligat kaki Kak nIk mencari pisang utk di buat goreng......pergi ke kedai berdekatan .....yileek!
pergi pasar tani....jumpa pisang.....nak beli....tapi penjual tu kata, pisang tuh dah ade orang booking....dia kata lagik...pisang utk di buat goreng memang hampir tak cukup sekarang ,sebab ramai naaa yang dah meniaga pisang goreng petang2.......kebanyakkan org borong banyak2, bukan macam akak nih......amboi!!! eksen nya dia ekk! bukan rezki Kak Nik hari tu

tup3x...pagi tadi pokwo balik...sengih2....tengok2, dia dah belikan 2 biji cempedak....hoooray...musim cempedak sudah mari..haaaa.....apa lagi...menggoreng cempedak sakan lah kita.....

so moral of the stori....Rezki dari Allah tu banyak..kalau tak dapat yang dihajati, bersabarlah.....Allah akan ganti dgn yang lain pula...mau senantiasa bersyukur...sebb bila kita bersyukur...rezki itu akan senantiasa cukup...In Sha Allah !


Kak nIk cuba goreng cempedak dengan batter gorengan yg di kongsi oleh Cik Gu Ina....tq Ina yng sanggup jadi Private Investigator, soal siasat mak cik goreng pisang berdekatan dgn umah dia.... :D...ini adalah batter goreng pisang yg paling sedap pernah Kak Nik buat sendiri...mungkin sebab ade letak telur...yang menjadikan batter ni lemak2 ranggup gitew...marbeles!...Kak Nik tambah juga bijan....aduh,duh,duh,,,akak makan kerak dia jer...keranchi krup, krap, krup, krap!

tq Ina dari Hana's Family...ijinkan daku tempek di sni pulak resepi nya...jgn lupa kirim salam kat mak cik goreng pisang tu yek!!

RESEPI  BATTER GORENG PISANG
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur - size kecil
  • 1 sk gula
  • 1/4 sudu kecil air kapur - jgn terlebih nanti pahit
  • serbuk kunyit @ pewarna kuning
  • 1 cawan air (Kak Nik guna 2 1/4 cwn )
  • 1 sudu besar bijan (kak Nik tambah)
  • garam
  • keledek atau pisang atau pilihan yang disukai
Cara-cara
  • Satukan semua bahan kecuali bijan, keledek@pisang ke dalam blender. Blend lebih kurang 2 minit sehingga semua sebati.
  • Tuang ke dalam mangkuk.campurkan bijan... Sementara itu panaskan minyak.
  • Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan adunan tepung ke dalam kuali. Bila berdesir maknanya sudah cukup panas.
  • Celupkan keledek@pisang ke dalam adunan. Goreng hingga keperangan.
  • Angkat dan toskan. Sedia dihidang.

Tuesday, January 15, 2013

popcorn lagik !

Assalaamualaikum,
Akak tak suka tengok movi di panggung....tapi kalau pegi shoppin complex...akak akan cari dia punya panggung wayang....semata-mata nak beli popcorn...tapi itu dululah

masa baru2 kawin...sekarang tak kosa haku! senang beli di pasar2 malam ajer...murah dan sedap jugak....siap ade kaler maler lagik kan!



ok lah tak yah ngomel panjang2...respinya Kak Nik dah pernah letak sebelum nih...boleh refer di SINI....
pesan Kak Nik...kalau boleh.sebelum menggoreng popcorn....gunalah kuali yang agak berat ie koli yg mempunyai lapisan bawah yg agak tebal...supaya popcorn masak elok sekata dan tak mudah hangus

hati2 jugak semasa membuat karamel tu...jgn di sentuh syrup yg panas kalau sayangkan kulit mulus anda....:P

terimakasih sekali lagi padapemilik asal, Aludra dari My Resipi ..mudah dan simple!

 apalagik!...popcorn semangkuk dah ade...jom kita nengok movi.....errrk movi kat astro je lah....:))....tak pun akak suka tengok cerita Kemah Keming by UAI....boleh tersembur popcorn dlm mulut dibuatnya...dalam berlawak ade banyak Ilmu yang berguna....I loike!

                                                               POPCORN

bahan2:

2 sudu besar marjerin
4 sudu besar minyak masak
1/2cawan jagung kering secukupnya
sedikit garam

cara-caraPanaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Ni rupa jagung kering tu..
Tambah Karamel [Optional]
 1 sudu mentega/margerin
5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
sedikit air jika perlu

Untuk Karamel [Optional]
  1. Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
  2. selepas sejuk sedikit...ratakan popcorn di atas dulang pembakar yang di alas dgn baking paper,
    bakar pada suhu 160 C selama 10 minit utk meranggupkan popcorn


Thursday, November 8, 2012

Pergi sekolah Amny dan durian Crepe

Assalaamualaikum,
Aktiviti ari nih bermula sangat awal...pokwo terpaksa bergegas ke pejabat pelajaran, untuk uruskan hal2 perseklahan Along Hadi, manakala Kak Nik lak ke sekolah Amny...ada majlis penyampaian hadiah untuk Amny.
Majlis sepatutnya bermula 8.00am tapi di seret sehingga 8.45am....hemmm biase lah gitu....

guru besar, ydp PIBG and cik gu English di atas pentas

anak ummi, sengih nye sampai tinge

tahniah amny, tahun depan dapat duit hadiah banyak2 lagik yek!!
 balik rumah pukul 10.30 am...akak terus godek durian crepe nih....aduh sungguh ku tak tahan.... sana sinun , di FB, di blog2...semua pakat duk tayang dessert kaya lelemak nih.......rasenya memang sedap...tapi tekak akak ni memang tak leh nak makan banyak pulak...cukup ngam-ngam 2 ketui...akak dah tak leh nak tambah.....muak jugak nih!...tapi kalau peminat durian,  mesti u oals suka nih.....

so Alhamdulillah dapat jugak rasa Durian Crepe yang cukup femes nih....dan Alhamdulillah jugak Akak tak leh nak makan banyak...kalau tak risau jugak nih...mana nak store lelemak xtra tu...hihihi

untuk resepi dia seperti Sheila juga, akak ambil dari Ana Suzana....step-by-step pun Ana Suzana ada sediakan...terimakasih banyak2....leceh jugak nak membentuk lempeng dia...tapi lama2...ok lah tu
kalau tak lalu nak buh durian, boleh pelbagaikan rase degn letak mango macam sheila buat tuh...

2 ketui..antara yg paling chomei..yg lain, mcm bentuk lori simen pun adooo!
oklah akak dah buat pun d famous Durian Crepe...u oals bila lagik??? sila pastikan ada peminat durian sebelum anda membuatnya....baru berbaloi...kalau sekadar nak rasa..akak rasa elok beli ajer deh!!
resipinya akak copy & paste dari blog sheila...tqvm!

akak guna inti whipped cream....lecehlah jugak, sebb kena cepat2 masuk dlm peti ais, kalau tak cair meleleh!
DURIAN CREPE/MANGO CREPE
Resepi By : Ana Suzana@Cahaya Cinta Ku


BAHAN2 :
  • 50 gram tepung gandum..
  • 1 penutup esen vanilla..
  • pewarna kuning ( ni terpulang kat korang nak warna apapun )
  •  1 sudu besar tepung ubi kayu
  • sebiji telor.. basuh dulu.. 
  • 3 sudu teh/kecil butter.. kemudian cairkan.. aku cairkan guna mikrowave.. 
  • 160 ml air
  • 40 ml susu cair.. aku guna susu fresh milk je -Sheila dan kak nik juga guna fresh milk
  • 2 sudu besar gula halus..
CARA MRMBUATNYA:
  • Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus atau gula kastor td.. 
  • Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.. jgn tuang kat mulut korang lak.. hahahha 
  • Kacau sebati dgn menggunakan whisker.. 
  • Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor tu just kacau2 gitu je tau, bkn pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati.. 
  • Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..
  • Masukkan pula air.. kacau lagi..
  • Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..
  • Masukkan lak pewarna.. sukati korang le nak taruk kaler apa..
  • Adunan yg dah sebati..
  • Last step, sila tapis n adunan tersebut..
Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.. kalau buat saiz besar2 sgt opkos la dapat sikit je..

InTINYA:

1 cawan whipped cream sejuk..pukul sampai kental, dlm 1 minit
isi durian secukupnya + dengan sediki gula kalau nak manis

 JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :  

  • Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..
  • Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan.. 
  • Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata.. 
  • Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak.. 
  • Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas .. 
  • Tu cara aku la kan.. aku tak berani angkat guna sudip sbb takut koyak.. aku just angkat kuali tu, telangkupkan atas pinggan.. siapp..
  • Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. Pi sambung masak lagi sampai adunan abis..
  • Ohye, di sebabkan aku risau crepe yg dah di masak tu melekat satu sama lain kalau di susun berlapis2, makanya aku buat mcm di atas.. setiap yg dah di masak aku letak dlm bekas/pinggan yg berlainan.. 
  • Hambik kauuuu.. banyak la yg nak di basuh pastu.. huhuhu.. tapi takpe, cara mcm ni lebih selamat sebenarnya tau.. biarkan la diorang seketika.. meh kita buat inti dia lak..

Sunday, October 21, 2012

tart telur

Asssalaamualaikum,
Hari Ahad, hari santai, hari salin resepi.....tulis panjang2 kang tak dak sapa nak baca...so straight to the point lah...

pesan akak..buatlah shell tu awal2, lebih pun tak pe...so senang skit masa nak menuang kastadnya

 resipi dari Footpage madiha...tapi akak dah ubah suai sedikit dia punya kastard..mengikut bahan2 yang ada dlm gobok akak
untuk step-by step kulit tart , boleh pergi ke blog Kak Yah di SINI

TART TELUR

Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu tepung (kak nik tambah)

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh.kak nik timbang 15gm dan bentukkan bulat2,sebelum Bentukkan doh dlm acuan
. cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.

bila dah masak...kastad jadi mcm mendak...walhal dlm oven , kembang kemain lagik!
resepi kastard yang asal..sila klik SINI tapi bila buat , akak dapat lebih banyak sangat so.akk kurangkan dia punya kuantiti

Bahan2 Kastard telur

150ml susu cair
2 biji telur A
3 sudu besar gula pasir-kisar halus
1/2 sudu kecil esen vanilla


 Dengan menggunakan whisker, masukkan campurkan semua bahan. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.

Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

alang2 dah menge-tart...kita buat lah sampai 6 adunan...loose akak punya skru pinggang tau!

Saturday, October 6, 2012

Bun Sardin...biarpun leceh...

Assalamualaikum,


Dah lama rasanya akak tak buat roti......buat roti nih, sebenarnya memang sangat lecehlah procedur dia ..makan masa jugak nak dapatkan seketul roti, tak seperti pembuatan kek

dulu akak memang macam tak percaya roti boleh di olah sendiri di rumah....akak ingat lagi...kali pertama akak meroti...menggunakan resipi Ros Jintan manis.com....alahai keras kekong roti tu...bukan salah resipi, tapi memang akak salah teknik daaa....selepas menuntut serba sedikit dari Ros...dan akak buat research sendiri...Alhamdullilah..berjaya jugak akak hasilkan roti homemade..yang tentunya lebih sihat, bersih lagi halal....walaupun tidak se perfecto roti beli.

so pada sesiapa yang masih belum pernah cuba me-roti... akak harap jinak2kan diri utk mencoba yek!! buat roti ni seronok...!!! part yang tak seronok pun, time nak uli2 dia...tapi kalau ada BreadMaker atau Food Processor atau compatible mixer...kerja kita jadi berganda-ganda mudahnya...tapi ada juga akak tengok kawan2, geng blogger masak2 yang uli roti or donut mereka dengan tangan....for that, akak betul2 salute!!! chaiyook!!...:D

sedikt tips daripada Kak Nik ,

1) kalau nak membakar roti...panaskan dulu oven sehingga 180 C untuk 15 minit, bila masukkan roti dalam oven, boleh turunkan suhu sehingga 150 -160 C...dengan cara begini...roti tidak akan cepat hangus, lebih lembut berongga kerana yis masih ada peluang untuk mengembang sebanyak yang boleh

2) lagi satu ..pemilihan yis jugak penting dalam pembuatan roti...yis instant, yang serbuk tu memang sangat mudah di guna...yis instant tidak perlu di'kejut'kan dahulu, tidakseprti yis basah....akak secara peribadi tak brapa suka guna jenama mauripan...doh agak lambat utk mengembang...akak syorkan , kalau dpat, cari yis instant bercap burung layang2...pernah akak beli dari kedai Bake with Yen suatu masa dahulu...yis jenama ni memang cepat naik pada suhu bilik, jadi dapat menjimatkan masa

3) kalau doh agak lambat nak kembang..cuba rendamkan mangkuk yang berisi doh tersebut dalam air panas (bukan air yg gelegak)..sambil menutup mangkuk tersebut dengan kain basah..keadaan suhu yang panas dan lembap memang akan menggalakkan pembiakkan yis dengan baik...jadi yis tak 'tido'

itulah serba sedikit tips yang akak boleh kongsi bersama...akak bukanlah pakar membuat roti..semuanya berdasarkan dari pengalaman dan permerhatian akak sahaja...kalau ada sesiapa nak berkongsi tips2 lain bersama ,..akak sgt2 alu2kan

cukuplah ngomelan kak nik...ini dia resipi yang akak guna utk Bun Sardin ni, akak guna resipi doh asas roti manis dari Ros Jintan Manis .com...tq Ros!!


Bahan-bahan:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula
 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux (kak nik guna 1/4 sk bread improver dan 1/4 sk bread softener)

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

bahan inti:
kepingan cheese dan inti sardin yang di masak sedikit kering secukupnya

Cara-caranya (Doh Roti)
1. Buat doh roti,
Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan
semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan
tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di
bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas
adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh
yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu,
ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan
dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan
elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau
kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbuk
kan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8
minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan
anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix
vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss
permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau
sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi
mengekalkan kelembutan nya.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian
rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain
bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok
teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik
apabila siap dibakar nanti.

- Boleh campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti kerana rasa
padat dalam roti akan dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan


Sunday, September 30, 2012

PSCCB....?

Assalamualaikum,
:D...sesekali hakak nak jugak guna short2 form nih ...PSCBB = Pumpkin Spice CheeseCake Brownies ...huuuih panjang namanya...senapas pun tak lepas nak nyobutnye!

bercakap tentang penggunaan gula nih...teringat akak tentang satu resepi nih yang menggunakan gula banyak jugaklah dari sukatan normal pembuatan brownies.

Bukan resipi ni sahaja, malah ade beberapa resipi yang akak ambil dari blog2 luar negara especially, yang kalau di ikut sebijik-sebijik...nescaya cukup 44 hari, memang InsyaAllah kencing manis di buatnya...:D
so akak tertanya-tanyalah...samaada kadar kemanisan gula dey ol, tak sama ker dgn gula kat mesia nih?....heemmm

atau, keadaan cuaca yang lebih sejuk menyebbkan lidah mereka kurang merasa kemanisan gula ke hape ekk?? musykil jugak di buatnya....atau dey ol nun memang suka makan manis2...nanti akak nak kena tanya dey ol sana, samaada dey ol ade kencing manis ke tak?...:)

ok lah akak letakkan di sini resipi nya , tried n tested...sedap, mudah dan jugak cukup cantik kejadiannya...penuh dgn rase rempah...tapi akak hanya letak secubit sahaja bagi setiap rempah ratus yang di syorkan...u ol nanti pepandailah ekjas sendiri yek!!



cuma sedikit frust, bahagian bawah, choc kek nya, MasyaAllah... maniiiiiiiiiss melenting, walaupun akak dah kurang kan gula pada kadar 3/4 cawan...so akak nasihatkan u ol gunalah hanya 1/2 cawan shaja...guna gula putih biasa yea...
in resipnya , akak copied straight from Beantown Baker's...Judy In Her Natural Habitat  ade sertakan gambar2 step-by-step yang cantik2....Tq  !...so feel free to go  there !

The recipe below is copied directly from Beantown Baker's blog.


Pumpkin Spice Cheesecake Brownies
Makes 16 bars
Brownie Batter
3/4 cup butter, melted
1 cup sugar (guna 1/2 cawan gula pasir--sukat dan kisar halus)
1 tbsp pure vanilla extract
2 eggs
1/2 cup all purpose flour
1/2 cup cocoa powder
1/4 tsp salt
2 tsp cinnamon

Cheesecake Batter
8 oz cream cheese, softened -
1 egg
1/2 cup sugar 
2 tbsp+2 tsp flour 
2/3 cup pumpkin puree 
1/3 tsp pure vanilla extract 
1/2 tsp cinnamon
1/4 tsp each ground ginger and ground cloves 

Preheat oven to 350F. Grease an 8x8" square metal baking pan.

Beat together melted butter, sugar, and vanilla, then beat in eggs one at a time.

 Combine dry ingredients and then gradually stir into butter mixture with a wooden spoon.

 In separate bowl, beat together cheesecake batter ingredients.

Spread about 2/3 of chocolate batter into prepared pan, and spoon cheesecake batter over.

 Dollop remaining brownie batter over cheesecake batter. Swirl the batters together by running a butter knife back and forth through the pan.

Bake for 40 minutes, or until center is set.

 Cool completely on wire rack and chill before cutting and serving.

Tuesday, September 18, 2012

Cucur Udang Tembam lagi Tembun...:))

Assalaamualaikum...
Lewatnya mokwo Kak Nik  tido semalam......lepas hantar amny ke sekolah pagi tadi, mata mokwo Kak Nik macam tak moh bukak...duduk punya duduk atas kerusi...mokwo Kak Nik boleh tertido ( adeh tergeliat jugak halkum ku nak membiasakan diri dgn nickname baru nih!)

dalam tido tuh akak bermimpi yang akak sedang tido di atas timbunan wang kertas...Indahnya mimpi itu, yang hanya sekadar mimpi...:))

Hakikatnya, akak bangun tersangat lewat, melayang masa yang ibarat emas buatku.......pukul 10.00pagi baru sedar...plan asal nak pergi ke bank 'cap kepala rimau' di awal2 pagi, terus terbatal (esok jelah!)....

akak goreng nugget lebih kurang ade sedikit udang..kita bagi dia perabih lah...akak buatkan cucur udang...
ligat akak bersilat masak(ececeh), sebab nak bagi si kakak makan sebelum pukul 12.00 tghhari

tapi akak ngaku, kalau akak masuk Master Cep tu...dah lama akak kena disqualified...sebab dalam masa 2 jam tuh akak hanya sempat goreng nuggets n buat cucur udengs ajerrr!!!...:(

mana tak lambat...dalam dok masak2 tuh lah nak basuh n sidai kain, nak mengemop lantai, nak belek2 buku resepi...:D...tu belum bukak blog lagi tuh...kalau dah bukak blog pepagi.....lagilah..alamat tak masak, gantung puyuk ajelah...:))

gambar cucur secara candid, dgn bertemakan 'longgokan'

so, tanpa banyak bicara..moh tengok resepi nya yang mokwo akak (adeh tershasul lagikk!) buat...
resepi asal dari Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan yang di terbangkan khas ke dapur Izah Muffin Lover...akak cedok dari dapur Izah ajerr!! terimakasih yeaaa....

Sedap !! akak tambah telur n sedikit baking powder utk kulitnya yang lebih garing

akak gandingkan dgn kuah kacang ...belen kelmarin punya! cair skit sebb dah di tambah air bagi kuah jadi banyak !!

CUCUR UDANG TEMBAM
resepi : CMG 


BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
1 biji telur di kocok (kak nik tambah)
1 sudu kecil baking powder ( kak nik tambah)

BAHAN SOS LADA :
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam, telur dan baking powder dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...

pesan akak: kalau nakkan cucur yang cepat di masak..akak suka guna sudip yang kecil..dan udang tu pula akak akan oles dengan sedikit telur sebelum di letak di atas adunan cucur sebelum di goreng, so udang tak jatuh berterabur

Friday, September 14, 2012

apam Polkadot, tips dan terimakasih Kak Nor SG !

Assalaamualaikum,
Hari nih, buat sekian lamanya teringin sungguh.....akhirnya terbuat jugak si apam chomel ni...bila dah buat...mokwo nampak kejadiannya tak secantik yang di harapkan...mulalh nak kena cari sifu....:D

Rupanya banyak jugak pantang larang si apam nih yang dah mokwo langgar....hemmm tak pe lah kita jadikan pengajaran ekk! first timer...bisa tergeliat jugak tangan ni menge'dot' si apam chomel itew...tapi lelama makin seronok jadiknya...hilang sekejap stress yang melanda minda!!


so inilah tips yang telah di terangkan oleh kak Nor dan Rabiatun di facebook itu menurut pemahaman mokwo...kalau sesiapa ade tips lebihan yang mahu di tambah, harap jangan segan silu berkongsi yek! terlebih dahulu terimasih banyak2 buat kak Nor yang senantiasa sudi melayan songeh ku ini!!


1) kalau telur yang di gunakan tuh kecil, bolehlah lebihkan telur  atau lebih kan cecair ie susu yang di gunakan..supaya hasilnya tidak terlalu 'dry'.(guna susu fresh lebih baik)

2) pukul adunan sampai betul2 fluffy...sampai ringan..ie sekitar 6-8 minit pada kelajuan tinggi..barulah apam jadi gebusss

3)mencorak dan meletak kan apam dalam pengukus haruslah di buat dengan scepat mungkin...kalau tak baking powder akan bertindak balas dalam adunan menyebabkan apam di jangkiti 'jerawat batu'

4) isikan adunan batter hampir penuh kedalam papercup, so apam yang terhasil akan nampak naik dengan chantiknya

5) kukus apam dengan api yang sedrhana, tidak terlalu besar, supaya apam tidak merekah

6) apam yang di kukus terlalu lama sehingga masuk titisan air, akan menyebabkan apam mengecut


Resepinya mokwo c&p dari blog kak Nor Secubit Garam......terimakasih jugak buat Lily dari my resepi dan cik gu Ina dari Hanamemories...kerana telah berkongsi dan mengolah resepi yang sangat sedap lagi chome lotte nih !!

 RESEPI APAM POLKADOT
sumber asal : Lilydvalley MyResipi
olahan idea : hanamemories.blogspot.com

sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
3 biji telur A - dari peti sejuk
250 gm tepung gandum
150 gm gula halus
170 gm susu segar (susu full cream)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
papercup secukupnya
acuan lompang

Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit (k.nor guna speed 6 menggunakan kenwood selama 9 min) sehingga likat dan agak ringan.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.(mokwo guna strawberry filling, tapi orang kata letak nutella filling lagi sedap!)

Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah. (k.nor kukus selama 12 min)
* k.nor guna acuan lompang yg saiz besar sket dr biasa tu dan kukus apam selama 12min





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...